Monday, 13 June 2005

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW REMAJA ANJURAN PEMUDA PAS CAWANGAN PAYA IKAN DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN


Dewan Pemuda PAS Cawangan Desa Wawasan Paya Ikan telah berjaya menganjurkan satu program untuk remaja iaitu Pertandingan Sepaktakraw Tertutup Remaja Ahad lalu. Pertandingan ini telah di adakan di Gelanggang sepaktakraw awam Paya ikan iaitu berhampiran pasar malam bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 ptg. Sambutan amat menggalakkan daripada penduduk kampung terutamanya remaja. Sambutan penonton dari semua lapisan masyarakat termasuk kehadiran daripada ajk UMNO dan ketua pemudanya sekali amat membanggakan.

Apa yang menarik ialah Ketua Pemuda Umno Paya Ikan juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Ini menunjukkan bahawa PAS sentiasa terbuka dalam apa juga program yang dianjurkan. Jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengenepikan PAS dalam apa juga aktiviti kemasyarakatan.

Hadiah-hadiah juga turut disampaikan oleh Ketua PAS Cawangan Sdr Mat Dan Siron dan Ketua Dewan Pemuda Cawangan Sdr. Roslee Sabtu. Hadiah tempat pertama : Hamper bernilai RM75.00; hadiah tempat ke-2 : hamper bernilai RM60.00;hadiah tempat ke-3 & ke-4 : hamper bernilai RM45.00; hadiah Saguhati Hamper bernilai RM15.00

Ini adalah salah satu program yang amat dialu-alukan oleh sebahagian penduduk kampung Paya Ikan bagi mengeratkan persahabatan dan silaturahim. Walaupun UMNO telah memenangi peti undi di kawasan ini tetapi sehingga sekarang tiada sebarang aktiviti dan program yang dianjurkan oleh mereka. Menurut bekas Naib Ketua Pemuda UMNO yang telah di singkirkan dalam mesyuarat pemilihannya yang lepas. Kebanyakkan ajk UMNO suka mengharapkan orang lain untuk menjalankan tugas mereka. Meraka juga sering menyalahkan antara satu sama lain sekiranya sesuatu masalah timbul.

Dalam keadaan seperti ini, peluang untuk PAS memainkan peranan amatlah terbuka luas. Peluang ini akan di pergunakan sepenuhnya oleh barisan AJK PAS cawangan.

Menurut Sdr. Ghazali Othman, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Cawangan antara program yang telah diaturkan adalah Pertandingan Bolasepak Tiang dan Tuisyen komputer untuk penduduk kampung yang tumpuannya adalah untuk golongan remaja.

Laporan oleh : Sdr. Ghazali Othman S/U DPP Cawangan Dewa Wawasan, Paya Ikan


MAHU CAPAI PENDIDIKAN TARAF DUNIA TAPI SEKOLAH TIADA LETRIK DAN AIR


Dipetik dari Blogspot Roslan SMS.......


Saya pasti kebanyakan rakyat Malaysia seperti juga saya terperanjat apabila mendapat tahu bahawa hampir 2,300 buah sekolah kebangsaan di seluruh Negara masih tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. Bayangkan bagaimana anak-anak disekolah-sekolah ini menghadapi pelajaran masing-masing dalam keadaan panas dan tidak selesa. Demikian juga guru-guru yang bertanggungjawab mendidik mereka.

Tanpa bekalan air pastinya kesihatan anak-anak dan guru-guru yang terbabit turut terancam.

Sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar hari ini:

Daripada 2,300 buah sekolah itu, 800 sekolah langsung tidak mendapat bekalan elektrik dan 1,500 belum mendapat bekalan air awam.

Berita malang ini menjadi lebih sensasi lagi apabila ianya sebenarnya dibocorkan oleh Menteri Pelajaran sendiri, Hishamuddin Tun Hussien.



Saya tidak tahu apa maksud politik disebalik pendedahan Hisham itu tapi bagi saya pendedahan ini oleh menterinya sendiri sebenarnya lebih merupakan tindakan meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.

Seumpama seorang petani yang tidak mengunakan baja untuk tanamannya tiba-tiba mengadu mengapa hasilnya tidak baik berbanding dengan orang lain yang menggunakan baja. Ataupun seorang pengawal keselamatan yang sering tidur dalam menjalankan tugas tiba-tiba mengadu bagaimana barang-barang di bawah jagaannya boleh dicuri orang.

Demikianlah bagi saya gelagat Hisham ini. Keluhan dan rungutan tidak boleh datang dari seorang menteri yang sebenarnya dipertanggungjawabkan untuk menyelia hal ini. Siapakah yang perlu memikul tanggungjawab ini kalau tidak menteri berkenaan sendiri.

Kita sering menyaksikan di kaca TV bagaimana anak-anak di Negara dunia ketiga khususnya di Afrika dan Asia yang hidup melarat, tidak memiliki persekolahan yang sempurna. Rupa-rupanya di tanahair kita sendiri masih ada anak-anak yang seumpama itu juga!

Apa gunanya kita megah dengan bangunan pencakar langit, yang mewah dan mahal-mahl sedangkan perkara pokok seumpama memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak bangsa sendiri terabai sama-sekali.

Menteri Pelajaran perlu segera menangani isu ini. Tiada faedahnya beliau mendedahkan angak-angka tanpa melakukan tindakan segera dan mengatasinya.

Dalam laman web kementerian digembar-gemburkan kononnya misi kementerian adalah untuk:

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Taraf dunia apa benda jika bekalan letrik dan air pun tiada! Kalau beginilah keadaanya lebih baik misi di atas dikuburkan sahaja, kerana hakikatnya ia sekadar bahan solek untuk mencantikkan laman web semata-mata!


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59