Thursday, 28 April 2005

KRISIS DIESEL - RENTETAN KEGAGALAN KERAJAAN SEKARANG


Melaka 28 April 2005 : Sehari dua ni riuh rendah pasal diesel kehabisan stok. Banyak lori, bas dan lain-lain kenderaan yang menggunakan diesel kehabisan minyak. Nak pergi beli, minyak dah habis.

Apa yang jelas ialah, krisis ini sebenarnya menunjukkan kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Islam Hadhari gagal mentadbir dengan baik. Walaupun diujudkan sistem kouta sejak Januari masalah ini semakin parah.

Harap-harap menteri yang menjaga hal ehwal minyak diesel ni, mesti bertanggungjawab, jangan cari 'excuse', kalau tak dapat selesaikan serahkan jawatan kepada orang lain yang lebih berwibawa.

Krisis ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa, mereka ini hanya pandai bercakap mengatakan mereka pakar dalam segala segi pentadbiran tetapi apa yang dapat kita lihat semakin hari semakin terserlah tembelang masing-masing. Satu demi satu kelemahan yang dapat dilihat oleh rakyat. Perkembangan ekonomi masih di tahap yang lemah, jenayah semakin meningkat, isu dadah semakin membimbangkan, Islam semakin dipinggirkan, Artis-artis dipuja, Ulama diketepikan dan macam-macam lagi.

INILAH ISLAM HADHARI.


DPPK Bukit Katil calon Us. Kamaruddin Sedik sebagai Ketua Pemuda Melaka


Mesyuarat DPP Kawasan Bukit Katil mencalonkan Us.Kamaruddin Sedik sebagai Ketua DPPN Melaka, sementara Sdr. Mohd Ashrof dan Sdr. Adly Zahari dicalonkan masing-masing sebagai Timbalan dan Naib Ketua DPPN Melaka.

Sementara itu beberapa orang AJK lama dicalonkan sebagai AJK antaranya Sdr. Harun Mohamad, Salamat Aman, Salleh Harun, Shaharuddin Yusof, Kadir Dewa dan lain-lain.

DPPN Melaka akan mendapat ketua baru selepas muktamar DPPN nanti berikutan penyandang jawatan, Sdr Azreen Majid telah membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan beliau. Turut menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan ialah Naib Ketua, Sdr. Sofi Wahab.

Muktamar DPPN Melaka akan berlangsung pada 15 Mei 2005 di Pejabat Perhubungan Negeri Melaka bermula jam 9.00 pagi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59