Melaka 27 April 2005 : DPPN Melaka telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Daerah Melaka Tengah pagi tadi tentang bahayanya suatu kumpulan yang menentang moral policing. Laporan ini telah dibuat oleh Setiausaha DPPN Melaka, Sdr Harun Mohamed pada jam 10.35 pagi tadi.
Dalam laporan itu DPPN Melaka berpendapat kumpulan NGO yang didalangi oleh Sister In Islam ini amat berbahaya. Ini kerana pandangan mereka seperti yang termuat di dalam memo yang diserahkan kepada Dato' Nazri Aziz di mana mereka mahukan penguatkuasaan moral policing dihentikan kerana bertentangan dengan kebebasan individu adalah sesuatu yang bahaya. Pendapat ini adalah bertentangan dengan Islam kerana di dalam Islam kita diperintahkan supaya mencegah kemungkaran yang berlaku disekeliling kita.
Dengan itu DPPN Melaka menyeru agar kumpulan ini disiasat dan tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil seberapa segera demi untuk menjaga keharmonian penduduk berbilang kaum di Malaysia.
Sementara itu, DPPN Melaka terpaksa membatalkan pertemuan dengan Mufti Melaka, Dato' Wira Abdul Rashid Redza yang dijadualkan petang ini kerana Yang Berbahagia Dato' cuti sakit. Pertemuan yang dijadualkan pada jam 3.00 petang ini akan ditunda kepada suatu tarikh yang ditentukan kemudian. Menurut Sdr. Harun, sepatutnya Sdr. Mazlan Aliman, ketua Penerangan Pemuda Pusat akan menyerahkan memo tentang Menentang Kemungkaran dan Gejala Sosial serta jalan penyelesaian kepada Ybh Dato' dalam pertemuan tersebut.