Saturday, 29 October 2005

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT. SIBUK MACAMANA PUN SEMPAT ZIARAH PUSARA SAHABAT


Ihsan dari Tranungkite.net.......

Tuan Guru di kawasan pusara












Tuan Guru Hj Abdul Hadi sempat menziarahi pusara Allahyarham Hj Wan Muda Ismail bekas Pegawai khas MB ketika Tuan Guru menjadi MB Terengganu dahulu. Ketika Allahyarham menghembuskan nafasnya, Tuan Guru berada di luar negara kerana menghadiri satu Persidangan Pegerakan Islam Sedunia.

Sebaik sahaja pulang dari Luar Negara semalam 27 Oktober dahulu, Tuan guru terus menziarahi pusara Allahyarham selepas solat Asar Di Masjid Kg Paya Resak.

Kebetulan pada masa yang sama, aktiviti untuk bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan dibuat di sana. Tuan Guru menyempurnakan acara tersebut bagi menyampaikan sumbangan AidilFitri di Kampung tersebut.

Selepas acara berkenaan, Tuan Guru di iringi ahli keluarga serta penduduk setempat menziarahi kubur Allaharyam dan melaksanakan solat jenazah di tanah perkuburan Kg Rhu Muda Marang.

Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat walau sibuk macamana sekalipun masih sempat menziarahi pusara sahabat dan bekas pegawainya.


KEPENTINGAN POLITIK DAN DIRI HANCURKAN GPMS


MELAKA 29 Okt. - Kemelut dalaman Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), sebuah NGO pelajar-pelajar melayu, terus meruncing apabila kumpulan yang mendakwa mengambil alih pucuk pimpinan gabungan itu bertindak menggantung sementara jawatan Presidennya, Datuk Suhaimi Ibrahim hari ini. Sebelum 'Kumpulan Suhaimi' bertindak memecat Timbalan Presiden Shahrir Rejab dan Setiausaha GPMS Terengganu Syed Anuar Syed Mohamad.

Nampaknya kedua-dua kumpulan yang 'bergaduh' antara satu sama lain ini bertindak memecat lawan masing-masing. Apa nak jadi dengan NGO melayu yang telah ditubuhkan sejak tahun 50-an ini.

Media hari ini melaporkan bahawa 'kumpulan Shahrir dan Naina' ini turut digantung Setiausaha Agung, Sobri Ahmad dan Bendahari Agung, Azan Ismail.

Inilah padahnya apabila sesebuah persatuan itu dijadikan seperti hak individu dan yang lebih malang lagi ianya hendak dijadikan batu locatan untuk meningkatkan karier politik masing-masing. Sebelum persatuan ini jarang dilihat bercakaran. Tetapi selepas sahaja Naib Presidennya Naina Merican berura-ura hendak merebut jawata Presiden GPMS maka bermulalah episod 'cerita hindustan' ini.

Suhaimi Ibrahim, Bekas Wakil Rakyat Benta, Pahang yang memegangkan jawatan Presiden GPMS ketika ini dilihat mencari pelbagai alasan supaya Mesyuarat Agung GPMS dilengah-lengahkan mungkin untuk mencari ilham bagaimana hendak mengekalkan jawatannya. Lebih-lebih lagi lawannya yang disebut-sebut untuk menentangnya adalah seorang tokoh politik yang dilihat lebih berkedudukan darinya. Naina adalah exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia serta salah seorang Setiausaha PM. Sudah tentu Suhaimi gementar untuk menentangnya.

Ketua Penerangan DPP PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab berpendapat bahawa keinginan Naina untuk memegangkan jawatan tertinggi dalam GPMS adalah untuk dijadikan batu loncatan untuk menyinarkan lagi karier politiknya. Ini kerana GPMS adalah antara persatuan yang aktif dan dikenali ramai serta telah lama ujud di negara kita. Lebih-lebih ramai di antara pemimpin negara sekarang adalah bekas pimpinan GPMS. Andai kata beliau berjaya merampas jawatan ini dari Suhaimi maka sudah tentu ianya memberikan impak besar kepada karier politik beliau, tambah Sofi lagi.

Ramai dikalangan pemerhati politik berasa sungguh kasihan dengan Dato' Suhaimi yang boleh dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Beliau hanya diberi peluang menjadi wakil rakyat kawasan Benta selama sepenggal sahaja iaitu penggal 1999-2004. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana hubungan baik beliau dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau merupakan antara orang-orang yang terawal melawat Anwar ketika Anwar dirawat di Jerman dahulu.

Selain dari itu para pemerhati poltik juga mencadangkan supaya GPMS dirombak secara drastik dengan hanya dianggotai oleh para pelajar sahaja. Ini kerana hampir semua kepimpinan tertingginya bukan pelajar tetapi golongan 'tua' yang ada dikalangan mereka sudah berumur hampir 50 tahun. Oleh kerana mereka ini majoritinya terlibat dengan politik pemerintah maka sudah tentu sedikit sebanyak tindakan dan aktiviti mereka akan menjuruskan kepada kepentingan politik peribadi serta ada antara mereka cuba menjadikan GPMS sebagai asas untuk melonjakkan karier politik mereka masing-masing

Kita mengharapkan kemelut ini dapat diselesaikan dengan segera agar GPMS dapat kembali menumpukan kepada objektif penubuhan asal.


Friday, 28 October 2005

TERIMAKASIH PAK LAH - TAMBAHAN GERAN RM28 JUTA KEPADA KELANTAN


Rakyat Kelantan seharusnya berterima kasih kepada Kerajaan Islam Hadhari Pak Lah kerana 'bermurah hati' menghadiahkah geran sebanyak RM28.6 juta kepada Kelantan. Di Putrajaya semalam PM Pak Lah mengumumkan tambahan geran pembangunan tahunan kerajaan persekutuan sebanyak RM120 juta kepada negeri-negeri. Dan disamping itu sejumlah RM211 juta hutang kerajaan-kerajaan negeri dilupuskan.

Rakyat Kelantan juga mengharapkan geran disalurkan terus kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Jabatan Persekutuan atau badan -badan lain kerana kerajaan PAS Kelantan adalah kerajaan yang dipilih secara sah melalui Pilihanraya Umum. Diharapkan selepas Kerajaan Pak Lah akan mengerti dan faham bahawa PAS bukanlah pembangkang di Kelantan yang menjadi pembangkang ialah Umno. Jangan cuba mempertikaikan kesahihan kerajaan tersebut.

Wang RM28.6 tersebut bukanlah suatu jumlah yang kecil bagi sebuah kerajaan yang ditadbir oleh PAS. Insya Allah sekiranya ia disalurkan kepada Kerajaan negeri wang tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat Kelantan

Sementara itu kesanggupan Pak Lah untuk melupuskan hutang kerajaan negeri sebanyak RM211 juga dilihat dapat meringankan beban kerajaan negeri termasuk negeri 'maju' Selangor yang turut mempunyai hutang yang besar berbanding Kelantan.


Thursday, 27 October 2005

PAKAI TUDUNG SEMASA ORANG MATI SAHAJA........HINA HUKUM TUHAN


Fidini menulis..........

Pembaca berita wanita di tv3 pada malam hari kematian datin seri isteri PM menyampaikan berita dengan berpakaian berkabung menutup aurat. namun ada sedikit kecacatan pada pemakaian tudung kepala tersebut. tudung hitam yg dipakai itu senget sebelah dan nampak betapa sengsaranya kepada sipemakainya. pada malam itu juga rakyat malaysia tidak nampak rambut beliau yg berwarna keperangan itu.ramai yg tersenyum simpul dan ramai juga yg terpinga pinga.

Maka jadilah tudung ini pakaian untuk majlis berkabung atau dalam majlis majlis ugama sahaja. sedangkan rambut wanita itu adalah aurat dan haram didedahkan kepada orang lain. Perintah menutup rambut atau bertudung bagi wanita adalah termaktub didalam kitab suci Al Quran.
Menjauhi larangan Allah kerana Allah dan menjalankan perintah Allah juga kerana Allah.

bilamana seseorang itu menjalankan perintah Allah sebagai menutup auratnya tidak lain tidak bukan kerana takut kepada dosa dan azab Allah maka org itu disebut beriman kepada Allah.

Janganlah kita berlaku syirik didalam melakukan taat kepada Allah. janganlah kita berlaku main main dalam menjalankan hukum dan perintah dari Allah.suruhan manusia atau suruhan Allah yg berhak dipatuhi dan diikuti.

perintah menutup aurat itu bukan lah dalam keadaan seketika seketika dimana kita boleh memilih waktu mana kita suka atau mana kita tidak suka. waktu sedih dan berkabung kita bertudung dan waktu lain kita mengerbang bebas.

ketahuilah bahawa wanita yg sentiasa tidak menutup auratnya maka dia didalam keadaan berdosa bepanjang masa .setiap org yg melihat akan auratnya maka setiap itu lah dia didalam keadaan berdosa. ancaman Allah kepada wanita wanita yg mendedahkah aurat mereka terdapat didalam banyak hadith nabi.

wanita yg mengaku Islam tidak selayaknya mendedahkan auratnya dalam keadaan apa sekalipun. namun peraturan dan cara pakai pembaca berita ini dalam bidang kuasa pihak yg berkenaan.

mereka ini menjadi ketua yg mengawal selia yg mampu mengubah dan meminda.
mereka membolehkan pada satu masa dan keadaan dan melarang pulak dalam masa dan keadaan yg lain. mereka ini mempersendakan hukum Allah. mereka ini adalah Org org Islam yg jahil atau sememangnya derhaka kepada Allah.

seperti juga dimajlis pengkebumian ramai para menteri wanita umno hanya berselepang dan berjambul. dengan mata merah menangis sedu sedan meratap kematian, menangis kerana pemergian org sedangkan giliran kita dalam sinarai menanti.
bukankan kematian itu sebagai satu ancaman dan peringatan.



BERHATI-HATI DI JALANRAYA


BUKIT KATIL 27 Okt : DPPK Bukit Katil mengharapkan semua pengguna jalanraya bersabar dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya semasa cuti Hari Raya Puasa dan Deepavali tahun ini. Ini kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa kemalangan jalan raya merupakan antara 'pembunuh' tertinggi dalam negara kita.

Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman di sini pagi ini. Beliau mendoakan semua pengguna jalan raya selamat sampai ke destinasi masing-masing. "Apa yang penting semua orang kena sabar, sentiasa patuh pada undang-undang, Insya Allah semua akan selamat" tegas Hj Salamat lagi.

Baru-baru TPM, Dato' Najib menggariskan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh pengguna jalan raya demi untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.


BILA LAH MEREKA NAK INSAF. DAH TUA-TUA PUN TAK PUASA


MELAKA 27 OKT : Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa empat warga emas adalah antara 35 umat Islam yang ditahan kerana makan, minum dan merokok di tempat awam dalam beberapa siri operasi bersepadu Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam tempoh 22 hari sejak 1 Ramadan lalu.

Warga emas berusia 60 hingga 62 tahun dan berasal dari Melaka Tengah itu didapati tidak segan silu melakukan perbuatan berkenaan di khalayak ramai sehingga menimbulkan perasaan ‘meluat’ di kalangan umat Islam lain.

Mereka yang kebanyakannya merokok, bagaimanapun mengaku melakukan perbuatan berkenaan dan bersedia dihadapkan ke Mahkamah Syariah.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata daerah Jasin mencatatkan jumlah tangkapan tidak berpuasa tertinggi iaitu 19 orang, diikuti Alor Gajah (10) dan Melaka Tengah (enam).

Katanya, semua yang ditahan itu dibebaskan selepas disoal siasat sebelum didakwa di mahkamah.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 49 (1) dan (2), Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara selama 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

“Kita kesal kerana semakin hari semakin banyak aduan yang kami terima membabitkan perbuatan umat Islam yang tidak menghormati Ramadan.

“Antara aduan itu bukan saja membabitkan makan, minum atau merokok di khalayak ramai, malah kita juga ada menerima aduan mengenai perbuatan bercumbu dan melakukan maksiat di tempat awam,” katanya.

Sementara itu Ketua DPPK Bukit Katil ketika mengulas perkara berkata, kejadian makan dan merokok di khalayak ramai ini sudah menjadi perkara biasa. Perkara ini berlaku kerana kesedaran Islam yang kurang di kalangan orang ramai. Tambahan pula katanya, banyak restoran orang islam yang dibuka bulan puasa. Dalam tinjauan Weblog ke beberapa tempat di Batu Berendam terdapat beberapa kedai mamak yang dibuka seperti biasa. Sepatutnya pihak JAIM bukan sahaja memantau orang ramai yang tidak berpuasa sahaja, tetapi mereka juga mesti memantan restoran-restoran dan gerai-gerai makan orang Islam yang beroperasi seperti biasa di negeri ini, jelas beliau.


Bila pula menteri dan isteri menteri nak bertudung?


Roslan SMS menulis.......

Isunya bermula di parlimen apabila Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mempersoalkan darihal seorang siswi bukan Islam yang mengadu kepada beliau bahawa dia telah dipaksa oleh pihak UIA untuk mengenakan tudung kepala ketika majlis konvokesyen universiti tersebut.

Menurut Menteri di JPM, Dr Maximus Ongkili pihak kerajaan telah pun meluluskan keputusan Senat UIA itu berhubung pakaian seragam semasa majlis konvokesyen UIA. Jawapan beliau itu walaubagaimanapun tidak dapat diterima oleh ahli-ahli pembangkang dari DAP.

Kata Kit Siang sebagaimana dilaporkan oleh THE STAR:

Is this not disrespectful of a plural society?

Tindakan ini tidak menghormati kedudukan masyarakat majmuk.

Siapa pun sudah pasti menjangka rungutan akan meluap keluar dari wakil-wakil DAP kerana bagi mereka pakaian seragam itu seolah-olah memaksa kepercayaan Islam ke atas penganut agama lain.

Rupanya isu ini tidak berakhir di situ. Ahli parlimen Jerai, Badruddin Amiruldin pula semasa berucap telah sekali lagi menyentuh isu pakaian tudung ini. Beliau membangkitkan mengapa para penyampai berita di TV hanya menutup aurat apabila tercetusnya satu-satu persitiwa tragik (umapam semasa kematian Datin Seri Endon baru-baru ini) tetapi dihari-hari lain dengan sewenang-wenangnya mendedahkan kembali aurat mereka.

Beliau berkata lagi:

If the Speaker of the Dewan could wear a songkok, why was it that the female Parliament staff could not cover up.

Jika Speaker Dewan Rakyat boleh menggunakan songkok, mengapa pula kakitangan wanita di Parlimen tidak boleh menutup kepala mereka.

I suggest that the officers respect the Dewan and cover themselves up. This should not be a problem, in fact, it is beautiful.

Saya mencadangkan yang para pegawai tersebut menghormati Dewan dan menutup kepala masing-masing. Ianya tidaklah menjadi satu masalah, malah mereka akan kelihatan semakin manis.

Dan sebagaimana biasa Ketua Pembangkang dari DAP yang sememangnya mempertahankan mati-matian amalan sekular itu telah membantah dan menyerang Badruddin.

Saya ucap tahniah di atas keprihatinan YB dari Yan itu. Barangkali dengan bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini beliau merasakan terpanggil untuk mengenengahkan cadangan yang sememangnya diwajibkan oleh Allah swt dan Rasul Nya ke atas umat Islam khasnya kaum muslimat.

Cuma sepatutnya Badruddin jangan tuju pada kakitangan parlimen sahaja, bagaimana pula dengan para Menteri yang duduk di bangku kerajaan? Rafidah, Shahrizat dan Azalina bagaimana? Baimana pula dengan YB-YB Umno samada Wanita ataupun Puteri yang masih belum menutup aurat?

Badruddin jangan lupa juga akan isteri-isteri Menteri, Timbalan Menteri, YB-YB yang lain? Pemangku Wanita Pertama (isteri TPM) pun tak bertudung!

Eloklah sekurang-kurangnya Badruddin telah bersuara walaupun tidak secara menyeluruh. Bagaimana agaknya pandangan Menteri Agama, Dr Abdullah Mat Zain?

Dalam hal ini, saya masih ingat ketika pihak MPKB di Kelantan memperkenalkan garis panduan pakaian sopan untuk jurujual bukan Islam di gedung-gedung perniagaan dalam kawasan Kota Bharu. Banyak pihak telah menentang dan membangkang kononnya arahan ini mencemar kebebasan individu dan hak berpakaian. MPKB tidaklah sebagaimana UIA sampai keperingkat mengarahkan agar mereka yang bukan Islam turut menutup aurat, cuma mengenakan pakaian yang bersopan sahaja, sedangkan pihak kerajaan BN bersetuju agar graduan UIA berpakaian menutup aurat semasa majlis konvokesyen.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
















PIHAK KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA SEKELIAN. PIHAK KAMI AKAN CUBA MENYAMPAIKAN BERITA-BERITA TERKINI SAMBIL MERAIKAN HARI RAYA. TIADA CUTI UNTUK KAMI. DEMI UNTUK MENYAMPAIKAN BERITA TERKINI KEPADA SAUDARA-SAUDARI SEKELIAN.

SEKIAN


Wednesday, 26 October 2005

DENGARLAH RAYUAN KAMI WAHAI PAK LAH


Bukit Katil 26 Okt - Sejak kesekian kalinya DPPK Bukit Katil merayu Perdana Menteri yang baru kematian isteri supaya membebaskan tahanan ISA yang telah ditahan lebih 4 tahun.

Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang kira-kira seminggu lagi kami selagi lagi merayu Pak Lah agar membebaskan mereka yang sehingga kini tidak dibuktikan bersalah di mahkamah terbuka. Apakah dosa mereka itu sehingga mereka disiksa sedemikian rupa. Pak Lah tentu tahu betapa sunyi seorang suami yang ketiadaan isteri disisi dan begitu juga isteri yang tiada suami disisi mereka. Tambahan pula kasih sayang anak dan ayah dipisahkan sebegitu lama.

Pak Lah dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini menyatakan bahawa beliau terasa sunyi selepas kematian isterinya baru-baru ini. Maka begitu jugalah penderitaan yang dialami oleh para isteri dan anak-anak tahanan ISA tersebut.

Mereka itu bukan sahaja sunyi tetapi juga kehilangan tempat bergantung nafkah dan harapan.

Maka DPPK Bukit Katil dengan ini mendesak Pak Lah supaya membebaskan tahanan-tahanan ISA tersebut serta merta. Janganlah mereka dizalimi dan kita takut kezaliman yang dikenakan kepada mereka ini akan mengundang bala dari Allah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
Hj Salamat Aman
26 Oktober 2005


Renungkan berita yang dipetik dari Harakahdaily di bawah.

"Saya terasa sebak setiap pagi hari Jumaat kerana anak ketiga saya, Abdul Aziz, yang berusia lima tahun kerap bertanyakan bila nak jumpa ayah, " kata Puan Naimah Abdullah isteri tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lotfi Ariffin.

Beliau yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri, Kuala Ketil tidak menghadapi masalah kewangan untuk terus membesarkan anak-anaknya berbanding isteri tahanan ISA yang tidak bekerja.

Menurutnya, kali terakhir bertemu suami ialah pada 23 Ogos baru lalu di mana tarikh dia dijangka akan dibebaskan bersama-sama tahanan yang lain.

Namun, saat manis yang dinanti sekian lama ranap sekelip mata sahaja apabila Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi masih enggan melepaskan mereka dengan memanjangkan tempuh tahanan kepada dua tahun lagi menjadikan enam tahun.

Menceritakan kelakuan anaknya, Abdul Aziz yang begitu manja setiap kali bertemu ayahnya di bawah kanopi dalam Kem Kemunting walaupun sewaktu ayahnya ditangkap beliau baru berusia lapan bulan.

"Hati siapa yang tidak sayu melihatkan gelagat anak tambahan lagi menjelangnya Syawal. Walaupun Syawal ini kami akan berkunjung ke Kem Kemunting, Perak tetapi ia tidak sama dengan sambutan di kampung, " terang beliau.

Berbanding dua orang anaknya yang lain iaitu Ahmad Salahudin, 8 dan adiknya Ahmad Fathi, 6 yang sudah mengenali nasib yang menimpa keluarganya.

Katanya, hasil sokongan keluarga dan rakan dalan jemaah terus menguatkan semangat untuk meneruskan usaha suaminya.

Mengenang kembali peristiwa tangkapan suaminya pada 3 Ogos 2001 beliau berkata, ia ditahan kerana dituduh terlibat dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang kemudiannya dinamakan pula Kumpulan Militan Malaysia (KMM)oleh kerajaan.

Walhal sambungnya, sehingga hari ini segala tuduhan masih tiada bukti.

"Jika dapati mereka tak bersalah lepaslah. Buat apa kurung lama-lama, " katanya yang kini tinggal di rumah guru Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak, Kuala Ketil, Kedah.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling, Mohd Rafil Haji Mohd Hasan ketika dihubungi berkata, Dewan Pemuda tidak melupai keluarga mereka setiap kali menjelang Ramadhan dan Aidil Fitri.

"Walaupun tak seberapa sumbangan kami namun pengorbanan suami mereka tetap dikenang. PAS tetap bersimpati dan berharap keluarga mereka tabah menghadapinya, " ujar beliau.

Sekarang ini dua orang lagi dari Baling yang masih merengkok dalam ISA iaitu Mohd Lotfi Ariffin dan Zainon Ismail.


TAHNIAH KEPADA POLIS DAN KERAJAAN KELANTAN KERANA BERJAYA KURANGKAN JENAYAH


Bukit Katil, 26 Okt - DPPK Bukit Katil mengucap tahniah kepada Polis dan Kerajaan Negeri Kelantan di atas penurunan kadar indeks jenayah di negeri tersebut sebanyak 10 %. Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Polis Kelantan, SAC 1 Zulkifli Abdullah seperti yang disiarkan oleh Harakahdaily semalam.

“Dalam tempoh tersebut juga sebanyak 45 peratus kes jenayah berjaya diselesaikan. Bagaimanapun Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu diminta menumpukan perhatian terhadap laporan yang diterima daripada orang ramai terutamanya berkaitan masalah remaja yang menunggang motosikal.

“Banyak aduan yang diterima mengenai masalah remaja yang menungang motosikal. Kita mahu pastikan mereka tidak melanggar undang-undang, di samping menjaga keselamatan orang ramai,” katanya pada majlis berbuka puasa IPD Kota Bharu, baru-baru ini seperti yang disiarkan oleh Harakahdaily semalam.

'Kejayaan menurunkan kadar indeks jenayah ini adalah hasil dari usaha gigih Polis Kelantan dan kerajaan negeri', tegas Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman. Kita sedia maklum bahawa Polis Kelantan tidak sebagaimana Polis negeri lain yang sibuk menjalankan 'tugas sampingan' mereka iaitu menyekat ceramah-ceramah PAS, sindir Hj Salamat. Kita jarang sekali mendengar aduan dan rungutan dari PAS Kelantan tentang hal ini, tambahnya yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.

Usaha kerajaan negeri membenteras program-program maksiat dan tidak berfaedah dilihat telah menyumbangkan kepada penurunan kadar jenayah ini.


Tuesday, 25 October 2005

DPPK BUKIT KATIL SUPPORT TO REVIVE SPEAKER CORNER


Bukit Katil 25 Okt -- DPPK Bukit Katil today expressed support for a proposal to revive the Speaker's Corner in institutions of higher learning to enhance the communicative skills of students but said it must be regulated to prevent abuse.

DPPK Bukit Katil Chief HJ Salamat Aman said the Speaker's Corner could train students to come up with ideas and engage in debate while helping them to overcome stage fright. 'However we hope all the student who participate in the speech is allowed to address any issues including political issues. We hope that University Student Affair Dept. don't interfere them.' Said Hj Salamat. The Speaker's Corner could also indirectly encourage the use of not only Bahasa Melayu and but also the English Language, which is important in a globalised world. It also encourage student to express their ideas to any issues related to the country development, education and etc.

Higher Education Minister Datuk Dr Shafie Salleh had said yesterday that the Universities and University Colleges Act 1971 would be reviewed, and would include a revival of the Speaker's Corner in institutions of higher learning.

Recently Higher Education received a huge complaint from 'anti-establishment' group regarding their unprofessional behaviour during student election.






REBUTLAH PELUANG 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN


DPP Kawasan Bukit Katil mengingatkan seluruh ahli pemuda Kawasan khasnya dan seluruh umat Islam amnya supaya merebut peluang 10 malam terakhir Ramadhan dengan mempertingkatkan amal ibadat masing-masing. Ini bertepatan amalan Rasulullah S.A.W yang membuat amal ibadat yang lebih pada 10 malam terakhir Ramadhan dari malam biasa. Moga-moga kita semua dikurniakan oleh Allah bertemu dengan malam Lailatul Qadar yang dinyatakan di dalam surah Al-Qadr bahawa ianya amalan pada malam tersebut lebih baik dari seribu bulan. Kita tidak mengetahui adakah kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Tiada siapa yang dapat memastikan bahawa umur kita boleh sampai ke Ramadhan akan datang. Hanya Allah yang menentukan semuanya.


Monday, 24 October 2005

Ulangtahun Kepiluan Tak Bai


Roslan SMS menulis .........

Esok Selasa 25 Oktober genaplah setahun Peristiwa Berdarah di Pekan Tak Bai, Wilayah Narathiwat, Selatan Thai. Seramai 112 telah gugur syahid ditangan pemerintah Thai di dalam bulan Ramadhan ketika menjalani ibadat puasa.

Hamba-hamba Allah yang tidak berdosa ini pada awalnya telah berkumpul di hadapan balai polis di Tak Bai untuk menuntut agar dibebaskan seramai 6 guru agama yang telah ditahan oleh pihak polis Thai kononnya atas alasan terlibat dengan gerakan keganasan.



Tanpa peri kemanusiaan, tanpa pertimbangan, tanpa belas ehsan pihak berkuasa Thai dengan sewenang-wenangnya telah merempuh para penunjuk perasaan, pada awalnya disiram dengan pancutan air dan disusuli dengan belantan, tembakan dan akhirnya seramai 1,300 orang telah ditahan.



Yang ditahan telah diperlakukan bagai binatang, dipaksa merangkak, digari tangan dan dibelasah, dipijak dan dipukul, akhirnya mereka ini dihimpunkan berlapis-lapis, bersesak-sesak, bertindih-tindih dalam trak yang sempit untuk diangkut ke markas tentera wilayah selatan kira-kira 6 jam perjalanan.

Akibatnya seramai 78 orang telah meninggal dunia kerana sesak nafas, lemas dan patah leher mereka lantaran diperlakukan sedemikian rupa. Jumlah terkorban termasuklah yang ditembak adalah seramai 112 orang!

Mengimbas kembali perisitiwa pahit yan menyayat hati ini, tercetus difikiran kita manusia berhati binatang jenis apakah yang tergamak melakukan tindakan sebiadap itu terhadap sesama manusia?

Jelasnya semua itu kini telah berlalu. Yang syahid telah disemadikan, namun luka dibenak hati anak-isteri, sanak-saudara, mereka yang terlibat sudah pasti tidak akan terubat sampai bila-bila. Kerajaan Thai sehingga kini sekadar telah menyalurkan wang bantuan dan pampasan walaubagaimanapun tiada permohonan maaf dilakukan terhadap keluarga mangsa yang terkorban.

Kita di seberang sini dalam keadaaan serba mewah dan selasa namun tidak berdaya melakukan apa-apa. Mereka menangis-pilu, kita juga sekadar dapat menangis bersama, tidak lebih dari itu.

Di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dibelenggu seribu satu kekangan marilah sekurang-kurangnya kita mengambil kesempatan memohon kehadrat Allah swt agar diampunkan dosa kita, dilindungi saudara-sauadara kita di sana dari kezaliman berterusan dan penghinaan serupa ini. Mudah-mudahan Allah swt menganugerahkan kesabaran dan ketabahan pada mereka dan disediakan ganjaran sebesar-besar ganjaran di akhirat kelak, insyallah.

Barangsiapa yang mati karena membela dirinya, maka ia mati syahid. Dan barangsiapa mati di saat membela hartanya, maka ia mati syahid, dan barangsiapa yang mati untuk membela kehormatannya, maka ia mati syahid


MTD Bukit Baru agihkan 100 kampit beras dan keperluan lain


Bukit Baru 24 Okt : MTD Bukit Baru akan mengagihkan 20 kampit beras dan barangan keperluan harian kepada penduduk di sekitar Bukit Baru dalam bulan Ramadhan yang tinggal 10 hari lagi. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Ketua Urusan Ulama' MTD tersebut, Imam Ibrahim di Pejabat DUN Bukit Baru di sini.

Beliau menjelaskan setakat ini kira-kira 40 kampit beras telah diagihkan kepada penduduk sekitar Kg. Bukit Baru Dalam. Pengagihan telah dilakukan oleh Timbalan YDP PAS Bukit Katil bersama-sama beberapa orang ahli PAS Cawangan Bukit Baru minggu lalu.


Friday, 21 October 2005

MAJLIS IFTAR DAN PENERANGAN DI MARKAZ MTD BUKIT BARU MALAM INI


Bukit Baru 21 Okt : MTD Bukit Baru akan mengadakan majlis Iftar dan penerangan bertempat di Markaz MTD Bukit Baru, Pekan Bukit Baru berhadapan Flat Sri Siantan bermula jam 5.30 ptg ini.

Semua masyarakat setempat dijemput hadir. Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Sofi Wahab 019-682 1318


Ke manakah hilangnya IZZAH kita?


Oleh : Roslan SMS.

Sebelum ini kita pernah melihat tentera-tentera penceroboh Amerika di Abu Gharib, Iraq dengan biadap mencabul kehormatan para tahanan Iraq. Kini yang terbaru tentera penceroboh yang sama bertindak di Afghanistan pula.

Menurut laporan CNN tentera penceroboh Amerika dan kerajaan Afghanistan sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa mayat pejuang Taliban yang dihadapkan kea rah kiblat telah dibakar oleh anggota tentera AS dari Briged Udara 173 berdekatan kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Gonbaz, iaitu di daerah kubu kuat Taliban di Kandahar, Afghanistan.

Menurut laporan sambil mayat-mayat itu dibakar pengumuman melalui pembesar suara dibuat oleh unit yang sama menggesa para pejuang Taliban di sekitar kawasan itu agar datang mengutip mayat-mayat tersebut.

Tindakan biadap ini jelas menghina Islam sedangkan ianya dilakukan oleh gerombolan tentera yang mendakwa dan mendabik dada sebagai Polis Dunia!

Di bulan Ramadhan yang mulia lagi penuh berkat ini tentera AS tergamak menghina mayat umat Islam tanpa sedikit pun nilai kehormatan dan mengenepikan sebarang peraturan dan konvensyen semata-mata kerana ghairah mahu meneruskan agenda jahat mereka.

Inilah nasib umat Islam apabila mengizinkan dirinya dibelenggu oleh penjajah kuffar yang memiliki agenda menghancur luluhkan aqidah dan kepercayaan kita. Dikesempatan bulan Ramadhan terutama di 10 malam terakhir kelak, berdoa dan bermunajatlah kita dan sebutkan di dalam doa qunut kita ketika witir agar Allah swt menyelamatkan umat Islam dan mengembalikan izzah dan kemuliaannya.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda:

Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi saw. menjawab, Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit WAHAN

Seorang sahabat bertanya, :Apakah wahan itu hai Rasulullah? Nabi menjawab: Cinta pada dunia dan takut pada mati. H.R. Abu Daud


Thursday, 20 October 2005

Antara kesedihan Pak Lah dan pilu Tok Guru


Roslan SMS menulis.........

Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan dijangka mengetuai rombongan pimpinan PAS untuk menziarahi jenazah Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood di Putrajaya jam 1 petang nanti. Tuan Guru turut dijangka menyampaikan takziah bagi pihak Tuan Guru Hj. Abd. Hadi dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yan kedua-duanya berada di Mekah ketika ini.

Memang menjadi amalan sesama Islam dan malah diunjurkan oleh Rasulullah saw agar kita menziarahi saudara sesama Islam kita yang kematian ahli keluarga dan digalakkan agar mengucapkan takziah kepada mereka di atas kehilangan ahli keluarga yang dikasihi.

Tuan Guru pasti bertemu dengan Pak Lah dan pasti menyampaikan takziah disamping kata-kata perangsang dan nasihat. Mereka pasti bersalam-salaman disaat Pak Lah sekeluarga berduka dan bersedih. Insan mana yang tidak bersedih apabila kehilangan isteri yang disayangi, ibu yang disayangi, anak yang disayangi.



Namun segala-galanya telah ditakdirkan Allah swt sebagaimana firman Nya dalam surah al Mulk ayat 2:

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Ia Maha Berkuasa membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun, bagi orang-orang yang bertaubat.

Pak Lah perlu reda dan terima perpisahan yang telah diputuskan oleh Allah swt ini, perpisahan sementara kerana selepas ini giliran Pak Lah dan kita semua yang lain pula untuk menyusul.

Cuma mudah-mudahan disaat sedih dan pilu ini, bersempena bulan Ramadhan al Mubarak ini semoga Allah swt turut menggerakkan hati Pak Lah. Tenunglah wajah Nik Aziz itu baik-baik, inilah raut wajah seorang ayah yang kehilangan anak, bukan kerana anakanya telah pergi sebagaimana Endon, tetapi anaknya dipenjara, ditahan tanpa bicara, tanpa peluang membela diri dan Pak Lah dalam bersedih perlu mengambil tahu dan peduli.

Si ayah bergelar Nik Aziz ini sedih dan pilu, remuk dan hancur hatinya merindui anaknya yang Pak Lah tahan sekian lama. Demikian juga isteri dan anak-anak kecil di rumah yang dari hari ke hari menunggu-nunggu dengan penuh harapan insan yang paling mereka sayangi. Takkanlah anak-anak yang tidak berdosa ini tergamak kita biarkan sekali lagi tanpa bapanya di hari umat Islam bergembira apabila tiba 1 Syawal kelak?

Endon telah pergi, mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya. Bagi kita yang hidup pertangungjawaban kita kepada Allah swt terus-menerus dituntut. Adil atau zalimkah kita di atas dunia Nya ini?

Mudah-mudahan di bulan penuh barakah ini lembutlah hati Pak Lah sebagaimana lembut hatinya melepaskan Endon pergi ke hadrat Allah swt, lembutlah juga hatinya untuk tidak lagi membiarkan Nik Aziz sekeluarga bersedih dan pilu lagi, lembutlah hatinya untuk melihat anak-anak kecil, cucu Nik Aziz agar dapat berdakap dan berpelukan dengan bapa kesayangan mereka.

Perkenankanlah Ya Allah, Amin Ya Robbal Ala Min.


TAKZIAH UNTUK PM


Bukit Katil 20 Oktober : PAS kawasan Bukit Katil mengucapkan takziah kepada PM diatas kembalinya ke rahmatullah isteri beliau, Datin Seri Hendon Mahmud pagi tadi iaitu kira-kira jam 7.50 pagi.

PAS Kawasan mengharapkan keluarga PM bersabar dengan dugaan Allah ini. PAS Kawasan juga mendoakan agar roh Allahyarhamah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan roh golongan orang-orang yang bertakwa.


Wednesday, 19 October 2005

NEGARA ISLAM HARAMKAN JUDI


Roslan SMS menulis.......

Kita sudahpun sampai ke pertengahan Ramadhan. Fasa ini dikira sebagai fasa Maghfirah ataupun keampunan. Sepatutunya disaat inilah kita sudah bersedia menzahirkan keimanan dan ketaqwaan kita dalam apa sahaja aktiviti dan tindak-tanduk kita.

Tambahan pula sekiranya kita diberikan peluang oleh Allah swt memimpin hamba-hamba Nya. Dengan tanggungjawab itu sebagai seorang Muslim sepatutnya kita tunduk pada ketentuan dan peraturan Allah swt, sebagaimana firman Nya dalam surah al Baqarah 185:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Tiada lagi keraguan dalam hal ini tambah-tambah dalam bulan puasa ini, tak kiralah samada kita PM, MB, Menteri mahupun ahli parlimen ataupun ADUN.

Dalam akhbar THE STAR hari ini ahli parlimen Umno kawasan Yan, Badruddin Amiruldin bertanya di dalam dewan rakyat semalam adakah sebagai sebuah negara Islam, Malaysia akan terus menggalakkan perjudian?

Kata beliau lagi berjudi ini boleh membawa manusia ke kancah amalan syirik, THE STAR melaporkan:

In the kampong, when people want to win numbers games, they go to see the bomoh and even make offerings to trees so that their numbers will come out winners. All this shows that gambling can make people carry out deviationist practices.

Di kampung, apabila seseorang ghairah mahu menang judi tikam nombor, mereka sanggup berjumpa bomoh dan sanggup membawa persembahan ke pokok-pokok, dengan harapan nombor yang mereka tikam akan naik. Semua ini membuktikan yang amalan berjudi itu boleh membawa kepada amalan-amalan sesat (syirik).

Badruddin tidak perlu membawa contoh amalan di kampung beliau, dalam hal ini cukup ayat-ayat Allah swt sebagai hujah dimana Allah telah berfirman dalam surah al Maaidah 90-91:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Perbuatan terkutuk ini adalah dosa besar dan sudah pastilah berdosa juga mereka yang membenarkan amalannya samada secara langsung mahupun tidak langsung. Dan sebagaimana yang diduga Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Hilmi Yahya telah menjawab dengan mengatakan:

Gambling was a matter of individual choice.

Judi ini terpulang kepada pilihan individu.

Bermakna benar (sebagaimana yang Umno dakwa) negara ini adalah Negara Islam akan tetapi jenis negara Islam Malaysia ini adalah yang anjal sehingga ia membenarkan judi walaupun berdosa kerana ianya pilihan individu!

Dalam hal ini Badruddin, Hilmi termasuklah Pak Lah dan rakan-rakan, yang beragama Islam dan yang menjunjung dan mendaulatkan al Quran sebagai kalam Allah perlulah akur kepada firman Nya (al Baqarah 219):

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.

Bersedialah untuk memikul beban ini sebagai pemimpin bila berhadapan dengan Allah swt di Hari Pengadilan kelak.>


SELOKA BUAT PAK LAH


1. Nenenda Rafidah BERBALAH sama PEMBANGKANG, MP BN
dan TUN CEK DET; PAK LAH BUAT DON KNOW?

2. Orang bising pasal Barang Mahal, Minyak Mahal - PAK
LAH BUAT DON KNOW?

3. ISA SAMAD dah Lama RASUAH; PAK LAH BUAT DON KNOW?

4. ISA SAMAD Letak Jawatan, Menteri tak ganti - PAK
LAH BUAT DON KNOW? BLOM ADA ILHAM ...!!

5. Yang kena ISA dah masok Penggal ke-2, PAK LAH BUAT
DON KNOW?

6. MAK ENDON sakit cancer; itu I KNOW....

TUN CEK DET MAKIN BERANI; SEMALAM SINDIR2 LAGI; APA
TUN AKAN KEMBALI BERKUASA ...??? bUAT PAK LAH, KALAU
BOLEH KO LAH RESIGN, KASI SAJA KAT NAJIB - BERILAH
MASA YG PENTING INI DGN BERADA DISISI MAK ENDON YANG
SAKIT .....

BUAT PAK LAH KU SAYANG; AKU DOAKAN MAK ENDON CEPAT
SEMBUH .......





`matnoq
pencari kebenaran


Monday, 17 October 2005

ZAM JANGAN MENANGGUK DI AIR KERUH


Roslan SMS .........

Persembahan hiburan juara Akademi Fantasia 3 (AF3) Asmawi Ani atau Mawi di Kelantan baru-baru ini membuktikan Pas menerima konsep Islam Hadhari yang didokong oleh UMNO apabila kerajaan Pas negeri itu menganjurkan konsert secara terbuka.

Demikian laporan UTUSAN hari ini yang memetik pandangan Timbalan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin.

Apakah dengan pengajuran satu konsert maka sahlah PAS telah menerima konsep Islam Hadhari yang dicipta oleh Presiden Umno itu?

Kenyataan Timbalan Menteri ini sungguh menyimpang dari semangat dan matlamat penganjuran konsert itu sendiri. Jelas tanyalah siapa pun samada yang hadir termasuklah Mawi dan M. Nasir sendiri, konsert anjuran kerajaan negeri Kelantan pada 2 malam itu berbeza samasekali dari mana-mana konsert yang pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Pihak media sendiri yang dijemput oleh kerajaan negeri telah memberi ulasan yang telah membezakan konsert ini dari yang lain-lain. Akhbar THE STAR dalam ruangan METRO bertarikh 12 Oktober melaporkan di bawah tajuk CONCERT FOR ISLAMIC CITY:

To mark the declaration by the Sultan of Kelantan, Tuanku Ismail Petra, the state government which was the main organaiser, held the first open-air concert in Kota Bharu in 15 years that was billed as a version of Islamic entertainment or alternative entertainment.

The 55,000 strong crowd experienced a first when organaisers segregated them into single males, females and families inside the stadium.

Sempena pengisytiharan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, kerajaan negeri selaku penganjur telah menganjurkan konsert terbuka yang pertama di Kota Bharu sejak 15 tahun yang dikira versi hiburan secara Islam ataupun hiburan alternatif.

Penonton seramai 55,000 itu telah melalui pengalaman pertama apabila pihak penganjur telah mengasingkan antara lelaki, wanita dan yang telah berkeluarga di dalam stadium.

MINGUAN MALAYSIA bertarikh 9 Oktober dalam ruangan PANCAINDERA di bawah tajuk KONSERT MAWI BUKTIKAN SEGALANYA menulis:

Selain itu konsert Mawi telah menjadi bukti bahawa penonton boleh menjadi sopan dan tertib jika awal-awal lagi pemikiran mereka diterapkan bahawa mereka sedang menyaksikan konsert berbentuk dakwah.

Justeru tidak hairanlah apabila sepanjang konsert berkenaan yang menyaksikan Mawi menyampaikan empat buah lagu iaitu Intifadah, Pergi Tak Kembali, Nour Elain dan Aduh Saliha, penonton tidak terlompat-lompat atau menjerti-jerit seperti konsert-konsert lain.

Begitulah juga pada konsert malam kedua yang turut menyaksikan Mawi berganding bahu dengan M. Nasir dan Kumpulan Rabbani. Konsert itu benar-benar dilaksanakan dengan tujuan mengajak umat manusia kea rah kebaikan.

Berdasarkan dua ulasan yang berbeza ini sahaja kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa konsert di Kelantan itu tidak boleh disamakan dengan konsert-konsert lain.

Diperingkat ini cuba kita lihat pula konsert-konsert yang pernah samada dianjurkan atau diberi kebenaran oleh kerajaan Islam Hadhari yang diwakili oleh Zam itu. Antaranya Konsert Inul Goyang Gerudi, Konsert sempena tahun baru, konsert sempena kemerdekaan negara, bolehkah konsert-konsert ini disamakan dengan konsert di Kelantan?

Kelantan mulakan konsert dengan solat, Kelantan asingkan antara penonton wanita dan lelaki, kesimpulannya berhibur-berhibur juga tetapi akhirat tidak lupa. Oleh itu saya tidak nampak dimana rasional Zam mahu menisbahkan bahawa PAS menerima konsep Islam Hadhari dengan penganjuran konsert di Kota Bharu, baru-baru ini?


30 TAHUN MERDEKA JAMBATAN MASIH BELUM DAPAT


Melaka 17 Okt : DPP Kawasan Bukit Katil merasa harian bagaimana selepas 48 tahun merdeka masih ada rakyat yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Ikuti laporan sebuah akhbar harian di bawah ....

Tiga keluarga di Kampung Tabuh Naning, Simpang Ampat di sini terpaksa membina sendiri jambatan kayu, untuk menyeberangi Sungai Tabuh Naning bagi urusan harian.

Jambatan kayu yang tidak sempurna itu dibina daripada sisa kayu yang dipungut dari projek pembinaan Vendor City, Simpang Ampat kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

Jamaludin Sabtu, 39, berkata kayu itu dipikul dan diangkut ke rumah mereka melalui kebun getah penduduk, sedikit demi sedikit kerana tidak ada kenderaan untuk mengangkutnya.

Beliau berkata, jambatan itu dibina sejak empat bulan lalu bagi menggantikan jambatan lama yang roboh dibawa arus sungai yang deras.

Menurutnya, sehingga kini sudah berpuluh jambatan yang dibinanya merentangi sungai itu, termasuk jambatan daripada buluh, sejak menetap di situ lebih 30 tahun lalu.

“Kami sudah memohon mendapatkan jambatan yang lebih sempurna daripada pihak berkuasa melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sudah meminta serta mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah untuk membina jambatan di tanahnya.

“Tuan tanah sudah memberi surat kebenaran tetapi sehingga sehingga ini permohonan kami masih belum mendapat jawapan yang positif daripada pihak berkenaan.

“Setiap kali kami mengajukan mengenai jambatan kepada pihak yang berkenaan jawapannya masih sama, walaupun JKKK sudah tiga kali bertukar pemimpin yang menerajuinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Tinjauan Harian Metro mendapati jambatan yang dibina sendiri Jamaludin dan keluarga adik-adiknya itu tidak kukuh kerana akan bergoyang jika dilalui berikutan tidak ada tiang tengah yang menyokongnya.

Menurut Jamaludin, tiang tengah menyokong jambatan itu tidak dapat dibina sendiri kerana jika dibina akan menyebabkan keseluruhan jambatan itu runtuh dihanyut air deras jika berlaku hujan lebat.

Katanya, dia membina jambatan itu bersama bapa dan keluarga adiknya yang tinggal berasing di seberang sungai itu.

Katanya, jambatan itu penting untuk laluan tiga keluarga adik beradiknya yang menggunakannya untuk menjalankan urusan harian dan menghantar anak-anak ke sekolah.

“Ini jalan utama kami untuk ke jalan besar dan jalan lain tidak ada. Jika tidak ada jambatan ini kami terpaksa mengharungi sungai untuk ke seberang sana,” katanya.


Friday, 14 October 2005

HARGA NAIK TETAPI RAKYAT BERMANFAAT?


Roslan SMS menulis.....

Membaca akhbar tempatan pagi ini akhirnya akan mengejutkan kita dari buaian mimpi yang selama ini disenandungkan oleh pihak kerajaan. Ketika mengumumkan kenaikan harga minyak tak berapa lama dahulu, pihak kerajaan termasuklah PM bersungguh-sungguh meminta para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan masing-masing.

Masih terngiang-ngiang di kepala saya kata-kata Pak Lah, bahawa biarlah kita senang dan susah bersama. Itu kata Pak Lah, hari ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan kadar siling baru untuk 23 barangan makanan bagi seluruh negara.



Barangan terlibat termasuklah ayam, daging, telur dan sayur-sayuran.

Akhbar THE STAR menyebut:

Food items such as eggs, white prawns and round cabbage will cost slightly more under ceiling prices the government has set in the run-up to the festive season

Barangan makanan seperti telur, udang,dan kobis bulat akan naik sedikit harganya di bawah harga siling baru yang ditetapkan oleh kerajaan menjelang musim perayaan ini.

Pendek kata harga barang rupa-rupanya terpaksa naik juga. Kobis naik 50 sen sekilo, telur naik sehingga 3 sen, dan bayangkan bila bahan-bahan mentah ini dah jadi bahan masak. Sudah pasti nasi goring, mee goring, roti telur dan lain-lain pakat akan naik belaka.

Apa jadi dengan seruan dan gesaan Pak Lah agar senang dan susah bersama?

Tiba-tiba menteri berkenaan dengan selamba boleh berkata sebagaimana dilaporkan oleh UTUSAN:

Harga yang ditetapkan kali ini dijangka memberi manfaat kepada pengguna kerana kebanyakannya sama dengan harga semasa yang terdapat di pasaran atau pun lebih rendah.

Peninglah nampaknya rakyat memikirkan hal ini, sementara itu duit dalam saku mereka sedar-sedar semakin mengecil.


Thursday, 13 October 2005

PROGRAM IFTAR KAWASAN DI SURAU SEKOLAH AR RAHMAH PETANG INI


Bukit Katil 13 Okt : PAS Kawasan akan mengadakan Iftar Ramadhan peringkat kawasan petang ini di Surau Sekolah Ar Rahmah. Program bermula pada jam 6.00 petang berakhir selepas solat tarawikh. Antara aturcara yang dijalankan ialah berbuka, tazkirah dan solat tarawikh. Semua ahli-ahli PAS di kawasan ini dijemput hadir.


Kenyataan Dr M: Krisis keyakinan terbesar kerajaan Pak Lah


Roslan SMS menulis............

Bagi rakyat kebanyakan isu kontroversial AP seolah sudah tenggelam. Biarpun ramai yang masih belum berpuas hati namun hakikatnya menteri berkenaan telah pun menyerah diri ke parlimen. Ahli-ahli parlimen yang sebelumnya berkepak dan berkokok akhirnya terpaku semacam sudah berpuas hati.

Menteri yang petah dan keletah itu seolah telah memukau semua yang hadir. Walaupun Ketua Pembangkang berkali-kali mahu menganggu beliau, namun akhirnya ketua pembangkang pula yang dilihat keterlaluan dan biadap. Menteri berkenaan dengan berani mengancam mahu menghumban Pengerusi DAP itu ke kolam.



Tapi rupanya tidak berakhir disitu isu yang penuh tandatanya dan berkeladak dengan ketidaktelusan itu.

Dalam akhbar tempatan hari ini, bekas PM yang merupakan pencetus utama yang membongkar skandal AP ini terpaksa bersuara sekali lagi. Walaupun telah tidak berkuasa, walaupun telah bersara dari jawatan kerajaan dan politik, Dr M muncul ke hadapan kerana pada beliau isu ini tidak boleh dan tidak patutu selesai begitu sahaja.

Kata-kata beliau pedas, lebih pedas dari waktu pertama membongkar skandal ini dahulu. Antara lain THE STAR memetik beliau sebagai berkata:

On the approval of NAZA cars as national cars, I think MITI knows very well that it had approved it and you know the cover-up is wrong.

Kelulusan kereta NAZA sebagai kereta nasional, saya berasa MITI tahu yang ia yang meluluskannya, menyembunyikan perkara ini adalah salah.

The Government must not cover up and lie to the public, its wrong. The Government knows that it was MITI that approved it and not me. Any attempt to cover-up is very bad.

Kerajaan tidak boleh menyembunyikan perkara ini dan berbohong kepada rakyat. Kerajaan tahu bahawa MITI lah yang telah meluluskan perkara ini dan bukannya saya. Sebarang usaha untuk menyembunyikan perkara ini adalah suatu yang sangat jahat.

This is especially important as we know believe in transparency.

Perkara ini sungguh penting memandangkan kita sekarang bercakap berkenaan ketelusan.

Dan apabila ditanya adakah beliau berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh menteri berkenaan di parlimen berhubung isu ini, Dr M berkata:

And unfortunately the MPs also did not ask the right questions.

Dan malangnya ahli-ahli parlimen pula tidak bertanya soalan-soalan yang tepat.

Nampaknya dengan kenyataan bekas PM ini, isu ini hangat dan berasap kembali. Kini Dr M bukan sekadar menyerang ketidaktelusan rafidah malah pihak kerajaan pimpinan Pak Lah turut dipertikaikan. Demikian juga sumbangan ahli-ahli parlimen.

Jika seorang bekas PM boleh dengan yakin dan berani menuduh yang kerajaan yang berkuasa hari ini telah MENIPU maka kredibiliti kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah sungguh tercabar, dan tidak ada orang lain yang boleh mernjawab pertuduhan ini melainkan Pak Lah sendiri.

Takkanlah seorang negarawan berstatus bekas PM tergamak mahu menipu rakyat jelata!

Saya kira dengan kenyataan Dr M ini kerajaan BN pimpinan Pak Lah kini dilanda krisis keyakinan yang terbesar dalam sejarahnya. Benarkah menteri berbohong di parlimen, benarkah kerajaan menyembunyikan kebenaran dari rakyat, benarkah kelulusan kabinet tidak diperolehi untuk menganugerahkan Naza status kereta nasional?

Rakyat ingin tahu, jangan sekadar mengaku telus tetapi kelabu luar dan dalam.


Thursday, 6 October 2005

ISLAM HADHARI BUKAN SAHAJA BENARKAN ARAK DIJUAL BERLELUASA MALAH KILANG ARAK JUGA DIBENARKAN


Kota Bharu 6 Okt : Exco Kerajaan Negeri Takiyuddin Hassan menemplak kerajaan Islam HAD-HARI kerana bukan sahaja membenarkan arak dijual secara berleluasa malah membenarkan juga kilang arak beroperasi di Malaysia.

Beliau membuat sindiran tajam ketika menjawab soalan ADUN Wakaf Bharu Mohd Rosdi Abdul Aziz dalam sidang DUN Kelantan semalam. Rosdi bertanyakan samada kerajaan negeri dengan slogannya Membangun Bersama Islam bercadang untuk menutup premis-premis menjual arak dalam negeri tersebut.

Jawapan Takiyuddin tersebut membuka pekong kerajaan Islam HAD-HARI sendiri yang sebenarnya tidak pernah menghadkan penjualan arak di mana ianya boleh dijual di mana-mana tanpa kawalan. Malah Kilang arak beroperasi dengan bebas. Takiyuddin juga membuat pendedahan bahawa terdapat surau di dalam kilang tersebut. Apa nak jadi dengan Islam HAD-HARI surau boleh didirikan di tempat membuat barang yang jelas haram ini.

Malah kilang-kilang arak ini mempunyai pengarah, pentadbir dan pekerja-pekerja yang terdiri dari orang Islam. Inilah bercelarunya masyarakat Islam HAD-HARI sekarang.


ALI RUSTAM BIJAK MENTADBIR SEBAB ITU HUTANG MELAKA LEBIH DARI KELANTAN


Melaka 6 Okt : DPP Kawasan Bukit Katil merasa hairan bagaimana sebuah negeri yang kecil dan Ketua Menterinya mendakwa bijak mentadbir negeri tetapi hutangnya lebih banyak dari Kelantan. Melaka yang saiznya lebih kecil dari Kelantan mempunyai tunggakan lebih RM29.58 juta dari Kelantan. Kenyataannya dibuat oleh Ketua Penerangan DPP Kawasan Sofi Wahab di sini pagi ini.

Pemimpin BN yang seringkali mengejek Tok Guru Nik Aziz yang tidak pandai memerintah dan juga pakai kain pelekat sepatutnya malu kepada Tok Guru kerana hutang Kelantan kepada Kerajaan Pusat adalah antara yang terendah jika dibandingkan dengan hutang kerajaan negeri yang diperintah oleh BN.

Negeri Kelantan yang dikatakan mundur, tidak membangun dan berbagai lagi tohmahan yang negatif itu hanya jatuh ditangga ke 10 berbanding negeri-negeri lain yang diperintah BN dari sudut jumlah hutang yang tertunggak.

Itupun sebahagian besar dari RM46.61 juta itu sebenarnya adalah hutang yang diwarisi dari kerajaan Umno pra 1990.

"Begitukah caranya orang yang pandai perintah iaitu pandai membuat pembangunan dengan duit hutang bukannya duit yang dicari dengan kebijaksanaan sendiri. Kalau begitulah cara kerajaan BN memerintah maka lambat laun negeri-negeri di bawah pemerintahan BN akhirnya boleh jatuh bangkrap. Nasib baiklah mereka ini berhutang dengan 'bapak' mereka sendiri, iaitu Kerajaan Pusat", jelas Sofi panjang lebar.

"Kalau begini caranya 'budak sekolah' pun boleh perintah, kalau tidak ada duit berhutang" sindir Sofi.

Senarai Hutang Tertunggak Kerajaan Negeri
1.Johor RM598.35 Juta
2.Kedah RM450.96 Juta
3.Pahang RM414.48 Juta
4.Selangor RM377.33 Juta
5.Terengganu RM259.75 Juta
6.N.Sembilan RM144.37 Juta
7.Sarawak RM 77.69 Juta
8.Melaka RM 76.22 Juta
9.Sabah RM 70.20 Juta
10.Kelantan RM 46.61 Juta

Nota : Kelantan mempunyai hutang paling rendah.

DPP Kawasan Bukit Katil mempertikaikan hasrat Melaka untuk menjadi negeri maju menjelang 2010 sedangkan hutang tertunggakpun tak mampu dibayar.

Jika kita perhatikan fakta, kita dapat lihat juga bahawa 'Negeri maju' Selangor mempunyai jumlah hutang yang lebih 8 kali ganda lebih dari Kelantan. Manakala Kalau negeri bergelar maju tetapi berhutang RM377.33 juta, apalah sangat yang mahu dibanggakan. Mengapa MB Selangor tidak memaklumkan darihal jumlah tunggakan ini kepada rakyat semasa ghairah mengisytiharkan Selangor Negeri Maju 2005 pada bulan Ogos lalu? Kasihan rakyat Selangor negerinya maju tetapi penuh dengan hutang.

Apakah kriteria sesebuah negeri maju tidak mengambil kira jumlah hutang yang tertunggak?


DPPN MELAKA SOKONG PEMBUKAAN SEMULA SRJK(C) DAMANSARA


Melaka 6 Okt : Lajnah Perpaduan Nasional DPPN Melaka menyokong usaha Jawatankuasa Selamatkan Sekolah Kami (SOS) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina untuk membuka semula sekolah tersebut selepas lima tahun ditutup pleh Kementerian Pelajaran. Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DPPN Melaka, Sofi Wahab menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar internet semalam yang melaporkan bahawa Kementerian Pelajaran telah menjawab surat rayuan daripada jawatankuasa Selamatkan Sekolah Kami (SOS) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Damansara selepas hampir lima tahun, buat pertama kalinya,

Dalam surat bertarikh 27 September itu, kementerian itu berkata, pihaknya akan mengkaji permintaan jawatankuasa tersebut untuk membuka semula sekolah yang berusia 75 tahun ini, serta mengambil langkah-langkah sewajarnya. Surat tersebut, yang salinannya diperolehi oleh akhbar itu dihantar oleh Faisal Ismail Aziz, Pembantu Khas kepada Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Hussein.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusi jawatankuasa tersebut, Yong Yoke Sung berkata, dalam tahun ini sahaja, pihaknya telah menghantar tujuh pucuk surat kepada Kementerian Pelajaran. Menurutnya, jawatankuasa tersebut telah membalas surat Ismail pada 28 September lalu dan meminta untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai kementerian berkenaan.

DPPN Melaka mengharapkan agar isu tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin supaya kanak-kanak di Seksyen 17, Petaling Jaya, dapat kembali bersekolah di situ. Kelulusan permohonan dari jawatankuasa itu untuk membuka semula sekolah itu juga penting bagi membuktikan bahawa pendemokrasian pendidikan masih berjalan di negara kita, tambah sofi lagi yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Sejak kebelakangan ini kerajaan Malaysia telah mengenepikan amalan demokrasi dalam hal-hal pendidikan apabila bantuan perkapita terhadap SAR dihentikan dan isu penutupan SRJK Damansara ini gagal diselesaikan dengan baik. DPPN Melaka mengharapkan kerajaan Malaysia mengenepikan kepentingan politik sempit mereka demi untuk memastikan seluruh rakyat tanpa mengira agama dan warna kulit mendapatkan sewajarnya.


Tuesday, 4 October 2005

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ - PAS KAWASAN BUKIT KATIL


Bukit Katil 4 Okt :Seluruh kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang akan memulakan ibadat puasa besok 5 Oktober. PAS kawasan mendoakan semua umat Islam sentiasa dilindungi oleh Allah dan setiap amalan di bulan barakah ini diterima oleh Allah. Marilah sama-sama kita memperbanyakkan amalan bersedekah, membaca Al-Quran, berzikir dan berjihad dalam bulan berkat ini, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat PAS Kawasan yang disampaikan oleh Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof yang juga merupakan Setiausaha Kerja PAS Kawasan


AHLI UMNO/BN MESTI BERSIFAT YES MAN


Melaka 4 Okt. : Budaya 'Yes Man' yang diketahui merupakan salah satu sifat yang menghancurkan sesuatu bangsa telah menjadi satu syarat jika seseorang ingin menjadi ahli Umno/BN. Inilah yang berlaku kepada 2 orang Ahli Parlimen BN iaitu dari Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden dan Datuk Mohamed Aziz (Sri Gading) yang mana kedua-dua mereka mungkin dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan parti.

Tindakan mereka menyokong usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mengenai isu permit import (AP) pada sidang Dewan Rakyat semalam akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip BN, Datuk Seri Najib Razak sendiri akan membawa kes dua Ahli Parlimen itu pada mesyuarat jemaah Menteri kerana perbuatan mereka bertentangan dengan dasar parti.

Najib berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan dan mereka menyatakan rasa kesal serta meminta maaf selepas menyedari perbuatan itu menyalahi dasar parti.

Sebelum ini, Kabinet pernah menggantung tugas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan selama tiga bulan sejak 22 Jun lalu kerana mempersoalkan tindakan kerajaan berhubung isu pengiktirafan kursus perubatan Crimea State Medical University (CSMU), Ukraine pada sesi Dewan Rakyat yang lalu.

Pada sidang Dewan Rakyat semalam, Lim mengemukakan usul mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Sidek Hassan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Lim ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2006, mempersoalkan tindakan Sidek menghantar surat bertarikh 30 September kepada setiap Ahli Dewan Rakyat bagi menjelaskan isu pengeluaran senarai Ahli Parlimen yang menerima AP.

Usul Lim itu disokong Bung Mokhtar dan Mohamed Aziz yang menyifatkan tindakan Sidek sebagai menghina Dewan Rakyat.

Mohamed menegaskan, Rafidah sepatutnya menulis dan menandatangani surat berkenaan dan bukannya Sidek kerana menteri itu bertanggungjawab kepada Parlimen.

Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Yusof Yacob kerana berpendapat Sidek tidak berniat menghina Parlimen dan Ahli Parlimen boleh membangkitkannya ketika Rafidah menjawab isu itu atau pada perbahasan berhubung kementerian berkenaan.

Najib berkata, Bung Mokhtar dan Mohamed Aziz memaklumkan mereka bertindak demikian kerana menganggap Sidek tidak wajar mengeluarkan surat itu.

Najib juga menambah bahawa dalam apa juga keadaan pun, mereka tidak boleh menyokong usul yang dibawa wakil parti pembangkang dan rasa tidak puas hati itu harus dirujuk kepada kerajaan.

Inilah budaya yang bahaya yang diamalkan oleh Umno/BN kerana apa juga keputusan kerajaan walaupun ianya salah dan bertentangan dengan agama, undang-undang apa juga ianya tidak boleh ditentang. Seolah-olah mereka itu 'maksum' tidak akan melakukan sebarang kesilapan dan tidak boleh ditegur.

Najib menjelaskan bahawa tindakan keatas kedua-dua Ahli Parlimen akan diputuskan oleh kabinet hari ini dan keputusannya tidak semestinya sama dengan tindakan yang dikenakan kepada Sothinathan.


Monday, 3 October 2005

APA ORANG LAIN KATA TENTANG KONSERT TAUTAN KASIH - MAWI.


DARI MALAYSIAKINI............

Mawi rocks Kota Bharu!

It was a concert unlike no other - there were no screaming fans, no frenzy, no intimate young couples - as thousands came to witness heartthrob singing sensation Asmawi Ani or Mawi performing in Kelantan's first major pop concert in decades.

Last night, more than 40,000 people thronged Padang Perdana, Kota Bharu for the “Konsert Tautan Kasih”, held in conjunction of the declaration of Kota Bharu as an Islamic City at the Stadium Muhamad IV.

These unlikely revelers went home satisfied and hungry for more.

The success of the concert proved that the decision to hold the concert - despite objection from the PAS ulamak wing - is a boon for the party.

Having lost the support of the youths during the 2004 general election, the party’s renewed determination managed to attract thousands of youths to listen to messages rendered by the party's mursyidul am (spiritual leader) Nik Abdul Aziz Nik Mat who is also the Kelantan mentri besar.

“PAS had made a brilliant move. It is an indirect avenue for the leaders to communicate with the youths who had shunned them before. Although we know that they came to see Mawi and not Nik Aziz but still they listened to what the leader had to say,” said Parti Keadilan Rakyat activist Saifuddin Nasution when met yesterday.

Cleaner than Sure Heboh

He believed that the concert also proved the state government’s capabilities in providing clean entertainment to the youths, when other entertainment events such as TV3's Sure Heboh concerts had been criticised for contributing to social ills among youths.

“PAS has a commitment to protecting the sanctity of Islam. This is well understood among the Malay community but now it is opening up to the moderates. I think their latest strategy will give their political rival a run for their money.”

Whatever the political implications the concert has brought PAS, the youths who attended the concert were clearly satisfied with the show.

Polytechnic students Aziana Anuar, 20 and her friend Alisa said that this was the best show ever held in Kota Bharu and also the largest.

"Of course they had concerts held here before but they were nasyid groups. And there weren't so many people before. I think this is the biggest ever held here."

Having attended concerts in Kuala Lumpur, the girls admitted that yesterday's show has a different atmosphere.

It was crazy

“Lain gila sini! (it's a lot different here). In KL, we would probably jumped over the fence (separating the crowd from the stage). Here we are more aware of the feelings of others. There were no couples. No one shouting in hysteria."

Despite the different scenario, they claim that it did not stop them from having fun.

"Oh yes, we had fun among us girls. We get to see Mawi perform live. Athough we didn't get to meet him at close range but I think it was worth it."

Do they want more? "Of course!" they shrieked.

Entertainment journalist from local magazine Hai! Norhafizah Ahmad - who was among the 70 press representatives who accepted the state government’s invitation to cover the event - said the unique feature at the concert was definately the segregation of women spectators from the men.

“I believe this is why the crowd is tamer as compared to the many concerts that I have seen before in KL and other states. The atmosphere may border on sombre but you can see that the crowd enjoyed themselves. On that point, you have to commend the organisers,” she said.

Heartwarming

Another journalist who declined to be named said she was impressed that the organiser had started the event with congregational maghrib prayers.

“It's really heartwarming to see more than thousands of people - youths and their families - gather and pray together before they proceeded to see the show. In KL, we have to find our own way to perform our prayers so many decide to abandon performing their prayers.”

Apart from Mawi, the three hour concert also saw the performance of nasyid group Mestica, former rock singer-turned religious teacher Akill Hayy and students from Pusat Pengajian Pondok Moden Bachok.

Mawi performs tonight at the Stadium Sultan Muhamad IV. Entrance is free.


TAHNIAH TOK GURU DAN RAKYAT KELANTAN


Roslan SMS menulis.....

Saya berkesempatan melihat siaran langsung konsert tautan kasih di KB melalui web tv semalam. Walaupun dalam keadaan kualiti siaran yang tersangkut-sangkut lantaran ratusan ribu rakyat Malaysia dari seluruh dunia yang menyesakkan laluan, dengan penuh terharu saya menanggap diri saya sebagai salah seorang saksi terhadap pembentukan suatu sejarah besar dalam gerakan dakwah Islamiyah dalam negara.

Tanpa memperdulikan para skeptik di sepanjang simpang-siur perjalanan, Tok Guru dan rakan-rakan pimpinan di Kelantan dengan dokongan taat setia rakyat jelatanya telah dengan yakin dan berani meneruskan program eksperimen ini, dengan hasrat murni mahu menjelmakan model konsert hiburan berteraskan Islam. Matlamatnya untuk menambat hati golongan muda khususnya agar dapat bertaut kepada satu konsep yang bakal mendekatkan diri mereka dengan Tuhan, berlainan dengan konsert konvensional yang menolak sama-sekali batas-batas hukum.

Dari apa yang saya saksikan bermula dengan solat berjemaah di padang perdana dan dikuti dengan ucapan para pimpinan termasuk Tok Guru sendiri, konsert ini memang berbeza dari konsert-konsert lain.

Lagu dan nyanyian pada konsert ini tidak sunyi dari membesar dan mengagungkan Allah swt, siapa sekali pun penyanyinya.

Suasana konsert anjuran kerajaan negeri itu sahaja telah cukup menampakkan perbezaan ketara. Para pengunjung dipisahkan antara lelaki, wanita dan mereka yang berkeluarga. Pemisahan ini diterima sebagai satu tuntutan agama tanpa banyak rungutan dan protes dari mereka yang hadir.

Saya tambah terharu apabila Tok Guru dalam ucapannya menyatakan bahawa, banyak perkara-perkara baru yang kerajaan negerinya lakukan tidak terfikir semasa beliau dan rakan-rakan belajar di madrasah. Pajak gadai katanya, ketika belajar dikatakan haram kerana adanya unsur riba, lalu setelah berkuasa tambah beliau prosesnya diubah dan lahirlah Ar Rahn iaitu sistem pajak gadai Islam yang semakin popular di Kelantan hari ini.

Demikianlah juga dengan konsert ini, saya kira yang pentingnya adalah kesungguhan dan keihklasan semua pihak.

Sebagaimana kata Hj Husam Musa dalam ucapannya, berhibur-berhibur juga namun nama baik Kelantan kena dijaga. Saya turut tertarik dengan serangkap pantun (antara yang banyak rangkap) yang Husam sampaikan:

Kelapa pandan halia muda
Tata sopan kita, malam ini kena betul-betul jaga.

Ternyata meleset segala tohmahan dan serangan terhadap Tok Guru dan rakyat Kelantan
berhubung dengan penganjuran konsert alternatif ini. Mudah-mudahan konsert pada malam ini pula sempena pengisytiharan Kota Bharu Bandaraya Islam akan turut berjaya menepati matlamat kerajaan negeri.

Tahniah Tok Guru dan tahniah rakyat Kelantan, mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati usaha kalian semua. Berjayalah Islam di Bumi Serambi Mekah insyallah.


Saturday, 1 October 2005

BAJET 2006 : INDUSTRI JUDI TERLEPAS LAGI


Roslan SMS menulis...........

Dalam pembentangan bajet 2006 sebentar tadi kerajaan telah bersetuju memperuntukkan wang berjumlah RM138.6 billion, iaitu kenaikan sebanyak 5 peratus. Dan dari peruntukkan sebesar itu RM101.3 billion akan disalurkan untuk perbelanjaan operasi manakala RM35.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Seperti dijangkakan cukai ke atas dua industri maksiat ataupun sin industry ini iaitu arak dan rokok dikenakan kenaikan cukai untuk tahun 2006. Kerajaan mencadangkan agar kadar duti eksais ke atas produk rokok dan tembakau dinaikkan walaupun cukai jualan ke atas bahan tersebut diturunkan pada kadar seragam iaitu 5 peratus.

Duti impot ke atas arak dinaikkan antara RM25.50 ke RM108.50 berbanding RM5.00 ke RM 54 mengikut kadar lama.

Namun harus diingat sebenarnya terdapat satu lagi industri maksiat yang gergasi yang sekali lagi terlepas dari kekangan peningkatan cukai oleh pihak kerajaan BN. Industri maksiat yang dimaksudkan adalah judi. Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini untuk tempoh 4 tahun sahaja iaitu dari 2001 ke 2004 industri judi ini telah dikenakan cukai sebanyak RM7.1 billion iaitu sebanyaka lebih kurang 20 peratus dari perbelanjaan pembangunan negara!

Mengapa cukai ke atas aktiviti perjudian tidak dinaikkan? Mengapa kerajaan benar-benar kelihatan menaja dan melindungi taukeh-taukeh besar ini?

Hari-hari pusat-pusat perjudian ataupun outlet mereka memungut beratus ribu ringgit malah mencecah jutaan pertaruhan hamba rakyat yang kesempitan hidup dan hilang pertimbangan itu. Mereka yang mengaut untung secara besar-besaran atas nestapa dan kesusahan rakyat.

Di lubuk puaka inilah septutnya kerajaan melipat-gandakan kenaikan cukai jualan ataupun apa sahaja yang melibatkan perjudian ini. Jangan lepaskan mereka, atau jangan-jangan mereka menjadi anak emas lantaran besarnya sumbangan mereka kepada BN dan Umno selama ini? Entahlah?


40,000 BANJIRI STADIUM



Kota Bharu 1 Okt : Lebih 40,000 orang datang menyaksikan konsert tautan kasih anjuran Kerajaan negeri Kelantan malam tadi. Konsert yang diadakan sempena pelancaran Kota Bharu Bandaraya Islam telah mendapat sambutan yang hangat seperti yang dijangka. Semua pimpinan Kerajaan Negeri termasuk MB hadir.

Konsert ini memberikan tamparan hebat kepada musuh-musuh Islam yang selama ini memomok-momokan bahawa Islam menentang hiburan. Sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruh negara menggambarkan kepada kita betapa hiburan alternatif juga diterima ramai.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59