Monday, 5 December 2005

PENDIDIKAN MENJADI MANGSA KEPENTINGAN POLITIK Umno



MELAKA 5 Dis. - Kerajaan BN yang memerintah Malaysia sekarang sememangnya boleh disifatkan sebagai kerajaan yang tidak bertamadun kerana ia lebih memetingkan kepentingan politik BN daripada keperluan pendidikan rakyat. Demikian ulasan yang diberikan oleh Hj Salamat Aman, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini berhubung dengan isu pembinaan universiti di Kelantan.

Akhbar arus perdana hari ini melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Kelantan agar membuka lembaran baru dengan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk melengkapkan perjuangannya terutama bagi memajukan bidang pendidikan di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hanya tinggal satu lagi tanggungjawab BN yang belum dapat ditunaikan iaitu membina sebuah universiti awam di negeri ini kerana Kelantan masih kekal di bawah pemerintahan Pas.

"Nampak sangat Dato' Najib dan pemimpin BN yang lain lebih mementingkan kuasa politik mereka daripada kepentingan pendidikan rakyat. Tidak sepatutnya isu pembinaan univerisiti ini menjadi umpan politik pada setiap pilihanraya" jelas Hj Salamat lagi.

BN telah menggunakan isu pembinaan universiti ini sejak pilihanraya 1990 lagi tetapi ianya gagal menarik sokongan rakyat Kelantan untuk mengundi BN.

Najib membuat kenyataan tentang pembinaan universiti tersebut pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian surat tawaran kemasukan ke UiTM dan pinjaman pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Sekolah Menengah Perempuan Pasir Mas, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh dan calon BN, Hanafi Mamat.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan surat tawaran kemasukan ke UiTM dan pendahuluan pinjaman PTPTN sebanyak RM1,500 kepada 115 pelajar yang berasal dari Pengkalan Pasir.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59