Monday, 28 March 2005

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM MALAYSIA


Wahai Umat Islam Malaysia,
Bangunlah,
Kalian sekarang ini dihimpit dan dihinjak,
Golongan bertopengkan Hak Asasi Manusia,
Bertuhankan Kebebasan,
Tanpa memikirkan kitab tuhan,

Wahai umat Islam Malaysia,
Bangunlah,
Kalian sekarang ini tidak dihina dan dikeji,
Oleh bangsa sendiri,
Oleh rakan yg mendakwa seagama,
Program mungkar dijulang,
Program makhruf dihalang,
Pencinta maksiat dibela,
Pencinta kebaikan disula,

Wahai umat Islam Malaysia,
Bangunlah tumbangkan kerajaan yang ada,
Tidak berbuat apa-apa kepada maksiat,
Malahan menjadi Penaja pula,
Sudah tiba masa,
Tukar segera.

Fikri Fauzan
March 2005


BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM MALAYSIA


Wahai Umat Islam Malaysia,
Bangunlah,
Kalian sekarang ini dihimpit dan dihinjak,
Golongan bertopengkan Hak Asasi Manusia,
Bertuhankan Kebebasan,
Tanpa memikirkan kitab tuhan,

Wahai umat Islam Malaysia,
Bangunlah,
Kalian sekarang ini tidak dihina dan dikeji,
Oleh bangsa sendiri,
Oleh rakan yg mendakwa seagama,
Program mungkar dijulang,
Program makhruf dihalang,
Pencinta maksiat dibela,
Pencinta kebaikan disula,

Wahai umat Islam Malaysia,
Bangunlah tumbangkan kerajaan yang ada,
Tidak berbuat apa-apa kepada maksiat,
Malahan menjadi Penaja pula,
Sudah tiba masa,
Tukar segera.

Fikri Fauzan
March 2005


Ustaz Kamaruddin dilantik semula sebagai Ketua DPP Jasin


Jasin 27 Mac : Ketua DPP Kawasan Jasin sessi lepas, Us.Kamaruddin Sedik dilantik semula sebagai Ketua DPP Kawasan Jasin dalam Mesyuarat DPP Kawasan Jasin semalam. Beliau yang merupakan bekas calon PAS DUN Serkam dalam Pilihanraya Umum lalu telah dipilih tanpa bertanding.

Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Ketua DPP Negeri Melaka Sdr. Azreen Majid. Dalam ucapan perasmiannya Sdr. Azreen meminta seluruh ahli pemuda kawasan supaya sentiasa istiqamah di dalam perjuangan Islam ini walaupun ujian dan cabaran amat hebat sekali sekarang ini. Ini kerana tegas beliau kerajaan negeri Melaka di bawah kepimpinan Ali Rustam sekarang ini begitu hebat menekan ahli-ahli PAS di segenap penjuru. Ahli PAS dan penyokong PAS dinafikan hak untuk mendapat kontrak perniagaan di bawah agensi kerajaan negeri, ahli PAS jangan harap untuk menjawat sebarang jawatan di dalam perkhidmatan di bawah kerajaan negeri dan pelbagai diskriminasi yang dikenakan kepada ahli dan penyokong PAS tegas beliau.

Mengenai pendidikan pula, beliau sekali lagi mengingatkan kerajaan supaya kembali menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar untuk subjek Sains dan Matematik kerana katanya sekarang ini murid-murid melayu terutama yang tinggal di luar bandar menghadapi kesukaran untuk mempelajari subjek ini dalam Bahasa Inggeris.

Mesyuarat ini yang berlangsung dalam suasana yang penuh persaudaraan telah dihadiri oleh semua perwakilan dalam cawangan-cawangan seluruh Kawasan Jasin.

Turut terpilih dalam pemilihan kali ini ialah Us. Faizal Mohamad sebagai Timbalan Ketua dan Us. Jumairi Abdullah sebagai Naib Ketua.


SEMUA DIJEMPUT SERTAI DIALOG HADHARAH ISLAMIAH BUKAN ISLAM HADHARI


Semua rakyat negeri Melaka dijemput untuk menghadiri dialog HADHARAH ISLAMIAH BUKAN ISLAM HADHARI yang akan diadakan ada 2hb. April 2005 bertempat di Markaz PAS Bukit Katil. Program ini akan bermula pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Program yang dijangka mendapat sambutan hangat ini adalah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka merangkap Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Sdr. Sofi Wahab.

Segala pertanyaan tentang program ini boleh diajukan kepada Pengarah Program, Us.Kamaruddin Sedik 013-6643574.


DPP Bukit Katil sokong Lim Guan Eng


DPP Bukit Katil menyokong kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Sani Jantan meletakkan jawatannya disebabkan kegagalan beliau membayar sewa kedai beliau sebanyak RM41,000 yang terletak di Hang Tuah Mall. Lim membuat kenyataan tersebut di dalam Laman Malaysiakini.com hari ini. DPP Bukit Katil sependapat dengan Lim bahawa Mohd Sani telah menggunakan kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis dengan sengaja melambat-lambatkan bayaran sewa tersebut.

DPP Bukit Katil berpendapat terdapat unsur-unsur pilih kasih, kronisme di dalam kes ini di mana sepatutnya seseorang peniaga yang gagal membayar sewa dalam jumlah besar seperti itu sepatutnya diarah supaya mengosongkan kedai tersebut. Tetapi apa yang mendukacitakan sehingga ke saat ini Mohd Sani masih menjalankan perniagaan beliau seperti biasa. Sepatutnya Mohd Sani sebagai salah seorang ahli majlis menunjukkan contoh yang baik dengan menyelesaikan semua hutang-hutang beliau.

Sementara itu akhbar mingguan, Melaka Minggu Ini gagal melaporkan perkara sebenar berkenaan kes kegagalan pembayaran sewa ini. Laporan itu menyebut bahawa hanya terdapat 15 orang penyewa yang gagal membayar sewa sebanyak antara RM420 hingga RM1, 400. Tetapi malangnya laporan itu pula memasukkan nama 6 orang lagi peniaga yang berhutang sejumlah antara RM3,000 dan RM45,000 termasuklah Mohd Sani. Ini seolah-olah memperlihatkan bahawa terdapat usaha-usaha untuk menyembunyikan fakta sebenar.

Sehubungan dengan kes ini DPP Bukit Katil mendesak supaya MBMB mengambil tindakan tegas terhadap peniaga-peniaga yang berhutang ini. Janganlah hanya mengambil tindakan kepada pesalah-pesalah yang tidak membayar parking atau kesalahan membuang sampah sahaja sedangkan penyewa-penyewa yang gagal membayar sewa sehingga berpuluh-puluh ribu dibiarkan begitu sahaja.

Ketua Penerangan DPP Kawasan Bukit Katil
Sofi Wahab


Malacca councillor owing state money should resign



DAP secretary-general Lim Guan Eng has urged local councillors not to take advantage of their position to acquire or hold on to business opportunities and to delay payments owed to the state.

He made the call in response to the case of Mohd Sani Jantan, a councillor with the Malacca Historical City Council, who owes the state RM41,000 in rent arrears, since Oct 2004, for a kiosk in the Hang Tuah Mall.

“He should resign as a councillor, which is a state appointed position. He is not setting a good example to others,” Lim said.

"Although the councillor had acquired the kiosk prior to his appointment to the council, it does not mean he should keep the space or default on the rent,” he pointed out.

“Mohd Sani’s actions reflect a self-serving interest and an example of abuse of power. The state is also responsible and cannot allow its cronies to take advantage of these opportunities,” he added.

Double standards
The DAP leader also questioned the move by the state to publish only the names of certain rent defaulters in its state-operated newspaper Melaka Minggu Ini.

The list, in its March 11-13 issue, only named 15 defaulters who owe the state between RM420 to RM1,400.

However six defaulters owing amounts ranging from RM3,000 to RM45,000 - one of whom is Mohd Sani - had their names ‘protected’ and were not listed in the paper.

“Why is the state government practising double standards in this humiliating exercise aimed at shaming defaulters? You can name someone owing RM420 but not someone owing RM41,00?” Lim asked in amusement.

Malacca Mayor Zaini Mohd Nor is reported to have said that efforts have been made to compel the defaulters, including Mohd Sani, to pay up.

He added that Mohd Sani was allowed to continue operating his café in the mall because he had made efforts - albeit irregularly - to pay the arrears in instalments.

When contacted, Mohd Sani declined to speak to malaysiakini.

Exorbitant expenditures

The Hang Tuah Mall, operational for more than a year, is similar to Kuala Lumpur’s Bukit Bintang Walk. It is a well patronised open-air eatery walkway.

The mall project has used up much public funds and opposition leaders have questioned the high costs incurred.

DAP state assemblyperson Betty Chew had raised the issue in the Malacca state assembly last year.

In a written reply to Chew’s queries, a copy of which was made available to malaysiakini today, the excessive expenditures listed down by the state government included RM17,600 for 20 pieces of dustbins and RM35,200 for 20 benches.

“The market price for those dustbins - which are ordinary ones - is RM80 each. The state paid RM880 for one piece,” said an astonished Lim.

He called on the state to be more accountable in its projects and has asked for a complete list of expenses incurred in the mall project.

The DAP has also been leading a campaign to reinstate local elections which would allow the public to vote for local councillors.














Pemuda PAS perlu sedia hadapi ancaman terhadap Islam


BUKIT KATIL, 24 Mac (Hrkh) - Pemuda-pemuda PAS diingatkan supaya bersedia untuk menghadapi segala serangan dan ancaman dari golongan-golongan yang cuba menggugat keutuhan Islam.

Antara golongan yang sekarang ini sedang rancak menggerakkan jentera mereka untuk menjahanamkan Islam ialah puak-puak yang berusaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Fahaman (IFC) dan juga Umno itu sendiri.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di dalam program Usrah gabungan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka di Markas PAS Kawasan di sini malam tadi.

Mazlan juga menegaskan, pemuda mestilah meneruskan program-program usrah, tamrin, muqayyam, rehlah dan sebagainya sebagai suatu usaha untuk mengukuhkan jentera parti.

Beliau menambah, tanpa program-program seperti ini sudah pasti Cawangan, Dewan Pemuda dan apa juga sayap parti akan lemah dan berkubur akhirnya.

Ini kerana program-program seperti sebenarnya menjadi penjana kepada kekuatan dalaman ahli-ahli PAS, ujar beliau.

Selain itu Dewan Pemuda semua peringkat mestilah mengaturkan program-program mendekati golongan remaja terutamanya anak-anak ahli PAS.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana ada di antara anak-anak ahli telah ‘dicekup’ oleh Umno untuk menjadi ahli puteri Umno, sehingga ada kes-kes di mana ibu bapa ini terpaksa ‘bertempur’ dengan anak-anak mereka yang telah menjadi puteri Umno.

Beliau juga memaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat telah menubuhkan Jabatan Pembangunan Remaja (JPR) untuk menjalankan program-program mendekati remaja dan juga menangani masalah remaja.

Sekarang ini, jelas beliau jabatan ini sedang berusaha menyiapkan modul kursus-kursus yang sesuai untuk remaja, antaranya Kem Motivasi Diri, Kem Pembangunan Insan dan sebagainya.

Cabaran kepada Dewan Pemuda semakin getir lebih-lebih lagi sekarang ini apabila Umno telahpun menubuhkan Putera Umno dan juga melancarkan program ‘Anakku ahli UMNO’.

Program sebenarnya adalah rentetan kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di mana baru-baru ini sebahagian besar remaja yang menerima watikah Putera Umno ini memakai pakaian resmi PLKN.

Di akhir program ini Mazlan juga mengingatkan ahli-ahli pemuda supaya sentiasa istiqamah di dalam perjuangan dan jangan suka leka dengan kemewahan.

“Rakyat tidak melihat gaya hidup mewah ahli-ahli PAS sebaliknya rakyat akan simpati dengan PAS jika pimpinan dan ahli PAS sentiasa bersederhana, sopan, berhikmah menyampaikan dakwah dan sentiasa bermurah hati menghulurkan bantuan”, kata beliau.

Turut hadir dalam program usrah gabungan ini ialah Setiausaha DPPN Melaka, Harun Mohamad; Ketua Penerangan DPPN Melaka, Us. Kamaruddin Sedik; Bendahari DPPN Melaka, Tuan Haji Selamat Amin; Naib Ketua DPPN Melaka, Sofi Wahab, dan sebahagian besar AJK DPPN Melaka serta AJK DPP Kawasan-kawasan seluruh Melaka.


SARANAN SUPAYA PAS TERAJUI INDUSTRI MAKANAN HALAL


PAS disaran terajui industri makanan halal

MELAKA, 28 Mac - Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Melaka mencadangkan PAS melibatkan diri dalam industri makanan halal demi menjaga kepentingan umat Islam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini minggu lalu, DPP Bukit Katil berpendapat bahawa soal makanan halal bukanlah isu kecil, justeru PAS perlu serius menanganinya dan mengenal pasti jenis makanan kegemaran orang Islam yang boleh dikeluarkan sendiri oleh ahli-ahli untuk dipasarkan kepada pengguna di seluruh negara.
"Kita tidak mahu makanan yang tidak halal ini masuk kedalam perut kita dan ahli keluarga kita yang akhirnya menyebabkan hati-hati tertutup, tidak mendapat hidayah dari Allah disebabkan makanan yang tidak halal ini,"katanya.

Beliau seterusnya berkata, ada ahli PAS sudah melibatkan diri dalam industri berkaitan secara kecil-kecilan dan mereka perlu dibantu untuk mengembangkan perniagaan mereka.

PAS boleh memainkan peranan berkesan membantu mengembangkan industri tersebut melalui Lajnah Ekonomi sedia ada di semua peringkat organisasi parti.

Melalui rangkaian (organisasi parti) Pusat, Negeri, kawasan dan cawangan, sememangnya PAS berkemampuan menggerakkannya.

Selain itu, beliau juga melahirkan kekesalannya kerana dalam sebuah negara Islam boleh berlaku kejadian-kejadian seperti makanan tidak halal yang disajikan untuk orang Islam.

"DPP Kawasan Bukit Katil amat kesal dengan kerajaan yang sehingga hari ini gagal menangani masalah makanan halal di Malaysia walaupun kerajaan ini diterajui oleh orang Islam,"jelasnya.


SELAMAT DATANG KE LAMAN DEWAN PEMUDA PAS BUKIT KATIL


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil melancarkan blogspot kami sendiri bermula pada hari ini 28 Mac 2005. Laman Blogspot ini akan digunakan untuk menyampaikan pandangan kami tentang isu-isu semasa dan juga berita-berita terkini dalam dunia, negara Malaysia, negeri Melaka dan isu-isu setempat.

Saudara-saudari boleh memberikan komen tentang apa juga isu-isu yang kami ketengahkan. Disamping itu laman blogspot ini juga akan digunakan untuk mengiklankan program-program terkini dalam negeri Melaka dan Kawasan Bukit Katil.

Blogspot ini akan sentiasa di'improve'kan dari masa ke semasa.

Sekian.


ISLAM HADHARI TAJAAN AMERIKA


Masjid Tanah 27 Mac : AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu menegaskan bahawa Islam Hadhari yang menjadi Slogan terbaru UMNO merupakan suatu prinsip yang diasaskan oleh musuh Islam khususnya Amerika seperti juga Penerapan Nilai-Nilai Islam yang ditaja oleh bekas Perdana Menteri ketika dilantik menjadi Perdanan Menteri Malaysia tahun 1981 dahulu. Islam Hadhari juga adalah satu cara untuk menyekat kebangkitan Islam supaya kemenangan perjuangan Islam menjadi lambat atau terus berkubur. Ini kerana kita melihat bahawa Islam Hadhari yang ditaja oleh UMNO ini jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenar dimana ianya jelas membenarkan program-program bermaharajalela malah kerajaan Islam Hadhari ini juga menjadi penaja kepada program-program mungkar ini, tegas beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.

Selain itu juga beliau menegaskan umat Islam di Malaysia ketika ini berada dalam keadaan yang amat bahaya kerana terdapat usaha-usaha untuk menyisihkan kefahaman Islam. Beliau memberikan contohnya di mana usaha-usaha 52 NGO yang didalangi oleh Sister In Islam (SIS) untuk menghalang Jabatan-Jabatan Ugama menjalankan program-program mencegah maksiat amat merbahaya. Kumpulan ini berpendapat bahawa perkara-perkara seperti minum arak, berdua-duan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim dan sebagainya merupakan hak individu yang tidak boleh dihalang oleh sesiapa pun. Perkara ini jelas dinyatakan di dalam memo yang diserahkan oleh Nori Abdullah (anak Pak Lah) yang mewakili NGO-NGO tersebut kepada Tan Sri Nazri Aziz minggu lalu.

Beliau juga menambah bahawa penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IRC) juga merupakan sesuatu yang merbahaya kerana IRC ini berjuang supaya semua agama diberikan hak yang sama di mana sebagai contoh seseorang Islam yang murtad tidak boleh diambil tindakan dan urusan menukar agama ini mestilah dipermudahkan.

Apa yang dikesalkan tegas beliau ialah kerajaan Islam Hadhari pimpinan Pak Lah tidak langsung menghalang usaha-usaha NGO-NGO yang didalangi oleh SIS ini malah terdapat beberapa orang menteri kabinet yang turut sama menandatangani memorandum tersebut di mana antaranya ialah Tan Sri Nazri Aziz sendiri, Dato’ Rais Yatim dan Azlina Othman Said. Kumpulan ini sebenarnya didalangi oleh individu-individu muslim yang jelas sesat seperti Dr.Amina Wadud yang baru-baru ini mengimamkan sembahyang Jumaat di Amerika. Beliau secara berseloroh menyatakan bahawa mungkin suatu hari nanti pemimpin-pemimpin agama dalam wanita UMNO akan juga menjadi Imam sembahyang Jumaat, disambut dengan gelak ketawa oleh hadirin yang mendengar ceramah beliau. Ini mungkin akan berlaku kerana katanya terdapat pemimpin-pemimpin wanita UMNO yang mengkritik JAWI dalam isu penangkapan 100 remaja yang membuat maksiat di The Zouk tempohari.

Dalam isu berkenaan IRC, beliau mendesak supaya kerajaan Malaysia menghalang terus kewujudan suruhanjaya ini kerana ianya jelas cukup merbahaya kepada Islam.

Turut berceramah bersama beliau ialah Tuan Haji Minghat Mamut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka dan Azreen Majid, Ketua Pemuda PAS negeri Melaka. Ceramah yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Masjid Tanah di Kg. Hujan Panas di sini. Ceramah ini telah mendapat sambutan yang diluar dugaan mungkin kerana rakyat Melaka mungkin rindukan ceramah beliau dimana kali terakhir beliau datang ke Melaka kira-kira setahun lalu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59