Tuesday, 19 April 2005

RUPA SEBENAR ISLAM HADHARI SEMAKIN TERSERLAH

Ayer Molek, Melaka 18 April : AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu menyatakan bahawa kepimpinan PM sekarang sedang menuju kehancuran. Ini kerana rupa sebenar kepimpinan beliau semakin terserlah walapun beliau baru memerintah kira-kira setahun setengah yang lalu. Islam Hadhari yang dicanang Pak Lah semakin difahami oleh rakyat. Beberapa peristiwa mutakhir iaitu isu penangkapan remaja Islam di The Zouk yang digagal ditangani oleh Pak Lah, dengan hanya membiarkan kes ini ditarik balik dengan mudah sebenarnya mendedahkan kelemahan dan sesatnya Islam Hadhari. Pak Lah juga gagal membuat kenyataan yang tegas tentang isu ini. Bermula dari kes ini, golongan Sister In Islam (SIS) begitu berani bertindak dengan menghantar memo kepada kerajaan supaya memerintahkan pihak Jabatan Agama tidak mengambil tindakan terhadap golongan yang membuat maksiat kerana alasannya ini adalah urusan peribadi. Apa yang dikesalkan golongan ini didalangi sendiri oleh anak Pak Lah sendiri iaitu Nori Abdullah dan juga Marina Mahathir.

Ini berbeza dengan kepimpinan Penerapa Nilai-nilai Islam yang ditaja oleh Dr. Mahathir, dimana pada peringkat awal rakyat jelas melihat beberapa program Islam yang dibuat oleh Mahathir antaranya Bank Islam, Universiti Islam, Takaful Islam dan sebagainya. Rupa sebenar Penerapan Nilai-nilai Islam hanya dilihat oleh rakyat setelah peristiwa pemecatan Mufti Selangor dan penolakan Hudud iaitu kira-kira 19 tahun pemerintahan Mahathir. Tetapi Pak Lah ni selepas tidak sampai 2 tahun memerintah rakyat dah dapat lihat tembelang yang sebenarnya jelas Mohamad dengan nada sinis. Beliau juga menyifatkan kedua-dua slogan yang dicanangkan oleh kedua-dua PM ini sebenarnya adalah slogan tajaan Amerika semata-mata untuk melambatkan kemenangan Islam.

Perkara kedua ialah tentang kegagalan Pak Lah bertindak tegas terhadap isu Suruhanjaya Antara Agama (IRC) yang jelas mencampuri urusan agama Islam. Pak Lah sekali lagi berlembut dengan golongan dimana hanya meminta IRC ini ditangguhkan sahaja sedangkan rata-rata rakyat tahu bahawa penubuhan IRC amat merbahaya kepada kedaulatan Islam. Ini ianya juga melibatkan Isu Murtad yang begitu sensitive kepada umat Islam.

Kenyataan tegas ini telah dibuat oleh Mohamad Sabu ketika berceramah di Markaz PAS Paya Dalam, Ayer Molek, Melaka.

Sementara itu beliau juga turut menyelar pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu takut untuk menyatakan kebenaran walaupun sesuatu polisi kerajaan itu sebenarnya jelas menggadaikan kepentingan Orang Melayu. Antaranya isu penggunaan Bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik dan Isu sekolah agama rakyat. Setelah beberapa tahun pengajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, murid-murid melayu jelas gagal memahami subjek ini dengan baik. Beliau memberikan contoh di mana markah lulus subjek Matematik terpaksa diturunkan sehingga 10 % semata-mata untuk memastikan peratus kelulusan pelajar adalah tinggi. Tidakkah ini menunjukkan bahawa mutu pembelajaran subjek ini merudum dengan begitu terus, jelas beliau. Pemimpin-pemimpin UMNO sebenarnya hanya mementingkan periuk nasi mereka sahaja, kerana kalau mereka membuat teguran kepada pemimpin teratas sudah pasti mereka akan dilabelkan sebagai anti pemimpin dan tiada peluang untuk menjadi pemimpin lagi.

Ceramah yang dimulakan kira-kira jam 10.00 malam tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun hujan turun dengan begitu lebat dan sekatan Polis yang jelas mahu menganggu kehadiran pendengar.

Turut berceramah bersama-sama Mohamad Sabu ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Us. Abdul Ghani Abdul Rahman dan Hj. Mohd Yassin Abdul Ghani Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka yang juga YDP PAS Bukit Katil.

Sementara itu PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 24 April 2005 ini bermula pada jam 9.00 pagi di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek. Mesyuarat ini akan dirasmikan oleh Setiausaha Agung PAS Pusat, Us. Nashanrudin Mat Isa. Pada sebelah malamnya pula beliau akan berceramah di Markas PAS Kawasan di Kg. Bukit Katil.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59