Friday, 29 July 2005

PAK LAH DAN RAFIDAH LARI DARI PEMBERITA


Roslan SMS menulis ......

Satu perkara penting dalam dunia yang serba bertamaddun dan pesat membangun hari ini adalah penyampaian dan penyibaran maklumat. Hanya melalui peyampaian dan penyibaran maklumat yang terkini dan semasa berulah rakyat dikira berada pada tahap terkehadapan dan bermaklumat.

Lazimnya rakyat yang mundur dan beku pemikiran dilahirkan dalam masyarakat yang serba terkongkong dan buta maklumat.

Hari ini isu AP kereta dan industri kereta nasional sedang hangat diperkatakan oleh rakyat jelata. Kerajaan bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat akan situasi yang sebenar dan rakyat memang berhak mengetahu apa yang sebenarnya telah, sedang dan akan berlaku.



Semasa bekas PM dan Penasihat Proton Tun Dr Mahathir mengadakan sidang akhbarnya baru-baru ini kedua-dua PM dan Menteri Perdagangan Antarabangsa berada di luar negara. Dr Mahathir telah mendedahkan kepada rakyat beberapa perkara berhubung isu panas ini yang dirasakan tepat terkena pada pihak kerajaan terutama Pak Lah sebagai PM dan Rafidah sebagai menteri yang berkenaan.

Pendedahan dan pertuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir itu memerlukan penjelasan dari kedua-dua Pak Lah dan Rafidah. Ianya serius dan mencabar kewibawaan kerajaan yang ada pada hari ini.

Walaubagaimanapun kedua-dua Pak Lah dan Rafidah yang pulang ke tanahair kira-kira jam 12.15 tengahari tadi enggan membuat kenyataan kepada para pemberita. Tindakan itu bermakna juga mereka enggan berkongsi maklumat dengan rakyat.

Menurut THE STAR ONLINE:

The Prime Minister, who arrived at 12.15pm Thursday, stopped for a moment on his way out of the air movement building and told reporters that he had nothing else to add to what he had said in Johannesburg earlier.

I will have to read newspaper reports first, he said.

Yang lebih mengecewakan lagi Rafidah pula telah dilaporkan secara senyap-senyap lari dari para pemberita, hanya apabila bila telah masuk ke dalam kenderaan rasminya barulah disedari yang beliau telah berjaya melepaskan diri dari kepungan para pemberita dan sempat melambai-lambai kepada mereka dalam keadaan kenderaannya meluncur pergi.

Mengapa perlu tergopoh-gapah lari dan mengelakkan diri seumpama itu? Apa yang nak disembunyikan lagi? Rakyat kini dahagakan kebenaran, mengapa Pak Lah dan Rafidah tidak bersedia menjelaskan kedudukan?

Ringkasnya saya kira kredibiliti pimpinan negara begitu rendah dan memalukan apabila bersikap sedemikian rupa kepada wakil-wakil akhbar negara sendiri! Inilah yang dikatakan negara dunia pertama tetapi mentaliti dunia ketiga!


Thursday, 28 July 2005

MBMB LEMAH : TIADA TINDAKAN KEATAS PEMILIK BANGLO WALAU GAGAL BAYAR CUKAI 10 TAHUN


MELAKA: Harian Metro hari ini melaporkan bahawa terdapat sebanyak 15 banglo di beberapa kawasan elit bandar ini bakal disita Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berikutan keengganan pemiliknya menjelaskan cukai taksiran sejak beberapa tahun lalu.

Menurut laporan itu rumah berkenaan terletak di Melaka Perdana, Bukit Beruang Height, Jalan Datuk Palembang, Jalan Paya Ikan, Tiara Golf Resort dan Jalan Penghulu Abas. Seorang pemilik rumah berkenaan didakwa gagal menjelaskan cukai taksiran kediamannya itu sejak 10 tahun lalu dan kini tunggakannya sudah berjumlah RM15,000. Datuk Bandar, Datuk Zaini Md Nor, berkata tinjauan MBMB terhadap kediaman berkenaan mendapati ia masih diduduki. Katanya, sebahagian besar rumah berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta mewah.

“Apa yang menghairankan, mengapa mereka gagal menjelaskan cukai taksiran, sedangkan mereka mampu memiliki rumah serta kehidupan yang mewah?

“Terdapat beberapa rumah berkenaan hanya terletak 500 meter sahaja daripada Graha Makmur, itupun pemilik atau penghuni masih gagal menjelaskan cukai taksiran dalam tempoh dua kali setahun,” katanya kepada Harian Metro, di sini semalam.

Zaini berkata, beliau masih belum mengetahui punca mereka tidak menjelaskan cukai taksiran itu sama ada sengaja berbuat demikian atau terlalu sibuk.

“Semua cukai taksiran tertunggak itu berjumlah RM55,000 dan secara purata kebanyakan mereka tertunggak sebanyak RM2,000 untuk tempoh beberapa tahun.

Ketua Penerangan DPPN Melaka, Sdr. Yuhaizad Abdullah ketika diminta mengulas perkara ini berkata, perkara jelas menunjukkan bahawa pentadbiran MBMB amat lemah sehingga gagal bertindak terhadap mereka ini.

"Kita hairan bagaimana perkara ini terjadi sedangkan MBMB yang sering dikatakan mempunyai kakitangan yang cekap dan dedikasi" tambah beliau.

Seperkara lagi jelas beliau ialah bagaimana MBMB tidak sedar akan hal ini sedangkan MBMB dilengkapi dengan peralatan canggih seperti ICT, pasukan penguatkuasa dan sebagainya. Banglo-banglo yang terlibat juga sebenarnya terletak tidak jauh dari Pejabat MBMB sendiri, jelas beliau yang juga merupakan Naib YDP PAS Jasin.

Yuhaizad juga melahirkan kekesalannya dengan kelemahan ini kerana sebelum ini MBMB juga gagal mengutip hutang tertunggak dari peniaga-peniaga di kawasan Hang Tuah Mall sehingga ada yang berhutang berjumlah berpuluh-puluh ribu. Jika kelemahan-kelemahan dibongkar bersabit dengan MBMB bagaimana mungkin Melaka boleh menjadi negeri maju menjelang 2010, soal Yuhaizad lagi.


HASSAN SHUKRI DITAWAR MENYERTAI BN:AKAN SELESAIKAH PERMASALAHAN UMMAH?


LanH menulis........

HARIAN METRO hari ini melaporkan ramainya Senator ahli-ahli Dewan Negara mempelawa bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Hassan Shukri untuk menyerati Barisan Nasional.

Pelawaan ini dibuat ketika dewan sedang membahaskan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan 2005) Bacaan Kali Yang Kedua. Ketika Ustaz Hassan bangun untuk menyambung perbahasannya beberapa Senator dari BN telah bangun mencelah dengan memujuk agar beliau sertai sahaja BN. Antara mereka termasuklah Senator Datuk Yaakob Mohammad yang juga selaku Setiausaha Kerja BN dan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir

Ustaz Hassan yang merupakan tokoh veteran PAS yang banyak pengalaman dan sangat disegani itu dengan bersahaja menjawab:

Umur saya dah tua, 68 tahun dan alami macam-macam, peristiwa 13 Mei (1969). Kalau orang lain terima terus. Alhamdulillah, waktu saya sama-sama dokong kerajaan BN, Pas dan BN, ketika itu saya Setiausaha Agung Pas, 16 tahun, saya tahu sangat apa ada dalam BN, saya ditawarkan macam-macam pada waktu itu, tetapi Tuhan tak buka hati untuk dapat kemudahan.

Syukur, saya tiada satu AP (permit import) pun, cuma hak sebagai ahli Parlimen, seinci tanah pun tak dapat masa BN, secebis permit pun tak ada, saya nak sebut ini, kerana saya bimbang ahli Dewan apabila kita tidak duduk dalam kerajaan jadi papa kedana, tak boleh hidup, saya ada pengalaman, saya boleh hidup dan ronda satu dunia.

Jawapan sinis tapi yang lebih penting jujur dan penuh nasihat itu pasti memukau ahli-ahli dewan yang hadir. Sesungguhnya tindakan ahli-ahli BN khususnya dari Umno itu menawarkan tokoh PAS itu untuk menyertai parti mereka dikira sangat nakal, tidak beretika dan tidak mencerminkan profesionalisma mereka sebagai seorang senator. Lebih-lebih lagi tawaran itu pula dibuat kepada seorang tokoh yang memang dihormati dan disegani oleh pihak kawan dan lawan.

Malah minggu sebelumnya ketika memulakan perbahasan rang undang-undang berkenaan, Ustaz Hassan seolah-olah menjadi pensyarah dan pendakwah, mengambil kesempatan menjelas dan menerangkan tentang Islam bukan hanya kepada wakil-wakil Umno malah termasuklah ahli-ahli dewan yang bukan Islam yang telah mengajukan pelbagai persoalan berkenaan hukum dan Islam yang telah Ustaz Hassan berjaya jawab dengan begitu baik dan meyakinkan, sekaligus membuktikan kewibawaan dan ilmu beliau sememangnya diberikan pengiktirafan.

Sebagaimana terkandung dalam hansard dewan penjelasan turut dipohon oleh Yang Dipertua Dewan dan Timbalannya.

Kesimpulannya sudah tiba masanya rakan-rakan dari Umno dan BN mengiktiraf peranan dan kemampuan PAS dalam memimpin dan memberi sumbangan dalam pembinaan negara. Zaman tawar-menawar dan beli-membeli umpama ayam-itik sudah lama berlalu. Sebagaimana seruan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam Harakahdaily hari ini:

Jelaslah bahawa permasalahan ummah sebegini besar tidak mampu ditangani oleh satu pihak sahaja tanpa satu pendekatan yang mengembelingkan seluruh tenaga kepimpinan Melayu. Dalam ucapan dasar saya semasa Muktamar PAS kali ke 51 baru-baru ini di Kota Bharu, Kelantan, PAS telah menawarkan kepada UMNO untuk mengadakan Muzakarah membincangkan agenda ummah termasuk permasalahan orang-orang Melayu sendiri.

PAS ingin menegaskan sekali lagi bahawa pintu untuk muzakarah sentiasa terbuka demi kepentingan agama, bangsa dan negara

Kita menginsafi betapa umat Islam khasnya bangsa Melayu masih berdepan dengan pelbagai masalah yang tidak kunjung selesai. Tibalah masanya kita untuk berdepan dengan masalah ini secara matang dan penuh kedewasaan.

Sekiranya kejujuran dapat dipancarkan oleh kedua-dua pihak, tidak mustahil permasalahan ummah dapat ditangani dengan sebaik mungkin demi manfaat bersama.


PROGRAM BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN DI MELAKA 31 JULAI - AHLI DIHARAP BERI KERJASAMA


Ahli-ahli PAS Melaka diseru untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam program bersama Timbalan Presiden PAS, Us Nasaruddin Mat Isa pada 31 Julai ini.

Antara program yang diaturkan oleh DPPN Melaka ialah Pengedaran Risalah Gejala Sosial dan kempen kenaikan harga minyak.

Program tersebut akan bermula pada jam 6.15 petang di Perkarangan Pasar Malam, Batu Berendam iaitu berhampiran Petronas Batu Berendam.

Menurut Ketua Penerangan DPPN Melaka, Sdr Yuhaizad Abdullah program seumpama ini adalah program ketiga yang dianjurkan oleh DPPN Melaka setelah ianya dijalankan di Durian Tunggal dan Masjid Tanah. " Di dalam program sebelum ini orang ramai telah memberikan sambutan yang amat baik kepada kita di mana mereka telah menerima risalah kita dengan senyuman" tambah beliau yang juga merupakan Naib YDP PAS Kawasan Jasin.

Beliau berharap seluruh ahli-ahli PAS Melaka dapat meluangkan masa untuk bersama-sama timbalan presiden pada hari tersebut.

Pada sebelah malam pula, Us Nasa akan berceramah di Markaz PAS Durian Tunggal bermula jam 9.00 malam."


Thursday, 21 July 2005

MUNGKINAH RAFIDAH DITENDANG, TERBUANG DAN TERUS MENGHILANG


Roslan SMS menulis ......

UTUSAN MALAYSIA hari ini meneruskan tindakannya menyerang Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz. Ekoran kejadian Rafidah menangis di depan media semalam, UTUSAN membawa tajuk mukadepan:

Saya tidak akan letak jawatan. Rafidah menangis pada sidang akhbar.

Manakala kartun Senyum Kambingnya pula membuat lawak:



Tidak cukup dengan itu, dalam ruangan Dalam Negeri akhbar yang sama, mukasurat 5 dikeluarkan contoh borang AP JK69 sebenar yang menunjukkan seorang pemegang AP mengisytiharkan kereta baru Subaru Impreeza yang nilai pasarannya sekitar RM201,000 sebuah sebagai bernilai cuma RM20,000 sebuah, iaitu perbezaan sebanyak RM181,000!

Dalam muka sama penulis Asuki Abas yang menulis artikel bertajuk:

Rakyat tunggu langkah seterusnya

Telah menulis antara lain:

Terbukti system AP memang bersandarkan naugan politik. Memang benar semua orang boleh memohonnya tetapi hanya mereka yang teristimewa yang mendapatnya.

Daripada nama-nama yang disenaraikan ada yang berulang-ulang. Nama dua daripada tiga Datuk itu, sebagai contoh, dicatat dalam enam buah syarikat yang memegang AP francais.

Dan pada sidang akhbar di PWTC siang tadi jelas Rafidah tidak senang dengan gelagat pihak UTUSAN itu. Beliau bising-bising dan tidak dapat memahami apakah hasrat dan agenda sebenar akhbar tersebut, terutama berita mukadepannya itu. Menurut beliau barangkali akhbar itu sudah ada calon untuk menggantikan beliau ditempatnya.

Dan siang tadi juga para perwakilan di Persidangan Pemuda Umno tidak henti-henti menyinggung dan mengkritik isu AP yang melibatkan Rafidah, antara yang mengambil bahagian adalah Ketua Penerangan pergerakan itu sendiri.

Apa pun jelas isu AP ini memang menghantui masa depan politik Rafidah. Para perwakilan dalam Perhimpunan Agung parti itu yang bermula esok dijangka akan terus melapah dan mneyiang Rafidah dan demikianlah juga dengan Utusan.

Kiranya Rafidah mampu terus bertahan sehingga tamat perhimpunan ini bermakna beliau memang benar-benar Iron Lady. Namun ramai pemerhati politik mengandaikan sebagaimana yang dikehendaki UTUSAN dan tangan-tangan hitam dibelakangnya, Rafidah berkemungkinan besar akan ditimpa nasib yang serupa dengan Isa Samad bukannya cemerlang, gemilang dan terbilang tetapi ditendang, terbuang dan terus hilang.

Kalau parti sendiri dah benci dan akhbar tulang belakang pun menyerang, elok sangatlah Rafidah akur dan menghabiskan sahaja masa dan sisa hidup menimang cucu di rumah.


Wednesday, 20 July 2005

ISTILAH GLOKAL : NAJIB CEMARKAN BAHASA MELAYU


Semasa merasmikan Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Dato' Najib memperkenalkan satu istilah baru iaitu GLOKAL yang menurutnya bermakna berfikiran lokal dan berfikiran global/internasional. Ini satu lagi istilah baru yang diperkenalkan oleh pemimpin UMNO yang sengaja hendak mencari publisiti. Selepas ini apa pula istilah yang Pak Lah hendak cipta untuk menandingi Najib.

Nampaknya pemimpin-pemimpin UMNO ini langsung tidak menghormati bahasa melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dipertanggungjawab untuk mendaulatkan bahasa melayu. Mereka senang-senang sahaja mencipta istilah mengikut hawa nafsu mereka.

Suatu ketika dahulu negara pernah dihamburkan dengan istilah infotainmen, bajet dan macam-macam. Bahasa melayu sudah jadi bahasa rojak dan tidak mampu dikawal lagi. Pemimpin UMNO bebas hendak mencipta istilah-istilah masing-masing untuk mendapat publisiti murahan tanpa memikirkan betapa penting sesuatu istilah itu dikaji sebelum digunakan.

GLOKAL ini saya kira gabungan GLOBAL dan LOKAL agaknya. Kalau saya tidak silap LOKAL itu sendiri tiada dalam istilah bahasa melayu. Tetapi GLOBAL sudah biasa digunakan. Saya bukanlah ahli bahasa tetapi berasa terpanggil untuk menulis tentang isu ini kerana sekarang ini bahasa melayu telah tercemar oleh istilah-istilah ciptaan sendiri oleh 'penyangak-penyangak' bahasa seperti ini.

Apa yang malangnya DBP seolah-olah tiada kuasa untuk menghalang 'penciptaan' istilah-istilah murahan seperti ini. Sama seperti istilah bajet dan infotain. Tiada siapa yang berani 'berkokok' untuk menentang penggunaan istilah ini kerana ianya dicipta oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang berkuasa.

Sekarang ini bermacam-macam pencemaran berlaku di dalam negara kita ini. Tidak cukup dengan pencemaran budaya barat, perjudian, maksiat, rasuah dan sekarang bahasa pula menjadi mangsa.

Selepas ini kita hendak melihat apakah reaksi DBP dan ahli-ahli bahasa. Saya menjangkakan tiada siapa yang berani hendak menyentuh isu ini sebab ianya dicipta oleh orang no.2 dalam kerajaan.

Kalau Ketua Pengarah DBP hendak bersara awal saya syorkan kepada beliau supaya mengkritik istilah ini. Saya menyeru kepada Menteri yang bertanggungjawab kepada DBP supaya berusaha untuk menghalang penciptaan istilah-istilah baru ini supaya keaslian bahasa melayu tidak tercemar.

Kita takut 20 tahun lagi anak dan cucu cicit kita sudah tidak faham bahasa melayu asal sebab terlampau banyak bahasa rojak ini.

Kepada pencinta-pencinta bahasa berusahalah kamu untuk menjalankan kempen cintai bahasa melayu supaya ianya dapat dipertahankan.

Kita tidak mahu episod malang terus menghantui bahasa melayu setelah bahasa Inggeris digunakan untuk pengajaran Matematik dan Sains.


ISU RAFIDAH MENANGIS : AIR MATA BUAYA DAN PENGHINAAN KEPADA AL-QURAN


KUALA LUMPUR: Dalam sidang akhbarnya semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, semalam tidak dapat menahan kesedihan ketika menjelaskan hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap seperti bapa dengan anak.

Rafidah yang sebelum itu ceria dan bersemangat menjelaskan isu permit import (AP) kereta yang mencetuskan kontroversi selepas dibangkitkan bekas Perdana Menteri, sebak dan menangis ketika membaca perenggan terakhir surat yang diserahkan kepada Dr Mahathir baru-baru ini.

“Saya mengakhiri surat saya dengan menyatakan... sekianlah dari saya dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari jadi ke-80 kepada Yang Berbahagia Tun, semoga Tun dan Tun Dr Siti Hasmah... (terhenti kerana sebak dan menangis....air mata buaya) berada dalam keadaan sihat dan sejahtera,” katanya dalam keadaan teresak-esak.

Berikutan itu, suasana sidang akhbarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Wanita Umno di tingkat 38, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, menjadi sayu dengan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang duduk di sebelah kanan Rafidah, kelihatan turut sebak dan sedih.

Beberapa Exco Wanita termasuk Penolong Setiausaha pergerakan itu, Datuk Faridah Abu Hassan, turut sebak dan sedih.

Ditanya mengapa beliau menangis, Rafidah dalam keadaan tersedu mengatakan beliau terlalu sedih kerana dituduh biadap, sedangkan beliaulah orang pertama menghalang Dr Mahathir daripada meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam perhimpunan agung UMNO 2003.

Rafidah sebelum itu ditanya wartawan berhubung desakan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin (ZAM), supaya beliau meminta maaf daripada Tun Dr Mahathir kerana isu berkenaan dikatakan amat menyinggung perasaan bekas Perdana Menteri keempat itu.

“Saya tak tahu kenapa Zam cakap macam tu, sebenarnya saya tidak bersalah dengan sesiapa bahkan Tun pun bukan mengata saya. Tun hanya menyatakan beberapa perkara yang saya telah pun beri jawapan secara terhormat dalam surat kepada beliau.

“Hubungan saya dengan Tun tidak pernah berubah, isu ini bukan mengenai hubungan saya tetapi menjelaskan kedudukan sebenar. Saya fikir penting untuk Tun mengetahui fakta dan angka sebenar kerana saya bimbang beliau mengetahuinya daripada orang lain.

“Sekiranya Tun mendapat maklumat atau ada orang lain yang memberitahu beliau tetapi ia tidak tepat dan menganggapnya sebagai betul, maka saya akan sedih kerana saya perlu memberitahu perkara sebenar supaya beliau tidak menyatakan perkara tidak betul kepada mana-mana pihak,” katanya.

Rafidah berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Dr Mahathir jika diminta berbuat demikian selepas bekas Perdana Menteri itu pulang daripada bercuti di luar negara.

“Ada salah faham di sini yang mengatakan saya bersikap biadab dengan Tun sebaliknya jauh daripada itu, hubungan saya dengan Tun diibarat seperti saya tidak boleh bersikap seperti itu dengan beliau yang dianggap sebagai bapa.

“Jangan sesiapa sesekali beranggapan bahawa saya biadap dengan Tun kerana orang berkenaan sememangnya tidak memahami perasaan saya,” katanya.

Beliau turut menceritakan satu kisah ketika perjumpaan Kabinet yang mana Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir kerana memakai tali leher yang dihadiahkan sempena hari lahirnya.

“Saya bertanya kepada Samy Vellu, apa yang beliau maksudkan dengan tie saya dan beliau menjelaskan tie itu dihadiahkan kepada Tun sempena hari lahirnya.

“Saya terperanjat kerana Samy Vellu memberi Tun hadiah dan Tun terus mengatakan ‘Rafidah anda adalah satu-satunya menteri yang tidak pernah memberi saya hadiah hari lahir’. Saya terkejut dan meminta maaf kepada Tun melalui surat.

“Saya katakan, saya memang tidak pernah beri Tun hadiah hari lahir tetapi hadiah saya ialah selalu mendoakan Tun terus sihat dan sejahtera,” katanya.

Ditanya sama ada perasaan beliau kini lega, Rafidah berkata: “Anda lihat al-Quran di depan saya dan saya sedar apa yang saya lakukan. Saya berharap media tidak memainkan perkara ini dengan sewenang-wenangnya kerana anda seperti menjirus minyak ke dalam api dan mencetuskan banyak salah faham.”

Demikianlah cerita seorang menteri UMNO yang begitu lama memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang merupakan antara jawatan yang mempunyai banyak peluang untuk menimba kekayaan. Dalam kenyataan semalam kita dapat melihat bagaimana beliau cuba menarik simpati dengan menangis. Sedangkan kita tahu pembahagian AP jelas menunjukkan bahawa terdapat individu-individu tertentu yang memperolehinya dalam jumlah yang besar.

Satu lagi perkara yang mencuit hati kita ialah apakah motif Rafidah meletakkan Al-Quran dihadapannya ketika sidang akhbar itu. Adakah hendak menunjukkan kepada kita yang beliau bercakap benar. Bila perkara-perkara begini barulah hendak gunakan Al-Quran. Adakah Al-Quran digunakan sekadar untuk 'bersumpah'. Sedangkan diri sendiri pun belum tentu mengikut ajaran Al-Quran. Aurat pun tidak ditutup.

Inilah perangai Islam Hadhari yang menjadikan Al-Quran sekadar simbol sedangkan isi kandungan Al-Quran tidak dijalankan. Rafidah ini samalah dengan Faria Alam bekas Setiausaha Persatuan Bolasepak England (FA England) dulu yang pernah bersumpah dengan Al-Quran untuk menyatakan bahawa beliau cuba dicabulkan oleh pimpinan FA England.

Kita juga berasa hairan dengan Tun Dr. Mahathir mengapa baru sekarang hendak mempersoalkan berkenaan AP sedangkan cara pemberian AP itu telahpun diamalkan sekian lama semasa beliau memerintah lagi. Ketika beliau dan 'pencen' barulah hendak mempersalahkan orang lain sedangkan beliau juga turut terlibat dengannya.

Bagi rakyat Malaysia janganlah kita terpedaya dengan perangai pemimpin-pemimpin UMNO seperti ini yang memang pandai berlakon untuk melepaskan diri.


Tuesday, 19 July 2005

ISU AP MENJADI SEMAKIN HANGAT MENGALAHKAN SEPET


Roslan SMS menulis ............

Sebentar tadi Buletin Utama TV3 menyiarkan berita berkenaan krisis AP yang bagaikan nanah yang membusung dalam Umno hari ini. Tiba-tiba Pejabat Perdana Menteri hari ini mendedahkan nama-nama penerima AP yang sebelum ini PM sendiri mengatakan tak perlu didedahkan.


SIAPA KENYANG ANGKAT TANGAN!

Berikut ialah senarai 10 penerima terbanyak AP bagi 2005 sebagaimana di keluarkan oleh BERNAMA:

1. Datuk Seri Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd Haniff Abd Aziz, Datuk Azzuddin Ahmad (15,759 AP).
2. Tan Sri Nasimuddin SM Amin (12,524)
3. Berjaya Group Berhad, Sime Darby Berhad dan Tan Sri Vincent Tan (8,573)
4. Datuk Ayob Saad, Datuk Dr Soh Thiam Hong dan Soh Ah Gong (2,496)
5. DRB-Hicom Berhad (2,148)
6. Tunku Datuk Zainol Tengku Izham dan Ramzia Arshad (2,025)
7. Zahari Jaffar, Muhammad Fadhil Ahmad (1,807)
8. Datuk Ilyas Mohamed dan Zahran Ahmad (1,237)
9. Zahari Jaffar, Muhammad Fadhil Ahmad dan Razak Al-Malique Hussain (1,080)
10. Muhammad Faizal Zainol, Zatizam Ghazali dan Faridah Ghazali (1,026)

Nampaknya krisis ini semakin memuncak. Rafidah Aziz selaku Menteri yang terlibat ketika mengulas persoalan wartawan sebagaimana terbit di TV3 menganggap bahawa krisis ini telah selesai setelah beliau memberikan penerangan panjang lebar melalui suratnya kepada bekas PM Dr Mahathir. Beliau mengatakan:

Saya tidak mahu orang ramai menganggap apa yang Tun kata tu betul, maka nampak sangat buruk saya, tak eloklah, saya terpaksa terangkan.Jadi, sebagai menghormati Yang Berbahagia Tun, tak payahlah kita keluarkan kandungannya.

Sedangkan Pak Lah semasa diwawancara oleh MINGGUAN MALAYSIA mengatakan krisis ini tidak selesai dan akan ditangani oleh beliau sendiri sebagaimana dipetik oleh akhbar THE STAR hari ini di bawah tajuk:

Pak Lah promises to put AP discrepancies issue right

Pak Lah berjanji memperbetulkan penyelewengan isu AP

Berikutan perkembangan terbaru ini ada yang mengatakan berkemungkinan jangka hayat politik Rafidah sudah sampai keperingkat nazak. Sudah pastilah Perhimpunan Agung Umno kelak akan menjadi gelanggang menelanjang dan menginjak-injak pihak-pihak yang lazimnya sudah hampir pasti akan kecundang.

Sementara itu BERNAMA turut melaporkan bekas PM Dr Mahathir buat pertama kali tidak akan hadir dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini kerana dikatakan bercuti di luar Negara.

Kalau dahulu Dr Mahathir meraung secara terbuka dalam perhimpunan yang lalu, mungkinkah kali ini giliran Rafidah pula? Apakah Rafidah akan membiarkan dirinya jatuh dengan mudah atau beliau akan mengheret sama mereka yang bersama terlibat dalam isu ini. Yang pastinya Perhimpunan Agung Umno kali ini ada harapan mengalahkan filem Sepet yang menang anugerah filem terbaik dalam Festival Filem Malaysia baru-baru ini!


Monday, 18 July 2005

KUTKM’s ‘costly’ relocation questioned


From Malaysiakini.com

Why is Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) moving to a new location next month when the rental is lower for the current premises?

There is not much difference in space but the rent is five times more, said puzzled DAP secretary-general Lim Guan Eng, who wants Melaka Chief Minister Mohd Ali Rustam to provide an answer for this.

KUTKM’s current campus is located at Taman Tasik Utama in Ayer Keroh, Melaka. Its permanent campus is undergoing construction on a 725-acre site at Bukit Senandung I and II in Alor Gajah.

It is expected to be fully constructed by 2010.

While waiting for the permanent campus to take shape, KUTKM is currently renting shop houses to accommodate its students.

A document sent to Lim by a source he declined to identify, stated that KUTKM is currently renting at the price of RM350,000 for 176,907 square feet a month from Metacorp Sdn Bhd.

Rent reduction

It also state that Metacorp had agreed to reduce its rental by RM50,000 if KUTKM continued renting for another two years.

KUTKM is also renting an additional 21 lots at RM33,200 from individuals.

Apart from this, it is also renting from Cubic Electronics Sdn Bhd 128,800 square feet at the price of RM427,960 in Complex Cubic’s left wing.

The institution now plans to rent an additional 326,360 square feet in the Cubic building to facilitate its relocation. This will bring the total rent amount to RM1,541,898.

In a letter from Cubic to KUTKM dated May 9 2005, made available to malaysiakini, it quoted an additional RM247,084.20 for renovation work.

‘Illogical’ move

When contacted KUTKM’s corporate and international relations director Assoc Professor Dr Mohd Ridzuan Nordin said he preferred to respond via e-mail.

However, he has yet to reply to an e-mail sent by malaysiakini on Friday.

On Friday, Lim submitted a letter to the Melaka chief minister, urging him to stop the university from moving to the new premises, which is only one kilometer away from the old location.

“In other words KUTKM should pay five times extra rental at Cubic even though the new space is only 2.5 times bigger compared to the old (space).

“They (KUTKM) should explain why they are spending more on rental. They should justify it to the public,” he said when contacted.

He described KUTKM’s planned move as “illogical, inappropriate and irresponsible”.


LEMBU PUNYA SUSU DERIH JUSOH DAPAT NAMA


Pemimpin UMNO Terengganu memang mempunyai 'muka tembok'. Ini kerana mereka menyatakan bahawa UMNOlah yang telah merencanakan program terbaik yang akhirnya menghasilkan kecemerlangan pendidikan di Terengganu. Dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar utama di negara ini, Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pada Perhimpunan Agung UMNO pada 19 Julai- 23 Julai ini pihaknya akan mengemukakan bagaimana konsep kecemerlangan pendidikan meletakkan Terengganu sebagai negeri terbaik pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) empat tahun berturut-turut.Badan Perhubungan UMNO negeri akan menjelaskan mengenai program kecemerlangan pendidikan yang diterapkan di Terengganu pada Perhimpunan Agung UMNO minggu ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usul yang akan dibawa oleh UMNO negeri ke Perhimpunan Agung UMNO tersebut.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini memuji program pendidikan di Terengganu yang berjaya melahirkan banyak pelajar cemerlang.

Sebenarnya Idris Jusoh terlupa yang mereka baru memerintah semula Terengganu pada Mac 2004. Sedangkan 4 tahun sebelum itu PAS yang memerintah Terengganu. Mengapa sebelum 1999 pelajar-pelajar Terengganu tidak mencatatkan keputusan yang baik. Inilah yang kita kata sebagai 'Lembu punya susu mamak dapat nama'.

Mereka tidak sedar sebenarnya kerajaan PAS telah menanamkan semangat yang baik di dalam jiwa pelajar-pelajar dan ibubapa mereka supaya mereka rajin belajar dan ikhlas dalam menuntut ilmu. Ini sedikit pun tidak disedari oleh Derih Jusoh.


Subkontraktor UMNO/BN tagih janji - Bila hutang UMNO hendak di bayar,


Inilah nasib terlalu percaya pada UMNO/BN. Akhirnya kena tipu. Ikutilah cerita dibawah, bagaimana UMNO gagal membayar poster, banner dan lain-lain walaupun praya umum telah hampir 2 tahun berlalu.

Dipetik dari Malaysiakini.com

Kira-kira 70 kakitangan penyelaras yang ditugaskan oleh syarikat Elegant Advisory untuk menguruskan pengedaran barangan pilihanraya, termasuk poster, banting dan air minuman kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu, masih menunggu bayaran upah mereka kerana syarikat itu juga, masih menunggu bayaran daripada BN.

Jurucakap kumpulan tersebut berkata, Elegant Advisory gagal menjelaskan bayaran upah mereka berikutan kegagalannya memperolehi bayaran daripada BN walaupun sudah lebih setahun pilihanraya berlalu.

Menurut syarikat berkenaan sebelum ini, bayaran bagi kesemua barangan tersebut bernilai kira-kira RM200 juta.

Pada masa ini, pihak pembekal barangan tersebut, termasuk sebuah syarikat dari Hong Kong kini berdepan dengan masalah kewangan, kerana tidak mendapat bayaran dari Elegant Advisory, atas sebab yang sama, sehingga ramai daripadanya sudah gulung tikar.

“Kira-kira 70 penyelaras pilihanraya dilantik oleh Elegant Advisory untuk menguruskan tugas tersebut. Berikutan itu, kami ditempatkan di asrama di sebuah kedai berhampiran pejabatnya di Danau Kota.

“Selama kami bertugas di situ, tempat tinggal dan makan minum kami di restoran berhampiran, ditanggung oleh pihak syarikat. Dalam surat perlantikan, kami akan memperolehi upah yang lumayan bagi kerja-kerja tersebut apabila pihak syarikat mendapat bayaran dari BN bagi barangan yang diedarkan sebelum pilihanraya umum lalu,” katanya.

Menurutnya, sebelum pilihanraya umum lalu, mereka bekerja bertungkus lumus tanpa mengira masa, untuk menguruskan pengedaran bahan-bahan pilihanraya itu kepada pihak BN dan Umno peringkat negeri dan bahagian dari seluruh negara.

Bukti rakaman pengedaran

“Setiap penghantaran lengkap dengan invoisnya dan penerimaan disahkan bersama cop BN dan Umno bahagian atau negeri yang menerima barangan tersebut,” tambahnya.

Malah, tegasnya, pihaknya juga ada membuat rakaman urusan pengedaran dan penerimaan poster, banting, bekalan air minuman dan barangan yang lain.

“Jadi, kami ada bukti bahawa semua barangan pilihanraya tersebut telah diedarkan kepada pihak BN/Umno di seluruh negara sebelum pilihanraya umum Mac tahun lalu,” tambahnya.

Bagaimanapun, jurucakap tersebut berkata, mereka terperanjat apabila diberitahu oleh Elegant Edvisory yang syarikat itu belum menjelaskan bayaran upah mereka, seperti yang dijanjikan, kerana syarikat berkenaan belum menerima bayaran dari pihak BN.

“Kami diberitahu yang masalah yang sama turut dihadapi oleh para pembekal barangan berkenaan.

“Bagaimana pihak BN enggan menjelaskan bayarannya kerana mereka yang menerima semua bekalan tersebut...Malah, sebahagian besar poster ataupun banting yang dipasang sewaktu pilihanraya tersebut adalah yang kami bekalkan. Dan kami ada bukti mereka mengambilnya,” katanya.

Kerana terdesak oleh masalah kewangan, katanya, mereka telah menulis surat rayuan kepada beberapa pemimpin tertinggi BN dan Umno, termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (foto surat) yang turut disertaikan dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya.

Katanya, surat tersebut dihantar melalui setiausaha Perdana Menteri yang telah berjanji kepada mereka untuk menyerahkan surat terebut kepada Abdullah dan akan berusaha untuk membantu mereka.

Surat rayuan pada Pak Lah

Bagaimanapun, katanya, pihaknya amat kecewa sekali kerana tiada apa yang berlaku selepas itu, termasuk janji-janji untuk menemukan mereka dengan beberapa pemimpin tinggi Umno untuk membincangkan perkara tersebut.

“Takkanlah pucuk pimpinan Umno, termasuk Datuk Seri Abdullah sendiri, tidak boleh buat apa-apa untuk membantu supaya bayaran tersebut dibuat kepada syarikat terbabit, kerana BN dan Umnolah yang menggunakan poster, banting, malah air minuman sewaktu pilihanraya umum lalu.

“Selagi BN tidak menjelaskan bayaran bagi barangan pilihanraya tersebut, maka kami tidak akan dapat apa-apa bayaran upah. Pak Lah, kesihanlah pada kami...kami ada anak, ada keluarga untuk ditanggung,” katanya.

Menurutnya, kakitangan penyelaras terbabit adalah terdiri daripada pesara tentera dan polis di mana umur mereka agak lanjut untuk mendapatkan pekerjaan di tempat lain.

“Kami menerima tawaran kerja di Elegant Advisory kerana dijanjikan bayaran upah yang lumayan dan dirasakan mencukupi untuk menampung sisa-sisa hidup kami dan keluarga...,” katanya.

Beliau juga berkata, ada di kalangan kakitangan terbabit berdepan dengan masalah keluarga, sehingga bercerai-berai, walaupun pada umur yang sudah lanjut, kerana masalah hutang rumah dan kereta yang tidak dapat dilangsaikan kerana masih menunggu upah bayaran tersebut.

“Empat pekerja terkorban kerana terbabit dalam kemalangan jalanraya sewaktu pulang dari kampung mereka untuk kembali bertugas di Kuala Lumpur. Jika BN membuat bayaran, maka kami juga akan mendapat bayaran, dan ianya dapat meringan beban hidup keluarga yang mereka tinggalkan.

“Malah, kira-kira 18 kakitangan terbabit telah bercerai-berai, juga kerana masalah yang sama. Saya sendiripun kini berdepan dengan masalah hutang rumah dan kereta, kerana tiada wang untuk menjelaskan. Keluarga kami menderita sekarang...jadi tolonglah kami Pak Lah...

“Kami juga berharap agar ada perwakilan yang bersimpati dengan nasib kami dan membangkitkan perkara ini sewaktu perhimpunan agung Umno mulai Rabu ini.

“Mereka patut membantu kami kerana kami juga ahli-ahli Umno dan BN yang didokong oleh Umno menang besar dalam pilihanraya umum lalu...,” katanya.

Ditanya, apakah langkah selanjutnya jika rayuan mereka kepada pucuk pimpinan Umno dan BN tidak membuahkan sebarang hasil, beliau berkata: “Kami mungkin terpaksa menggunakan dokumen dan bukti-bukti yang kami simpan, untuk menuntut hak kami...”




HANIF OMAR KAGUM DENGAN PAS


Roslan SMS menulis ..............

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, kini memiliki ruangan mingguannya dalam akhbar THE SUNDAY STAR. Ruangannya diberi nama Point of View.

Pada ruangannya minggu ini beliau mengulas kejadian pengeboman di Kotaraya London dengan tajuk:

Way to win war against terror

Apa yang menarik perhatian dalam tulisan Hanif itu adalah sikap terkejutnya apabila mendapat tahu bahawa PAS sebagaimana kumpulan dan pimpinan Islam seluruh dunia turut mengutuk serangan keganasan di Kotaraya London itu yang telah mengorbankan lebih 50 nyawa yang tidak bersalah.



Mengapa beliau terkejut? Menurut Hanif:

As a Muslim who spent over 30 years fighting terror, I felt particularly gratified by PASs unequivocal condemnation of terror because some PAS members had previously preached intolerance.

Sebagai seorang Islam yang pernah terlibat lebih 30 tahun dalam menentang keganasan, saya berasa begitu terharu dengan sikap bersungguh PAS menentang keganasan kerana sebahagian ahli PAS pernah menyeru kearah demikian.

Dan Haniff terus mendakwa:

Some were involved prominently in Memali and Sauk. PASs position certainly augurs well for our country.

Terdapat (dikalangan ahli PAS) yang terlibat secara terang-terangan dalam peristiwa Memali dan di Sauk (Al Maunah). Sikap PAS kini menjanjikan sesuatu yang baik buat Negara.

Saya kesal dengan kenyataan Hanif yang cuba membabitkan PAS kononnya sebelum ini pernah terlibat dengan keganasan. Hanif sebenarnya terkejut kerana beliau pada hakikatnya telah jauh ketinggalan dari arus politik perdana khususnya yang melibatkan PAS.

(Semasa kejadian September 11 dahulu Presiden PAS ketika itu Almarhum Ustaz Fadzil Nor antara pemimpin Islam terawal yang mengutuk keganasan itu.)

Hanif tidak boleh membabitkan tindakan satu dua orang ahli dengan PAS secara keseluruhan. Sekiranya tindak-tanduk ahli itu tidak mencerminkan pendirian parti maka tidaklah adil mengaitkan tingkah-laku seseorang itu dengan partinya.

Kes Memali tidak melibatkan rakyat yang mengganas seperti di Kotraraya London, di Memali Polislah yang mencetuskan ketegangan sehingga akhirnya berlaku berbalas-balas tembak sehingga mengorbankan penduduk kampung dan anggota Polis sendiri.

Manakala di Sauk tidak pernah pun kita mendengar mana-mana pihak mengaitkannya dengan PAS kecualilah Hanif sendiri pada hari ini.

Kalau hujah semborono ini boleh diguna pakai, maka Umno juga parti pengganas. Hanif sendiri lebih arif kerana ketika kejadian berdarah 13 Mei 1969 Hanif adalah Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara dan beliau melihat sendiri betapa ramai pemimpin dan ahli-ahli Umno terlibat dalam peristiwa malang tersebut. Namun tak pula Hanif berani mengatakan yang Umno juga pernah terlibat dengan keganasan.

Tak perlulah Hanif mengaitkan perasaan terkejutnya itu dengan hakikat bahawa dia seorang Islam. Jika demikian Hanif sepatutnya perlu lebih sedar bahawa masyarakat Islam di Malaysia sendiri turut terperanjat dan kesal melihatkan beliau sebagai seorang tokoh kepolisian yang cemerlang tiba-tiba bersetuju melibatkan diri dalam indsutri perjudian setelah bersara. Judi itu haram disisi Islam, namun Hanif sebagai seorang Islam sanggup menerima perolehan dari hasil haram yang pasti menjadi darah daging beliau dan kaum keluarganya.

Terima kasihlah kerana kagum dengan sikap PAS pada hari ini, Hanif perlulah lebih mendekatkan dirinya dengan PAS supaya kenal lebih rapat lagi dengan parti Islam ini kerana rasa saya sejak meninggalkan Bukit Aman dan menceburkan diri pula dalam industri yang diharamkan oleh Allah swt itu, Hanif telah jauh hanyut dengan kemewahan dan mungkin telah tidak tajam lagi bacaan politiknya.


HARAKAH MELEBARKAN SAYAPNYA KE MELAKA


Melaka 18 Julai 2005 : Akhbar Harakah sebuah akhbar alternatif kepada akhbar arus perdana melebarkan sayapnya ke negeri Melaka, apabila akhbar itu mempunyai wartawan sepenuh masa bagi negeri Melaka.

Perlantikan Tuan Haji Yassim Musa sebagai wartawan Harakah Cawangan Melaka membuka lembaran baru kepada Harakah kerana sebelum ini Harakah tidak mempunyai wartawan sepenuh masa. Sebelum ini berita-berita dari Melaka amat susah untuk disiarkan di dalam Harakah atau Harakahdaily.net kerana tiadanya wartawan sepenuhh masa.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Tuan Haji Salamat Aman menyifatkan perkembangan ini merupakan suatu era baru untuk negeri Melaka kerana ini akan memudahkan rakyat negeri ini untuk mendapat maklumat alternatif terkini yang akan disiarkan dalam Harakah. Beliau mengharapkan selepas ini lebih banyak berita-berita isu-isu yang berlaku di dalam negeri Melaka akan disiarkan oleh harakah.

Difahamkan Tuan Haji Yassim Musa akan memulakan tugasnya hari ini manakala pejabat tetap beliau akan dibuka sedikit masa lagi. Buat masa ini beliau boleh dihubungi melalui talian 013-303 8205.


Friday, 15 July 2005

MARINA PERTAHANKAN AYAH PIN


Roslan SMS menulis ..........

Bukan semua anak bekas PM mempunyai ruangannya sendiri dalam akhbar. Seorang anak bekas PM yang telah lama diberikan ruangan mingguan adalah Marina Mahathir. Beliau mula menulis dalam ruangannya itu yang bertajuk MUSINGS sejak bapanya PM lagi.

Marina seorang penulis yang gemar menzahirkan pandangannya mengikut gerak hati tanpa membataskan dirinya pada sebarang pantang-larang, adat, kod etika dan apa-apa sahaja peraturan. Hakikat ini pasti diperakui oleh sesiapa sahaja yang sering mengikuti ruangan beliau dalam akhbar THE STAR itu. (Seingat saya seorang lagi penulis seumpama itu adalah YM Raja Petra).



Saya sentiasa menganggap tulisan Marina sekadar sebagai bahan hiburan, kalau pun membacanya hanya untuk meneropong cara hidup, pemikiran dan isi hati seorang yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan memiliki kuasa.

Bila sahaja menyentuh bab agama, Marina dikira seorang yang sering berbangga dengan pentafsirannya yang tersendiri. Beliau lebih cenderung menggunakan logik dan menganggap agama itu perlu berputar mengikut peredaran zaman.

Marina pernah menggelar ulama sebagai DINOSAUR dan sebagaimana bapanya beliau tidak senang dengan peraturan-peraturan agama yang dikiranya dogmatik dan kuno.

Marina sentiasa mencetuskan kontroversi dalam tulisannya bukan kerana beliau seorang penulis yang hebat, tetapi mungkin kerana beliau anak bekas PM dan oleh itu menganggap dirinya diberi lessen besar untuk menyuarakan apa sahaja yang terlintas dalam kepala beliau.

Semalam secara sedar ataupun tidak Marina telah mencetuskan satu lagi kontroversi. Tulisan beliau semalam berbeza sikit dari yang biasa. Semalam tulisannya diolah seakan-akan beliau kononnya seorang makhluk asing yang mendarat di Malaysia dan membuat catitan berkenaan suasana di negara ini.

Mungkin kali ini Marina bimbang untuk berterus terang dalam menyuarakan pandangannya yang sentiasa sensasi itu. Oleh itu beliau telah menggunakan topeng imaginasi untuk secara halus menyongsongkan mesejnya.

Bagi saya tulisan beliau semalam cuba sebenarnya membela nasib Ayah Pin, seorang yang telah pun mengisytiharkan dirinya murtad dan kini sedang dipantau serta disiasat oleh pihak JAKIM dan JHEAT entah sampai bila.

Kata Marina:

In this country one is not allowed to spend money to build large replicas of household items. This will invite hostile attention from the authorities.

Dalam negara ini kita tidak dibenarkan membelanjakan wang sendiri untuk membina replika perkakas rumah. Ianya hanya akan mengundang masalah dengan pihak berkuasa.

(Merujuk kepada replika besar kendi, pasu, payung dan lain-lain yang dibina oleh Ayah Pin di perkampungannya di Besut)



Beliau menulis lagi:

But the funny thing is, just going by whats in the paper, nowadays you can get arrested if you sit down and have a nice friendly chats with people who have different beliefs from you.

Yang melucukan, berdasarkan laporan dalam akhbar, sekarang ini anda boleh sahaja ditangkap sekiranya duduk-duduk dan berborak secara mesra dengan sesiapa sahaja yang mempunyai kepercayaan yang berbeza dari anda.

Dan tidak cukup setakat itu, Marina turut mempertikaikan pula mengapa seseorang tidak boleh diberikan hak untuk muratd ataupun keluar ataupun menukar agamanya. Menurut beliau:

There seems to be more people keen on prosecuting others for thinking differently from them than ever before. The even weirder thing is that the ones they really go after are those who are actually of the same faith. Its like joining a club that you can never leave when you decide you donĂ¢€™t like the rules anymore.

Terdapat kecenderungan banyak pihak untuk mendakwa sesiapa yang berfikiran berbeza dari mereka, lebih dari sebelum ini. Yang anehnya mereka ini lebih minat memberkas dari kalangan sesama akidah. Ianya umpama menyertai sebuah kelab, dan kemudian anda tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkannya walaupun anda sudah tidak menyenangi peraturan-peraturannya.

Inilah perkembangan mutakhir tentang nasib dan kedudukan kita dalam negara pada hari ini! Apabila sesiapa sahaja boleh mengulas, mengkritik dan dengan bebas mengeluarkan pandangan berhubung bab agama sesuka hati sedangkan mereka tidak mahir berkenaannya.

Cukuplah Ayah Pin yang telah secara sukarela murtad dan kini menyesatkan orang-ramai itu. Kita tidak memerlukan mana-mana pihak lain pula untuk bangun dan memberikan sokongan dan simpati secara terbuka. Kita bertanggungjawab memelihara kemurniaan agama dan aqidah kita. Jangan sampai Islam menjadi bahan momokkan dan senda gurau pihak lain lantaran kelemahan dan kedayusan kita.


RANCANGAN HIBURAN TV AJAR REMAJA BERGAUL BEBAS


Semasa sedang berehat di rumah, beberapa malam lepas, saya menyaksikan rancangan Malaysian Idol yang ditayangkan oleh sebuah stesyen TV.

Seperti tahun lalu, rancangan ini terus mendapat sambutan yang cukup hebat dikalangan remaja dan golongan tua terutama sekali orang melayu yang sememangnya mudah 'layu' dengan rancangan hiburan. Sebut sahaja rancangan apa semua mereka tahu dari A sampai Z.

Sambil berehat seorang diri (anak dan isteri tiada di rumah), saya terkejut dengan apa yang ditayangkan. Ketika keputusan hendak diumumkan dua peserta akan dipanggul ke hadapan. Juruacara akan membacakan komen para Juri terhadap peserta seorang-seorang tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Tidak semena-mena selepas keputusan diumumkan ada dikalangan peserta perempuan dan lelaki dengan selamba berpeluk, menangis dan berpegang-pegang tangan tanpa saya malu dan bersalah.

Saya rasa terkejut sebab ramai dikalangan peserta adalah remaja melayu. Penonton-penonton baik yang di rumah data di studio/auditorium majoritinya melayu. Tetapi inilah fenomena yang terjadi di zaman ISLAM HADHARI.

Perkara sebegini sudah menjadi semacam tradisi bagi rakyat Malaysia termasuklah yang ISLAM. Inilah HADHARI yang hendak dibawa oleh UMNO. Iaitu merosakkan anak muda yang masih mentah dan suka kepada keseronokan.

Kita harap ibubapa segeralah melarang anak-anak dari menonton rancangan-rancangan hiburan di stesyen TV samada RTM atau swasta kerana semuanya menayangkan adengan-adengan sebegini. Mungkin mereka boleh membeli tape atau lagu-lagu nasyid untuk menghiburkan anak-anak mereka.

Bagi kerajaan ISLAM HADHARI segeralah insaf dengan perkara ini. Janganlah kamu merosakkan remaja yang sememangnya semakin hari semakin rosak.

Kepada rakyat Malaysia segeralah insaf dengan keadaan yang berlaku sekarang. Berusahalah untuk menyedarkan masyarakat supaya kembali kepada ISLAM sebenar agar kita semua selamat dunia akhirat. Sokong golongan dan parti politik yang mahu melaksanakan ISLAM. JAUHILAH ISLAM HADHARI YANG JELAS KEHILANGAN ARAH TUJU.

SOFI WAHAB
KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN BUKIT KATIL


Thursday, 14 July 2005

US. ISMAIL KAMUS BERCERAMAH DI SOLOK GAUNG 17 JULAI


Bukit Katil 14 Julai 2005: Tokoh agama terkenal Us Ismail Kamus akan mengadakan ceramah di Sek.Men. Ugama Ar-Rahmah pada 17 Julai ini iaitu pada sebelah malam. Menurut Pengerusi PIBG Sekolah tersebut, Tuan Haji Bakrin Sidek, program yang dianjurkan oleh sekolah tersebut merupakan program berterusan dalam usaha untuk memberikan kefahaman Islam sebenar kepada masyarakat setempat dan pelajar-pelajarnya.

Beliau menegaskan tiket-tiket derma berharga RM6.00 dijual kepada orang ramai sebagai sumbangan kepada sekolah. Tiket-tiket boleh didapati dari wakil-wakil mereka di cawangan-cawangan.


LAWATAN DISIFATKAN BERJAYA - US.KAMARUDDIN


Bukit Katil 14 Jul 2005 : Ketua DPPN Melaka, Us. Kamaruddin Sedik menyifatkan lawatan Ahli Dewan Harian DPPN . Melaka ke Kawasan Bukit Katil malam tadi adalah berjaya. Menurutnya beberapa perkara telah dibincangkan dalam lawatan tersebut antaranya masalah kurangnya komitment AJK Pemuda Kawasan dan ahli, gagalnya program tarbiah di Kawasan dan Cawangan dan lain-lain.

Dalam ucapan pembukaannya Us. Kamaruddin menggariskan beberapa perkara penting yang mesti di garap oleh pemuda dalam mendepani cabaran mendatang. Antaranya pemuda mestilah memperkasakan aqidah dan fikrah kerana jika sekiranya perkara tidak diperkasakan kita takut suatu hari nanti pemuda akan gagal bila menghadapi ujian yang hebat. Pemuda juga mestilah memperkasakan ilmu dan kemahiran tidak kira samada seseorang berpendidikan agama atau biasa. Ustaz mestilah menambah pengetahuannya dalam bidang IT, kemahiran bahasa Inggeris dan sebagainya. Golongan professional dan aktivis pula hendaklah rajin menimba ilmu agama dan haraki supaya kita dapat melahirkan ahli pemuda yang serba boleh, tegas Us. Kamaruddin yang juga merupakan Ketua DPPK Jasin.

Sementara itu, Tuan Haji Salamat Aman melahirkan harapannya agar semua AJK DPPK Bukit Katil dan ahli pemuda Kawasan sentiasa komited dengan program jemaah. Akhir-akhir ini sudah terdapat sindrom malas untuk bermesyuarat dan terlibat dengan aktiviti jemaah. Ini amat merbahaya kerana kita sebenarnya telah diberi amanah untuk menjalankan tugas ini. Janganlah kita melepas diri dari tanggungjawab ini, tegas Hj. Salamat dengan nada kesal.

Turut serta dalam rombongan DPPN Melaka adalah Us. Ashrof Mukhlis, Sdr Harun Mohamed dan Sdr. Yuhaizad Abdullah. Sementara Setiausaha DPPN Melaka, Sdr Ahmad Shahrom Daud tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan lain di Terengganu.


Wednesday, 13 July 2005

SELAMAT DATANG KEPADA AHLI DEWAN HARIAN DPPNM KE KAWASAN BUKIT KATIL


Bukit Katil 13 Julai 2005 : DPP Kawasan Bukit Katil mengucapkan selamat datang kepada Ahli Dewan Harian DPPN Melaka yang akan mengadakan lawatan ke Kawasan Bukit Katil malam ini.

Program lawatan ini yang dianjurkan oleh DPPNM merupakan acara tradisi DPPN dalam rangka lawatan ke kawasan-kawasan. Sebelum DPPNM telahpun melawat Kawasan Jasin. Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada weblog ini malam tadi, Ketua DPPK Bukit Katil, Tuan Haji Salamat Aman mengucapkan ahlan wasahlan kepada kepimpinan DPPNM dan berharap program akan dapat menyuntik semangat pemuda-pemuda dalam Kawasan Bukit Katil untuk berjuang dengan lebih komited lagi.

Adalah dijangkakan lawatan ini akan diketuai oleh Ketua DPPNM, Us. Kamaruddin Sedik serta ahli dewan harian lain iaitu Us. Ashrof Mukhlis, Sdr. Harun Mohamed, Sdr. Ahmad Shahrom Daud serta Sdr. Yuhaizad Abdullah. Tuan Haji Salamat juga merupakan ahli dewan harian DPPNM di mana beliau merupakan Bendahari DPPNM merangkap Ketua DPPK Bukit Katil.


DPP KAWASAN BUKIT KATIL HANTAR WAKIL KE MUNAJAT PERDANA DI RUSILA


Bukit Katil 13 Julai 2005 : DPP Kawasan akan menyahut seruan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Us. Zulkifli Ismail dengan menghantar wakil ke program munajat perdana sempena perobohan Masjid Bujal. Rombongan DPP Kawasan akan diketuai oleh Naib Ketua DPP Kawasan Tuan Haji Mohd Rizal Idris.

Program yang akan bermula 14 Julai itu akan dijalankan di Masjid Rusila Terengganu. Dalam kenyataannya kepada laman web Melaka, Us. Zulkifli Ismail menggesa seluruh tenaga PAS Negeri Melaka supaya dapat menyertai majlis Munajat Perdana di Masjid Rusila pada 14 dan 15 Julai ini. Program anjuran bersama Dewan Ulamak PAS Pusat dan PAS negeri Terengganu itu bertujuan untuk memohon pertolongan Allah berhubung isu tanah, perobohan masjid dan rumah serta kezaliman kerajaan BN negeri Terengganu terhadap rakyat.

Para peserta terdiri daripada pemimpin PAS Pusat, dewan-dewan peringkat pusat, negeri dan kawasan, wakil-wakil rakyat BA seluruh negara, ahli-ahli dan penyokong PAS, peserta RTB dan seluruh umat Islam di samping jemputan khas yang terdiri daripada tok guru pondok di negeri ini dan Kelantan serta guru agama, imam dan bilal.

Menurut sumber yang dipetik daripada Harakahdaily, program bermula pada sebelah malam 14 Julai, dengan diadakan ceramah perdana di mana penceramah terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Harun Taib, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Mustafa Ali.

Sehubungan dengan itu Tuan Haji Rizal mempelawa mana-mana ahli pemuda untuk menyertai rombongan beliau. Beliau boleh dihubungi melalui talian 019-682 1621.


JUDI BUKAN KESALAHAN DALAM UMNO


KOTA KINABALU: Datuk Osu Sukam meletakkan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Papar, berkuat kuasa serta-merta, berikutan kontroversi berhubung kes hutangnya dengan dua kasino di London sebanyak RM7.1 juta. Itulah tajuk berita yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana hari ini.

Surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah,semalam.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, Osu mengambil keputusan itu kerana berasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. “Osu kesal dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sejurus tiba dari ibu negara, lewat petang semalam.

Musa menjelaskan, beliau mengadakan pertemuan dengan Dato’ Osu Sukam atas nasihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin Islam Hadhari ketika mengunjungi Perdana Menteri di Putrajaya, kira-kira setengah sejam sebelum itu.

Minggu lalu, Osu dilaporkan dicari dua kasino di England – Ritz Hotel Casino Ltd dan RHC Ltd – kerana berhutang ketika berjudi di sana. Perkara itu diketahui selepas kasino itu gagal mendaftar penghakiman yang diperoleh dari Mahkamah Tinggi England, di Sabah.

Musa berkata, Perdana Menteri menyerahkan kepadanya untuk menyelesaikan kes itu dan beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno lagi bagi menjelaskan isu berkenaan.

“Pak Lah serahkan pada saya untuk menyelesaikan kes ini. Hari ini kes sudah selesai. Jadi kita harap tidak ada lagi laporan mengenainya,” katanya.

Beliau berkata, Badan Perhubungan Umno Sabah tidak perlu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkembangan terbaru itu.

Meneliti kepada kenyataan akhbar di atas sudah jelas kepada kita bahawa judi bukanlah suatu kesalahan dalam UMNO. Judi juga disifatkan suatu perkara kecil sebab itulah Dollah Badawi menyerahkan kepada Dato’ Musa Aman untuk menyelesaikannya. Walaupun jumlahnya sehingga lebih RM7 juta tetapi ia masih dikategorikan sebagai tidak penting oleh pemimpim Islam Hadhari itu.

Inilah UMNO dan Islam Hadhari. berjudi, membunuh, maksiat, dangdut, kelab Malam, konsert, rasuah, melarikan anak perempuan orang, songlap duit, bersekedudukan bukanlah suatu kesalahan yang besar. Cukup sekadar menyatakan KESAL dan MELETAKKAN JAWATAN sudah memadai. Keahlian dalam UMNO tetap terpelihara. Sepertimana Rahim Tamby Chik, Abu Hassan Omar, Mokhtar Hashim, Amid Nordin dan lain-lain mereka masih menjadi pemimpin UMNO. Status keahlian mereka tidak kekal.

INILAH ISLAM HADHARI. SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA AKAN TEMBELANG UMNO/BN.


DPPK BUKIT KATIL ADAKAN BEBERAPA POGRAM DALAM BULAN JULAI DAN OGOS


Bukit Katil 13 Julai : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil akan menjalankan beberapa program pemuda dalam bulan Julai ini, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua DPPK Bukit Katil Tuan Haji Salamat Aman semalam. Antara program terdekat ialah seperti di bawah :-

16 & 17 Julai 2005 : Mukhayyam Pemuda anjuran bersama JPC Cawangan Taman Chempaka di
Pulau Besar. Maklumat lengkap sila hubungi Hj. Rizal 019-6821621

24 Julai 2005 : Kejohanan BadmintonTertutup anjuran bersama JPC Sg. Putat. Bermula jam
9.00 pagi. Maklumat lengkap sila hubungi Sdr. Zaidi Ahmad 019-6555910

31 Julai 2005 : Pengedaran Risalah Kenaikan Harga minyak & Gejala Sosial anjuran Pemuda Negeri
di Tapak Pasar Malam Melaka Baru bermula jam 6.00 petang

11 Ogos 2005 : Ceramah Dr. Hatta Ramli di Paya Dalam anjuran DPPK Bukit Katil

Sementara itu pada bulan Ogos DPPK Bukit Katil akan menjalankan satu program khas untuk remaja dan pelajar-pelajar sekolah iaitu Program 'SUMMER CAMP'. Menurut pengarah program Sdr. Khairuldin Ismail program ini dibuka kepada semua pelajar-pelajar sekolah seluruh Melaka khasnya Kawasan Bukit Katil. Tarikh tentatif untuk program itu ialah di antara 20 -28 Ogos ini. Tetapi tarikh yang sebenar belum ditentukan lagi. Khairuldin juga menegaskan bahawa program ini Insya Allah akan diteruskan dari masa ke semasa.

Selain itu, Tuan Haji Selamat Aman juga menggesa semua ahli-ahli pemuda kawasan supaya beramai-ramai menyertai program yang diaturkan demi untuk mengembalikan semula semangat pemuda untuk terus komited di dalam perjuangan Islam ini.






PROGRAM BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN


Bukit Katil 13 Julai : Timbalan Presiden PAS, Us. Nasharuddin Mat Isa akan datang ke kawasan Bukit Katil untuk bersama-sama dengan DPP Negeri Melaka dan DPPK Bukit Katil menyampaikan risalah Kempen Kenaikan Harga Minyak dan Gejala Sosial pada 31 Julai ini.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan DPPN Sdr. Yuhaizad Abdullah, Us. Nasharuddin akan diiringi oleh ahli-ahli pemuda untuk menyampaikan risalah tersebut di kawasan Pasar Malam, Melaka Baru di dalam Kawasan Bukit Katil bermula jam 6.00 petang. Ini adalah program pertama beliau setelah di pilih pada muktamar PAS Pusat baru-baru ini.

Sdr. Yuhaizad menyeru semua ahli-ahli pemuda PAS Melaka untuk sama-sama turun menjayakan program yang bersejarah ini. Sementara itu Ketua DPPK Bukit Katil, Tuan Haji Selamat Aman mengharapkan semua ahli-ahli pemuda cawangan agar tampil menjayakan program tersebut yang julung kali diadakan di dalam Kawasan ini.


Tuesday, 12 July 2005

AKHBAR ALTERNATIF TERBARU AKAN TERBIT TIDAK LAMA LAGI


Sebuah akhbar alternatif akan diterbitkan tidak lama lagi sebagai memenuhi tuntutan rakyat Malaysia yang sekarang ini dahagakan maklumat alternatif selain dari akhabr arus perdana yang menjadi lidah rasmi kerajaan Malaysia.

Akhbar yang diberi nama 'SIASAH' ini dijangkakan menemui para pembaca bermula bulan hadapan. Menurut sumber yang boleh dipercayai akhbar ini akan diterbitkan berselang seli dengan HARAKAH. Ini bermakna setiap minggu 'peminat-peminat' akhbar alternatif akan memperolehi maklumat terkini tidak sebagaimana sekarang.

Difahamkan akhbar SIASAH ini akan diterajui oleh Pengarang Alternatif terkenal Ahmad Lutfi Othman dan dibantu oleh beberapa orang lagi penulis dan pemberita berpengalaman.

Ianya akan diedarkan oleh pengedar-pengedar HARAKAH sekarang. JANGAN LUPA TUNGGU KEMUNCULANNYA.


Perang mulut Dr M-Rafidah dedah pekung sendiri


Perang mulut antara mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dengan Rafidah Aziz mengenai isu pengurniaan AP tiba-tiba menjadi lumayan dramatik. Saya yang menonton drama kisah benar itu menjadi terkedu – tidak tahu sama ada hendak nak menangis atau ketawa dengan sensasi yang terselongkar, episod demi episod.

Ironisnya, Dr Mahathir maupun Rafidah, kedua-duanya sedang bercakap benar dalam banyak perkara yang didebatkan itu! Lebih ironis lagi kerana kedua-duanya sedang mengalami luka dan calar-balar akibat perang mulut ini. Kredibiliti Dr Mahathir terjelepuk kerana aksi ‘cakap tak serupa bikin’.
Rafidah menyebut, nama pemegang AP memang tidak pernah ‘dipecah-tembelangkan’ – dulu, kini (dan selamanya?) – baik semasa era Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan, hatta semasa beliau menjadi perdana menteri dulu. Sudahlah begitu, Dr Mahathir turut terpalit apabila Rafidah mengheret nama anaknya sebagai salah seorang pemegang AP untuk membawa masuk kereta Porche-nya!

Turut sama terjelepuk akibat dakwaan dan dakwaan-balas tersebut ialah maruah kerajaan, dasar Barisan Nasional dan nama perdana menteri sendiri. Dan dalam pada Dr Mahathir berusaha mempertahankan nama baiknya, sekonyong-konyong tersembullah pula satu rahsia misteri dan comot Umno – rupa-rupanya AP pernah menjadi habuan untuk difaraidkan di kalangan kakitangan ibupejabat Umno!

Kata Dr Mahathir yang empunya cerita, permit-permit tersebut kemudian dijual (Ali Baba?) kepada orang lain bagi memperoleh pendapatan kira-kira RM8,000 sebulan. Terlopong saya membacanya!

Bila perang mulut ini akan tamat sukar dijangkakan. Biarkan saja, dan berikan mereka peluang untuk terus berpencak mendedahkan keburukan satu sama lain. Pada saya yang kalah jadi abu, dan yang menang jadi arang.

Saya cuma berminat untuk mengulas dabikan dada Dr Mahathir bahawa semasa era beliau sebagai perdana menteri, beliau pernah mendedahkan senarai nama syarikat yang mendapat projek penswastaan kerajaan. Kononnya ia untuk menangkis tuduhan wujudnya kronisme dalam kerajaan. Juga untuk membuktikan bahawa individu-individu yang menuduh berlakunya amalan kronisme itu sendiri mendapat manfaat besar daripada amalan sedemikian.

Umum tahu bahawa sasaran beliau ialah Ahmad Zahid Hamidi, ketua Pemuda ketika itu – seorang yang beliau dakwa menjadi kroni besar Anwar Ibrahim. Zahidlah yang membangkitkan isu kronisme semasa Persidangan Pemuda Umno waktu itu.

Apabila nama Zahid tersenarai sebagai Pengarah Eksekutif Pantai Dalam Development Sdn Bhd. (PDDSB), salah sebuah syarikat yang dikurniakan projek penswastaan kerajaan, Dr Mahathir menyerang Zahid habis-habisan. Zahid pun jatuh terjelepuk kerana dikeroyok, termasuk oleh semua media Umno yang menyamar sebagai media arus perdana. Tiada siapa peduli kisah benar di sebalik dakwaan Dr Mahathir itu.

Sebenarnya kisah pendedahan yang dibangga-banggakan dan diulang-ulangkan oleh Dr Mahathir itu hanya separuh benar. Menceritakan sesuatu yang separuh benar samalah dengan tidak bercakap benar.

Projek penswastaan yang menjadi isu ketika itu sebenarnya dianugerah kepada sebuah yayasan milik kroni Umno ketika itu – Yayasan Gerakbakti Kebangsaan (YGK). Orang kuat YGK ketika itu ialah Mohd Najib Razak – Timbalan Perdana Menteri sekarang. Zahid adalah Setiausaha YGK yang bekerja untuk bosnya, Najib.

Dia dan beberapa pengarah lain dalam syarikat PDDSB hanyalah wakil YGK dalam lembaga pengarah. Secara peribadi Zahid tidak ada satu sen pun saham dalam syarikat itu. Projek itu pun telah gagal, dan Zahid tidak rugi satu sen pun sebab projek itu bukan dia punya.

Dalam usaha Dr Mahathir untuk memburukkan Zahid, mantan Perdana Menteri itu terlupa bahawa ia secara tidak langsung telah menyembulkan satu lagi bisul Umno – bahawa para penerima warkah penswastaan itu semuanya adalah kroni-kroni Umno belaka.

Dan kini saya juga pasti – kalau Rafidah bertindak menyenaraikan nama-nama penerima AP, sudah tentu ia akan terdiri daripada kroni-kroni Umno juga.

(TRANUNGKITE)


Malaysian Community of Manchester statement on London blast


First of all, we (Malaysians residing in Manchester) would like to express our sincere condolence and share the sorrow with all Briton on the recent explosions in London. We totally reject and condemn every form of terrorism. It does not provide any cover or justification for any act of violence, be it committed by an individual, group or government.

We strongly condemn all acts and forms of terrorism because we belief that not only Islam but also other religion, whatever its name, can’t apply violence and bloodshed of innocent people in the name of God. Acts of violence to resolve conflict anywhere in the world, at any period in history, achieves ought, as violence only begets further violence.

Terrorism perpetuated by individuals, organizations or worse still state sponsored, only escalates a vicious cycle of enmity and hatred. In addition, Islam visualizes an association of strong and stable states allied together in the pursuance of peace, freedom of conscience and the promotion of human welfare. We pray to the Almighty to give us fortitude in this most trying of times and may He grant us the elusive peace that the world so covets.


Oleh : Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
MALAYSIAN COMMUNITY of CHEETHAM HILL (MCCH)
49 Faraday Avenue, Cheetham Hill, Manchester M8 0SS
Tel.: 0161-2050362
website: www.mc-ch.co.uk


Monday, 11 July 2005

Roboh masjid: Munajat Perdana di Masjid Rusila pada 14 Julai


KUALA TERENGGANU, 11 Julai (Hrkh) – Seluruh umat Islam dipelawa menyertai majlis Solat Hajat dan Munajat Perdana yang akan diadakan di Masjid Rusila pada 14 dan 15 Julai ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Dato’ Husain Awang berkata, majlis itu bertujuan untuk memohon pertolongan Allah berhubung isu tanah, perobohan masjid dan rumah serta kezaliman kerajaan BN negeri terhadap rakyat.
Katanya, program anjuran bersama Dewan Ulamak PAS Pusat dan negeri itu juga bertujuan untuk menggembleng seluruh tenaga semua pihak, rakyat dan pemimpin ke arah menegakkan keadilan di samping menyemarakkan keinsafan rakyat bahawa mereka perlu bangkit menentang kezaliman.

“Para peserta terdiri daripada pemimpin PAS Pusat, dewan-dewan peringkat pusat, negeri dan kawasan, wakil-wakil rakyat BA seluruh negara, ahli-ahli dan penyokong PAS, peserta RTB dan seluruh umat Islam di samping jemputan khas yang terdiri daripada tok guru pondok di negeri ini dan Kelantan serta guru agama, imam dan bilal,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Tambahnya, pada sebelah malam 14 Julai, diadakan ceramah perdana di mana penceramah terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Harun Taib, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Mustafa Ali.

Beliau berkata, selepas itu, bermula jam 4 pagi hari Jumaat diadakan qiamulail yang diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Muhamad Daud Iraqi dan seterusnya majlis munajat yang akan dipimpin oleh tuan guru pondok.

“Bersempena majlis ini, para peserta dan umat Islam diminta berpuasa selama tiga hari iaitu pada 12, 13 dan 14 Julai,” ujarnya.


Ahmad Shahrom dilantik sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Melaka yang baru


Melaka 11 Julai 2005 : Saudara Ahmad Shahrom Daud, telah dilantik menjadi Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka yang baru. Hal ini telah diumumkan oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Ust Kamaruddin Sedik di program Brainstorming Pemuda PAS Melaka di Jasin Sabtu lalu.

Saudara Ahmad Shahrom sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Negeri Melaka dan Setiausaha Dewan Pemuda Kawasan Jasin, Melaka. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS, berikutan perlantikan Setiausaha Pemuda yang terdahulu, Saudara Adly Zahari sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Perlantikan Ahmad Shahron diharapkan dapat melicinkan lagi jentera DPPN Melaka dalam mendepani cabaran yang lebih mencabar pada masa akan datang.


Dewan Pemuda PAS Melaka mengorak langkah merancang pelan tindakan.


Jasin 11 Julai 2005 : Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka telah mengadakan sessi brainstorming sebagai langkah pertama untuk bergerak bagi sessi 2005/2007. Program yang dijalankan di Jasin itu membentangkan pelan tindakan dan strategi Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, dan menyelaras pergerakan Pemuda di seluruh negeri.

Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ust Kamaruddin Sedik, dalam ucapan pembukaannya berkata, pembentangan pelan strategik adalah selaras dengan ucaptema Ketua Pemuda PAS di Muktamar Pemuda di Putik barau-baru ini, agar setiap Pemuda bersedia untuk Mendepani Cabaran. Tambah beliau, antara fokus yang perlu diberi perhatian adalah gerakerja untuk menguatkan aqidah perjuangan, memperkasakan kepakaran, meningkatkan keupayaan minda dan pemikiran, memperkasakan perancangan strategik dan metodologi, serta kesediaan untuk menerima perubahan.

Menurut beliau lagi, pemuda perlu kepada method baru dalam mendekati masyarakat. Program seperti ekspedisi dakwah, yang dilancarkan oleh Dewan Pemuda Pusat merupakan satu contoh program kreatif yang perlu diperhebat dan diperbanyak. Kata beliau, pemuda juga perlu kepada lebih banyak perbincangan intelektual dengan mana-mana agensi, dalam membincangkan permasalahan masyarakat.

Program sehari tersebut telah dihadiri oleh seluruh jawatankuasa Pemuda Negeri dan Dewan Harian Pemuda Kawasan-Kawasan.


AHLI DEWAN HARIAN DPPN MELAKA AKAN ADAKAN LAWATAN KE BUKIT KATIL 13 JULAI


Bukit Katil 11 Julai : Ahli Dewan Harian DPP Negeri Melaka akan mengadakan lawatan untuk memantau 'performance' Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil pada 13 Julai ini bermula jam 9.00 malam di Markaz PAS Kawasan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sdr. Hj Salamat Aman dalam kenyataannya kepada Blog ini semalam menyatakan bahawa antara lain DPP Negeri ingin memantau program-program yang sedang, telah dan akan dijalankan oleh Pemuda Kawasan. Antara subjek utama yang dipantau oleh mereka ialah status Unit Kerja Jemaah, Program mendekati remaja, Tarbiah dan lain-lain.

Semua AJK Dewan Pemuda Kawasan diwajibkan hadir pada program ini.Sementara itu sebelum program lawatan ini dijalankan satu mesyuarat khas untuk membuat persediaan bagi lawatan ini akan diadakan pada Selasa ini bermula 9.00 malam Markaz PAS Kawasan. Adalah diharapkan semua AJK hadir untuk membentangkan laporan dan perancangan lajnah-lajnah masing-masing.


INGIN LIHAT RUNTUHAN MASJID BUJAL DI BUANG DIMANA? SILA LAWATI LAMAN WEB DI BAWAH


Http://ahmadhadeed.tripod.com anda akan melihat bagaimana runtuhan tersebut dicampak ke tempat buang sampah bercampur najis dan sampah sarap


KEPUTUSAN PERBICARAAN PASTI TANGGUH LAGI


Melaka 11 Julai : Keputusan perbicaraan 6 buah PASTI yang dijadualkan pada 12 Julai ini ditangguhkan kepada 3 Ogos. Perkara telah dimaklumkan oleh Peguam PASTI, Tuan Haji Mohamad Burok kepada pimpinan PAS Negeri minggu lalu.

Oleh Itu semua penyokong PAS dan para simpatisan di minta untuk beramai-ramai datang ke Mahkamah Tinggi Melaka pada hari tersebut.


Friday, 8 July 2005

KEPUTUSAN PERBICARAAN 6 BUAH PASTI MELAKA 12 JULAI INI


Melaka 8 Julai : Keputusan perbicaraan terhadap 6 buah PASTI yang disaman atas pelbagai kesalahan akan didengar di Mahkamah Tinggi Melaka pada 12 Julai 2005 iaitu hari Selasa depan.

Kenyataan ini telah dibuat oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Melaka, Sdr Yuhaizad Abdullah ketika ditemui di sini semalam. Menurut beliau keputusan ini amat penting bagi masa hadapan PASTI Melaka kerana ianya akan memberi impak besar kepada PASTI. Jika sekiranya pihak pendakwa menang maka sudah pasti selepas ini semakin banyak PASTI akan disaman bukan sahaja PASTI Melaka malah kemungkinan juga PASTI diseluruh Malaysia.

Oleh itu beliau menyeru kepada semua pencinta pendidikan Islam dari seluruh negara khasnya ahli-ahli dan penyokong PAS Melaka supaya datang beramai-ramai menyatakan sokongan kepada PASTI Melaka pada jam 9.00 pagi 12 Julai ini bertempat di Mahkamah Tinggi Melaka di Jalan Ayer Keroh.

Yuhaizad dalam kenyataan ini juga menegaskan bahawa DPP Negeri Melaka akan tetap mempertahankan PASTI walau apa pun keputusan perbicaraan ini kerana kita yakin bahawa hanya PASTI sahaja yang mampu memberikan pendidikan awal Islam yang berkesan berbanding dengan TADIKA Kemas dan Pra-sekolah. Ini adalah kerana kurikulum PASTI jelas lebih baik dan terbukti berkesan. Ramai dari kalangan pelajar PASTI yang berjaya dalam pelajaran setelah mereka memasuki sekolah kebangsaan dan menengah. Ujar beliau penuh semangat.

Kes saman PASTI ini telah ditangguhkan beberapa kali atas pelbagai alasan. Sementara itu Peguam bagi pihak PASTI, Hj Mohamad Burok pernah membuat kenyataan bahawa peluang PASTI untuk menang kes ini tetap ada.


CERAMAH ISMAIL KAMUS 17 JULAI DI AR-RAHMAH SOLOK GAUNG


Bekas ADUN Gombak Setia, Dato' Ismail Kamus akan berceramah di Sek. Ar-Rahmah Solok Gaung pada 17 Julai ini. Kenyataan ini dibuat oleh Tuan Haji Bakrin Sidek, Pengerusi PIBG Sekolah Ar-Rahmah. Beliau menyeru kepada semua penduduk setempat untuk hadir beramai-ramai ke majlis tersebut.


BULLETIN PAS KAWASAN TERBIT MINGGU HADAPAN


Bulletin PAS Kawasan akan diterbitkan minggu hadapan. Bulletin yang diberi nama 'SUARA BUKIT KATIL' ini akan cuba diedarkan keseluruh cawangan-cawangan dalam kawasan. Menurut kenyataan Timbalan Ketua Penerangan PAS Kawasan Sdr Mat Dan Siron kemunculan bulletin mengembalikan semual nostalgia lama di mana suatu ketika dahulu PAS Kawasan Batu Berendam pernah menerbit bulletin seumpama ini.

Antara lain beliau menegaskan bahawa, bulletin akan cuba menyiarkan berita-berita semasa aktiviti-aktiviti PAS Kawasan, Dewan-Dewan dan cawangan-cawangan. Disamping itu isu-isu semasa yang hangat juga akan dikupas dan dianalisis oleh bulletin ini. Iklan tentang ceramah dan lain-lain aktiviti juga boleh dihebahkan.

Buat permulaan bulletin akan diterbitkan dalam 4 mukasurat dan Insya Allah akan ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada isu dan berita. Adalah diharapkan ahli-ahli PAS dapat menyumbangkan berita dan aktiviti cawangan-cawangan kepada sidang pengarang Suara Bukit Katil. Mereka boleh dihubungi melalui talian di bawah :
019-682 1318 (Sofi) dan 012-3052815(Mat Dan).


RAFIDAH DALAM KEPANASAN - ISU AP


Menurut laporan BERNAMA mesyuarat kabinet semalam mengarahkan agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz, memberikan jawaban kepada semua isu yang dibangkitkan oleh penasihat Proton, Tun Dr Mahathir berkenaan polisi otomatif kerajaan.

Mahathir telah antara lain membangkitkan isu berkenaan:

Kereta-kereta dari Korea Selatan yang diimpot dan diselewengkan harga sebenarnya semasa di bawa masuk (under declare) sejak beliau PM lagi. Ketika beliau PM harga masuk sebuah kereta jenis ini adalah RM11,000 sedangkan kos mengilang siap sebuah Proton adalah sekitar RM14,000.

Pemberian AP (permit impot kenderaan) yang terlalu berleluasa sehinga menjejaskan pasaran kereta tempatan. Tahun 2004 sahaja 67,000 AP dikeluarkan dengan cuma 12,600 diberikan kepada 82 syarikat manakala 54,400 diberikan kepada 20 syarikat terpilih.

Keputusan membenarkan kereta yang memiliki cuma 40 peratus bahan tempatan sebagai layak untuk status kereta nasional bertaraf bebas cukai untuk pasaran AFTA itu sebenarnya bukan keputusan kabinet.

Anehnya isu-isu yang dibangkitkan ini datangnya dari seorang bekas PM, bekas boss Rafidah. Malah semasa bekas PM ini mengumumkan perletakkan jawatannya pada tahun 2002 dahulu Rafidahlah antara yang pertama melompat menerpa rostrum dimana beliau sedang berucap merayu, meraung di depan khalayak ramai, ditonton oleh seluruh negara:

Why,why?

Aneh juga melihat reaksi PM yang ada, seolah-olah tidak hands on ataupun prihatin ataupun termaklum tentang apa yang berlaku disekeliling beliau selaku PM. Reaksi beliau jarang didengar dari bekas-bekas PM sebelum ini yang biasanya mempertahankan anggota kabinetnya. Sebagaimana dilaporkan oleh BERNAMA:

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu pemberita di sini Khamis bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu perlu mejawab kerana isu-isu itu adalah berkenaan kementerian beliau.

Kesimpulannya apa pun, Rafidah kini berada dalam kepanasan. Baru minggu lalu Isa Samad hilang segala-galanya. Mungkinkah kini giliran Rafidah pula?


At least 50 people have been killed in London, Italy's Interior Minister


ROME, July 7 - At least 50 people have been killed in a series of explosions on London's transport system, the ANSA news agency quoted Italy's Interior Minister Giuseppe Pisanu as saying Thursday, though he gave no sources for the figure.

Asked by AFP to clarify the minister's comments, an interior ministry spokesman said it "never reveals its sources".
ANSA quoted Pisanu as telling a political meeting earlier: "We are confronted with very serious acts which have resulted up to now in at least six explosions, one in a bus and five in the metro, and causing at least 50 deaths up to now."

He suggested "international terrorism" was responsible.

In LONDON, British Prime Minister Tony Blair said "It's reasonably clear that this is a series of terrorist attacks."

"There are obviously casualties, people who have died and people who are seriously injured," he said, adding that he was cutting short his stay at the G8 summit to fly back to London.

London's police chief Commissioner Sir Ian Blair said at least one of the sites of a series of blasts contained "indications of explosives." "We are concerned that this is a coordinated attack," he said.

Two people were killed in an explosion on the underground line near the Aldgate station, a police spokesman said.

London's police chief Commissioner Sir Ian Blair said at least one of the sites of a series of blasts contained "indications of explosives", adding "we are concerned that this is a coordinated attack."

Two people were killed in an explosion on the underground line near the Aldgate station, one of six sites believed to have been hit, a police spokesman said.

The blasts had caused "terrible injuries", British Home Secretary Charles Clarke said, although he did not give specific figures.

Prime Minister Tony Blair, hosting a meeting of Group of Eight leaders in Scotland, was to give a live address at 1100 GMT on the blasts.



The roof of a double decker bus in Russell Square in the heart of London was torn off by the force of one blast, but police were unable to confirm whether or not it had been caused by a bomb.

"The explosion seemed to be at the back of the bus. The roof flew off and went up about 10 metres. It then floated back down," said witness Raj Mattoo.

"There were obviously people badly injured. A parking attendant said he thought a piece of human flesh had landed on his arm."

London Underground officials confirmed the entire underground and bus network had been suspended after they were called to incidents in Edgware Road, King's Cross, Liverpool Street, Russell Square, Aldgate East and Moorgate stations, most of which serve London's financial district.

Thousands of people poured into the streets from underground stations, some covered in blood and soot, some in tears, many visibly shocked.

"There was a loud bang and the train ground to a halt. People started panicking, screaming and crying as smoke came into the carriage," said Arash Kazerouni, 22, who had been travelling from Liverpool Street.

"A man told everyone to be calm and we were led to safety along the track."

The blasts came amid Britain's biggest ever security operation to protect the three-day G8 summit hosted by Blair in Gleneagles, Scotland some 450 miles (720 kilometres) north of London.

The Gleneagles Hotel has been sealed off by a five-mile (eight-kilometer) no-fly zone and protected by 10,000 police, a tethered blimp with infrared cameras, and makeshift lookout posts.

Despite the hugh operation, anti-capitalist protestors have scuffled with police almost daily since Saturday with scores already arrested.

In a brief statement, leader of the House of Commons, Geoff Hoon, said ministers were hold emergency talks on the blasts to assess the situation.

"The House will be aware there have been a number of very serious incidents across London this morning," he said.

Four critically injured patients were being treated at St Mary's Hospital, a major hospital in central London, a spokeswoman said.

It had also admitted eight people who had been seriously hurt and 14 with minor injuries. The serious wounds included lacerations and smoke inhalation.



"We are still taking more patients in but we cannot say how many more," the spokeswoman said. One of the evacuated stations was Stratford, which will be a key transport link for the site of the Olympic Games.

"The area is solid with people and I have seen many commuters with blackened faces just walking around looking stunned," said commuter Gerard Bithell.

In Paris, which lost out to London in its Olympics bid, officials held an emergency meeting to discuss the "London attacks".

The government would decide on a "certain number of extremely precise measures", French Interior Minister Nicolas Sarkozy said.

Meanwhile, in Singapore, the chief executive of London's victorious 2012 Games bid, Keith Mills, said Olympic celebrations would be put on hold.

"It's terribly unfortunate in terms of timing and clearly all our celebrations of the result yesterday will have to be put on hold," Mills told reporters at the Singapore venue where London won the right to host the Games. (Harakahdaily)


UMNO TERENGGANU SEMAKIN KEJAM GUNA POLIS SURAIKAN CERAMAH PAS


Peristiwa FRU menyembur gas pemedih mata dan menyembur air kepada pendengar ceramah di Kg. Mak Cili, Kemaman malam tadi menyerlah lagi kegusaran UMNO terhadap bantahan rakyat dalam isu perobohan masjid di RTB Bujal.

Ceramah anjuran PAS Kawasan Kemaman itu telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat dimana sekitar 5,000 orang telah menghadirinya.

Sebaik sahaja Us. Awang Dagang selesai ceramah FRU terus melepaskan gas pemedih mata menyebab orang ramai bertempiaran lari menurut laporan Harakahdaily.

Kejadian tidak bertamadun ini menjelaskan kepada kita bahawa UMNO sekarang dalam kelemasan dan takut kepada bayang-bayang sendiri. Setelah gagal untuk menutup kezaliman mereka di RTB Bujal mereka menggunakan Polis untuk menentang kemaraan rakyat. Oleh kerana melihat sambutan rakyat yang hebat dalam ceramah itu mereka menjadi gusar sehingga sanggup mengarah polis menggunakan gas pemedih mata. Sedangkan sebelum peristiwa ini ceramah-ceramah PAS tidak ganggu oleh Polis Terengganu.

Kita menggesa Polis supaya lebih beradab dalam menjalankan tugas. Janganlah mereka menurut kehendak politik UMNO yang sempit dan tidak demokratik itu. Sepatutnya UMNO berdepan dengan PAS secara anak jantan bukannya menggunakan Polis. Pelawaan PAS untuk berdebat telah banyak kali dibuat tetapi UMNO takut dan tidak berani untuk bersemuka.

Dimanakan kewarasan UMNO dalam isu ini. Mengapakah mereka begitu gerun untuk berhadapan dengan PAS di hadapan rakyat. UMNO perlu menjelaskan didepan rakyat mengapa mereka mengambil tindakan kejam dan ganas ini. Janganlah baling batu sembunyi tangan kerana rakyat kenal siapa pemimpin UMNO yang sebahagian besarnya hanya pandai berlakon sebagai orang baik-baik. Tetapi hakikatnya sekarang satu demi satu tembelang mereka pecah.

Rakyat seharusnya berani untuk menyatakan kebenaran. Tunjukkan kepada pemimpin UMNO bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang matang dan tidak bodoh. Marilah sama-sama kita menggabungkan diri dalam perjuangan pembangkang untuk mengembalikan demokrasi dan keadilan di Malaysia.


Thursday, 7 July 2005

INSAFLAH PAK LAH DAN AHLI UMNO SEKELIAN


UMNO semakin parah dari sehari ke sehari. Satu demi satu kes melibatkan pemimpin UMNO dibongkar atau terbongkar dengan sendiri. Kes yang melibatkan Tan Sri Isa Samad masih belum selesai semalam terbongkar lagi satu rahsia di mana bekas Ketua Menteri Sabah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato' Osu Sukam berhutang dengan syarikat judi sebanyak lebih dari RM7 juta.

Di mana lagi Pak Lah hendak sorok muka. Dato' Osu Sukam masih memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Papar. Pak Lah dan ahli-ahli UMNO harus sedar bahawa pemimpin UMNO semua pandai berlakon. Kalau ada program keagamaan mereka dengan segak memakai baju melayu dan duduk dihadapan. Kalau masuk masjid duduk di saf yang pertama. Semua ini hanya lakonan sahaja. Tak kan Pak Lah tidak tahu perangai anak buahnya.

Dalam Bulletin 1.30 TV3 tengahari tadi Pak Lah melahirkan rasa kesal di atas kejadian ini. Beliau menegaskan bahawa sebagai pemimpin, mereka mestilah bersih dari segala kejahatan dan skandal. Pak Lah sepatutnya tidak perlu mengeluarkan kenyataan ini kerana Malaysia yang diperintah olehnya mengharuskan semua kegiatan maksiat ini iaitu judi, hiburan, pelacuran dan sebagainya. Jadi tidaklah menjadi suatu yang mustahil pemimpin-pemimpin di bawahnya akan turut terlibat.

Di dalam UMNO sendiripun cuba lihat program-program UMNO. Bila ada 'function' mesti ada tari menari, konsert, percampuran lelaki perempuan. Macamana Pak Lah hendak mendidik anak buahnya sedangkan beliau sendiri pun ikut serta dalam program-program sebegini.

Pak Lah harus sedar bahawa dari dulu UMNO sendiri tidak akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang terlibat dengan salah laku ini. Contohnya Rahim Tamby Chik, Abu Hassan Omar, Mat Taib, Mokhtar Hashim dan lain-lain. Walapun mereka terlibat tetapi mereka hanya disuruh letak jawatan tetapi keahlian mereka tidak disentuh. Rahim Tamby Chik masih MT UMNO, Mat Taib Ketua Penerangan, Mokhtar Hashim khabarnya juga masih aktif dalam UMNO.

Kalau Pak Lah mahukan pemimpin-pemimpin UMNO semuanya bersih beliau mestilah membuat perubahan dalam UMNO. Jangan hanya kesal dan susah hati. Program-program UMNO mestilah tidak melanggar perintah agama. Pemimpin-pemimpin UMNO mesti menunjukkan teladan yang baik umpama bagi yang wanita kena tutup aurat. Konsert, tempat perjudian, kilang arak, program TV yang melalaikan mesti diberhentikan serta merta. Kalau tidak jangan harap ahli dan pemimpin UMNO akan bersih dan baik.

Sebenarnya kita percaya terlalu ramai pemimpin UMNO yang terlibat dengan salah laku dan jenayah sebegini. Cuma mereka ini tidak disabitkan kesalahan di mahkamah dan ramai juga yang dilindungi. Kalau pemimpin seperti Naib Presiden, Ketua Menteri perangainya macam ni apalagi anak buah diperingkat bahagian dan cawangan. Setakat ini yang kena hanya Kasitah Gadam, Isa Samad dan Osu yang lain masih bebas berlakon. Sementelah lagi selepas Isa dihukum, pintu aduan pun ditutup rapat. Inilah UMNO imej lebih penting dari akhlaq pemimpin.

Seperkara lagi yang menarik minat saya terhadap kenyataan Pak Lah tadi ialah beliau berkata kedudukan Osu Sukam dalam UMNO diserahkan kepada Musa Aman Ketua Menteri Sabah. Sepatutnya beliau sebagai Presiden mengarahkan kepada Jawatan Kuasa tatatertib parti supaya mengambil tindakan terhadap Osu yang memalukan parti. Bukan serah kepada Pengerusi UMNO negeri. Saya yakin UMNO tidak akan mengambil keputusan memecat Osu sebab berjudi bukan kesalahan dalam UMNO sama seperti bawa lari anak raja, menjalin hubungan dengan gadis bawah umur atau bersekedudukan dengan isteri orang. Perkara yang menjadi kesalahan dalam UMNO hanyalah apabila mengkritik pemimpin atau menentang pemimpin. Maka serta merta seseorang itu akan dicantas dan di'peti sejukkan'.

Saya berharap ahli-ahli UMNO segera insaf dengan segala kejadian yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ini. Jangan ahli-ahli bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermaruah dan beraklhaq ini. Kepada Pak Lah berfikirlah secara waras. Mulakan langkah untuk membuat perubahan dalam UMNO. Sebab mahu tidak mahu kita kena terima hanya ISLAM dapat menyelamatkan manusia dan negara. Kita tidak mahu pemimpin yang memerintah Malaysia sekarang ini ialah pemimpin yang hanya 'berlakon' baik. Sudah sampai masanya Pak Lah menilai dan mengkaji satu demi satu pemimpin UMNO dan kerajaan yang ada sekarang. Kalau mereka terlibat dengan salah laku dan jenayah (termasuk rasuah) mereka ini mesti dipecat dan diganti dengan yang lebih bersih (takut nanti semua tak bersih).

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil
sofi@miosh.net


BEKAS AHLI MT UMNO HUTANG KASINO RM7.1 JUTA


Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam menolak permohonan oleh sebuah kasino The Ritz Hotel Casino untuk menuntut RM7.1 juta dalam bentuk hutang perjudian dari bekas Ketua Menteri Sabah Osu Sukam.

Ritz Hotel telah memperolehi perintah dari Mahkamah Tinggi England untuk mengarahkan Osu agar membayar hutang tersebut yang diperolehinya dalam bentuk kredit bagi tujuan untuk berjudi di kasino tersebut. Ritz Hotel melalui wakilnya membuat permohonan di mahkamah tinggi bagi menguatkuasakan perintah mahkamah England itu malangnya ia ditolak oleh Hakim Ian Chin.



Kita tidak mempertikaikan keputusan penghakiman hakim tersebut.

Isunya di sini mahkamah tinggi tidak sekali-kali menafikan yang RM7,142,859.98 telah diberikan kepada Osu dalam bentuk kredit untuk tujuan berjudi. Bermakna Osu telah menerima kredit tersebut, berjudi dan akhirnya hangus sebanyak jumlah tuntutan itu atas meja judi!

RM7 juta ini kalau digunakan untuk membeli rumah kos rendah di Selangor, pembeli dapat membeli rumah untuk 200 orang keluarga! Osu, bekas ahli majlis tertinggi Umno (2000-2003) dan bekas Ketua Menteri Sabah (1999- 2001) dapat menghanguskannya sekelip mata atas meja judi.

Osu mungkin diselamatkan oleh keputusan mahkamah tinggi Kota Kinabalu ini, namun mahkamah Allah di Padang Mahsyar sudah pasti menunggu beliau. Judi ini samada di England ataupun Malaysia adalah haram disisi Islam.


PROGRAM TERKINI DPP NEGERI


7hb. Julai 2005 ( 5.30 ptg - Semabok) - Mesyuarat Lajnah Penerangan DPP Negeri
9hb. Julai 2005 ( 9.00 pagi Devon, Merlimau) - Brainstorming Pelan Tindakan tahunan DPP Negeri.


Wednesday, 6 July 2005

MALAYSIA SYURGA PELACURAN


DPP Kawasan Bukit Katil memandang serius terhadap jawapan Perdana Menteri di dalam Parlimen yang menyatakan bahawa terdapat 26,864 orang pelacur asing ditangkap setakat di Malaysia. Ini belum dicampurkan jumlahnya dengan pelacur rakyat Malaysia. Apa yang bermain di kepala kita ialah mengapa begitu ramai sekali pelacur di Malaysia ini. Itu jumlah yang ditangkap, yang masih bebas mesti lebih ramai dari jumlah itu.

Nampaknya negara Islam Hadhari ini merupakan syurga bagi pelacuran. Kalau tidak masakan begitu besar jumlah pelacur yang bermastautin di sini. DPP Kawasan Bukit Katil sebenarnya tidak berasa hairan dengan fenomena ini kerana kita tahu Islam Hadhari itu sendiri sebenarnya tidak mementingkan pencegahan kemungkaran dalam pengisiannya. Itulah sebabnya pencegahan kemungkaran tidak termasuk dalam 10 'rukun' Islam Hadhari.

Kerajaan Malaysia juga sebenarnya tidak serius untuk menangani gejala pelacuran ini. Ini dapat kita lihat melalui bercambahnya tempat-tempat maksiat seperti Nite Kelab, Dangdut, Karaoke, Pub dan sebagainya yang mana tempat sebegini adalah antara tempat tumpuan pelacur-pelacur mencari pelanggan. Ada juga dikalangan GRO di tempat-tempat ini yang menjalakan kerja sebagai pelacur. Kalau ditinjau di bandar-bandar besar seperti KL, Georgetown, Melaka, JB dan sebagainya kita dapat melihat tempat-tempat maksiat seperti begitu banyak dan beroperasi sehingga ke pagi tanpa pengawasan.

Kes The Zouk juga menjelaskan kepada kita bahawa kerajaan Islam Hadhari sebenarnya lebih suka tempat-tempat hiburan yang menjadi penggalak kepada pelacuran ini terus beroperasi dan dikunjungi oleh anak-anak muda. Dalam kes itu pengusaha dan anak-anak muda yang terlibat dengan maksiat itu dilepaskan manakala JAWI pula yang dimarahi. INILAH ISLAM HADHARI.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan DPP PAS Kawasan Bukit Katil


Sunday, 3 July 2005

TYDP Kawasan Masjid Tanah meninggal


Masjid Tanah 2 Julai 2005 : Timbalan YDP Kawasan Masjid Tanah, Sdr Ali Ujang telah pulang ke rahmatullah pada awal pagi semalam.

Beliau telah meningal pada pukul 1.30 pagi di Hospital Melaka kerana sakit jantung. Allahyarham Ali Ujang merupakan calon PAS DUN Taboh Naning dalam Pilihanraya Umum lalu.

Pemergian merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Masjid Tanah dan Melaka kerana beliau merupakan aktivis PAS yang sangat komited dengan amanah yang dipegang. Selain memegang jawatan sebagai TYDP PAS Kawasan sejak sessi lalu beliau juga merupakan Ketua Jentera Pilihanraya Parlimen Masjid Tanah dan Ketua MTD DUN Taboh Naning.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempat bersama-sama para syuhada dan pejuang-pejuang Islam yang lain.


Friday, 1 July 2005

Universiti Utara Malaysia sekali lagi jadi milik UMNO


Dpetik dari Tranungkite........

Pelantikkan Ketua Pengarah Biro Tatanegara sebagai Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia (UUM) menggantikkan Allayarham Datuk Prof Dr. Ahmad Fauzi Mohd Basri yang meninggal sebelum ini sekaligus menamatkan spekulasi siapa pengganti tonggak kedua tertinggi dalam universiti berkenaan. Pelantikkan tersebut telah menamatkan peluang kepada beberapa kalangan tokoh akademik yang telah dibayangkan akan mengisi jawatan tersebut sebelum ini.

Datuk Dr. Nordin Kardi yang merupakan Ketua Pengarah Biro Tatanegara yang menjadi agensi yang berperanan utama untuk menanamkan dakyak-dakyah kerajaaan UMNO-BN kepada jiwa masyarakat negara ini baik dari kalangan pelajar ataupun pekerja dari kakitangan kerajaan dan sebagainya melalui Kem Bina Negara.

Mungkin dari segi kelayakan beliau, Dr. Nordin tidak dapat dinafikan kelayakannya dari segi akademiknya dimana beliau adalah merupakan bekas pensyarah di Universiti Putra Malaysia yang dulunya dikenali dengan Universiti Pertanian. Namun apa yang menjadi pertikaian dan persoalan yang bukan sahaja dari kalangan pensyarah-pensyarah di UUM bahkan juga di seluruh negara tentang mengapa pihak kerajaan memilih beliau untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Apakah di universiti tersebut tidak ada pensyarah yang lebih layak lagi untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut? Mengapakah jawatan tersebut biasanya diisi oleh ‘orang luar’ setiap kali ada kekosongan? Mungkinkah kerajaan UMNO-BN tidak menaruh kepercayaan kepada pensyarah-pensyarah lain di IPTA berkenaan. Atau mungkin jika melantik mana-mana pensyarah ‘dalam’, mereka mungkin tidak sebulu dengan jiwa pihak kerajaan.

Isu ini sering timbul bilamana orang yang menjawat jawatan Naib Cancelor atau jawatan tertinggi di institusi pengajian tinggi bisa terjatuh ke tangan mereka yang mendokong atau menyokong fahaman atau agenda parti pembangkang atau mereka yang bersifat berkecuali dan sering tidak menyokong dasar kerajaan yang dilihat dari sudut kaca mata mereka banyak yang tidak releven serta mendatangkan kerugian kepada masyarakat secara keseluruhannya. Demi untuk memastikan segala tindak-tanduk dan dasar kerajaan mendapat dokongan daripada pihak institusi pengajian tinggi maka mereka memilih kalangan pimpinan utama universiti dari mereka yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pihak kerajaan.

Sebagaimana yang sudah ditelah oleh media-media tempatan milik UMNO-BN yang membuat spekulasi dengan tidak menolak kemungkinan ‘calon luar’ yang akan dipilih untuk memegang amanah sebagai orang nombor dua di universiti berkenaan. Akhirnya telahan tersebut benar-benar berlaku dengan pengumuman yang dibuat bahawa Dr. Nordin selaku orang luar UUM telahpun dipilih ke jawatan berkenaan.

Kita melihat bahawa pelantikkan tersebut adalah merupakan suatu lagi ruang penusukan pengaruh kerajaan untuk mencengkam kebebasan di universiti sama ada ke atas tenaga pengajarnya hinggalah para penuntutnya. UMNO dan BN tidak pernah sunyi dari sebarang usaha mereka untuk mengongkong banyak pihak lebih-lebih lagi di ketika zaman parti tersebut sedang dilanda kemelut dari segi imej dan pengaruhnya di negara ini akibat dicemari dengan pelbagai isu dan skandal dari kalangan tapuk pemimpin utama mereka.

Adalah diyakini dan difahami bahawa tindakan kerajaan dalam isu pelantikan Naib Cancelor dan kongkongan pihak kerajaan di setiap IPT di negara ini mendapat rangsangan negatif dari kalangan banyak pihak yang mana meskipun tidak membantah secara lisan atau bertulis tapi sudah pasti mereka akan mengambil tindakan melalui peti-peti undi.


Pengerusi Biro Pendidikan dan Pengajian Tinggi
Angkatan Masyarakat Madani


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59