Saturday, 29 October 2005

KEPENTINGAN POLITIK DAN DIRI HANCURKAN GPMS


MELAKA 29 Okt. - Kemelut dalaman Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), sebuah NGO pelajar-pelajar melayu, terus meruncing apabila kumpulan yang mendakwa mengambil alih pucuk pimpinan gabungan itu bertindak menggantung sementara jawatan Presidennya, Datuk Suhaimi Ibrahim hari ini. Sebelum 'Kumpulan Suhaimi' bertindak memecat Timbalan Presiden Shahrir Rejab dan Setiausaha GPMS Terengganu Syed Anuar Syed Mohamad.

Nampaknya kedua-dua kumpulan yang 'bergaduh' antara satu sama lain ini bertindak memecat lawan masing-masing. Apa nak jadi dengan NGO melayu yang telah ditubuhkan sejak tahun 50-an ini.

Media hari ini melaporkan bahawa 'kumpulan Shahrir dan Naina' ini turut digantung Setiausaha Agung, Sobri Ahmad dan Bendahari Agung, Azan Ismail.

Inilah padahnya apabila sesebuah persatuan itu dijadikan seperti hak individu dan yang lebih malang lagi ianya hendak dijadikan batu locatan untuk meningkatkan karier politik masing-masing. Sebelum persatuan ini jarang dilihat bercakaran. Tetapi selepas sahaja Naib Presidennya Naina Merican berura-ura hendak merebut jawata Presiden GPMS maka bermulalah episod 'cerita hindustan' ini.

Suhaimi Ibrahim, Bekas Wakil Rakyat Benta, Pahang yang memegangkan jawatan Presiden GPMS ketika ini dilihat mencari pelbagai alasan supaya Mesyuarat Agung GPMS dilengah-lengahkan mungkin untuk mencari ilham bagaimana hendak mengekalkan jawatannya. Lebih-lebih lagi lawannya yang disebut-sebut untuk menentangnya adalah seorang tokoh politik yang dilihat lebih berkedudukan darinya. Naina adalah exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia serta salah seorang Setiausaha PM. Sudah tentu Suhaimi gementar untuk menentangnya.

Ketua Penerangan DPP PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab berpendapat bahawa keinginan Naina untuk memegangkan jawatan tertinggi dalam GPMS adalah untuk dijadikan batu loncatan untuk menyinarkan lagi karier politiknya. Ini kerana GPMS adalah antara persatuan yang aktif dan dikenali ramai serta telah lama ujud di negara kita. Lebih-lebih ramai di antara pemimpin negara sekarang adalah bekas pimpinan GPMS. Andai kata beliau berjaya merampas jawatan ini dari Suhaimi maka sudah tentu ianya memberikan impak besar kepada karier politik beliau, tambah Sofi lagi.

Ramai dikalangan pemerhati politik berasa sungguh kasihan dengan Dato' Suhaimi yang boleh dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Beliau hanya diberi peluang menjadi wakil rakyat kawasan Benta selama sepenggal sahaja iaitu penggal 1999-2004. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana hubungan baik beliau dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau merupakan antara orang-orang yang terawal melawat Anwar ketika Anwar dirawat di Jerman dahulu.

Selain dari itu para pemerhati poltik juga mencadangkan supaya GPMS dirombak secara drastik dengan hanya dianggotai oleh para pelajar sahaja. Ini kerana hampir semua kepimpinan tertingginya bukan pelajar tetapi golongan 'tua' yang ada dikalangan mereka sudah berumur hampir 50 tahun. Oleh kerana mereka ini majoritinya terlibat dengan politik pemerintah maka sudah tentu sedikit sebanyak tindakan dan aktiviti mereka akan menjuruskan kepada kepentingan politik peribadi serta ada antara mereka cuba menjadikan GPMS sebagai asas untuk melonjakkan karier politik mereka masing-masing

Kita mengharapkan kemelut ini dapat diselesaikan dengan segera agar GPMS dapat kembali menumpukan kepada objektif penubuhan asal.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59