Tuesday, 30 August 2005

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI MELAKA ANJURKAN EKSPEDISI DAKWAH MALAM INI DI AYER KEROH


Melaka 30 Ogos : DPPN Melaka akan menganjurkan program ekspedisi dakwah bertemu orang ramai sambil mengedarkan risalah gejala sosial dan maksiat di tapak sambutan di Ambang Merdeka di Ayer Keroh malam ini, bermula jam 11.30 malam.

Difahamkan program gema kemerdekaan ini akan turut disertai oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Wira Ali Rustam. Seperti biasa pertunjukan nyanyian dijangka akan diadakan kerana ianya sudah menjadi 'rukun' wajib dalam setiap program kerajaan Islam HAD HARI.

Ketua Penerangan DPPN Melaka, Yuhaizad Abdullah menyeru seluruh pemuda PAS negeri Melaka agar sama-sama turun menjayakan program tersebut yang turut dihadiri oleh Naib Ketua DPP Pusat Sdr Mazlan Aliman.

Sebelum itu Mazlan akan memeriahkan sambutan gema kemerdekaan anjuran DPP Kawasan Masjid Tanah di Dataran Pasir Gembur, Tg Bidara. Majlis dimeriahkan lagi dengan pertunjukan bunga api. Selepas program pertunjukan ini Mazlan Aliman akan berceramah di dataran tersebut.




DIPETIK DARI LAMAN MALAYSIATODAY BACALAH PETIKAN DI BAWAH ....
------------------------------------------------------

Saya sertakan rentetan ringkas tindakan anjing-anjing
UMNO bertopi merah menghalang ceramah PAS dari
1.7.2001 sehingga sekarang:

1. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd.Noor Hamat [anak
kelahiran negeri Kelantan] dan Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Selangor, SAC II Abu Bakar Mustafa telah
menceroboh Dewan Undangan Negeri Selangor pada hari
khamis 20.11.2003 jam 3.20 ketika Mesyuarat Ketiga
Penggal Kelima berlangsung [ kerebutan berlaku kerana
Teng telah digantung [mengemukakan usul membincang kes
dakwaan rasuah Khir Toyo] dan diarah meninggalkan
dewan oleh Yang DiPertua tetapi Teng enggan kerana
penggantungannya tidak mengikut peraturan dan pihak
polis dipanggil ] dan mengheret YB. Teng Chang Khim [
ADUN Bandar Klang dari DAP ] keluar dewan. Saya telah
meneliti Akta Polis 1967, tidak ada peruntukan
undang-undang yang membolehkan mana-mana pegawai polis
masuk ke dalam dewan menganggu persidangan dewan
kerana dewan membenarkan ahli-ahlinya berbahas apa
saja yang menyentuh kepentingan rakyat [bukan
peribadi] dan ahli-ahli ini ada imunitinya tersendiri.


2. Seorang lagi Ketua Polis Negeri yang bertugas
kerana untuk mu UMNO, iaitu bekas Ketua Polis Negeri
Terangganu, SAC 1 Othman Talib yang kemudiannya
ditukarkan ke Pulau Pinang sebagai Ketua Polis Negeri.
Semasa beliau bertugas di Terangganu, beliau tidak
menghormati langsung kerajaan negeri yang ditadbir
oleh PAS yang dipilih oleh rakyat secara sah. Oleh itu
timbul konflik di antara kerajaan negeri pimpinan PAS
dengan pasokan polis. Pasokan polis di bawah pimpinan
Talib bersikap begitu keras terhadap PAS. Kebanyakan
aktiviti-aktiviti PAS dihalang seperti menghalang
program HIMPIT 2002 sehinggakan pihak PAS terpaksa
mengadakan tipu-helah mengelirukan pihak polis dengan
memindahkan tempat program secara �short notice� yang
menyebabkan pihak polis terpinga-pinga mengepong
padang bandaran yang kosong tidak berorang, tetapi
aktiviti-aktiviti UMNO dibenarkan sehinggakan dalam
satu majlis anjuran UMNO, beliau pernah naik ke pentas
UMNO berceramah untuk UMNO.

PDRM sebagai pelaksana undang-undang telah mencabul
dan menentang undang-undang yang dibuat oleh kerajaan
negeri iaitu Enekmen Hiburan dan Panggung Wayang
dengan membawa masuk konsert berunsur maksiat tanpa
kelulusan kerajaan negeri. Konsert ini diadakan di dua
tempat berasingan, pada malam 6.9.2002 , konsert
diadakan di padang Batalion ke 9 Pasukan Gerakan Am
[PGA] dan pada malam 7.9.2002 diadakan di padang UiTM
Dungun, Terangganu. Dalam pada itu, Othman telah
mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong dan
memberi kerjasama dalam perlaksanaan Enekmen
Undang-undang Syariah Terangganu yang diluluskan oleh
DUN dalam satu persidangan khas pada 7,8 dan 9.7.2002.

3. SAC I Johar Cik Din ketika itu Ketua Polis Negeri
Selangor merupakan salah seorang penyokong kuat Umno .
Beliau juga yang mengarahkan segala bentuk ceramah dan
program PAS dan KeAdilan diganggu termasuk mengepung
Tuan Guru Dato� Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan dengan
FRU di kawasan masjid di Tanjong Karang. Beliau
jugalah yang bermati-matian meyakinkan anggota
bawahannya bahawa DSAI memang kaki liwat dan
macam-macam lagi. Apa khabar Jo sekarang?

Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau mengetuai
pasokan polis mengganas dalam Perhimpunan 100,000
Rakyat di Lebuhraya Kesas pada petang 5 November 2000.
Majlis ini adalah anjuran parti Keadilan di Kebun
Bunga, Kelang. Pasukan polis bertindak menghalang
perhimpunan ini secara kekerasan sehingga menyebabkan
kesesakan lalu lintas yang panjang berkilo meter di
Lebuh Raya Kesas.

Ketika itu semua pemimpin besar BA termasuk Almarhum
Dato� Fadzil Mohd.Noor, Dr.Syed Hussin Ali, Lim Kiat
Siang dan Datin Seri Wan Azizah [berkerusi roda kerana
sakit kaki] disembur dengan asid dan ditembak dengan
gas pemedih mata dan dihalau seperti anjing kurap.
Yang paling dahsyat apabila beliau mengarahkan
Inspektor Dayang supaya menelanjang bulatkan salah
sorang dari reformis wanita yang ditahan dalam
perhimpunan rakyat itu.

Peristiwa yang amat memalukan dan diluar batas-batas
kemanusiaan itu berlaku di Balai Polis Kapar, apabila
seorang wanita bernama Norazaimah dipaksa bertelanjang
bulat kemudian disuruh `enjut ketampi` 100 kali dalam
keadaan wanita itu datang haid. TV Singapura
menyiarkan Mat Sabu dipukul oleh polis. Tindakan
biadap pasokan polis ini dibawa ke parlimen oleh Ahli
Parlimen Pokok Sena ketika itu saudara Mahfuz Omar
untuk dibincangkan pada 8 November 2000. Tindakan
ganas polis ini telah mendapat teguran dari pihak
SUHAKAM kerana melanggar Akta Polis 1967 seksyen 27(3)
dan seksyen 27B dalam akta yang sama serta melanggar
Hak Asasi Manusia yang digariskan dalam piagam PBB
yang Malaysia juga turut menandatanganinya.

SUHAKAM telah mengeluarkan laporan khas mengenai
peristewa ini pada 20.8.2001 setelah 4 bulan
[29.12.2000 hingga 29.4.2001] menjalankan siasatan
rapi yang melibatkan pelbagai pihak yang terlibat, 30
orang awam dan 16 anggota polis yang terlibat. Apa
yang menarik dalam laporan tersebut ialah : �Saksi
polis memberi testimony yang telah disediakan dan
tidak mampu menjawab soalan spontan dan ada yang
memberi jawaban yang bertentangan. Ramai polis yang
tidak menjawab soalan dan mengatakan saksi berikut
akan menjawab soalan itu dan saksi berikutnya menjawab
soalan terdahulu dan tidak boleh menjawab soalan
baru�.

4. Begitu juga pasukan polis mengambil tindakan
kekerasan ketika menyuraikan ceramah PAS di Kampung
Malau, Jitra, Kedah pada 14 Februari 2001, ceramah
Tuan Guru Dato� Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika itu
sebagai MB Terangganu dan Mat Sabu di Sabak Bernam,
Selangor pada 17 Februari 2001. Allahyarham Dato�
Fadzil Noor di Bukit Hijau pada 6 Julai 2001, Kuala
Selangor Sempena Sambutan 50 Tahun PAS di Markasnya
sendiri. Ustaz Fadzil telah menulis surat bantahan
kepada Ketua Polis Selangor ketika itu Nik Ismail dan
salinan kepada Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad
Badawi dan kepada Ketua Polis Negara. Pada 12 Julai
2001 juga, di Kubang Pasu pasokan polis menahan 18
orang dan menyembur air kimia bagi menyuraikan
perhimpunan. Pada 11 April 2002, pasukan polis
menghalang ceramah PAS di markas Kubang Rotan, Kedah
sebaik sahaja Mat Sabu hendak berucap pasokan polis
menganas dan menceroboh ke dalam perkarangan Markas
PAS dan menahan 4 orang. Operasi ini diketuai oleh
Timbalan OCPD Abdul Jalil Abdul Wahab dan dibantu oleh
DSP Zahari Ahmad. Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah, Mohd.
Nasir Mustafa bertindak menyaman Ketua Polis Kota
Setar, KPN dan Kerajaan di Ibupejabat Polis Daerah
Kota Setar pada 30 April 2002 jam 9.30 pagi. Pasokan
polis selamat kerana ia dilindungi oleh UMNO, yang
mana UMNO juga memerlukan khidmat pasokan polis untuk
survivalnya. Perlu memerlukan satu sama lain.

5. Ada satu peristiwa di Kampung Kubang Bok, Kuala
Ketil pada 10 Febuari 2002 yang menjadi kontroversi di
peringkat negara sehingga kini tidak terjawab.
Peristiwa pasukan FRU, PGA, SB dan polis trafik
mengepung kawasan kebun getah dan ladang kelapa sawit
di sekeliling kawasan ceramah menggempur kawasan itu
dengan melepaskan gas pemedih mata, mengejar,
menangkap dan malah ada yang kena pukul bertempiaran
lari, kanak-kanak menangis terkena gas pemedih mata
dan Nik Aziz MB Kelantan dibawa lari dengan motosikal
dari kepungan polis meredah sungai dan belukar di
tengah malam buta dalam kesejukan dini hari.

Bayangkan betapa hapraknya UMNO memperalatkan pasokan
polis, seorang MB diperlakukan sebegitu rupa, hendak
berucap saja dan hendak bertemu mata dengan rakyat,
bukan menghasut rakyat berarak menentang UMNO secara
kekerasan. Dalam peristiwa itu sebuah trak polis buruk
terbakar dan seorang pegawai polis bernama Supt.
Hassan Ismail, OCPD Baling mendakwa beliau dilontar
plastik berisi cuka getah menyebabkan badannya terasa
gatal-gatal. Hassan dengan sombong menyebut bahawa: �
dia laksanakan undang-undang dan dia tidak menghormati
undang-undang�. Disamping itu, Hassan juga tidak
membenarkan ADUN Bukit Raya, Kedah seorang peguam YB
Taulan Rasul berjumpa dengan orang-orang yang ditahan
pada malam itu bertentangan dengan Perlembagaan
perkara 5(3) artikel hak asasi manusia. Allahyarham
Dato' Fadzil Mohd Noor dengan beberapa pemimpin PAS
kedah telah membuat laporan polis dan sehingga kini
tidak ketahui kedudukan perkara sebenar dan
Allahyarham bangkitkan peristewa ini di parlimen untuk
dijadikan rekod rujukan genarasi akan datang.

6. Siri �brutal� yang dilakukan oleh seorang lagi
pegawai polis, Hussein Bappo, Ketua Polis Alor Setar,
Kedah mengetuai pasokan polis melakukan keganasan
seperti berikut:

i. Pada 28.7.2001 - Menyembur air kimia, gas pemedih
mata, merampas kamera, merampas pembesar suara dan
menangkap 3 orang yang bertanggungjawab menganjurkan
ceramah di markas UPU Kampung Tualang, Pokok Sena.

ii. Pada 8.8.2001-Mengempur dan menangkap 3 orang yang
menganjurkan ceramah di SM Agama Taklimiah, Telok
Keling, Pokok Sena.

iii. Pada 20.9.2001- Mengempur ceramah PAS di markas
PAS UPU Anak Bukit, di Alor Pial. Alor Setar. Operasi
ini dibantu oleh DSP Nagaratnam dan ASP Abdullah Sani.
Pada masa yang sama UMNO juga membuat satu ceramah di
Suka Menanti, Alor Setar, pasokan polis tidak
menganggunya dan majlis yang dianjurkan oleh UMNO
dapat berjalan dengan lancar.

iv. Pada 5.10.2001 - Memotong kunci pintu pagar dan
menceroboh masuk menghentikan program pelancaran
kempen �sekampit beras�. Operasi ini diketuai oleh
Supt. Abdul Jalil Abdul Hamid dan dibantun oleh ASP
Che Man, Inspektor Zahari dan Inspektor Suhaimi.

v. Pada 19.10.2001 - Menangkap 5 orang dan
menghentikan demontrasi bantah keganasan AS terhadap
umat Islam di Masjid Derga, Alor Setar.

vi. Pada 20.10.2001 - Menceroboh dan menghentikan
program ceramah di Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah, di
Kubang Roran[ kawasan MB Kedah Syed Razak]. Ketua
Pemuda PAS Kedah, Aris Awang membuat laporan polis
pada 29.10.2001.

vii. Pada 30.11.2001- Menceroboh dan menghentikan
ceramah yang disampaikan oleh Presiden PAS yang juga
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Allahyarham Dato�
Fadzil Mohd. Noor dengan 7 buah trak FRU dan sebuah
kren di Kampung Huma Padang Hang [MTD Anak Bukit].
Komen Fadzil : �Semua syaitan dalam bulan puasa ini
dirantai, tetapi kita tidak tahu kalau-kalau masih ada
yang tidak dirantai atau masih ada mereka yang lebih
jahat dari syaitan�.

7. Penghinaan terhadap Haji Hadi, Nik Aziz dan
lain-lain pemimpin kanan PAS terus dilakukan oleh
pasokan polis dengan tidak dibenarkan berucap dalam
Majlis Makan Malam Sempena Gagasan Selatan yang
diadakan di Lot 1476 Kampung Ismail Ampangan, Negeri
Sembilan pada malam 31 Ogos 2003 sempena hari
Kemerdekaan ke-46.

8. Satu lagi peristiwa yang juga turut menimpa Haji
Hadi ialah yang berlaku pada 7 September 2003 di
markas PAS Kampung Chempaka Lancang, Temerloh, Pahang.
Pasukan polis telah mengepung kawasan itu dengan
mengadakan sekatan jalan raya dari semua arah yang
menuju ke kawasan tersebut. Ini adalah majlis taklimat
dalaman parti dan majlis perasmian yang dilakukan oleh
pemimpin tertinggi PAS yang juga seorang MB [ketika
itu]yang sah yang memerintah sebuah negeri yang
berdaulat, seperti juga dengan MB-MB yang lain. Sama
taraf dan sama kedudukan. Haji Hadi dibenarkan berucap
30 minit sahaja dan memaksa majlis tersebut
dihentikan.

Pencerobohan dan gangguan pasokan polis di negeri
Melaka adalah seperti berikut :

i. Ganggu ceramah Allahyarham Fadzil Noor di Madrasah
Munawwarah Durian Tunggal [ sepatutnya majlis ini
diadakan di Markas PAS di Alor Gajah, pasokan polis
menyekatnya].

ii. Ganggu ceramah Haji Hadi di Markas PAS di Dataran
Sri Hamas.

iii. Ceramah Mat Sabu terpaksa dibatalkan yang cadang
diadakan di Kampung China Besar, Alor Gajah. Dr. Syed
Azman Ahmad di Tampoi, Dato� Ishak Baharom di
Pengkalan Rama, Sidik Nor di Alai dan membatalkan
program pelancaran Buletin PAS Melaka di Batu
Berendam.

vi. Ceramah Dato� Dr.Hassan Ali di Pejabat PAS Negeri
terpaksa dibatalkan. Cermah Mahfoz Omar juga terpaksa
dibatalkan di Madrasah Al-Munawarah, Kampung Pulau,
Durian Tunggal. Program Mat Sabu untuk melancarkan
pelancaran tabung pelarian Afghanistan di Pasti Jaya
Insan, di Bukit Katil juga pasokan polis memaksa
dihentikan. Program UMNO di Bukit Katil, Air Molek,
Bukit Beringin dan Durian Tunggal, pihak polis biarkan
tanpa diganggu.

9. Pada 17.1.2004 Menteri Besar Selangor, Dr Mohd.Khir
Toyo memperalatkan pasukan polis bagi menggagalkan
program anjuran Barisan Alternatif yang pada asalnya
dijadualkan berlangsung di Tapak keADILan, Batu 39,
Sabak Bernam akibat terpaksa dipindahka ke Tebuk
Pulai, di Sabak Bernam Selangor. Pasukan polis menutup
dan mengadakan sekatan jalan raya seluruh jalan dan
lorong menuju ke tempat majlis yang akan diadakan itu
mengakibatkan kesesakan lalulintas amat teruk sekali
dan majlis tersebut lewat diadakan hampir pukul 10.45
malam. Majlis di Sabak Bernam merupakan destinasi
ketiga, selepas Arau dan Alor Setar dalam siri
road-show pimpinan Pemuda BA menjelaskan isu-isu
semasa ke seluruh Negara dalam program �Jelajah
Perdana Pemuda BA �.

10. Pada malam 24.1.2004 dalam Majlis Pelancaran
Gerakan Anwar Bebas [GAB] Perak di Markas keADILan
Pasir Salak di Permatang Pelanduk, pasokan polis
dengan 8 buah trak dengan lebi 200 orang FRU lengkap
bersenjata dan water canon telah menyerbu ke dalam
kawasan markas membelasah dan menyepak terajang rakyat
marhaen yang hadir untuk menyokong perjuangan Anwar
Ibrahim yang sudah pun boleh terbang bebas.
Berikut cacatan rentetan peristiwe di atas:

1. Roadblock oleh pasokan polis telah dibuat di setiap
pintu masuk ke lokasi program seawal jam 6.00 petang
lagi. Antaranya jalan masuk utama ke Kpg.Gajah dari
Teluk Intan � Cenderung Balai. Semua kenderaan melalui
kawasan itu akan digeledah luar-dalam.

2. Sebaik-baik saja Sdr. Muhaimin Sulam Ketua Dewan
Pemuda PAS Perak selaku MC memulakan program pada jam
9.30 malam, kunjungan rakyat marhaen mula bertambah.

3. Ketika Tuan. Hj. Othman Abd. Rahman selaku
Pengerusi keADILan Negeri Perak yang juga Ketua
keADILan Bahagian Pasir Salak berucap, Ezam Mohd. Noor
Ketua Pemuda keADILan bersama rombongannya tiba di
lokasi. Di saat itu kawasan markas mula sesak dengan
ribuan rakyat .

4. Beberapa minit kemudian seorang lelaki pertengahan
umur dengan walkie talkie di tangannya [SB] dan pada
ketika itu mantan YB Usaili Adun Bota juga selaku Ahli
MPT keAdilan sedang berucap. Di luar kawasan markas
sudah menanti ratusan FRU, 8 buah trak dan sebuah
water canon serta puluhan SB untuk bertindak
membatalkan program.

5. Apabila Sdr. Muhaimin Sulam selaku MC mempersilakan
Ezam seawal jam 10.20 malam untuk berucap dan
seterusnye melancarkan GAB peringkat Negeri Perak.
Tidak sampai pun 20 minit Ezam berucap OCPD Teluk
Intan Sup. Ismail bersama pembantunya DSP Arjunaidi
menerjah masuk dan terus naik ke pentas untuk
menghalang Ezam daripada terus berucap. Mengiringi
Ismail adalah ratusan FRU lengkap dengan senjata
anti-rusuhan.

6. Situasi mula tegang, para reformis dari KL dan
warga tempatan mula mempertikaikan tindak tanduk polis
yang menganggu program rakyat itu. Macam-macam suara
yang dapat didengar: �Ini program rakyat, kami buat di
premis yang didaftarkan, apa pasal nak kacau.� �Gaji
engkau orang kami bayar, sedarlah diri sikit, jangan
jadi barua pemimpin zalim.� Malah seorang tua dengan
beraninya mencabar FRU: �Umur saya dah 65 tahun, kalau
nak buat apa buat lah..saya tak takut mati.�

7. Ezam meminta hadirin bertenang sementara
perbincangan di atas pentas dengan Ismail dibuat.
Ketika perbincangan dijalankan ketua FRU bername
Inspektor Aziz cuba mengadakan perbincangan dengan
beberapa orang reformis tetapi tidak mendapat layanan.
Kata Aziz: �Saya hanya mengikut arahan OCPD.� Dilema
yang terpaka ditempohi oleh anggota polis.

8. Untuk mententeramkan suasana gerombolan FRU tadi
dimintak beredar dari kawasan premis. Mereke pun
beredar tetapi berkumpul 30 metre dari situ. Setelah
berbincang lebih kurang 10 minit persetujuan telah
dicapai majlis berkenaan akan digantikan dengan
jamuan. Sdr. Abd.Ghani Harun Exco Pemude keADILan
Pusat meminta hadirin jangan beredar lagi. Ternyata
kesemua yang hadir tidak berganjak.

9. Lima minit selepas itu YB Usaili selaku ketua
perunding mewakili GAB bertekak dengan Ismail apabila
OCPD Teluk Intan merobah pendiriannya untuk tidak
mengizinkan program diteruskan walaupun diganti dengan
majlis jamuan kerana ini juga boleh menarik perhatian
rakyat .

10. Ismail dan Arjunaidi dikerumuni semula oleh para
petugas GAB sementara Usaili terus mempertikaikan
`lidah biawak` Ismail. Situasi kembali tegang. Ismail
mengarahkan agar FRU masuk semula kedalam premis.

11. Pentas mula dipenuhi para petugas GAB. Sdr.
Zoolhelmi Ketua Pemuda keADILan Negeri Perak dan
beberape pemuda lain bediri diatas tangga pentas.
Arjunaidi yang begitu ghairah untuk naik ke pentas.

12. Akhirnye setelah puas YB Usaili bertekak dengan
Ismail, maka penganjur pun memutuskan untuk
menangguhkan majlis dengan bacaan doa. Ismail dan para
anggotanya diminta beredar oleh Usaili.

13. Ismail tidak mahu beredar kerana katanya dia mahu
mengaminkan sama doa tersebut.

14. Doa dibacakan oleh Sdr.Nor Fazli Musa, pimpinan
Dewan Pemuda Pas Perak.Kata orang beliau juga
merupakan pegawai kanan di Mahkamah Syariyyah Daerah
Manjung. Bacaan doa mengambil masa lebih kurang 10
minit. Ketika doa dibaca, Ismail seolah-olah tidak
sabar-sabar untuk mengarahkan pasokannya bertindak
ganas terhadap para hadirin.

15. Sebaik-baik sahaja doa berakhir, tiba-tiba
Arjunaidi merampas pembesar suara di atas pentas. Zool
Helmi terpaksa menghalang Arjunaidi. Maka berlakulah
tarik menarik diantara kedua-duanya. Usaili dan Hj
Othman mempertikaikan apa hak polis merampas pembesar
suara. Ismail buat-buat tidak dengar saja. Ketika
tarik menarik pembesar suara itu berlaku tiba-tiba
sahaja lampu terpadam dan di saat gelap gelita itulah
FRU menyerbu terus membelasah menyepak terajang rakyat
yang memenuhi ruangan di premis keADILan Pasir Salak.
Hadiah istimewa dterima rakyat.

16. Setelah lampu dihidupkan semula lebih kurang lima
minit kemudian, Zool Helmi didapati cedera parah.
Ghani Harun, Muhaimin, Nor Fazli benjol dan ramai lagi
yang lebam biru. Di saat inilah Zool Helmi, Muhaimin
dan Nor Fazli diheret oleh polis tanpa belas kasihan.
YB Usaili pun sudah diheret tetapi dilepaskan setelah
beliau berkata: �Saya wakil rakyat, mengapa layan saya
seperti ini.� Ini layanan mesra rakyat.

17. SD Johari, Ketua Pemuda keADILan Selangor, Zamil
Ketua Pemuda keADILan Kedah dan seorang pimpinan
Pemuda Pas dicekup ketika melalui road block polis
pada kira-kira jam 1.00 pagi. Keenam-enam pemimpin
pemuda gagah berani itu ditahan semalaman di Lokap
Polis Teluk Intan sebelum dibebaskan pade tengah hari
25 Januar 2004 [Nota : Ubah sesuai catatan Saudara
SiSongkok Tinggi Kapar yang disiarkan di Laman Marhaen
pada 25.1.2004].

11. Dan akhir sekali pada 26.8.2005 sempena
Kemerdekaan negara ke 48 dalam dalam bulan Rejab bulan
Israq dan Mikraj, sekali lagi anjing-anjing ini
bertindak ganas menghentikan ceramah PAS di Batu 6,
Masjid Taqwa dengan melepaskan gas pemedih mata atas
perintah Idris Jusuh MB barua yang penakut untuk
berlawan secara anak jantan. Bertindak memperkudakan
dan memperalatkan anjing-anjing ini untuk berhadapan
dengan PAS.


 Posted by Picasa


SAYA TIDAK AKAN PASANG JALUR GEMILANG - DATO' DR HJ HASSAN ALI



Gambar Hiasan

Durian Tunggal, Melaka 30 Ogos : Naib Presiden PAS, Dato' Hj Hassan Mohd Ali menegaskan bahawa beliau tidak akan memasang jalur gemilang samada di kereta atau di rumahnya selagi segala penyelewengan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang diamalkan oleh pemimpin kerajaan Islam HAD HARI sekarang ini tidak diberhentikan. Beliau menyatakan demikian ketika berceramah di Rumah Ayahanda kepada Hj Ibrahim Abdul Rahman (YDP PAS Kawasan Seremban) di Kampung Gangsa di sini malam tadi.

Dalam ceramahnya, Dato' Hassan menegaskan bahawa bila terpandang saja bendera Malaysia, beliau terbayangkan wajah Rafidah Aziz yang terkenal dengan 'perniagaan' APnya. Sehingga ke hari ini Rafidah gagal menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir, tambah beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Antara permintaan Tun Mahathir ialah agar Rafidah menyenaraikan semua penerima-penerima AP individu kerana senarai AP yang dikeluarkan sebelum ini adalah penerima AP Syarikat. "Kegagalan mengeluarkan senarai AP ini menunjukkan kepada kita bahawa seolah-olah yang tidak kena kerana kita mengjangkakan bahawa terdapat nama-nama yang hendak disembunyikan" tambah Dr. Hassan.

Selain itu Dr. Hassan juga mengkritik cara sambutan perayaan bulan kemerdekaan ini kerana ianya sering diisi dengan program-program yang melalaikan seperti percampuran lelaki dan wanita, konsert, tidak menghormati waktu sembahyang dan sebagainya. Kita juga bimbang dengan keadaan sekarang kerana masjid-masjid juga kosong tanpa manusia ketika waktu sembahyang.

Rakyat juga semakin hari semakin dibebankan dengan harga barang yang semakin naik sekarang. Bayangkan suami isteri yang bekerja kilang dengan gaji RM600 atau RM700, apa yang mereka boleh beli dengan beban menanggung persekolahan anak, belanja seharian dan sebagainya kata Dr. Hassan, bagaimana mereka ini hendak 'survive' tanya Dr. Hassan. Apa ertinya kemerdekaan kalau perkara-perkara tidak dapat diatasi dan rakyat semakin sengsara, jelas beliau.

Selagi perkara-perkara ini tidak diselesaikan selagi itulah saya tidak akan menggantung bendera Malaysia tegas Dr. Hassan lagi. Turut berceramah malam tadi ialah Us. Minghat Mamut, Timb. Pesuruhjaya PAS Melaka yang juga YDP PAS Kawasan Alor Gajah serta Haji Ibrahim Abdul Rahman (YDP Kawasan Seremban) yang semata-mata pulang dari Seremban untuk meraikan majlis.

Ceramah yang dianjurkan di kawasan terbuka di perkarangan rumah tersebut telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak keselamatan di mana tiada seorang pun anggota-anggota Polis yang ber'uniform'. Cuma seorang dua sahaja anggota cawangan khas (SB) yang berpakaian 'freeman' yang hadir. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada PDRM atas kerjasama seperti ini Posted by Picasa


KHALID JAFFRI MENINGGAL


Sumber : Malaysiakini

Kuala Lumpur 30 Ogos : Penulis buku 'terkenal' iaitu "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri", Datuk Khalid Jafri Bakar Shah, meninggal dunia kira-kira jam 3 petang tadi di Hospital Selayang di Kuala Lumpur akibat sakit yang dideritai beliau iaitu kencing manis.

Allahyarham Dato' Khalid, 65, meninggalkan seorang balu Datin Rozihan Abdul Ghani, 40, serta empat anak lelaki dan seorang perempuan iaitu Rezza, 20, Najib, 19, Nabila, 16, Nabil, 14, serta Iqbal, 10.


"


Monday, 29 August 2005

PAS KAWASAN ANJURKAN FORUM KEMERDEKAAN 30 SEPT INI


Bukit Katil 29 Ogos : PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan Forum kemerdekaan pada 30 Ogos 2005 bertempat di Markaz PAS Kawasan di Bukit Katil. Program yang akan bermula pada 9.00 malam ini akan membariskan 2 orang ahli panel iaitu Exco DPP Pusat, Azrin Majid dan AJK Perhubungan PAS Negeri, Us Mohd Nor Omar.

Pengarah program, Haji Ali Sharif menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS untuk hadir badi memeriahkan program ini. Beliau yang juga merupakan NYDP PAS Kawasan menyatakan bahawa antara lain forum bertujuan untuk memberikan pengertian sebenar kemerdekaan yang sekarang ini belum dikecapi oleh rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof menyatakan bahawa PAS Kawasan yang terus mengadakan program penerangan dalam usaha untuk mendekati rakyat. Beberapa penerangan akan diaturkan bagi bulan September ini tegas beliau. Antaranya ceramah, Ijtimak di samping program berterusan seperti penerbitan Bulletin Kawasan dan pengedaran risalah.


DPPN MELAKA GAGAL TEMUI MUFTI SETELAH DUA KALI BUAT PERMOHONAN


Semabok 29 Ogos : Kepimpinan DPPN Melaka, yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda Negeri dan Ketua Penerangannya gagal menemui Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Dato' Sahibus Samahah Abdul Rashid Redza walaupun telah dua kali membuat permohonan untuk menemuinya. Pada pagi ini, rombongan DPPN Melaka telah berusaha untuk menemui beliau kira-kira jam 9.00 pagi di Pejabat beliau di Wisma Negeri. Surat permohonan untuk menemui beliau telah dihantar pada 21 Ogos lalu. Mereka diberitahu bahawa Dato' Mufti sedang bermesyuarat dan tidak dapat menemui rombongan mereka.

Ketua Penerangan DPPN Melaka, Yuhaizad Abdullah ketika membuat kenyataannya kepada Blog ini berkata, DPPN Melaka berusaha untuk menemui Dato' Mufti untuk bertukar-tukar pandangan tentang masalah sosial dan maksiat yang semakin parah di negeri ini. DPPN ingin mengesyorkan beberapa cadangan kami untuk sama-sama terlibat dalam usaha untuk membenteras masalah ini, tambah Yuhaizad.

Namun begitu, DPPN Melaka akan terus berusaha untuk menemui beliau pada masa akan datang.




Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Gambar atas) pun terkena gas pemedih mata pada peristiwa 26 Ogos lalu. Tuan Guru jangan bimbang kami tetap akan mempertahankan perjuangan Islam Tuan Guru. Posted by Picasa




Kelongsong Gas Pemedih mata yang ditembak kearah rakyat yang sedang mendengar ceramah Isra' Mikraj dan Isu semasa di Masjid Batu Enam, Kuala Terengganu malam 26 Ogos lalu. Inilah contoh kezaliman Polis Terengganu sejak-sejak akhir ini yang semata-mata atas arahan Kerajaan BN Terengganu yang sedang 'kelemasan'. Selain dari isu kezaliman, penggunaan gas-gas pemedih mata, water canon dan sebagainya ini merupakan satu pembaziran dengan menggunakan jentera dan harta benda kerajaan untuk kepentingan politik parti pemerintah. Gambar menunjukkan kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa-apa pun 'pening kepala' dengan gelagat Polis yang bertindak membabi buta 'menyerang' orang kampung yang tidak berdosa. SATU LAGI PROJEK KERAJAAN ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI. Posted by Picasa




Bukti kekejaman Polis tertera pada gambar di atas di mana remaja ini terpaksa menerima jahitan di kepada akibat di pukul oleh Polis dalam kejadian di Masjid Batu Enam 26 Ogos lalu. Posted by Picasa


POLIS 'SEMAKIN' MESRA, CEPAT DAN BETUL



Polis mengganas lagi di Terengganu 26hb. Ogos yang lalu. Kali ini ia berlaku di Pekan Batu Enam pula. Nampaknya pada ketika negara hendak menyambut kemerdekaan kali ke-48 ini semakin menjadi-jadi keganasan Polis. Rakyat dijadikan sasaran dan lawan mereka. Pada ketika Polis kononnya sedang mengambil langkah untuk merealisasikan saranan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis tetapi pada masa yang sama Polis undur ke belakang kearah yang tidak bertamadun.

Dalam kejadian malam itu Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang; Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Haji Harun Taib dan lain-lain pimpinan PAS Negeri juga turut sama terkena gas pemedih mata dan air semburan water canon. Walapun majlis ceramah Isra' Mikraj itu dijadualkan berlangsung di Padang Batu Enam tetapi pihak penganjur telah memindahkannya ke Masjid Batu Enam kerana Polis mengarahkan ianya diberhentikan kerana tiada permit. Pun begitu Polis turut mengacau program yangg berlangsung dalam masjid. Inilah Polis yang 'Mesra, Cepat dan Betul'. Dalam Masjid pun dia orang lepaskan gas pemedih mata. Mereka sudah tidak tahu membezakan rumah Allah atau bukan.

Bukan itu sahaja ada gas pemedih mata yang masuk sampai ke dalam rumah orang kampung. Orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak yang paling teruk.

Inilah Polis negera Islam HAD HARI tidak tahu mana satu keutamaan, penjenayah atau rakyat. Polis telah menjadi hamba UMNO/BN untuk menentang PAS, sebab UMNO Terengganu sudah tidak mampu untuk berdepan dengan PAS dan rakyat. Tetapi Insya Allah, Allah akan makbulkan doa orang yang kena zalim. Sebab doa mereka tiada hijab disisi Allah S.W.T.

Marilah sama-sama kita memanjatkan doa kepada Allah agar mereka-mereka dilaknat oleh Allah kerana bertindak kejam kepada hamba Allah serta tidak tahu menghormati rumah Allah. Posted by Picasa


Friday, 26 August 2005

Umno lain mahkamah lain: Pak Lah


Roslan SMS menulis..........

Isu Pak Lah tegur para pemimpin Gerakan yang sedang hangat berkempen menghadapi pemilihan parti itu hujung minggu ini menjadi tajuk utama hampir semua akhbar tempatan hari ini. Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno Pak Lah dilaporkan menasihatkan para pemimpin Gerakan agar menyerahkan segala-galanya kepada para perwakilan mereka nanti.

Besar sungguh concern Pak Lah terhadap Gerakan itu sehingga ia menggerhanai satu lagi persoalan sensasi yang dikemukakan kepada beliau oleh para pemberita dalam sidang akhbar tersebut.



Pak Lah telah diminta memberi reaksi terhadap pandangan Rais Yatim (yang disiarkan dalam akhbar Siasah) bahawa kes pemecatan Anwar Ibrahim dari Umno perlu disemak semula lantaran keputusan mahkamah sivil yang menolak samasekali seluruh isi kandungan buku karangan Khalid Jafri 50 Dalil Menapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

Buku inilah merupakan bahan bukti utama dalam kes pemecatan Anwar dahulu semasa Dr Mahathir masih Presiden Umno.

Minggu lalu hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Hishamudin Mohamad Yunus telah memerintahkan agar Khalid Jafri membayar gantirugi sebanyak RM4.5 juta kepada Anwar Ibrahim kerana akibat dari tulisan buku beliau itu karier politik Anwar telah musnah sedangkan kandungannya fitnah semata-mata.

Malah dalam bulan Julai lalu hakim Mahkamah Sesyen Ampang Mohamad Saman Mohamed Ramli telah menjatuhkan hukuman 1 tahun penjara ke atas Khalid kerana bersalah di bawah seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak 1984. Kesalahnnya kerana mencetak malumat palsu di dalam buku beliau itu.

Ekoran perkembangan ini Rais secara jujur menyatakan perlunya kes pemecatan Anwar dari Umno pada tahun 1998 dahulu disemak semula.

Pak Lah jelas tidak bersedia memberikan sebarang reaksi melainkan berkata sebagaimana dilaporkan UTUSAN hari ini:

Kes-kes yang berkaitan dengan disiplin itu bukan perkara yang boleh dibawa ke mahkamah

Menurut laman web Malaysiakini Pak Lah turut berkata:

The sacking has happened and it cannot be changed. This was Umnos decision at that time and the court made its decision later.

Pemecatan itu telah pun berlaku dan ianya tidak boleh diubah lagi. Itu merupakan keputusan Umno ketika itu dan keputusan mahkamah ini hanya dibuat kemudian.

Sekaligus Pak Lah menafikan kesediaan untuk menyemak semula sesuatu keputusan berdasarkan bukti atau perjumpaan baru. Maka tertutup rapatlah pintu rayuan dan kemaafan dalam Umno walaupun terbukti keputusannya yang lepas itu juga palsu dan fitnah semata-mata!

Mana-mana sistem keadilan yang bertamaddun biasanya akan memberi peluang membuka kembali sesuatu kes jika terdapat penemuan baru yang mencabar bukti yang terdahulu. Hatta mayat yang telah ditanam atau disempurnakan pengkebumiannya pun boleh digali balik sekiranya terdapat bukti mengatakan ada perlakuan jenayah terhadap simati sebelum ia meninggal dunia.

Malang dalam Umno, parti yang pemimpinnya sedang ghairah mengejar kemajuan duniawi, rupa-rupanya sistem keadilannya sendiri tidak maju malah statik dan jumud. Sultan Melaka dahulu pun bersedia menyemak kembali keputusannya menghukum bunuh Hang Tuah inikan pula Presiden Umno, satu-satunya parti Melayu yang terbesar dalam dunia.

Lucunya apabila para pemberita terus menekan beliau, Pak Lah yang memang terserlah dalam bab menepis dan mencucui tangan itu berkata, sebagaimana dilaporkan oleh THE SUN:

You have to ask Rais about it. This is a court decision and has nothing to do with Umno matters.

Itu awak kena tanya Rais. Ini melibatkan keputusan mahkamah dan tidak ada kena mengena dengan masalah Umno.

Demikianlah al kisah parti Melayu terakhir dalam dunia, walaubagaimanapun saya yakin Datuk Seri Anwar sendiri pun tidak berminat langsung kembali ke riba Umno, cuma ini masalah prinsip, dan dari kenyataan Pak Lah di atas jelas beliau tidak memiliki prinsip langsung.


DPP Cawangan Taman Cempaka anjurkan Kejohanan Pingpong 3 Sept ini.



Bukit Katil 25 Ogos : Dewan Pemuda PAS Cawangan Taman Cempaka akan menganjurkan kejohanan Pingpong pada 3hb. September ini bertempat di Balai Islam Taman Cempaka. Kejohanan ini terbuka kepada semua pemuda-pemuda di sekitar Kawasan Bukit Katil. Hadiah-hadiah lumayan akan disediakan kepada para pemenang. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Haji Rizal ditalian 019-682 1621.  Posted by Picasa


KEMERDEKAAN INI TIDAK MEMBAWA APA-APA ERTI BUAT AKU



Gambar Hiasan Posted by Picasa


Sambutan kemerdekaan pada tahun ini adalah perayaan kali ke-48. Kalau hendak diibarat umur 48 tahun kepada seorang manusia maka manusia itu adalah manusia yang telah matang dan mungkin telah mempunyai cucu.

Tetapi bagi aku, kemerdekaan ini tidak membawa apa-apa erti kerana terlampau banyak undang-undang, peraturan, perlakuan dan tindak-tanduk kerajaan Islam Hadhari ini yang tidak melambangkan Malaysia sebagai negara merdeka.

Kemerdekaan itu hanyalah pada nama yang gah sahaja. Pengisiannya jauh meleset dari erti kemerdekaan sebenar. Bila kita bercakap soal kemerdekaan, ianya sudah tentu merangkumi segenap aspek. Kemerdekaan dari segi undang-undang, kebebasan rakyat, kebebasan ekonomi, kebebasan politik, kebebasan pendidikan, kebebasan bersuara, kebebasan agama dan segala macam lagi.

Tetapi apabila dihalusi apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang kita dapat membuat kesimpulan bahawa kemerdekaan kita adalah 'separuh masak' dengan meminjam kata-kata YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Mana tidaknya sekarang ini negara kita masih mengamalkan undang-undang penjajah yang digubal oleh Lord Reid. Sedangkan sepatutnya Malaysia sebagai sebuah negara 'Islam'mestilah mengamalkan undang-undang Islam yang diturunkan oleh Allah.Jadi Malaysia belum merdeka kerana masih mengamalkan undang-undang penjajah. Cuma penjajah sahaja yang tidak lagi memerintah tetapi undang-undang mereka masih didaulatkan.

Rakyat masih belum mengecapi kemerdekaan sebenar. Mahasiswa masih dibelenggu dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang benar-benar mengongkong pelajar untuk menjadi kreatif, dinamis dan pro-aktif. Rakyat dikongkong dengan pelbagai akta-akta drakonian yang sudah lapuk malah bertentangan dengan Islam. Akta keselamatan dalam negeri (ISA) yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara masih digunapakai untuk mempertahankan kuasa politik pemerintah.

Kebebasan bersuara boleh dikatakan berada ditahap yang teruk. Akhbar-akhbar alternatif masih di'gam' dengan hanya dibenarkan pengeluarannya seminggu sekali (HARAKAH dan SIASAH) itupun boleh dijual untuk ahli sahaja. TV dan Radio hanya digunakan oleh kerajaan untuk menghentam pembangkang. Pembangkang tidak diberi peluang untuk mendapat hak yang sama seperti kerajaan.

Pendidikan rakyat juga dikongkong. Sekolah-sekolah agama tidak mendapat hak bantuan perkapita. Tadika-tadika Islam yang dianjurkan oleh PAS atas nama program parti disaman dan ditekan. Pada masa yang sama ada tadika-tadika yang dikendalikan oleh orang perseorangan yang tidak didaftarkan dibiarkan bebas tanpa gangguan.

Rumah-rumah rakyat yang dibina diatas tanah TOL dirobohkan. Lesen Penempatan Sementara (TOL) tidak diperbaharui. Lebih parah lagi Masjid dan surau juga dirobohkan atas alasan menjalankan kegiatan politik. Sedangkan kalaupun ia Markaz Politik sekalipun ia masih beroperasi kerana parti politik itu berdaftar secara sah.

Kemerdekaan ekonomi juga menjadi tanda tanya kerana projek-projek dan kontrak-kontrak hanya dibolot oleh orang yang rapat dengan pemerintah. Peniaga-peniaga yang cenderung dengan pembangkang jangan harap untuk dapat projek-projek kerajaan. Itu sebabnya DEB bungkus.

Kegiatan-kegiatan politik seperti ceramah, makan malam, perjumpaan dan sebagainya yang dianjurkan oleh pembangkang dihalang dengan menggunakan alasan keselamatan. Polis dipaksa untuk menyuraikan program pembangkang dengan menyembur gas pemedih mata, air dan sebagainya. Program-program ini juga tidak diberikan permit walaupun dipohon oleh penganjur. Hak untuk menggunakan premis-premis seperti stadium, tempat-tempat awam juga dinafikan.

Ceramah-ceramah agama dimasjid juga dihalang atas alasan penceramah tidak ada tauliah. Sedangkan ada diantara penceramah yang berkelulusan Univerisiti Al-Azhar, Mesir. Masjid dibiarkan layu dan longlai tiada program.

Pegawai-pegawai kerajaan juga dikongkong dengan AKU JANJI yang menekan mereka supaya diam seribu bahasa dalam apa juga perkara samada penyelewengan, salah laku dan sebagainya.

Rakyat juga diugut supaya sentiasa menyokong kerajaan dalam setiap kali pilihanraya. Macam-macam ugutan yang dilakukan seperti dibuang kerja, anak tak dapat bantuan, ditukar tempat kerja, tiada kenaikan pangkat dan macam-macam lagi. Rakyat juga disogok dengan wang, barangan dan sebagainya supaya mengungi kerajaan.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga dikongkong dan tidak merdeka. Persempadanan kawasan pilihanraya bukanlah hak mutlak SPR. Undang-undang berkaitan pilihanraya juga dikawal dan dikongkong oleh kerajaan. Sedangkan kita tahu sepatutnya SPR bebas sebebasnya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Tetapi SPR masih diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Rakyat juga dinafikan hak untuk berkumpul dalam jumlah tertentu. Ini bersalahan dengan Akta Polis.
Segala macam kesalahan dan penyelewengan kerajaan boleh ditutup dengan ujudnya Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kalau kita cerita hal kebebasan ini satu hari satu malam pun tidak habis kerana terlampau perkara yang boleh diperkatakan. Secara ringkas aku langsung tidak bangga dengan kemerdekaan ini kerana aku sebenarnya tidak merdeka.

Suara, tindak tanduk, idea, pemikiran, kreativiti yang ada pada aku sebenarnya dipenjarakan. Pengalaman aku sejak kecil, bersekolah, menuntut di Universiti, bekerja, menjadi aktivis politik dan sebagai rakyat biasa mengajar aku bahawa aku tidak merdeka.

Bilakan aku dapat mengecapi kemerdekaan sepenuhnya masih belum aku ketahui. Takut rasanya aku nak meramalkan bilakah saat manis itu akan kunjung tiba kerana melihat kepada suasan sekarang ianya bukan lebih baik tetapi semakin parah.

Inilah malangnya nasib rakyat Malaysia yang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Islam Hadhari yang mengamalkan pemerintahan ala kuku besi yang 'pepat diluar rencong di dalam'.

Catatan : Akif Fikri (Angkasa Nuri 2005)


Thursday, 25 August 2005

PENGAYUH BECA PUN DITIPU


Sebuah akhbar harian melaporkan bahawa sekumpulan 11 pengayuh beca Muar yang menyertai pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2005 peringkat kebangsaan pada 17 Ogos lalu di Teluk Danga, Johor Bahru, mendakwa wang sagu hati RM100 yang dijanjikan dilesapkan orang tengah. (Siapa orang tengah ini?). Kejadian ini sungguh memalukan kerana orang susah macam pengayuh beca inipun ditipu.

Malah, rata-rata pengayuh beca berusia 50 tahun ke atas itu mendakwa mereka hanya diberikan RM10 oleh orang tengah yang dipertanggungjawabkan itu apabila kembali ke Muar keesokan harinya.

Seorang daripada pengayuh beca terbabit, Manap Khamis, 73, berkata lelaki terbabit menawarkan tempat kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam pelancaran program berkenaan dan dijanjikan kemudahan tempat tinggal dan makan minum.

Malah, turut dijanjikan wang sagu hati RM100 seorang yang akan diberikan apabila selesai majlis.

“Tetapi apa yang kami dapat hanyalah RM10 seorang yang diberikan ketika kami sampai ke Muar selepas pulang dari majlis itu.

“Kami bertanya kepada orang tengah terbabit berkaitan dengan baki RM90 lagi dan dimaklumkan akan diberi kemudian,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut Manap, malangnya sehingga semalam, semua pengayuh beca terbabit masih belum mendapat apa-apa bayaran selebihnya daripada lelaki berkenaan.

“Usahkan bayaran, kami pun tidak tahu di mana lelaki itu berada sekarang kerana sebelum ini dia sentiasa datang bertemu kami di Perhentian Bas Pagoh,” katanya.

Katanya, lelaki berusia lingkungan 40-an itu sebenarnya dikenali kebanyakan pengayuh beca di sini dan sejak 18 Ogos lalu, ramai mendakwa tidak lagi melihat kelibat lelaki itu.

“Kami ini sudahlah ibarat kais pagi makan pagi, tapi masih ada lagi orang yang sanggup mengambil kesempatan untuk menipu kami,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Abdul Rahim Hamid, 58, berkata dia dan beberapa rakannya yang lain cuba untuk menghubungi lelaki berkenaan tetapi gagal.

“Kami mahu mendapatkan penjelasan daripadanya dan menuntut semula hak kami seperti dijanjikan.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada wang itu, tetapi yang pastinya ia sudah diselewengkan oleh lelaki berkenaan kerana sehingga sekarang saya masih belum mendapat bakinya.

“Walaupun bakinya hanya RM90 tetapi bagi kami pengayuh beca yang pendapatannya tidak seberapa ini, jumlah itu banyak kegunaannya untuk menanggung keluarga,” katanya.

Dalam negara Islam Hadhari ini gejala penipuan, penyelewengan, rasuah dan kezaliman ini sudah menjadi 'wirid' harian kebanyakan pemimpin dan orang ramai. Ini kerana sudah terbukti sekarang ini gejala ini menular dengan meluas dari pemimpin atasan (kalangan menteri, exco, wakil rakyat, pegawai) sehinggalah ke peringkat bawah. (Tok Sidang, Ketua Kampung, pengerusi JKKK, Peon, kerani dan lain-lain).

Dari itu janganlah mempercayai mereka ini 100 % kerana puak-puak 'hidung belang' ini sentiasa mencari mangsa, tidak kira orang miskin atau kaya. Masih ingatkah kita bagaimana wang PPRT (Projek Pembangunan Rakyat Termiskin) bernilai berjuta ringgit telah dilesapkan suatu ketika dahulu.? Sekarang bekas Menteri yang terlibat dengan kes itu hidup senang lenang. Tidak didakwa di Mahkamah. Tidak tahu dia salah atau tidak.

Dalam zaman Islam HAD HARI ini sesiapa pun terutama pendokong Islam HAD HARI ini kita tak boleh percaya. Sebab Islam dia orang ini ada HAD dan HARInya bukan Islam sepenuhnya yang pelaksanaannya menyeluruh tanpa batasan HAD dan HARI.


BEKAS KETUA PEMUDA PAS TANGGA BATU MASUK HOSPITAL


Bukit Katil 25 Ogos : Bekas Ketua DPP Kawasan Tangga, Saufee Othman dimasukkan ke Hospital Melaka (HM) akibat sakit darah tinggi, sakit kepala, muntah-muntah dan gastritis.

Perkara ini dimaklumkan oleh Naib Ketua DPP Negeri, Harun Mohamad malam tadi. Beliau sekarang ini ditempatkan di wad lelaki aras 3-2.

Saufee yang menjadi Ketua DPP Kawasan Tangga Batu sejak sessi lalu melepaskan jawatannya beberapa bulan selepas muktamar tahun ini. Jawatan itu sekarang dipangku oleh Us. Nordin Mohd Dahan.

DPP Kawasan Bukit Katil mendoakan agar Saufee cepat sembuh dan boleh meneruskan kerja-kerja perjuangan Islam ini.


Wednesday, 24 August 2005

KERJA DI TV3 JADI JAMBATAN UNTUK DILAMAR ORANG BESAR DAN KAYA


Nampaknya sejak kebelakangan ini begitu ramai personaliti TV3 atau bekas staff TV3 yang dilamar dan dijadikan isteri oleh orang-orang kenamaan.

Malam ini Dato' Azmi Khalid, 64, Menteri Dalam Negeri mengaku bahawa beliau akan berkahwin dengan Normala Shamsudin, 41 tidak berapa lama lagi. Sebelum itu akhbar melaporkan bahawa Azrinas Mazhar Hakim, 26 bekas wartawan TV3 telah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hasanak Bolkiah, 50-an, di Kuala Lumpur. Beberapa bulan lepas, Dato' Nazim Razak, 43, telah berkahwin Nurjuma, 24 bekas pengacara Nona.

Nampaknya mana-mana wanita yang hendak berkahwin dengan orang-orang besar dan kaya silalah bekerja dengan TV3. Insya Allah anda akan dilamar oleh mereka itu. Syaratnya anda mesti bersedia untuk menjadi isteri kepada orang yang anda boleh panggil 'bapak' atau 'atuk.'

Kita tidak mempertikaikan perkahwinan mereka malah kita menyokong supaya ianya dipercepatkan untuk mengelakkan fitnah. Alangkah baiknya kalau ianya dibuat secara sah bukannya dijadikan perempuan simpanan seperti yang kita selalu dengar.

Semoga berbahagia semua pasangan yang sudah dan akan berkahwin. SELAMAT PENGANTIN BARU


PENGARAH EKSEKUTIF SYARIKAT JUDI MEMPUNYAI PENDAPATAN PALING LUMAYAN DALAM NEGARA ISLAM HADHARI


Bukit Katil 24 Ogos : Berita TV3 1.30 tengahari melaporkan bahawa Pengarah Syarikat Judi Genting, Lim Kok Thay merupakan Pengarah Syarikat yang mempunyai pendapatan paling lumayan dalam negara Islam Hadhari Malaysia. Alangkah malunya kita bagaimana dalam negara yang mengamalkan Islam Hadhari ini syarikat judilah yang paling maju sebab itu syarikat ini dapat membayar gaji pengarahnya bernilai berjuta-juta ringgit setahun. Tetapi kita tidak merasa pelik kerana Islam Hadhari tidak mengharamkan judi. Sebab kedai-kedai judi, toto dan sebagainya bercambah bagai lepas hujan di Malaysia.

Berita itu juga menyebut ada 3 orang Pengarah Bumiputera yang menduduki 20 tempat paling atas dalam senarai Pengarah Eksekutif yang mempunyai gaji paling tinggi di Malaysia. Mereka ialah Tan Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib Mahmud, RHB Capital; Tan Sri Mustapha Kamal, Emkay Holding dan Tan Sri Azman Hashim, Arab Malaysian Bank.

Malu sungguh rasanya hendak mengaku kita ini rakyat negara Islam Hadhari yang tiada HAD dan HARI. Hendak apa semuanya boleh tiada HAD dan HARI.


SEPATUTNYA BUKAN HANYA 78 ORANG DAPAT BANTUAN PERUBATAN PERCUMA TETAPI SEMUA RAKYAT


BUKIT KATIL 24 OGOS : PAS telah lama mencadangkan supaya perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di negara ini hendaklah diberi percuma tanpa sebarang bayaran. Ini kerana selain dari bidang pendidikan, kesihatan rakyat juga merupakan tanggungjawab pemerintah. Rakyat sepatutnya tidak dibebankan dengan kos perubatan yang kadang-kadang tidak mampu dibayar oleh mereka. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil terhadap laporan akhbar perdana hari ini yang menyatakan bahawa 78 orang rakyat Melaka mendapat perubatan percuma di Hospital Melaka.

Sebuah akhbar arus perdana hari ini melaporkan bahawa seramai 78 pesakit dikenal pasti menikmati kemudahan perubatan percuma melalui Tabung Kebajikan Perubatan Hospital Melaka membabitkan bantuan perubatan sebanyak RM12,138.

Kenyataan ini dibuat oleh Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Seah Kwi Tong. Dalam laporan itu, Seah berkata selain tabung itu, kemudahan perubatan percuma lain yang turut disediakan ialah Tabung Bantuan Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sepatutnya perkara ini bukanlah perkara pelik kerana perubatan ini merupakan hak asasi rakyat yang sepatutnya ditangani oleh kerajaan. Tetapi sebaliknya kerajaan BN samada pusat atau negeri sekarang ini lebih sibuk membela penagih dadah dengan membelanjakan 150 juta untuk memberikan kondom dan jarum percuma kepada mereka. Pesakit-pesakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, barah dan sebagainya terpaksa pula membayar kos perubatan yang kadang-kadang mencecah sampai beribu-ribu ringgit, tambah Hamzah ketika ditemui di Pejabat PAS Kawasan di Bukit Katil.

Seah dalam laporan itu juga berkata, melalui Tabung Bantuan Perubatan berkenaan, seramai 10 pesakit mendapat faedah membabitkan perbelanjaan RM102,930.

Beliau juga dilaporkan berkata "Selain itu, sejak Januari sehingga 15 Julai lalu, sebanyak RM166,442 berjaya dikutip oleh Unit Hasil Hospital Melaka".

Jumlah yang dijelaskan oleh Datuk Seah tersebut amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah-jumlah pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri seperti pembinaan air terjun Bukit Sebukor yang bernilai berjuta-juta ringgit, tegas Hamzah.

Inilah kerajaan BN yang tidak tahu yang mana lebih utama dalam merancang pembangunan dan perbelanjaan kerajaan negeri. Mereka lebih suka membazirkan wang rakyat daripada melihat kebajikan rakyat terbela.


MTD Bukit Baru berjaya tembusi kubu Umno di Bukit Baru Dalam



Bukit Baru 24 Ogos 2005 :Majlis Tindakan DUN Bukit Baru mengorak selangkah lagi apabila berjaya membuka pejabatnya ditengah-tengah Pekan Bukit Baru berhadapan dengan Flat Sri Siantan. Pejabat ini terletak di dalam Peti Undi Bukit Baru Dalam. Pembukaan Pejabat MTD ini membuka lembaran baru kepada PAS Kawasan Bukit Katil khasnya kerana berjaya menembusi kubu kuat Umno di dalam peti undi Bukit Baru Dalam itu sendiri. Pengarah MTD Bukit Baru En. Mat Dan Siron (gambar atas) menyifatkan pembukaan pejabat MTD akan merancakkan lagi aktiviti MTD Bukit Baru untuk mendekati masyarakat setempat. Beliau menyatakan MTD Bukit Baru sekarang sedang merangka beberapa dalam masa terdekat untuk memanfaatkan pejabat barunya ini. Difahamkan sebelum ini dalam beberapa pilihanraya sebelum Peti Undi Bukit Baru Dalam ini amat susah untuk ditembusi kerana tiada penduduk yang berani untuk memberikan rumah atau kedai mereka untuk dijadikan Markaz PAS. Mat Dan berharap dengan pembukaan Pejabat MTD ini lebih ramai penduduk setempat akan tampil untuk bersama-sama dengan PAS. Sementara itu bekas calon DUN Bukit Baru dalam Pilihanraya Umum lalu, Hj Bakrin Sidek menyatakan kesyukuran beliau di atas kejayaan MTD Bukit Baru membuka pejabat barunya ini. Ini merupakan tamparan hebat kepada Umno tegasnya yang juga merupakan TYDP PAS Kawasan Bukit Katil. Dalam Pilihanraya Umum lalu beliau tewas di tangan KM Melaka Dato' Wira Ali Rustam dengan majoriti melebihi 4000 undi di DUN tersebut. Posted by Picasa


Tuesday, 23 August 2005

BONDA KETUA MTD BUKIT BARU MENINGGAL



Bonda kepada En. Mat Dan Sirun (Gambar) telah meninggal dunia di Kampung Paya Ikan pagi ini. Jenazah Bonda beliau akan dikebumikan tanah perkuburan Bukit Baru disebelah Masjid Bukit Baru selepas waktu Zohor hari ini.

PAS Kawasan dan DPP Kawasan mengucapkan takziah kepada keluarga EN. Mat Dan semoga beliau bersabar dengan ujian Allah ini. PAS Kawasan dan DPP Kawasan juga mendoakan agar roh Allahyarhamah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan para anbia, sahabat, pejuang dan penegak Islam yang pergi terdahulu.  Posted by Picasa


SEKALI LAGI WANG KWSP JADI SASARAN.


Bukit Katil 23 Ogos : PAS Kawasan Bukit Katil menyelarkan sikap kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan BN yang menjadikan wang KWSP milik para pekerja sebagai sasaran untuk melunaskan hutang masing-masing. Paling baru ialah Kerajaan BN Negeri Sembilan yang dilaporkan sedang memohon pinjaman dari KWSP untuk melangsaikan hutang lapok sejak 1996. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan melalui Setiausahanya, Hamzah Yusof.

Harian Metro melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan akan mendapatkan pinjaman KWSP untuk menyelesaikan pembayaran hutang milik Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) bagi pembelian tanah Felda Sendayan sejak 1996.

Dalam laporan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan telah bersetuju memberi pinjaman berjangka sebanyak RM250 juta kepada Negeri Sembilan dengan syarat pinjaman itu perlu mendapat jaminan Kerajaan Pusat.

Laporan itu menyebut bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (seorang bekas ahli korporat) berkata KWSP sudah bersetuju dengan permohonan pinjaman kerajaan negeri tetapi pihak berkenaan meletakkan syarat supaya ia dijamin Kerajaan Pusat.

Mohamad berharap permohonan pinjaman itu akan diluluskan segera bagi menyelesaikan hutang 513 peneroka Felda Sendayan melaksanakan projek Bandar Wawasan Sendayan. Menurut Mohamad, kerajaan negeri memohon pinjaman untuk diselesaikan dalam tempoh lima tahun.

Pada Jun lalu, peneroka terbabit bersetuju dengan skim penyelesaian kerajaan negeri yang akan membangunkan tapak tanah rancangan itu sebagai Bandar Wawasan Sendayan di mana peneroka dibayar pampasan berbentuk wang tunai, tanah dan rumah bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Pinjaman KWSP itu adalah bertujuan membuat pembayaran 50 peratus daripada hasil jualan tanah mereka dalam bentuk tunai dianggarkan RM550,000 setiap pemilik.

Baki nilai jualan tanah Sendayan akan dibayar dalam bentuk tanah seluas 0.4 hektar bernilai kira-kira RM300,000 dan banglo bernilai lebih RM200,000.

Dari laporan di atas sudah jelas kepada kita bahawa kerajaan pimpinan BN merupakan kerajaan yang lemah dan tidak tahu mentadbir negeri. Bagaimana hutang yang sudah lapuk sejak 1996 itu gagal dibayar sedangkan mereka seringkali menyatakan bahawa kerajaan BN adalah kerajaan terbaik berbanding kerajaan PAS Kelantan. Kes ini sebenarnya berlarutan semenjak Isa Samad menjadi MB. Inilah antara bukti yang menunjukkan bahawa pemimpin BN ini hanya tahu bercakap tetapi kepimpinannya penuh dengan rasuah, kelemahan dan penyelewengan.

Apakah kerajaan BN ini sudah buntu untuk mencari wang sehingga terpaksa meminjam wang untuk melangsaikan hutang lapuk. Berhutang untuk menyelesaikan hutang terdahulu bukanlah langkah bijak. "

Ini samalah seperti 'kutu-kutu kampung' yang menganggur yang terpaksa meminjam wang kawan mereka untuk membayar hutang lama" . Jelas Hamzah bersungguh-sungguh. Nampaknya MB Negeri Sembilan semakin teruk kerana krisis demi krisis melanda negerinya.

"Isu air pun belum selesai sekarang timbul pula isu hutang ini. Kebijakan beliau semasa pemimpin organisasi korporat dulu gagal digunakan untuk memimpin negeri. Nampaknya orang cerdik pun jadi bodoh bila jadi pemimpin Umno" sindir Hamzah lagi.

PAS Kawasan Bukit Katil dengan ini menyeru seluruh para pekerja di Malaysia supaya membuat bantahan kepada KWSP supaya wang para pekerja ini tidak sewenang-wenangnya disalahgunakan untuk kepentingan kerajaan BN. Marilah kita semua menyatakan bantahan ini dengan menghantar surat-surat bantahan, email dan fax kepada KWSP supaya wang kita tidak disalahgunakan oleh KWSP dan kerajaan, kata Hamzah mengakhiri kenyataannya.





Friday, 19 August 2005

PUBLIC INTERESTS SIDETRACKED


From Mandarin Daily Newspaper.......

Works Minister Datuk Seri S Samy Vellu said the government did not have the intention of continuing with the policy of preventing highway concessionaires from increasing toll rates by means of compensation and subsidies.

The minister's remark did not come as a novel surprise at all. Since when has the government taken the steps to prevent the public from bearing the costs of higher tolls? And since when has the minister not protected the interests of highway concessionaires?

You may still recall that Samy said in May that everyone would "take a gun to shoot him" as the time for highway concessionaires to extend toll collection deadline drew near. Before long, the Butterworth-Kulim Highway tolls were upped quietly by a whopping 20%!

To people in the street, Samy's sense of humour simply falls short of being amusing. No one would enjoy his joke at a time when everything is getting dearer by the day.

At that time, Samy did accuse the people for not understanding the difficulty the government had to go through. But as an elected MP and Cabinet minister, how can he expect the public to understand his inefficiency while also seeking greater support and mandate from the public?

Politicians are used to say that voters are the bosses, but when they arrive at a crossroad between political and economic interests, large corporations are often the true bosses, while people in the street are nothing more than a piece of meat lying helplessly on the chopping board, awaiting the manipulation of the "true bossess."

Malaysians rise up to protest each time the highway tolls are increased, chiefly because the lack of transparency in the contracts between the government and highway concessionaires has conjured up an impression of "black box operation."

Today, with the AP lists and API spread out completely before the investigative eyes of the public and no longer secretive documents hidden in relevant ministers' drawers, we wonder for how long more will the highway concession contracts stay concealed.

At a time when Malaysians' right to knowledge is slowly gaining recognition, any effort to continue putting a lid on the issue of increased and extended toll collection is seen as a transgression of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's transparent policies.

Road amenities and public transportation are service sectors which the government should subsidise. Instead of benefiting from such services, the public have to pay dearly to help these privatised companies service their own debts. We have heard more than enough of remarks of this kind. We only hope that the government would review the existing policies by taking into consideration the interests of the public. Having said that, our hopes continue to be dashed, and bad news is getting closer to reality as time passes.

With the government taking steps to progressively reduce fuel subsidies, it has now become evident that prices of petroleum products and highway tolls are bound to go higher. With road transport costs on the rise, daily necessities are expected to get dearer, and Malaysians are set to tighten their belts for a decent living.

After the depegging of ringgit, the local unit has appreciated slightly. While prices of imported goods may fall, the effects are not to be seen immediately. We still need to observe for a while whether the national economy will actually improve. Samy is only fanning the flame by choosing to reveal at such an inopportune timing that the government is not going to stop the highway concessionaires from hiking the toll rates.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Mustapa bin Mohamed said the country's inflation rate is expected to exceed 2.8% by end of this year, thanks to higher petrol prices, and that the government would do its best to put goods prices under control.

Would the government do anything to control highway tolls?


Sin Chew Daily



PAS KAWASAN BUKIT KATIL ANJURKAN IJTIMAK PENERANGAN & DAKWAH SERTA CERAMAH UMUM



Gambar Hiasan Posted by Picasa

Bukit Katil 19 Ogos 2005 : PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan Ijtimak Penerangan & Dakwah PAS Kawasan serta Ceramah Umum yang akan pada hari Sabtu, 20 Ogos 2005 bermula jam 9.00 malam di Markaz PAS Kawasan di Bukit Katil.

Program yang julung kali diadakan ini akan bertujuan untuk mengumpulkan seluruh tenaga penerangan PAS Kawasan dan memberikan maklumat tentang isu-isu terkini dalam dan luar Melaka.

Menurut Setiausaha Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof berkata setiap cawangan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 5 orang wakil untuk Ijtimak ini. Ijtimak dimulakan dengan Kuliah Haraki dan diikuti oleh taklimat oleh Lajnah Penerangan serta ceramah Umum. Penceramah jemputan kali ini ialah Us. Nasaruddin Daud, Timbalan Speaker DUN Kelantan yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kelantan.

Semua ahli-ahli PAS di Kawasan Bukit Katil khasnya dan Melaka amnya dijemput hadir.


UCAPAN ALA USTAZ BELUM TENTU DAPAT MENEBUS DOSA ROBOH MASJID & RUMAH RAKYAT


Malam tadi saya berkesempatan mendengar ucapan perasmian penutup Musabaqah oleh Derih Jusoh ketika sedang memandu.

Bukan main bersemangatnya Derih Jusoh memberikan ucapan yang diselang selikan dengan ayat-ayat Al-Quran dan istilah-istilah bahasa Arab yang jarang kita dengar dari pemimpin Umno yang lain. Antaranya beliau menyatakan bahawa tujuan Islam Hadhari ini ialah untuk melahir 'Baldatun Toiyyabatun Warobbun Ghofur'. Juga katanya Islam Hadhari akan sentiasa dapat melahirkan negara yang maju dari semua segi zahir dan batin.

Bila mendengar ucapan tersebut saya langsung tidak membayangkan bagaimana seorang pemimpin negeri seperti ini sanggup MEROBOHKAN MASJID dan RUMAH RAKYAT. Rumah Allah yang dijadikan tempat sembahyang sanggup dirobohkan oleh Derih Jusoh dan kuncu-kuncunya semata-mata untuk menunjukkan mereka berkuasa di atas dunia ini.

Saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana seorang MB yang boleh membaca ayat Al-Quran sebegini sanggup MEROBOHKAN RUMAH RAKYAT yang dibina hasil titik peluh mereka membanting tulang empat kerat semata-semata untuk membuat tempat perlindungan dari hujan dan panas.

Adakah mereka hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan istilah-istilah Arab ini semata-mata untuk menunjukkan bahawa mereka juga cinta kepada agama dan taat kepada Allah.

Islam Hadhari yang menjadi isi penting ucapan beliau seolah-olah merupakan jalan penyelesaian kepada semua masalah. Sedangkan sekarang ini negara berada keadaan yang sungguh gawat. Gawat dari segi aqidah umat Islam, ekonomi, makisat, hiburan & hedonisme, judi, rasuah, keselamatan rakyat, politik dan sebagainya.

Apakah Derih Jusoh menyangka bahawa dengan menganjurkan Musabaqah Al-Quran di Terengganu segala kezaliman dan kedurjanaannya MEROBOHKAN MASJID DAN RUMAH RAKYAT boleh dilupakan oleh rakyat Terengganu. Hanya rakyat yang buta hati sahaja yang tidak dapat menilai mana yang haq dan yang batil.

Disaat Musabaqah dianjurkan di Kemaman diadakan pertandingan lagu 60-an di Johor Bahru diadakan konsert. Ulama Hadhari, Pak Lah pun turut sama berkampung di Johor Bharu.

Inilah Islam Hadhari yang penuh dengan kecelaruan. Buat makhruf pun boleh anjurkan kemungkaran pun boleh. Pakai tudung pun boleh tak pakai pun tak apa. Berpelukan dengan perempuan tak boleh bersalam tak apa.

INILAH ISLAM HADHARI. BERTAUBAT

AkiF FiKrI


Thursday, 18 August 2005

DPP CAWANGAN UMBAI ANJURKAN PERTANDINGAN MEMANCING PANTAI


Pemuda Pas Cawangan Umbai akan menganjurkan satu pertandingan memancing kategori Pantai pada
21 Ogos 2005 bermula pada pukul 8 pagi hingga 1tengahari. Pertandingan ini akan diadakan di Kompleks Jeti Anjung Batu, Umbai, Merlimau Melaka.

Jurucakap penganjur menyatakan bahawa yuran Penyertaan sebanyak RM25 akan dikenakan kepada semua peserta. Tarikh Tutup Penyertaan ialah pada 20 Ogos 2005.

Menurut jurucakap tersebut hadiah menarik disediakan kepada para pemenang. Kepada kaki-kaki pancing yang beminat bolehlah berhubung dengan saudara Razali (0122552725) , Nizam (0123951457) atau Ahmad (0136362493)

Pertandingan hanya terhad kepada 150 orang peserta terawal sahaja.

Sumber : kawjasindaily.blogspot.com


SINDROM TIDAK APA TENTANG APA JUGA KEDURJANAAN PEMIMPIN AMAT MERBAHAYA



Bukit Beruang 17 Ogos : Sindrom 'tidak apa' kepada apa juga keburukan yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan hari ini akhirnya akan membawa kemusnahan kepada rakyat dan negara. Sekarang rakyat sudah boleh menerima amalan rasuah, judi, maksiat, skandal seks sebagai perkara biasa dan disifatkan sebagai isu lapok. Demikian rintihan yang diucapkan oleh Dr.Badrul Amin Bahron ketika menyampaikan ucapan beliau pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Markaz PAS Cawangan Bukit Beruang malam tadi.

Beliau juga turut merasa kesal dengan tiadanya sensitiviti rakyat terhadap kezaliman UMNO apabila mereka terus menahan rakyat dengan ISA tanpa dibicarakan. Selain itu tegas kerajaan UMNO juga sanggup merobohkan masjid yang dibina oleh rakyat semata-mata untuk menunjukkan bahawa mereka berkuasa.

Menyentuh tentang Islam Hadhari Dr. Badrul menjelaskan bahawa Islam Hadhari jelas sesat kerana ianya tidak mengambilkira semua perkara yang berkaitan dengan Undang-undang dan Syariat Islam. Apa pandangan Islam Hadhari tentang HUDUD, Soal beliau dengan tegas. HUDUD tidak diambil pusing oleh Islam Hadhari kerana ianya dilihat sebagai kolot dan tidak membawa sebarang kemajuan kepada umat.

Selain itu Dr.Badrul juga menyeru seluruh pendukung BA supaya melipatgandakan usaha mendekati dan berdakwah kepada masyarakat kerana sekarang ini terlalu banyak isu yang memihak kepada pembangkang tegasnya. Isu yang paling besar ialah isu tuntutan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang menuntut 14 perkara supaya ianya diiktiraf dan diterimapakai di Malaysia. 14 perkara jelas merupakan tuntutan yang biadap kepada kesucian dan kedaulatan Islam, tegas beliau yang membacakan kesemua 14 tuntutan tersebut satu persatu. Apa yang malangnya tuntutan IFC ini disokong oleh sebahagian besar Ahli Parlimen dan juga terdapat menteri yang turut menyokongnya iaitu Rais Yatim, Shahrizat Jalil, Azalina Othman dan Nazri Aziz.

Dr.Badrul juga menjelaskan andainya tuntutan ini diterima nanti maka sudah tentu kedaulatan umat Islam semakin tercabar dan gajala riddah akan lebih parah tegas beliau yang juga merupakan Ahli MT PKR. Beliau akhirnya berharap pendukung BA meneruskan perjuangan menentang BN/UMNO dengan penuh komitmen dan bersungguh demi untuk memenangkan BA supaya sebuah kerajaan yang adil dan berlandaskan Islam dapat ditegakkandi Malaysia ini.

Turut berceramah bersama beliau malam tadi ialah Timbalan Persuruhjaya III PAS Melaka Tuan Haji Mohd Yassin Ghani yang juga merupakan YDP PAS Bukit Katil. Posted by Picasa


Wednesday, 17 August 2005



PILIHANRAYA SEMAKIN HAMPIR JENTERA BELUM BERGERAK Posted by Picasa

Bukit Katil : Pilihanraya Umum ke-12 sudah semakin hampir iaitu kira-kita 2 tahun 6 bulan sahaja lagi. Tetapi di Melaka ini belum nampak gerakerja Jentera Pilihanraya di pelbagai peringkat bergerak dengan sistematik. Pertanyaan timbul di fikiran kita, apakah kita masih mahu menjalankan kerja-kerja Pilihanraya ini di saat-saat akhir sebagaimana sebelas pilihanraya yang lalu.

Sebagai seorang pemerhati dan juga petugas parti, saya masih belum nampak kelibat Jentera Pilihanraya Negeri (JPN) bergerak. Lebih parah dari itu sehingga ke hari ini Pengarah Pilihanraya Negeri belum diumumkan secara rasmi. 'Kabinet' JPN juga belum dibentuk lagi (setakat awal Ogos).

Saya sebagai seorang petugas parti merasakan perkara ini mesti disegerakan kerana kita semakin kesuntukan masa sekarang. Apa ditunggu lagi. Terlalu banyak kerja yang mesti dilakukan. Kita tidak mahu melihat JPN ini dibentuk-bentuk disaat akhir. Ini kerana setelah perlantikan Pengarahnya maka lain-lain jawatan pula mesti dibentuk. Setelah itu sudah tentu pembentukan ini memakan masa kerana sudah menjadi perkara biasa sudah tentu ada yang menerima dan menolak.

Perlantikan AJK-AJK ini juga mestilah dilakukan dengan cermat kerana kita tidak mahu ianya dibuat secara tangkap muat sahaja. Pengarah mesti melihat bahawa mereka mempunyai kemahiran asas dan komited kepada tugasan dan amanah yang diberi.

Taklimat dan kursus juga mesti dijalankan kepada AJK JPN ini kerana bukan semua yang dilantik ini pakar dan mahir dalam gerakerja potfolio masing-masing. Mengambilkira prestasi AJK JPN lalu, kita tidak mahu ianya berulang. Ada antara mereka yang tidak berfungsi langsung yang menyebabkan kelesuan ini menular sehingga ke peringkat MTD dan UPU.

Saya mendoakan jentera JPN yang dibentuk kali ini merupakan 'team' yang kuat, komited, kompeten dan bersemangat untuk melaksanakan tugas yang maha mencabar ini.


Semangat berjaya.

PEMERHATI SETIA


PAS SOKONG PENUH USAHA JAIM PANTAU TEMPAT MAKSIAT


Bukit Katil: Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyokong penuh usaha Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) memantau hotel dan rumah tumpangan yang disyaki menjalankan kegiatan maksiat disekitar Bandar Melaka.

Dalam sebuah akhbar harian hari ini JAIM dilaporkan sedang memantau lapan rumah tumpangan dan hotel murah di bandar ini yang menutup operasi selepas jam 7 malam setiap hari, untuk tujuan maksiat. Laporan itu menyebut bahawa selepas jam 7 malam semua bilik di rumah tumpangan atau hotel murah itu tidak boleh ditempah lagi kerana sudah penuh.

Dalam kenyataan itu Ketua Bahagian Penguatkuasa Agama negeri, Rahimin Bani berkata siasatan yang dijalankan mendapati kebanyakan bilik itu sudah dihuni oleh wanita yang menunggu pelanggan untuk kegiatan maksiat.

“Mereka berselindung dalam kegiatan urut dan akan melayan pelanggan dalam bilik yang disewa itu. “Apabila terdapat pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan seks, mereka akan masuk ke bilik itu dan berikutan itu pihak hotel tidak akan menyewakan bilik itu kepada pelancong yang benar-benar memerlukan bilik untuk disewa selepas jam 7 malam.

“Daripada lebih 10 operasi yang dijalankan sepanjang tahun ini terdapat bukti kegiatan maksiat dilakukan di hotel itu, berdasarkan bungkusan kondom dan tisu yang sudah dipakai dijumpai dalam plastik yang dibuang dalam tong sampah.

“Taktik terbaru untuk mengelak bukti (kondom terpakai) itu dikesan dalam operasi yang dijalankan baru-baru ini ialah dengan meletakkan kondom itu dalam plastik dan disimpan dalam stor,” katanya di sini semalam kepada akhbar tersebut.

Antara hotel murah dan rumah tumpangan yang dikesan terdapat kegiatan maksiat itu ialah di Jalan Kee Ann, Jalan Bunga Raya, Jalan Bukit Cina, Jalan Munsyi dan Jalan Bendahara.

Rahimin dilaporkan berkata, sehingga ini terdapat empat hingga lima kes lelaki Islam yang ditangkap bersama pelacur bukan Islam dalam bilik di hotel dan rumah tumpangan berkenaan.

Beliau juga menyatakan bahawa pelanggan yang ditangkap boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah negeri Melaka 1991 kerana cuba melakukan persetubuhan haram.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua sekali.

Menurutnya, Jaim sentiasa memantau operasi hotel dan rumah tumpangan itu untuk mengelak kegiatan maksiat di situ dan operasi dilakukan dengan kerjasama pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan polis.

“Sekiranya tidak dipantau berterusan, Jaim bimbang golongan muda akan lebih mudah terjebak ke kancah maksiat dengan melanggan pelacur hingga boleh menimbulkan pelbagai implikasi seperti penyakit,” katanya.

Jaim juga katanya, sedang menyiapkan laporan lengkap mengenai kegiatan pelacuran yang dikesan di hotel dan rumah tumpangan murah itu untuk diserahkan kepada MBMB supaya tindakan menutup premis itu dapat diambil.

Sehubungan dengan ini Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Selamat Amin menggesa MBMB supaya mengambil tindakan tegas terhadap premis-premis ini. Jangan nanti apabila JAIM telah menyiapkan laporan dan menyenaraikan hotel-hotel yang terlibat, MBMB pula gagal mengambil tindakan terhadap premis-premis berkenaan. Kita tidak mahu MBMB mengambil sikap sambil lewa atau pilih kasih dalam hal ini kerana kegiatan ini amat merbahaya kerana kebelakangan peningkatan kegiatan kes maksiat begitu mendadak di negeri ini, tegas beliau.

Selain itu DPP Kawasan Bukit Katil juga mengharapkan supaya JAIM tidak hanya memantau lapan premis yang disebutkan tadi sahaja tetapi juga melipatgandakan usaha memantau semua tempat-tempat maksiat lain seperti Disko, Dangdut, Kelab Malam, Laser Disc, Karaoke, pantai dan sebagainya, tambah beliau yang juga merupakan Bendahari DPPN Melaka.


Monday, 15 August 2005





LAPORAN HARIAN METRO SEMALAM CUKUP MEMBIMBANGKAN

TREND SERAH TUBUH

KUALA LUMPUR: Menyerahkan tubuh kepada kekasih atau melakukan hubungan seks luar nikah seolah-olah menjadi trend di kalangan remaja negara ini, malah ada yang melakukannya seawal usia 12 tahun.

Fakta itu berdasarkan hasil kajian sekumpulan penyelidik tempatan sepanjang 12 bulan bermula 2003 hingga tahun lalu membabitkan 18,805 responden yang berusia antara 12 dan 60 tahun, dengan majoritinya berbangsa Melayu.

Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Lekhraj Rampal dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata hasil kajian juga mendapati golongan berusia di antara 18 hingga 20 tahun paling aktif melakukan hubungan seks.

?Bagaimanapun, secara purata rakyat negara ini melakukan hubungan seks buat kali pertama pada usia 23 tahun,? katanya yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Beliau berkata, daripada 18,805 responden, 73 peratus (13,691) sudah berkahwin dan daripada jumlah itu 10 peratus (1,361) pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.

Katanya, jumlah responden yang belum berkahwin pula ialah 5,114, dengan 448 daripada mereka pernah melakukan hubungan seks.

?Ini bermakna 1,809 (9.6 peratus) daripada keseluruhan responden pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin,? katanya.

Dr Rampal berkata, 38 daripada 448 responden belum berkahwin tetapi sudah melakukan hubungan seks mengaku kali pertama melakukannya pada usia 12 dan 15 tahun, manakala 155 lagi berbuat demikian pada usia 16 dan 18 tahun.

Mengulas perkembangan itu, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussain, berkata ia satu isyarat membimbangkan kepada masyarakat dan perlu diberi perhatian serius, terutama oleh ibu bapa.

?Perkara ini tidak boleh diserahkan kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya ibu bapa dan seluruh masyarakat perlu beri perhatian serius. Malah, kalau perlu, hari ini kita kena jaga tepi kain orang,? katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya undang-undang berkaitan moral diperhalusi supaya betul-betul berkesan bagi memastikan remaja di negara ini tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan agama.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, pula berkata beliau percaya hasil kajian itu relevan kerana berdasarkan pengalamannya, kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan remaja semakin berani mencuba melakukan hubungan seks.

?Di laman web saya, banyak soalan dikemukakan menunjukkan mereka yang bertanya masih terlalu muda dan bersikap kebudak-budakan.

?Antaranya, bolehkah seseorang mengandung jika melakukan seks di luar tabii (liwat),? katanya.

Sementara itu, Dr Rampal berkata, kajian fasa pertama dilakukan itu dibahagikan kepada dua topik utama, iaitu mengkaji pemahaman masyarakat mengenai penyakit jantung dan risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV, termasuk sejarah atau kehidupan seksual seseorang.

Katanya, kaum Melayu menjadi responden paling ramai dengan 10,599 orang, Cina (3,875), India (2104), Bumiputera Sabah (1302), Bumiputera Sarawak (692) dan lain-lain (233).

Beliau berkata, pasukan penyelidik membabitkan 12 pensyarah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), pegawai Kementerian Kesihatan, 22 graduan pelbagai universiti dan kira-kira 400 jururawat dari seluruh negara.

?Responden dipilih secara rawak melalui maklumat daripada Jabatan Statistik Malaysia.

?Selain sesi soal jawab dijalankan secara bersemuka, responden diberi soalan bertulis mengenai sesuatu topik, terutama soalan sensitif,? katanya.

Dr Rampal berkata, hasil kajian itu akan dibincangkan lebih lanjut sebelum tindakan susulan diambil dan selepas tiga tahun, penyelidik akan bertemu responden semula untuk melihat sama ada wujud perubahan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan mereka yang melakukan hubungan seks supaya menggunakan kondom bagi mengelak penyebaran wabak HIV jika seseorang itu kerap bertukar pasangan, terutama dengan pelacur.

?Sebenarnya semua agama melarang melakukan hubungan seks sebelum berkahwin tetapi jika ia terus berlaku, kondom adalah langkah terbaik, selain setiap pasangan perlu menjalani ujian HIV sebelum berkahwin atau mengadakan seks,? katanya.


 Posted by Picasa




Berpelukan-pelukan dengan lelaki dan perempuan tak boleh......Bersalam-salam apa kurangnya Posted by Picasa


JANGAN AMALKAN LARANGAN ALLAH


Roslan SMS menulis.......

No hugging please we are Muslims:

Harap jangan berpeluk-pelukan, kita umat Islam.

Demikianlah komen TPM Najib Tun Razak apabila mengkritik aksi di dalam beberapa rancangan realiti TV yang popular dewasa ini.

Kata Najib lagi sebagaimana yang dipetik oleh THE STAR ketika berada di Langkawi:

This is not a question of young or old people hugging. This is about religion. It is forbidden in the religion

Ianya bukan soal yang muda memeluk yang tua. Ini soal agama. Ianya dilarang oleh agama.

Barangkali Najib merujuk kepada batas hubungan antara lelaki dan wanita dalam Islam sebagaimana yang terkandung dalam Surah an Nisa ayat 30 dan 31 yang antara lain berbunyi:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki (sehingga penghujung ayat).

Sememangnya aksi para remaja yang digalakkan berpeluk-pelukan dalam rancangan-rancangan seumpama ini sungguh memberikan gambaran yang buruk dan hodoh terhadap Islam dan budaya Melayu. Lalu layaklah sangat TPM mengeluarkan teguran sedemikian.



Tapi jangan berhenti setakat itu. Najib pasti tahu bahawa bukan berpelukan-pelukan sahaja yang merupakan larangan agama. Najib perlu membuka matanya serta toleh disekelilingnya. Mudah-mudahan teguran itu dibuatnya dengan niat yang ikhlas. Mudah-mudahan ianya akan turut disusuli dengan teguran-teguran lain termasuklah berjabat tangan antara bukan mahram, memelihara aurat dan lain-lain.

Kuasa dan pemerintahan terletak ditangannya. Dengan yang demikianlah sepatutnya dipimpin rakyat kearah mencinta dan mentaati peraturan Allah. Kuncinya, mahu ataupun tidak.

Yang anehnya, mereka yang berilmu agama dalam kerajaan tidak pula kedengaran mengeluarkan teguran-teguran seumpama ini. Seorang pemimpin wanita yang memiliki Phd berlatarbelakangkan agama, biasa dilihat di kaca TV berjabat tangan dan bersalaman dengan bersahaja sesama bukan mahramnya, sedangkan sebelum bercakap berdegar-degar berkenaan syariat dan hukum.


Benarlah firman Allah yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Al Baqarah: 208.


Friday, 12 August 2005

PROGRAM PENGEDARAN RISALAH DISIFATKAN BERJAYA


Bukit Katil 12 Ogos : Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof menyifatkan program pengedaran risalah di Pasar Malam Ayer Molek semalam amat berjaya kerana mendapat sambutan yang amat baik dari orang ramai. Program anjuran bersama PAS Kawasan, Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Negeri serta DPP Negeri Melaka ini telah disertai oleh lebih kurang 30 orang pimpinan ketiga-tiga badan tersebut.

Dalam tinjauan yang dibuat rata-rata orang ramai yang ditemui menerima dengan baik kempen yang dianjurkan oleh PAS ini. Mereka menyifatkan program 'turun padang' seperti itu hendaklah diteruskan dari masa ke semasa kerana ianya dapat mendekatkan lagi PAS dengan rakyat serta banyak maklumat dapat diketahui oleh mereka samada dari risalah yang disebarkan juga melalui perbualan dengan pimpinan PAS setempat.

Hamzah juga turut menyatakan bahawa program ini akan cuba diteruskan dari masa ke semasa di seluruh Kawasan Bukit Katil kerana ianya terbukti dapat merapatkan hubungan PAS dengan masyarakat setempat. "Kita mahu rakyat tahu bahawa PAS sentiasa bersama dengan masyarakat dalam apa juga masalah dan kesengsaraan mereka" tegasnya bersungguh-sungguh.

Turut serta dalam program semalam ialah dua orang pimpinan PAS Pusat iaitu Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad. Pimpinan PAS Negeri dan Kawasan yang turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya III, Hj Mohd Yassin Abdul Ghani, Setiausaha Perhubungan Adly Zahari; Ketua Pemuda Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik;Naib Ketua Pemuda yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Harun Mohamed; Ketua Penerangan DPPN, Yuhaizad Abdullah;Timbalan YDP Kawasan, Hj Bakrin Sidek; Ketua Pemuda Kawasan, Hj Salamat Aman serta beberapa orang lagi AJK PAS Kawasan, DPPN, DPP Kawasan Bukit Katil serta ahli-ahli dan penyokong PAS berdekatan.

Pada sebelah malamnya pula kedua-dua pemimpin PAS Pusat tersebut telah berceramah bersama-sama dengan Setiausaha Perhubungan di Markaz PAS Paya Dalam, Ayer Molek.


Thursday, 11 August 2005

PROGRAM PENGEDARAN RISALAH KENAIKAN MINYAK DAN BARANGAN PETANG INI.


Bukit Katil 11 Ogos : PAS Kawasan bersama-samanLajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Melaka serta DPPN Melaka akan mengadakan program mengedarkan risalah kenaikan harga barangan di Tapak Pasar Malam Ayer Molek bermula pada jam 6.00 petang ini.

Semua ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS di jemput untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam program yang akan bermula dari Kelinik AYer Molek sebagai tempat berkumpul.


JEREBU SEMAKIN BURUK DI SELANGOR DAN LEMBAH KELANG; MKN ISYTIHAR DARURAT DI KUALA SELANGOR & PORT KLANG


Keadaan jerebu semakin meruncing dimana darurat telah diisytiharkan di Pelabuhan Kelang dan Kuala Selangor. Pengisytiharan ini telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah Indeks Pencemaran Udara (API) di kedua-dua tempat berkenaan melebihi 500.

Sementara di tempat-tempat lain disekitar Lembah Kelang keadaan beransur-ansur teruk.


Wednesday, 10 August 2005

ARTIKEL DIPETIK DARI SIN CHEW DAILY : Spare The Next Generation


Global crude oil prices have decisively breached the USD60 mark, meaning fuel prices in this country are poised to go up further.

The authorities have obviously realised the gravity of the situation and have thus offered some suggestions in a bid to slash energy consumption.

Being thrifty is a merit, but probably because of the fact that Malaysia is resource-rich, energy-saving has never become an important part of our national agenda. The government is only trying to fix up a problem without making an effort to identify and eradicate the root causes. For instance, when the country is struck by drought, the government urges the people not to waste water, and when the rain falls and water supply is abundant, such calls are inevitably discarded.

Given the current episodes of rising fuel prices, the government says it can no longer provide the subsidies. While ordinary people have to swallow the bitter pill of heavier fuel costs, businesses have been warned not to take the advantage to push up retail prices. In short, everyone is a victim of surging oil prices.

Given such a critical situation, government departments have implemented a number of measures aimed at saving energy use, from the increase of air-con temperatures to "lights off" ruling during lunch break. Even the Kedah state government has fixed a date to discuss its energy-saving plans.

Meanwhile, the hugely profitable Tenaga Nasional has also distributed pamphlets to educate the public how to use electricity in a "smart" way.

It is hoped that such measures are not just temporal in nature, but will be perpetuated. By the way, there is no good reason for any of us to squander our invaluable natural resources without sparing some thought for our posterity!

With fuel prices probably on further upswing, utility tariffs are set to be increased too. Although this is by no means a welcome news to anyone, it does provide us a platform for some productive soul-searching: Have we really wasted our natural resources in such a careless manner that even a country which can be flooded with any downpour is suffering from the plight of water shortage every now and then? And as an oil-producing country, we still have to bear with the escalating fuel prices? Can these be possibly due to human negligence?

No matter how resourceful we are, nothing is ever inexhaustible. Our oil fields may run dry some day. Similarly, our taps may also run dry owing to excessive deforestation and destruction to our catchment areas.

If we are not going to change our attitude, even though we can still enjoy adequate supplies of water and electricity, no one can guarantee that our next generation will also continue to enjoy the resources we have been so generously endowed with!

We must make hay while the sun shines, and refrain from the lavish policies we are having now. The authorities must review the existing policies and learn to be thriftier before it gets too late!

Editor Sin Chew Daily


Judi di Malaysia: Masih subur walau diperangi lebih 40 tahun


Roslan SMS menulis ......

Kami tidak setuju menggunakan wang Loteri Kebajikan Masyarakat untuk membaiki atau membangun masjid, tapi wang tersebutlah yang banyak dicurahkan kepada pembangunan masjid. Kami tidak mahu menggunakan wang ini kerana puncanya tidak bersih. Wang ini dikutip daripada perjudian, satu perbuatan haram dan bertentangan dengan Islam, tapi kerajaan tak peduli semua itu. Wang daripada Lembaga Loteri itu dimasukkan ke dalam Perbendaharaan Kerajaan dan dinamakan peruntukkan pembagunan luar bandar. Dengan wang inilah dibina masjid.

Demikianlah sebahagian daripada tulisan Allahyarham Khatijah Sidek, bekas Ketua Kaum Ibu Umno, bekas AJK PAS Pusat, bekas ahli Parlimen PAS kawasan Dungun (1959). Ianya ditulis pada pertengahan tahun 1963 dan terbit dalam sebuah majalah di Hong Kong dalam bahasa Inggeris sekitar pertengahan tahun 1960an. Pihak UKM telah berjaya mmenterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu dan diterbitkan semula di bawah judul Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa (2004).

Kini telah lebih 40 tahun petikan di atas ditulis. Loteri Kebajikan Masyarakat sudah tidak ada lagi. Namun kerajaan telah meluluskan pula lesen-lesen perjudian baru yang telah menerbitkan berbagai produk judi yang kini lebih puluhan yang terdapat di pasaran. Loteri kebajikan telah menjadi bahan sejarah tetapi kegiatannya kini diganti dengan Toto, ENE, Sweepstake, kasino Genting dan banyak lagi.

Khatijah menulis lebih 40 tahun lalu bahawa perjudian itu satu perbuatan haram dan bertentangan dengan Islam. Ianya tetap haram hari ini dan akan terus haram sampai kiamat. Anehnya semakin maju negara semakin lanjut usia kemerdekaannya semakin galak pula perbuatan yang haram dan bertentangan dengan Islam ini!

Adakah perolehan dari wang judi masih digunakan untuk membina masjid, sekolah dan institusi agama hari ini? Yang pasti industri judi pada hari ini rata-rata merupakan badan-badan korporat antara yang terbesar dalam negara. Hasil samada dalam bentuk cukai langsung ataupun tidak langsung akan masuk ke dalam kantung kerajaan bercampur dengan hasil-hasil lain. Adakah masjid dan institusi Islam dibina dan dibantu dari wang ini, mengapa tidak?

Lebih 40 tahun lalu tokoh-tokoh negara yang prihatin dan sedar telah pun membangkitkan isu yang melibatkan kegiatan haram dan terkutuk ini termasuklah ke Parlimen. Tidak lama lagi negara akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 48, Malaysia kini didakwa sebagai sebuah negara Islam contoh, menganuti fahaman Islam Hadhari, walaubagaimanapun kegiatan judi yang haram terus maju dan tidak kelihatan akan dikawal apalagi diharamkan.

Tergamak sungguh kita berterus-terusan mengundang murka Allah sedangkan kuasa dan kemerdekaan telah dianugerahkan oleh Nya kepada kita. Renungkanlah menjelang 31 Ogos ini!


Tuesday, 9 August 2005

PEKUNG UMNO BERTAMBAH BUSUK BILA JAWATANKUASA DISIPLIN PUN TAK BERDISIPLIN


Tiada siapa lagi dalam UMNO yang boleh kita percayai. Seorang demi seorang pemimpin UMNO 'menelanjangi' diri masing-masing. Kes terbaru melibatkan Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Zaki Tun Azmi yang semalam terpaksa menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Disiplin UMNO demi menjaga integriti lembaga itu.

Menerusi satu kenyataan Zaki berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan pukul 10 pagi semalam kepada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail untuk disampaikan kepada Perdana Menteri selaku Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan satu muka surat itu, Zaki berkata, Keputusan itu beliau lakukan untuk memastikan integriti keanggotaan Lembaga Disiplin UMNO tidak akan dipertikaikan berikutan laporan media berhubung kes rumah tangga beliau yang difailkan di Mahkamah Syariah baru-baru ini.

Zaki menambah beliau mengambil ketetapan untuk mengundur diri daripada tanggungjawab Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Disiplin UMNO demi kepentingan UMNO, integriti Lembaga Disiplin dan menghormati prinsip-prinsip ketelusan yang dianjurkan oleh Presiden UMNO. Ini untuk mengelakkan daripada timbul sebarang ketidakselesaan dan rasa ragu-ragu daripada mana-mana pihak jika saya bertindak dalam mana-mana kes disiplin,'' katanya.

Zaki dilantik Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO pada 7 Februari lalu. Beliau juga pernah menjadi penasihat undang-undang UMNO sebelum dilantik Pengerusi Jawatankuasa Teknikal yang membuat cadangan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO mengenai politik wang.

Zaki, 60, telah memfailkan permohonan pada 26 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk mengisytiharkan pernikahannya dengan seorang pengurus syarikat di Perlis, Mei lalu adalah tidak sah menurut hukum syarak. Kes itu telah disebut di kamar Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Zaim Md. Udin 5 Ogos lalu.

Beliau dikatakan telah diijabkabulkan dengan Nor Hayati Yahaya, 32, oleh seorang kadi dari Thailand. Namun beliau dipercayai telah menceraikan isterinya dengan lafaz cerai talak tiga pada 10 Julai lalu menggunakan perantaraan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Inilah pemimpin Umno yang hampir kesemua mempunyai masalah akhlak, masalah rumah tangga, terlibat dengan rasuah dan sebagainya. Sehingga orang yang dipercayai untuk menjaga disiplin ahli parti pun tidak mempunyai disiplin. Macamana kita nak percaya kepada UMNO lagi.

UMNO umpama ikan busuk. Pekungnya bukan sahaja di badan tetapi bermula di kepala. Maka kalau kita umpamakan ikan, kalau dah busuk di kepala alamat busuklah kesemuanya. Maka ianya tidak boleh di makan lagi.

Kita mengharapkan semua rakyat Malaysia sedar akan hal ini. Marilah sama-sama kita menolak Umno yang berpekung dan busuk ini. Jangan kita terpalit sama dengan bau yang cukup menusuk hidung. Dibimbangi nanti tiada orang yang sudi mendekati kita disebabkan bau yang meloyakan ini.




KERAJAAN ISLAM HADHARI TERENGGANU TIDAK BERTAMADUN


Kerajaan BN Terengganu semakin hari semakin menampakkan sikap tidak bertamadun. Bermula dengan peristiwa merobohkan rumah dan masjid dan rancangan-rancangan RTB sekarang ini mereka sibuk pula mengarahkan Polis menyuraikan ceramah PAS dengan kekerasan. Terbaru majlis ceramah PAS yang diadakan di Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit malam tadi terpaksa diberhentikan kira-kira jam 11 malam, apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata.

Pasukan 'kepala merah' yang tiba di tempat itu terus menembak gas pemedih mata bagi menyuraikan orang ramai tanpa perasaan belas kasihan kepada kanak-kanak, orang-orang tua dan wanita. Mereka mengarahkan supaya majlis ceramah diberhentikan serta merta di mana ketika itu, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sedang sedang menyampaikan ucapan. Sebelum itu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Ketua DPP Negeri telah menyampaikan ucapan yang berapi-api.

Selain melepas gas pemedih mata mereka juga menangkap beberapa orang yang mendengar ceramah.

Ramai kalangan pemerhati menyatakan bahawa kejadian malam tadi lebih teruk dari apa yang berlaku di Kg. Mak Cili Kemaman dahulu.

Nampaknya sekarang Derih Jusoh dan kuncu-kuncunya benar-benar menghadapi tekanan di atas perbuatan mereka sendiri merobohkan rumah rakyat dan masjid. Mereka seolah-olah tenggelam punca untuk menghadapi kebangkitan rakyat.

Tindakan menggunakan Polis untuk menghadapi rakyat ini merupakan tindakan kejam yang menyalahi fungsi pasukan polis itu sendiri. Sepatutnya polis mestilah bertindak mengikut budi bicara bukannya bertindak membabi buta. Ini amat bercanggah dengan cadangan Suruhanjaya Penambaikan Polis yang mahukan polis mengambil tindakan yang bersesuaian dengan keadaan. Polis juga tidak sepatutnya menjadi kuda tunggangan kerajaan BN.

Pemimpin-pemimpin PAS pula menyifatkan bahawa tindakan kekerasan ini merupakan tindakan 'berundur kebelakang' kerana tindakan keras seumpama ini pernah berlaku di tahun-tahun 80-an dahulu.

Kita mengharapkan Deris Jusoh dan samseng-samsengnya yang lain supaya kembali waras dan mengambil sikap professional dalam hal ini. Mereka sepatutnya kembali kepada prinsip Islam Hadhari yang mahukan rakyat berjiwa merdeka. Andainya kejadian ini berulang bermakna mereka mengajar rakyat supaya sentiasa berada dalam ketakutan dan tidak berjiwa merdeka.

Insaflah Derih Jusoh sebelum terlambat. Anda tidak semestinya sentiasa duduk di atas. Satu hari anda akan tersungkur atau yang pasti akan mati menemui Allah. Takutlah akan doa orang yang kena zalim. Sesungguhnya doa itu tiada hijab disisi Allah.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59