Tuesday, 31 May 2005

PETISYEN GAHFAR BABA BERHUBUNG POLITIK WANG SIA-SIA


Melaka, 31 Mei (Hrkh) - DPP Kawasan Bukit Katil sependapat dengan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad yang menyatakan bahawa tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba dan 50 pemimpin Umno menyerahkan petisyen bagi memperbaiki sistem demokrasi dan politik wang dalam Umno hanyalah tindakan yang sia-sia kerana amalan tersebut sudah menjadi budaya dan darah daging Umno

Bagaimana UMNO hendak membenteras politik wang sedangkan ianya diamalkan bukan setakat ketua bahagian bahkan pimpinan tertinggi UMNO pun menggunakan politik wang samada dalam pemilihan UMNO atau Pilihanraya umum. Amalan politik wang telah menjadi budaya dalam sistem demokrasi pilihan raya dan sekali gus meresapi amalan dan budaya kerajaan.

Petisyen Ghafar ini sebenarnya tidak akan memberikan kesan apa-apa kepada UMNO, kerana Presiden UMNO ini secara tradisinya tidak akan melayan sebarang nasihat dan teguran sesiapa pun. Tidak samada teguran itu datangnya dari Ulama, Parti Politik, orang perseorangan atau dikalangan ahli UMNO sendiri. Ini kerana pimpinan UMNO ini merasakan mereka seolah-olah 'maksum' dan betul belaka.

Inilah malangnya kita yang berketuakan orang yang tidak dimakan nasihat.


KERJAAN ISLAM HADHARI KETINGGALAN 9 TAHUN


Bukit Katil 30 Mei : Pengumuman Perdana Menteri bahawa kakitangan kerajaan akan bekerja hanya 5 hari seminggu semalam merupakan suatu langkah yang baik yang sepatutnya telah lama diamalkan oleh kerajaan. Ini kerana waktu kerja separuh hari pada Sabtu sebenarnya adalah tidak produktif. Saranan supaya hari bekerja 5 hari ini telah lama dicadangkan oleh PAS.

Kerajaan PAS Kelantan telah mengamalkan waktu kerja lima hari ini iaitu bermula pada 1hb. Januari 1996 lagi. Ini bermakna kerajaan BN ini telah ketinggalan ke belakang selama 9 tahun. Nampaknya baru sekarang mereka sedar. Inilah Islam Hadhari UMNO. Kononnya hendak maju tapi cara berfikiran, cara bekerja dan cara bertindak masih kolot dan ketinggalan zaman.

Kita semua tahu pada hari sabtu, kebanyakan pekerja yang datang bekerja pun sudah tidak bersemangat dan produktiviti pun tidak effisien. Masuk kerja pukul 8.00 pagi, pukul 10.00 dah pergi minum sampai 10.30/10.45 pagi. Jadi lepas minum hanya ada 1-2 lebih sahaja lepas itu pun balik. Jadi mana produktivitinya.


Monday, 30 May 2005

SELAMAT BERMUKTAMAR


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada semua perwakilan dan pemerhati yang akan ke Muktamar Pemuda, Ulama', Muslimat dan PAS Pusat pada 1hb. Jun 2005 hingga 5 Jun 2005. Diharapkan semuanya akan sampai ke muktamar dan kembali dengan selamat.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Ketua Penerangan DPP Kawasan Bukit Katil


Friday, 27 May 2005

USTAZ NASHARUDIN UNTUK TIMBALAN PRESIDEN: RESPONS DARI UK


Dipetik dari Weblog Roslan SMS

Memantap Iltizam Menyemarakkan Kebangkitan

Tajuk di atas merupakan tema Muktamar ke-48 PAS yang telah diadakan di Putik buat julung-julung kalinya. Muktamar penuh bersejarah dan kenangan itu membangkitkan satu nostalgia yang tidak mudah dilupakan oleh oleh para perwakilan dan pendokong Agama Allah yang cintakan kebenaran, yang menghayati jerih sebuah perjuangan sebagaimana yang dirintis oleh Junjungan Besar SAW dan para sahabat baginda.

Dari pembinaan Putik hinggalah kepada perbahasan-perbahasan penuh kematangan yang diutarakan oleh perwakilan (termasuklah lawak bermakna dengan panggilan Bapak Presiden, panggilan kepada Presiden Indonesia) oleh perwakilan Kedah kepada Almarhum Dato Fadzil Noor. Betapa ia menggambarkan iltizam yang cukup mantap dari tukang pembuat rumah batu hinggalah kepada mood perwakilan yang seakan melihat Parti PAS dan Barisan Alternatif yang diterajuinya boleh maju ke hadapan untuk menjadi pilihan kepada rakyat Malaysia yang muak dan mual dengan gelagat angkuh dan sombong pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia/UMNO pada masa itu.

Semangat kemenangan besar yang dikurniakan Allah dari pilihanraya ke-11 tahun 1999 telah mewarnai kemeriahan dan keceriaan semua peserta dari segenap lapisan.
Bekalan Allah untuk perjuangan Islam dengan kemenangan itu memberi seribu harapan dan pengertian terutamanya kepada mereka yang tidak pernah mengenal penat dan lelah perjuangan. Namun takdir Allah jua, pemergian pemimpin agung PAS di kala kilauan cahaya yang terpancar dari peribadinya, tuturkata dan keilmuan beliau yang seakan bakal memenuhi ruang udara Malaysia itu telah hilang secara tiba-tiba.

Kegelapan sementara yang terasa dengan pemergian Negarawan ulung itu sememangnya satu ujian Allah untuk menggerakkan dan menyedarkan pendokong Jamaah Islam; bukan sekadar untuk melahirkan satu atau dua pemimpin seperti Almarhum, malah puluhan dan ratusan tenaga-tenaga dan peribadi yang akan menjadi galang ganti kepada rentetan perjuangan tanpa henti ini.

Justeru, hanya masa yang memisahkan kita dengan kedatangan seorang lagi tokoh yang merupakan anak didik Almarhum. Beliau tidak lain adalah Ustaz Nasharudin Mat Isa, permata yang ditemui oleh Almarhum untuk digilap dalam mendepani cabaran dan menyemarakkan kebangkitan Islam di Nusantara.

Sememangnya Almarhum merupakan seorang yang berpandangan jauh dan ahli politik Islam yang penuh daya kepimpinan dan wawasan. Bukan cuma pemimpin yang melihat perjuangan dari kacamata presiden sebuah parti politik, malah usaha-usaha beliau yang berterusan dalam cuba memahamkan segenap masyarakat dengan konsep dan kepimpinan Islam yang tulen telah menjadi perintis kepada Memorandum Negara Islam yang cuba dibawa oleh PAS. Sayangnya beliau pergi sebelum kerja-kerja penyiapan memorandum disempurnakan, yang pada asasnya untuk menghapuskan kebimbangan rakyat terutamanya bukan/belum Islam terhadap konsep pemerintahan Islam. Final touch beliau yang dinanti-nanti tidak kesampaian.

Sebagai ingatan bersama, antara tujuh konsep yang digariskan adalah:

1. Negara masyarakat awam (madani) dan bertamadun (hadhari).
2 . Negara yang mengamal prinsip kesaksamaan (al-musaawaah).
3 . Negara yang mendukung kedaulatan undang-undang berdasarkan perundangan dan syariah Islam.
4 . Negara yang berteras dan bermatlamat keadilan (al-adaalah).
5 . Negara yang mendukung prinsip kelayakan (as-salihiah).
6 . Negara berkebajikan.
7 . Dan negara yang dinamik dan inovatif.

Sebenarnya ini bukan kali pertama istilah hadhari disebut dalam muktamar PAS. Muktamar PAS ke-33 juga menyaksikan istilah ini telah digunakan oleh kepimpinan kita. Namun, istilah hadhari yang disebut oleh beliau menjadi permainan pemimpin UMNO yang mengatakan Almarhum juga menyokong Islam Hadhari. Hakikatnya ia menunjukkan betapa beliau diterima sebagai pemikir Islam dan Negarawan yang ulung.

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai persepsi masyarakat tentang Islam akibat acuan ini yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan Barian Nasional dalam meneruskan agenda pemerintahan mereka. (melihatkan acuan-acuan sebelum ini mendapat tempat di hati penyokong melayu Islam)

Islam Hadhari, yang maklumat mutaakhir mengatakan menjadi perbincangan antara cikgu dengan murid-murid seawal darjah satu merupakan sesuatu yang cukup membimbangkan! Tentu sekali kerajaan Barisan Nasional seperti desperate untuk memastikan muntahan awal idea Islam Hadhari itu menjadi satu gagasan pemikiran yang bakal melahirkan masyarakat melayu Islam yang progresif mengikut acuan yang bakal didefinasikan mereka. Hakikatnya mengekalkan penguasaan mereka.

Maka sudah tentu cabaran yang dihadapi oleh PAS cukup besar. Ketokohan Tuan Guru Dato Presiden sekarang terutama keilmuannya amatlah disegani. Hinggalah buku terakhir beliau telah cuba diharamkan dan telah pun dirampas oleh pihak berkuasa yang kurang kesedaran dan bertanggungjawab. Gandingan beliau dan Ustaz Nasharudin cukup serasi. (Beliau sendiri diminta bertanding di Besut dalam pilihanraya lepas dengan harapan memudahkan perhubungan antara Presiden dan Setiausaha Agong.)

Saya merasakan gandingan ini akan menjanjikan kebangkitan dan menyegarkan kembali pejuang-pejuang dan pencinta agama Allah yang tidak sanggup lagi dan rimas dalam politik dan demokrasi sempit yang diamalkan di Negara kita sekarang ini. Adalah menjadi harapan saya, perwakilan tahun ini menggunakan mandat yang diberi untuk membawa perubahan, demi meneruskan kelangsungan perjuangan ini dengan membawa PAS ke era kemenangan Islam.

DR ROSLI - MANCHESTER


Thursday, 26 May 2005

ANWAR IBRAHIM LAWAT MELAKA 31 Mei


Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Melaka pada 31 Mei 2005 ini. Antara program yang diaturkan ialah Program Hi-Tea di Dewan Sekolah Pay Fong pada jam 5.00 petang. Orangramai dijemput untuk menghadirinya. Kad berharga RM15.00 dijual untuk menghadiri jamuan ini.


KELUAR TV BARU NAK BERTINDAK


Baru-baru ini orang ramai di Melaka dikejutkan dengan tersiarnya berita seorang hamba Allah yang hendak menjual anaknya dalam kandungan kerana hendak membiayai seorang anaknya yang mengidap sakit jantung. Berita ini disiarkan oleh TV3 dalam siaran beritanya.

Maka bergegaslah Ali Rustam datang ke rumah Hamba Allah tu kat Semabok. Tersiarlah pulak berita yang kerajaan negeri akan membantu keluarga ini membiayai kos perubatan tersebut serta mereka akan dipindahkan kesebuah rumah sewa baru.

Apa yang menghairankan kita ialah dimanakah fungsi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Apakah JKKK tidak tahu penderitaan keluarga ini atau JKKK merasakan perkara ini perkara kecil. Keluarga ini tidak perlu dibantu. Atau mungkinkah JKKK memilih bulu untuk memberi bantuan. Kita selama ini memanglah sifat JKKK yang sentiasa mendiskriminasikan golongan tertentu seperti ahli parti pembangkang.Bila tersiar berita dalam TV barulah panas punggung nak bertindak.

Kita mengharapkan kerajaan negeri dan pejabat daerah dapat mendidik JKKK supaya dapat berfungsi dengan lebih baik dan profesional. Janganlah sampai orang nak parah pun mereka tidak tahu. Janganlah memilih bulu untuk memberikan pertolongan dan bantuan.


BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI MENTERI


ROSLAN SMS menulis .............

Dalam masa tak sampai 48 jam satu berita yang dipetik dari seorang Timbalan Menteri boleh berubah-ubah dan akhirnya dari perkara yang serius dan besar menjadi kecil dan hilang nilai. Dari isu mengancam keselamatan Negara yang kritis dan sebesar gunung akhirnya bertukar menjadi kecil sekecil semut yang halus. Demikianlah al kisahnya polimik kumpulan militan baru yang dicetuskan oleh Noh Omar Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.


Ikan duri, Noh dan Ikan Senohong

Dalam akhbar-akhbar tempatan Isnin lalu Noh dilaporkan sebagai berkata Negara diancam oleh sekumpulan militan yang sedang dipantau pihak keselamatan. Akta Keselamatan Dalam Negeri yang Suruhanjaya Di Raja berkenaan Polis cadangkan untuk disemak semula itu, kononnya mungkin digunakan untuk mematahkan ancaman kumpulan ini.

Gegak-gempita bunyinya. Tidakkah menghairankan sesuatu yang demikian besar ancamannya kepada Negara, tiba-tiba kerajaan memilih sekadar seorang Timbalan Menteri yang tidak pun duduk dalam kabinet untuk membuat kenyataan.

Dan seperti diduga belum pun sempat berita kontroversi itu menggelegak panas, Noh berpatah arah dan menyatakan beliau kononnya telah disalah petik. Kononnya yang beliau maksudkan bukannya kumpulan militant tetapi kumpulan ajaran sesat.

Dalam waktu yang sama Timbalan PM yang juga Menteri Pertahanan mengeluarkan sindiran bahawa dalam hal perisikan sepatutnya kita tidak banyak bercakap!

Hari ini kredibiliti Noh terus disagat apabila Menteri di JPM Dr Abdullah Mat Zain menyatakan:

Kegiatan kumpulan ajaran sesat dalam negara pada masa ini adalah terkawal dan tidak membimbangkan

Bermakna kumpulan militan pun tidak, ajaran sesat pun tidak, oleh itu mengapa begitu celupar mulut Noh mahu menakut-nakutkan Negara dan rakyat? Tidakkah ini kelak bakal menghantar mesej yang negatif kepada para pelabur dan dunia asing. Dalam waktu kita bersungguh mahu menerangkan kepada dunia bahawa Malaysia ini sebuah destinasi yang selamat, tiba-tiba kita ada seorang Timbalan Menteri yang berlagak lebih dari Pak Pandir.

Barangkali ancaman sebenar adalah meletakkan Noh sebagai seorang Timbalan Menteri. Benarlah apabila orang moden memperkenalkan bidalan baru:

Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama-lama jadi menteri!


Tuesday, 24 May 2005

DEWAN PEMUDA PAS BUKIT KATIL MULAKAN LAWATAN KE CAWANGAN-CAWANGAN


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil telah mengadakan program lawatan ke cawangan-cawangan bermula pada 19 Mei lalu. Cawangan pertama yang dilawati ialah Cawangan Kandang. Lawatang ini telah disertai oleh Ketua DPP Kawasan, Hj Salamat Aman; Us Abu Bakar Ramli, Timbalan Ketua DPP Kawasan; Sdr Khairuldin Ismail, Setiausaha DPP Kawasan;Sdr. Sofi Wahab, Ketua Penerangan; Sdr. Latip Idris, AJK dan Sdr. Mohd Danial, AJK DPP Kawasan yang juga Ketua DPP Cawangan Kandang. Tutur hadir dalam program tersebut ialah Sdr. Aziz Ali ketua PAS Cawangan Kandang dan beberapa orang AJK dan ahli PAS Cawangan.

Antara objektif lawatan ini ialah untuk menerangkan tentang program Unit Kerja Jamaah (UKJ) yang dilancarkan oleh DPP Pusat di mana setiap cawangan disasarkan mempunyai 10 orang ahli pemuda yang betul-betul komited kepada perjuangan. Pemuda Pusat mensasarkan pada tahun 2007 terdapat 70,000 ahli pemuda yang komited di seluruh negara.

Cawangan kedua yang akan dilawati ialah Cawangan Bukit Lintang iaitu pada 24 Mei 2005. Program bermula dengan Solat Isyak berjemaah.


ISLAM HADHARI PINGGIRKAN AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAQ


Melaka 24 Mei : Islam Hadhari yang dilaung-luangkan oleh UMNO tetah meminggirkan akidaq, syariah dan akhlaq. Demikian ditegaskan oleh Tuan Guru Dato ' Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dalam forum perdana anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri di perkarangan Markaz PAS Kawasan Bukit Katil Ahad lalu.

Sekarang ini akidah umat Islam semakin hari semakin longgar disebabkan kerajaan Islam Hadhari tidak menanganinya dengan bersungguh-sungguh. Sekarang ini jumlah orang melayu yang ingin menukar nama di Pejabat Pendaftaran cukup tinggi. Begitu juga berkenaan syariah, undang-undang Islam seperti hudud, qisas dan sebagainya tetap dipinggirkan walaupun Islam Hadhari telah diperkenalkan lebih setahun lalu. Tegas Tuan Guru. Begitu juga akhlaq, kita melihat akhlaq muda-mudi semakin hari semakin teruk. Program-program merosakkan akhlaq semakin banyak dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu bahkan ianya mendapat sokongan kuat dari kerajaan Islam Hadhari.

Sementara itu Dr.Hassan Ali yang menjadi panel kedua pada malam itu juga sependapat dengan Tuan Guru. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berpendapat bahawa jika sekiranya kerajaan Islam Hadhari ini tidak ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang maka sudah pastilah ajaran Islam ini akan makin lama makin ditinggalkan sebagaimana yang berlaku di Bosnia, Albania, Turki dan lain-lain.

Turut menjadi panel pada malam itu ialah Hj. Husam Musa, AJK PAS Pusat. Beliau kurang sihat pada malam tadi hanya sempat menyampaikan ucapannya selama 15 minit sebelum meninggalkan majlis untuk mendapat rawatan.

Majlis Forum malam tadi telah mendapat sambutan di luar dugaan di mana orang ramai yang hadir melimpah sampai keluar di mana di anggarkan seramai 2,000 orang hadir. Ini telah mengingatkan kita tentang situasi yang berlaku sebelum pilihanraya 1999 di mana sambutan orang ramai terhadap program PAS dan BA amat menggalakkan.


Friday, 20 May 2005

DPP Bukit Katil kutuk sekeras-kerasnya kezaliman Kerajaan BN Terengganu


Melaka 20 Mei. DPP Kawasan Bukit Katil mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman kerajaan Islam Hadhari Terengganu yang merobohkan beberapa biji rumah di RTB Pengkalan Merbau, Sg. Tong. Ini merupakan suatu tindakan ala yahudi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Islam Hadhari ini.

Kerajaan ini dengan jelas tidak mahu memperakui kesahihan kerajaan PAS dulu kerana mereka sewenang-wenang merobohkan rumah rakyat yang dibina diatas yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu. Sedangkan kerajaan PAS dulu adalah kerajaan yang sah dan semua kelulusan yang diberikan olehnya mestilah diperakui.

Salah satu rumah yang dirobohkan adalah kepunyaan anggota tentera yang masih berkhidmat. Berita lanjut dalam Harakahdaily..........


DPP Kawasan arahkan ahli-ahli pemuda sama-sama sambut Tuan Guru pada 22 Mei nanti


Melaka 20 Mei : DPPK Bukit katil mengarahkan semua ahli-ahli pemuda dalam kawasan Bukit Katil supaya turut sama menyambut ketibaan Tuan Guru di Plaza Tol Ayer Keroh iaitu kira-kira jam 3.30 petang 22 Mei nanti. Oleh itu adalah diharapkan semua ahli-ahli pemuda menyebarkan maklumat ini kepada semua ahli pemuda cawangan.

Tuan Guru Presiden akan menghadiri suatu program forum perdana pada sebelah malamnya bertempat di Hotel Emperor. Program itu akan bermual pada jam 9.00 malam.


Dewan Pemuda PAS Melaka akan siasat dakwaan pekerja TESCO dipaksa kerja lebih masa tanpa ganjaran setimpal


Melaka 20 Mei : DPPN Melaka akan menyiasat dakwaan bahawa, pekerja-pekerja TESCO Melaka dipaksa bekerja lebih masa (OT) dengan tidak mengikut akta buruh. Sumber-sumber maklumat dalaman menyatakan laporan telah dibuat kepada Jabatan Buruh tetapi sehingga kini tiada tindakan di ambil.

Naib Ketua DPPN Melaka, Sdr. Haron Mohamed menyatakan perkara selepas selesai mesyuarat DPP di Semabok malam tadi. Sehubungan dengan itu beliau menjelaskan bahawa perkara ini adalah suatu perkara yang serius kerana majikan mestilah mematuhi akta buruh yang telah sedia termaktub.

Sementara itu DPP Kawasan Bukit Katil telah memulakan siri penerangan tentang program Unit Kerja Jemaah (UKJ) ke cawangan-cawangan. Malam tadi bertempat di Markaz PAS Cawangan Kandang di Jalan Wakap, Pengerusi UKJ DPP Bukit Katil Sdr. Khairuldin Ismail telah menjelaskan bahawa projek ini amat penting dilaksanakan oleh Jawatan Kuasa Cawangan (JPC) kerana ianya akan menentukan nasib perjuangan PAS pada masa hadapan.

Matlamat untuk mendapatkan 10 orang ahli pemuda di setiap cawangan merupakan suatu perkara yang realistik dan boleh dicapai oleh semua cawangan jika ahli-ahli cawangan komited mewakafkan anak-anak mereka untuk perjuangan Islam. Turut sama dalam siri penerangan UKJ di Kandang malam tadi ialah Timbalan Ketua DPP Bukit Katil Us. Abu Bakar Ramli, Ketua Penerangan Sofi Wahab, AJK DPP Kawasan Sdr Latip Idris dan Sdr. Mohd Danial.


Thursday, 19 May 2005

GUANTANAMO SIMBOL KEDURJANAAN AMERIKA


ROSLAN SMS menulis .............

Pagi tadi melalui CNN disiarkan secara langsung sidang akhbar hasil pertemuan Setiausaha Negara Amerika Dr Condoleeza Rice dan Menteri Luar UK Jack Straw. Salah satu soalan yang dibangkitkan oleh wakil media adalah berkenaan berita diakhbar Newsweek berkenaan penghinaan terhadap Al Quran yang sengaja dilakukan oleh tentera Amerika bagi mengugut tahanan di Guantanamo Bay.



Ekoran laporan ini demonstrasi besar-besaran telah tercetus di Pakistan dan Afghanistan (yang telah mengorbankan nyawa) serta beberapa Negara Islam yang lain.

Rice menegaskan bahawa berita itu telah memberikan gambaran yang negatif (Newsweek telah pun menarik balik berita tersebut, namun tidak menafikannya) terhadap Amerika dan sekutu-sekutunya. Malah menurut Rice pentadbiran Amerika menghomrati Islam dan amalan-amalannya dan tidak sekali-kali bersetuju dengan sebarang usaha atau langkah menghina Islam oleh mana-mana pihak pun.

Namun Rice tidak pula menyatakan sampai bila kira-kira 520 orang tahanan berbagai bangsa terutama dari Afghanistan dan Pakistan yang ditahan sejak peristiwa September 11 dan camnputangan Amerika ke atas Afghanistan itu akan dibebaskan. Para tahanan ini tidak diberikan hak sebagaimana tawanan perang lain, malah mereka dilayan seumpama haiwan, dan gambar-gambar keadaan mereka telah pun tersebar luas keseluruh dunia.

Mungkin laporan Newsweek itu tidak benar, mungkin benar tetapi cuba digelapkan oleh pentadbiran Amerika, kerana Newsweek mempunyai rekod sebagai majalah politik yang sentiasa tepat dan sahih. Apa pun yang jelasnya umat Islam sehingga kini masih tertanya-tanya apa nasib saudara se Islam mereka di sana yang sehingga kini masih ditahan tanpa bicara.

Kerana itulah apa sahaja berita yang terbit dari Guantanamo pasti akan mendapat perhatian seluruh umat Islam yang prihatin. Sesungguhnya Guantanamo adalah lambang kedurjanaan Amerika di bawah Bush. Amerika yang selama ini merupakan pejuang hak asasi telah tercemar tangannya melalui penjara Guantanamo.

Mudah-mudahan Allah swt memberikan kekuatan kepada saudara-saudara se Islam kita yang dituduh pengganas itu namun tidak pernah dibuktikan secara terbuka. Ya Allah lindungilah mereka.


Wednesday, 18 May 2005

RAYUAN TABUNG PEMBANGUNAN MARKAS PAS CAWANGAN PAYA DALAM


PAS Cawangan Paya Dalam merayu orangramai untuk menderma untuk tabung pembangunan Markaz PAS Cawangan Paya Dalam yang sekarang ni sudah siap 50 %.

Derma boleh dibuat dengan memasukkan duit ke akaun Tabung Balai Islam Kg. Paya Dalam no : 04010002003-71-8 Bank Mua'malat Melaka.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Tuan Haji Salim Tahir (Ketua PAS Cawangan Paya Dalam) di talian 013-354 9177.

Segala sumbangan Insya Allah akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah.


FORUM PERDANA ANJURAN BADAN PERHUBUNGAN PAS MELAKA


Melaka 18 Mei : Badan Perhubungan PAS Melaka akan menganjurkan Forum Perdana bertarikh pada 22 Mei 2005 bertempat di Hotel Emperor bermula jam 9.00 malam.

Ahli panelnya terdiri dari Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang, Hj.Husam Musa dan Dato' Dr. Hj Hassan Mohd Ali.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.


Tuesday, 17 May 2005

SURAT SETIAUSAHA ANWAR IBRAHIM


SURAT SETIAUSAHA ANWAR IBRAHIM TERHADAP SURAT SDR NORIZAN MD NOR - MENGAPA ANWAR TINGGAL DI LUAR NEGARA TIDAK MENERUSKAN PERJUANGAN DI MALAYSIA

Berikut aku kongsi JAWAPAN daripada SU DSAI untuk
tatapan kita bersama. Semoga ini dapat memberi sedikit
pemahaman, pengertian dan KEADILAN kepada kita semua
agar memahami titik tolak tentang sesuatu isu.

Ini adalah respond daripada beberapa artikel yg
ditulis atau dipetik yang sedikit sebanyak
mempertikaikan DSAI. Siapa SU yang emel ini, biarlah
teman2 mencari sendiri.

Sekian, Harap Maklum.
------------------------------------------------------

Sdr

Marilah saya bawakan kepada pengetahuan sdr realiti
hidup di msia. Anwar Ibrahim berada di seberang laut
kerana tidak ada ruang untuk hidup di Malaysia. Pencen
tidak dapat satu sen pun kerana conviction charge
pertama. Ini lah angkara dr mahathir. Sumbangan dan
bakti beliau selama lebih 10 tahun dengan kerajaan
tidak membawa makna.

Cerita penglipur lara beliau sudah kaya adalah
donggeng. Rumah di damansara sudah di JUAL kerana di
situ harga mahal. Beliau belilah rumah lebih murah,
dapat untung sikit untuk masa depan anak-anak. Anak
lima orang masih bersekolah. Ini adalah bebenan yang
besar.

Semasa di institusi pengajian tinggi di seberang laut
pun pemerintah malaysia kacau. Penganjur yang
menjemput beliau digertak agar menarik balik jika mahu
biznes d malaysia atau mau kerajaan menghantar wakil.
APA JENIS MANUSIA INI? BAGI SAYA BIARLAH DIA DI LUAR
KERANA RAKYAT MALAYSIA TAK DESERVE SEORANG PEMIMPIN
SEPERTI DIA. kita ada pimpinan sekarang meluangkan
belilah barang murah - SIAPA YANG BODOH NAK BELI
BARANG MAHAL. Isunya kos hidup meningkat. Tetapi bagi
yang kaya, ia tidak memberikan apa-apa masalah. Tetapi
bagi kita tentu bigung.

sekian


ISLAM HADHARI UMNO semua boleh


Suatu catatan .....

Malam Ahad lalu saya telah menziarahi Hang Tuah Mall untuk membeli sehelai baju melayu di kedai-kedai yang berderetan di situ. Sesampai saya di sana telinga saya terasa bingit dengan bunyi muzik 60-an. Sesekali 'tergedik' juga kaki bila mendengar irama sedemikian.

Sesampai saya berhampiran pentas yang dibina terpandang saya akan kain pemidang (banner) yang digantung di pentas tersebut dinama ianya ditulis Pertandingan nyanyian lagu 60-an. Penyertaan terbuka kepada semua orang. Pengacara merangkap penyanyi selingan malam tu mengumumkan bahawa hadiah pertama pertandingan berjumlah RM500.00.

Bila dilihat kepada pemain-pemain muzik dan pengara tu semuanya berumur 50-an ke atas. Tapi jiwa mereka semuanya muda sebab stail, gaya dan semangat yang ditunjukkan mereka semua macam orang muda. Penonton pula kebanyakan juga seangkatan dengan mereka.

Setelah membaca banner tersebut barulah terpandang saya penaja kepada program tersebut yang tak lain tak bukan ialah pendukung ISLAM HADHARI - UMNO MELAKA dan YAYASAN MELAKA.

Saya merasa hairan inikah Islam Hadhari yang ditaja oleh UMNO. Sudahlah menggalakkan maksiat dikalangan muda-mudi, sekarang ni mereka cuba menjahanamkan pula sisa-sisa golongan emas dan separa emas dengan program seumpama ini. Sepatutnya UMNO menggunakan duit peruntukan acara untuk program yang bermanfaat.

Semasa saya membeli baju di salah sebuah kedai di situ, saya sempat bertanya kepada kakak tuan punya kedai itu, saya kata seronoklah kakak malam ini sebab dapat berhibur dan mengimbau kenangan silam masa muda dulu. Kakak dengan nada sinis menjawab kita tua-tua sepatutnya menumpukan perhatian kepada amal ibadat bukan datang menonton dan ambil bahagian dalam acara sebegini. Ini tidak katanya kita yang tua ni pulak lebih dari orang muda.

Dalam hati saya 'INILAH ISLAM HADHARI' semua boleh, baca yasin boleh, judi boleh, bergaul bebas boleh dan macam-macam lagi. Tidak hairan di Melaka tempat-tempat maksiat begitu banyak bercambah sebab, ISLAM HADHARI UMNO menggalakkan program macam ini.

ANAS FIKRI - Bukit Katil


SEKSYEN 27 AKTA POLIS MEMBELENGGU DEMOKRASI DI MALAYSIA


ROSLAN SMS MENULIS ........

Sejak Laporan Suruhanjaya Di Raja berkenaaan Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM didedahkan kepada orang-awam maka banyaklah komen dan pandangan dari pelbagai pihak diterima. Tahniah seharusnya diberikan kepada anggota suruhanjaya berkenaan kerana berjaya menerbitkan dengan bebas laporan setebal lebih 500 mukasurat itu.

Bagi saya salah satu syor yang diberikan oleh suruhanjaya berkenaan yang saya kira wajar diberikan perhatian serius adalah berkenaan meminda Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang sejak zaman berzaman telah membelenggu dan mengekang kebebasan dan demokrasi khususnya terhadap kegiatan parti-parti politik pembangkang. (Parti pemerintah biasanya terlepas dari sebarang peraturan ataupun diberikan keistimewaan).



Seksyen berkenaan adalah berkaitan hak parti-parti politik untuk menganjurkan perhimpunan, persidangan, perarakan dan perjumpaan. Dalam hal ini polis diberikan kuasa yang terlalu luas dan pentafsiran akta adalah berdasarkan kehendak dan kemahuan pihak polis semata-mata, yang biasanya dibuat berdasarkan cita rasa menteri yang bertanggungjawab. Sehinggakan parti-parti politik yang berdaftar sah dalam Negara menurut peraturan undang-undang pun terpaksa melutut kepada pihak polis apabila berhasrat menganjurkan majlis-majlis tertentu.

Apakah sebenarnya hasrat undang-undang ini pada asalnya? Saya pasti ianya bukan untuk menyekat kebebasan mana-mana pihak untuk mengamalkan hak mereka. Pada saya perlunya undang-undang ini barangkali adalah semata-mata untuk memastikan kelancaran sesuatu majlis, agar ianya tidak menghalang lalu-lintas atau kehidupan orang awam yang lain. Agar suasana tegang dan huru-hara tidak wujud. Itu sahaja.

Pihak berkenaan perlu ingat bahawa yang mahu dikawal ini bukannya golongan pengganas, kumpulan haram atau seumpamanya. Mereka adalah anggota parti-parti yang sah disisi undang-undang yang masing-masing terima, akur dan junjung kedaulatannya.

Takkanlah kerana mahu menganjurkan suatu majlis dalam premis sendiri atau premis yang disewa maka pelbagai syarat dan peraturan yang tidak masuk akal dikenakan. Menurut rekod pihak polis pernah menyerbu dan menghentikan majlis-majlis yang dianjurkan oleh badan-badan politik walaupun dianjurkan dalam premis sendiri, rumah ahli ataupun premis yang disewa. Pernah seorang ADUN di Kedah yang cuba berunding dengan pihak polis ketika majlis diserbu, digari dan diseret ke trak polis di depan khalayak ramai!

Saya kira di Malaysia tidak pernah pun kita melihat mana-mana majlis yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang khususnya berakhir dalam suasana tegang, huru-hara dan seumpamanya. Malah demonstrasi yang dianjurkan pun biasanya berakhir dengan aman, ada majlis bacaan doa pula dipenghujungnya. Yang kita nampak jadi tegang dan huru-hara biasanya bila pihak polis campurtangan, dalam keadaan demikianlah apabila gas pemedih mata dan water canon ditalakan kea rah majlis yang aman, maka kekecohan tercetus.

Kita perlu bersikap rasional, memberikan kebebasan dan peluang kepada semua pihak untuk berinteraksi dan menyampaikan mesej serta penerangan kepada rakyat darihal sikap dan pendirian mereka terhadap satu-satu isu. Apabila undang-undang yang ada kita guna-pakai untuk menyekat dan menghalang aktiviti demokrasi seumpama ini maka kita sekaligus terlibat dalam membelenggu demokrasi itu sendiri.

Yang penting kita minta parti-parti politik bertanggungjawab terhadap majlis-majlis yang mereka anjurkan. Jika berlaku sesuatu yang melanggar peraturan atau apa sahaja yang seumpamanya maka parti berkenaan yang latarbelakang pimpinan dan ahlinya ada pada pihak cawangan khas PDRM bolehlah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Jangan kita biarkan pihak polis diperalatkan untuk kepentingan politik pihak yang berkuasa. Peraturan yang ada jika tidak dipinda memang pun telah dipergunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik mereka yang berkuasa.

Kalau kita berhasrat menjadikan Malaysia setaraf dengan Negara dunia pertama yang lain maka demokrasi yang diamalkan juga perlu setaraf dan setanding dengan yang terdapat di dunia pertama. Jangan Negara sahaja nak jadi dunia pertama tetapi demokrasi ala Mugabe ala Saddam, dari dunia ketiga. Syabas pihak suruhanjaya!


Bulletin PAS Kawasan Bukit Katil akan diterbitkan


Bukit Katil 17 Mei : Lajnah Penerangan PAS Kawasan akan menerbitkan bulletin PAS Kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil. Bulletin ini akan diterbitkan dua kali sebulan berselang seli dengan Harakah. Penerbitan ini akan bermula pada bulan Jun ini.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Sdr. Sofi Wahab menjelaskan antara objektif diujudkan bulletin ini ialah untuk menyampaikan maklumat tentang isu-isu hangat terkini disamping menyampaikan hebahan tentang program-program yang akan dilaksanakan oleh PAS diperingkat negeri, Kawasan dan dewan-dewan.

Sebarang aduan, makluman dan berita tentang apa juga isu dan aktiviti parti boleh disiarkan di dalam bulletin ini dengan menghubungi email : sofi@miosh.net atau talian telefon 019-682 1318.

Bulletin yang mengandungi 4 mukasurat ini akan cuba diedarkan keseluruh cawangan-cawangan dalam Kawasan Bukit Katil ini.




Monday, 16 May 2005

PAKAIAN RAFIDAH DI TEHRAN JANGAN SAMPAI DISKRIMINASI HUKUM


ROSLAN SMS MENULIS........


Saya berkesempatan menonton Buletin Utama TV3 semalam. Antara highlight nya adalah kunjungan rasmi PM dan rombongan ke Republik Islam Iran. Ditunjukkan pertemuan antara PM dan delegasi Malaysia bersama Presiden Khatami dan para menterinya.

Yang saya asyik perhatikan lalu terbit persoalan dalam dada, mengapa Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz perlu tutup kepala (walaupun jambul di depan terdedah) bila bertemu Presiden Iran Khatami di Tehran semalam?


Pak Lah, Rafidah dan rombongan mengunjungi Ayatollah Khamanaei

Rafidah yang saya tahu kalau menghadiri majlis-majlis persidangan, forum dan berbincang dengan para perwakilan Negara asing tidak pernah berpakaian demikian. Mengapa di Tehran beliau berubah?


RAFIDAH YANG KITA KENAL SEHAR-HARI

Adakah kerana menghormati Khatami selaku seorang ulamak dan Ketua Negara Republik Islam Iran? Atau kerana kerajaan Iran mengenakan syarat demikian?

Saya mengesyorkan jika Rafidah berpakian demikian kerana menghormati Khatami dan peraturan yang diguna pakai di Iran mudah-mudahan Rafidah selepas ini akan terus berpakaian demikian (dengan peningkatan dari masa ke semasa) kerana sesungguhnya ada yang lebih besar dari Khatami yang sentiasa melihat kita di mana sahaja kita berada. Dialah yang mencipta peraturan dan hukum sehingga diguna pakai oleh Khatami dan mereka-mereka yang taat dan betaqwa kepada Nya. (Saya bangkitkan perkara ini bukan kerana apa tetapi sebagai seorang Menteri wanita yang terkanan di Malaysia, Rafidah sudah pasti membawa bersamanya imej wanita Islam Melayu. Besar tanggungjawab beliau dalam hal ini.)

Tetapi kalau Rafidah berpakaian demikian semata-mata untuk menyesuaikan diri dengan majlis, maka selama itulah Rafidah dan mereka-mereka yang seumpama beliau sebenarnya telah mendiskriminasi hukum dan peraturan ciptaan Nya. Jangan kita hanya berjuang menentang diskriminasi terhadap wanita. Kita juga harus sedar dan jangan sampai mendiskriminasi Allah swt dan hukum serta peraturan Nya. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada mereka-mereka yang dikehendakinya.


KES MENGHINA AL QURAN DI GUANTANAMO


ROSLAN SMS MENULIS .........

Majalah Newsweek di dalam liputannya telah memuatkan darihal layanan yang diterima oleh tahanan Islam Guantanamo Bay, Cuba. Menurut laporan tersebut terdapat saksi yang memberi maklumat melihat anggota tentera Amerika yang menyoal-siasat tahanan di sana telah melontarkan Al Quran ke dalam mangkuk tandas lalu dipam bagi menghina tahanan berkenaan.
Lanjutan dari pendedahan Newsweek itu beberapa Negara Islam telah mendesak agar kerajaan Amerika menyiasat kejadian tersebut dan memberikan penjelasan sebenar. Rakyat di Pakistan dan Afghanistan (kebanyakan tahanan di Guantanamo datang dari kedua-dua buah Negara tersebut) telah keluar beramai-ramai menunjuk perasaan membantah tindakan biadap Amerika itu.


DEMO DI PAKISTAN

Dalam kekalutan ini Setiausaha Negara Amerika Rice terpaksa membuat kenyataan bahawa Amerika tidak pernah sekali-kali bertindak menghina kitab suci Al Quran dan akan menyaisat kejadian tersebut jika benar.

Dan hari ini Newsweek telah membuat kenyataan memohon maaf, dan cuba mempertikaikan pula kesahihan laporannya itu sendiri.

Apa pun yang mahu saya utarakan di sini adalah sikap Pak Lah selaku Perdana Menteri Malaysia. Dalam akhbar tempatan semalam apabila diajukan soalan berkenaan isu ini (sebelum kenyataan Newsweek hari ini) Pak Lah sekadar berkata beliau kesal dengan kejadian tersebut akan tetapi menegaskan bahawa TIDAK ADA APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN.

Sebagai sebuah Negara yang berdaulat, mewakili NAM dan OIC pula, saya kira banyak yang boleh kita lakukan. Sekurang-kurangnya kita mengirimkan nota bantahan kepada kedutaan Amerika di sini, dan minta supaya kejadian ini disiasat sebenar-benarnya. Kita juga boleh mengarahkan diadakan solat hajat di masjid dan surau-surau di seluruh Negara.

Takkanlah bila Al Quran, kitab suci pegangan kita, hukum tertinggi kita diperlakukan sedemikian rupa kita sekadar berlepas tangan mengatakan kita tidak boleh buat apa-apa!

Semasa zaman pemerintahan Khalifah Al Muktasim dari Bani Abasiyyah, kerajaan Islam ketika itu dikira terlalu lemah. Namun apabila berlku satu kejadian dimana seorang muslimah dihina dan diperlakukan oleh musuh-musuh Islam di sebuah Negara bukan Islam, Muktasim yang memiliki kerajaan yang lemah itu telah mengerahkan bala tentera Islam ke Negara tersebut demi menebus maruah Islam.

Dalam hal ini kita tidaklah mengharapkan Pak Lah melakukan sebagaimana Muktasim, tetapi sekurang-kurangnya keluarkanlah kenyataan yang tegas yang mencerminkan pendirian Malaysia, yang membela maruah dan nama baik Islam. Sampai bila kita nak berterusan bersikap tak boleh buat apa-apa ni?


Kepimpinan baru DPP Negeri ikrar untuk terus semarakkan gerakan kepemudaan


Melaka 16 Mei 2005. Kepimpinan baru DPPN Melaka berikrar untuk meneruskan perjuangan Islam yang ditinggalkan kepimpinan lama. Ketua DPPN yang baru Us. Kamaruddin menyatakannya demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan muktamar DPPN Melaka di sini semalam.

Dalam ucapan penuh semangat beliau, antara lain beliau menggariskan bahawa ketaqwaan, jihad, komitmen dan istiqamah menjadi tunggak perjuangan pemuda Islam. Beliau juga mengingatkan semua ahli pemuda agar sentiasa memberikan kerjasama dan nasihat kepada kepimpinan baru DPPN Melaka yang akan dibentuk sepenuhnya Khamis ini pada mesyuarat pertama DPPN Melaka.

Beberapa AJK tambahan akan dilantik di samping jawatan Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari. Beberapa nama disifatkan amat berpotensi untuk menjawat amanah penting ini. Antaranya Sdr. Adly Zahari yang disebut-sebut akan dilantik sebagai anggota Dewan Harian.

Sdr Adly yang sememangnya mempunyai pengalaman luas dalam pemuda negeri juga dicalonkan untuk AJK DPP Pusat. Beliau pernah bertugas sepenuh masa dengan PAS Melaka sebelum ini.


Ceramah Us. Kamal Shaari di Bukit Katil 20 Mei ini.


Ceramah Us. Kamal Shaari, Timbalan Ketua DPP Negeri Selangor akan diadakan pada 20 Mei ini bermula jam 9.00 malam di Markaz PAS Bukit Katil.

Ceramah ini dianjurkan oleh DPP Kawasan dan Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil. Semua dijemput hadit.


TIGA USUL DILULUSKAN SEBULAT SUARA DALAM MUKTAMAR PEMUDA NEGERI


Melaka 16 Mei : Sebanyak tiga usul telah diluluskan sebulat suara dalam Muktamar DPPN Melaka di Pejabat Perhubungan PAS Negeri semalam.

Usul pertama yang dibahaskan ialah berkenaan gelaran Tuan Guru yang sepatutnya di berikan kepada beberapa orang lagi pemimpin PAS Pusat. Usul ini telah dibawa oleh DPP Kawasan Jasin telah mendapat sokongan sebulat suara para perwakilan. Dalam hujahnya DPP Jasin merasakan bahawa gelaran ini sepatutnya diinstitusikan oleh PAS kerana ianya sedikit sebanyak menggerunkan UMNO. Ini kerana ianya bukanlah suatu gelaran yang boleh dibuat-buat tetapi sebenarnya ianya mempunyai kriteria tertentu untuk diberikan kepada seseorang. ‘Tidak seorang pun pemimpin UMNO yang layak digelar Tuan Guru kerana sememangnya mereka tidak layak langsung, kalau mereka digelar sebagai Tuan Guru semua orang akan merasa geli , sindir Us. Faisol yang membawa usul tersebut. Us. Faisol menamakan Dato’ Prof. Haron Din dan Dato’ Harun Taib sebagai dua orang lagi pemimpin PAS yang mempunyai kriteria sebagai Tuan Guru.

Usul kedua yang diterima secara sebulat suara ialah DPPN Melaka mestilah mempunyai seorang Setiausaha Kerja sepenuh masa di Pejabatnya.

Manakala usul ketiga pula menggesa kerajaan Malaysia menjalankan ‘referendum’ atau pungutan suara bagi menilai sokongan rakyat Malaysia terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains yang sekarang ini dilihat amat merugikan pelajar-pelajar melayu. Sdr. Adly Zahari ketika membahaskan usul ini menyatakan jika penggunaan bahasa Inggeris ini diteruskan sudah pasti pelajar-pelajar melayu akan terus merosot dan lemah dalam kedua-dua subjek yang susah ini.


DPP MELAKA CALONKAN SALAHUDDIN AYUB, IDRIS AHMAD KEKAL, MAZLAN NAIB KETUA DAN ADLY ZAHARI SEBAGAI AJK


Melaka 16 Mei : DPPN Melaka yang bermuktamar semalam mencalonkan semula YB Salahuddin Ayub dan Us.Idris Ahmad sebagai Ketua dan Timbalan Ketua DPP Pusat. Manakala bekas Ketua DPP Johor yang juga Ketua Penerangan DPP Pusat Sdr Mazlan Aliman dicalonkan sebagai Naib Ketua.

Sementara itu DPP Negeri Melaka akan mengetengah dua calon dari Melaka untuk dilantik sebagai AJK DPP Pusat. Mereka ialah bekas Ketua DPP Negeri sessi lalu Sdr Azrin Majid dan bekas AJK DPPN sessi lalu Sdr. Adly Zahari.

Sdr. Adly Zahari merupakan bekas Presiden PMIUTM dan PMUTM pada era awal-awal tahun 90-an. Selepas menamatkan pengajian beliau di UTM dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik beliau telah berkhidmat sepenuh masa selama beberapa tahun dengan Badan Perhubungan PAS Negeri dan DPP Negeri Melaka. Selepas itu beliau telah berkhidmat dengan Universiti Telekom Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Multimedia Melaka dan seterusnya berkhidmat pula MISC sebelum meletakkan jawatan untuk menceburi bidang perniagaan.

Di dalam PAS beliau pernah memegang beberapa jawatan di dalam DPP Negeri antaranya Naib Ketua, AJK DPP dan sekarang ini di amanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Gajah. Dalam muktamar DPP Negeri Melaka baru-baru ini beliau telah dicalonkan sebagai Ketua DPPN Melaka tetapi telah menarik diri dengan memberi laluan kepada Us.Kamaruddin Sedik.

Dalam pembentukan kabinet baru DPP Negeri Melaka nanti beliau dijangka akan dilantik sebagai salah seorang ahli Dewan Harian DPP Negeri.

Manakala calon kedua iaitu Sdr. Azrin Majid merupakan AJK DPP Pusat sessi 2003/2005. Ketokohan beliau memimpin PASTI pusat memang tidak boleh dipertikaikan lagi sehingga berjaya mengangkat martabat PASTI sebagai salah sebuah Institusi Pra-Sekolah yang paling berjaya di negara kita.


US. KAMARUDDIN SEDIK DILANTIK SEBAGAI KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI MELAKA YANG BARU


Melaka 15 Mei 2005 : Us. Kamaruddin Sedik telah dilantik sebagai Ketua DPPN Melaka yang baru. Beliau menggantikan Sdr. Azrin Majid yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya. Turut dilantik ialah Us. Ashrof Mukhlas sebagai Timbalan Ketua DPPN Melaka dan Sdr. Haron Mohamed sebagai Naib Ketua DPPN yang baru. Kesemua jawatan tersebut dimenangi tanpa bertanding.

Selain turut dilantik melalui pemilihan ialah seramai 10 orang AJK iaitu Sdr. Mohd Sofi Abdul Wahab, Hj. Salamat Aman, Sdr. Abdul Kadir Dewa, Us. Abdul Rashid Halim, Us. Sheikh Faisol, Us. Ismail Abdul, Sdr. Mohd Nazri Abdullah, Us. Nordin Mohd Dahan, Sdr. Zulkifli Shaari dan Haji Shaharuddin Yusof.

Muktamar kali ke-30 ini telah dirasmikan oleh Us. Ridzwan Mohd Nor, AJK DPP Pusat yang juga merupakan Ketua DPP Wilayah Persekutuan.

Ridzwan dalam ucapan perasmian tersebut mengingat perwakilan dan perwakilan tentang bahayanya golongan Islam Liberal yang sekarang bergerak aktif di Malaysia. Golongan ini sekarang telah memperhebatkan gerakan dengan mendapat kerjasama yang baik dari pihak pemerintah. ‘Mereka telah berjaya menghantar memo membantah program moral policing dengan sokongan kuat beberapa orang menteri kabinet, mereka dibenarkan mengadap ke bawah Duli Yang Dipertuan Agung’ tegasnya.

Beliau memberi amaran kepada semua kepimpinan pemuda negeri dan kawasan supaya melipatgandakan usaha mendekati pemuda supaya golongan tidak terpengaruh dengan Islam Liberal yang menggunakan program-program maksiat dan pergaulan bebas sebagai senjata mereka mempengaruhi anak muda, tambahnya lagi.

Sementara mesyuarat khas pertama DPPN Melaka yang diadakan sejurus selepas berakhirnya muktamar tersebut telah mencalonkan semula YB Salahudin Ayub dan Us. Idris Ahmad sebagai Ketua dan Timbalan Ketua DPP Pusat bagi sessi 2005/2007. Mazlan Aliman pula telah dicalonkan untuk jawatan Naib Ketua. Bagi jawatan AJK pula beberapa orang muka baru turut dicalonkan untuk AJK DPP Pusat antaranya ialah Sdr. Adly Zahari bekas AJK DPPN Melaka. Beliau yang dikenali ramai sebagai aktivis pelajar semasa di UTM dulu telah dicalonkan sebagai Ketua DPPN Melaka tetapi menarik diri untuk memberi laluan kepada Us. Kamaruddin Sidek.


Friday, 13 May 2005

MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI MELAKA BERLANGSUNG AHAD INI


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka akan mengadakan muktamar DPPN pada Ahad ini 15 Mei 2005 bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Melaka, Semabok.

Muktamar kali ini dijangka menarik kerana terdapat pemilihan jawatan-jawatan penting dalam DPPN Melaka. Adalah dijangkakan terdapat perubahan besar dalam kepimpinan DPPN kerana 2 jawatan penting sudah pasti diisi oleh oleh muka baru setelah kedua-dua penyandang jawatan sessi lalu mengundurkan diri. Kedua-dua jawatan itu ialah Ketua dan Naib Ketua. Sementara itu mengikut senarai pencalonan kawasan-kawasan terdapat lebih dari seorang yang dicalonkan untuk kesemua jawatan-jawatan penting DPPN. Ini bermakna jika dia penarikan diri calon-calon tersebut maka kemungkinan besar jawatan ini akan dipertandingkan.

Setakat ini dua orang calon untuk jawatan ketua adalah Ketua Pemuda Pemuda Jasin, Us. Kamaruddin Sedik dan Exco DPPN Sessi lalu, Sdr. Adly Zahari.

Manakala untuk jawatan timbalan ketua, nama-nama yang dicalonkan ialah Us. Ashrof Mukhlas, Us. Kamaruddin Sedik dan Sdr. Adly Zahari. Bagi jawatan Naib pula nama-nama yang dicalonkan ialah Sdr. Haron Mohamad, Sdr. Adly Zahari dan Us.Ashrof Mukhlas.

Semua DPP Kawasan diarahkan untuk menghantar 15 orang perwakilan bagi mewakili setiap DPP Kawasan.

Sementara kesemua Ketua DPP Kawasan sessi lalu dilantik semula untuk memegang jawatan masing-masing. Mereka ialah Hj. Salamat Aman (Bukit Katil), Us.Kamaruddin Sedik (Jasin), Sdr. Saufee Osman (Tangga Batu), Us. Imran Abdul Rahman (Masjid Tanah), Sdr. Azizan Nordin(Kota Melaka) dan Us. Ashrof Mukhlas (Alor Gajah).


PAS JASIN CALON HASSAN SHUKRI SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN


Melaka 13 Mei 2005 : Mesyuarat pertama PAS Kawasan Jasin telah mencalonkan Us. Hassan Shukri sebagai Timbalan Presiden manakala Hj Mohamad Sabu, Hj Mahfuz Omar dan Dr. Hassan Ali di calonkan sebagai Naib Presiden.

AJK yang dicalonkan adalah Us. Taib Azamudden, Dr. Syed Azman Syed Ahmad, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Haji Mohamad Burok, Dr. Mariah Mahmud, Dr. Dzulkifli Ahmad, Us. Mujahid Yusof Rawa, Dr. Hatta Ramli, Us. Abdul Ghani Rahman dan lain-lain.

Sementara Jawatankuasa penuh PAS Kawasan Jasin sessi 2005/7 ialah YDP – Mejar (B) Jasme Tompang, TYDP – Hj Mohd Aris Omar, NYDP – Yuhaizad Abdullah, Setiausaha – Abdul Karim Kassim, Penolong Setiausaha – Hj. Hassan Aripin, Bendahari – Hj. Suhaime, Ketua Penerangan – Anuar Khamis, Ketua Pemuda – Us. Kamaruddin Sedik, Ketua Muslimat – Pn Shopiah Ahmad dan Ketua Urusan Ulama – Us. Nordin Ahmad.


DEWAN PEMUDA PUSAT MESTI BERSIAP SEDIA DENGAN PASUKAN PEGUAM UNTUK MEMBELA REMAJA YANG GAGAL MENGHADIRI PLKN


Melaka 13 Mei 2005 : Akhbar harian arus perdana hari ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 10 lagi remaja dijangka didakwa di Mahkamah Majistret di seluruh negara tidak lama lagi kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Laporan itu juga menyebut bahawa Pejabat Peguam Negara sudah memberi ‘lampu hijau’ untuk mendakwa remaja terbabit mengikut Seksyen 18 (1) Akta Khidmat Negara 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Status remaja terbabit, sama ada daripada keluarga berada atau sebaliknya, tidak diketahui tetapi menurut sumber itu, undang-undang tidak membezakan golongan kaya dan miskin seperti ditegaskan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, kelmarin.

Sementara itu, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) berkata, pihaknya tidak akan melayan rayuan 4,269 remaja yang sudah disenarai untuk dikenakan tindakan kerana gagal melaporkan diri menyertai Siri Pertama program itu, tahun lalu.

Pegawai Perhubungan Medianya, Ku Ismail Ku Yahya, berkata senarai itu sudah diserahkan kepada polis dan nasib remaja terbabit akan ditentukan apabila dakwaan dibuat ke atas mereka tidak lama lagi.

Sehubungan dengan DPPN Melaka mencadangkan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat bersiap sedia dengan pasukan guaman mereka untuk membela remaja-remaja yang akan di dakwa ini. Perkara ini amat penting untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa PAS sentiasa setia membela masyarakat yang teraniaya. Kita ingin memberi isyarat kepada kerajaan bahawa pendirian kita bahawa PLKN adalah suatu program yang membazirkan wang rakyat serta merugikan masa remaja yang menghadirinya sentiasa konsisten.

DPPN Melaka tidak mahu kes yang melibatkan Ahmad Hafizal berulang lagi di mana remaja ini telah dituduh di Mahkamah dan semasa perbicaraan beliau telah tidak diwakili oleh seorang peguam pun. Sedangkan sebelum ini DPP Pusat telah awal-awal lagi menyatakan kesediaan untuk membela mana-mana remaja yang di hadapkan ke mahkamah atas kesalahan gagal menghadiri program PLKN ini.


Thursday, 12 May 2005

TUTUP TEMPAT – TEMPAT MAKSIAT JIKA MAHU LIHAT MAKSIAT BERKURANGAN


MELAKA 11 Mei 2005: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa Kerajaan Islam Hadhari Negeri Melaka menutup semua tempat-tempat maksiat dan perjudian serta-merta jika mahu melihat gejala sosial seperti keruntuhan moral, rogol, zina, bersekedudukan, sumbang mahram berkurangan di Negeri ini.

Semalam sebuah akhbar harian melaporkan bahawa bahawa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menubuhkan pasukan Amar Makruf Nahi Mungkar bagi membantu penguat kuasanya memantau masalah sosial dan gejala maksiat yang semakin membimbangkan di negeri ini.

Penubuhan pasukan itu dipersetujui Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dengan pembabitan semua kariah masjid di negeri ini yang diketuai imam dengan dibantu pegawai syarak, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), belia dan polis.

Mereka akan ditugaskan mengawal kawasan kariah masing-masing bagi mendidik cara menangani masalah sosial, selain bertindak terhadap mereka terbabit jika perlu mengikut Enakmen Kesalahan Syariah (negeri Melaka).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pasukan ini akan dipantau bagi memastikan ahlinya menjalankan tanggung jawab dengan penuh disiplin dan mematuhi etika, bukan menyalah gunakan kuasa sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.

Beliau berkata, selain program pendidikan, Jaim akan memperhebatkan program pencegahan.

“Kerajaan negeri bersetuju satu jawatan kuasa penyelaras penguat kuasaan (berkaitan hal ehwal Islam) ditubuhkan dengan dipengerusikan Pengarah Jaim dan dianggotai agensi lain,” kata Dato’ Wira Haji Mohd Ali Rustam semalam.

Sementara itu Mohd Ali berkata, kerajaan negeri bimbang dengan peningkatan gejala sosial di kalangan masyarakat seperti gejala najis dadah yang mencecah 275,000 orang, kelahiran anak luar nikah 140 orang pada tahun lalu berbanding 91 orang pada tahun sebelumnya, selain keruntuhan moral dan akhlak remaja.

“Keadaan harus diubah dan agensi berkaitan termasuk Jaim, pihak berkuasa tempatan, polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu memainkan peranan merancang program menjuruskan kepada pengukuhan institusi keluarga dan peningkatan akhlak remaja,” katanya.

DPPN Melaka merasa hairan bagaimana kerajaan Islam Hadhari yang dipimpin oleh UMNO masih lagi tidak memahami bahawa gejala sosial dan maksiat ini tidak akan dapat dihapuskan dengan langkah-langkah penguatkuasaan sahaja sedangkan punca-punca maksiat itu sendiri tidak dibasmi. Dalam tinjauan yang dibuat oleh DPPN Melaka baru-baru ini, terdapat begitu banyak pusat-pusat maksiat seperti Kelab Malam, Dangdut, Panggung Laser Disc, Karaoke dan sebagainya beroperasi di dalam Bandar Melaka terutama di Jalan Melaka Raya.

Apa yang menyedihkan sebahagian besar pekerja-pekerja pusat-pusat hiburan ini adalah wanita-wanita melayu Islam.

Salah satu pusat hiburan yang dikunjungi oleh DPPN Melaka ialah Kelab Dangdut Anita yang terletak di Jalan Melaka Raya. Tinjauan mendapati bahawa penari-penari dan pekerja-pekerjanya termasuk ‘bonzer’ semuanya melayu.

Diantara tempat-tempat hiburan popular di sini adalah Spazzo, Anita Dangdut, Jelita Dangdut, Mahligai Dangdut, Light City Karaoke, Casablance Karaoke, Aloha dan lain-lain lagi. Ada diantara tempat ini dikhaskan kepada generasi remaja sahaja iaitu.

Kita menerima aduan bahawa selepas pengunjung-pengunjung ini berhibur di sini ada di antara mereka yang menyewa hotel-hotel yang bercambah disekitar Bandar ini untuk melampias nafsu mereka.

Apa yang dikesalkan kerajaan Negeri Melaka seolah-olah tidak langsung melihat bahawa tempat-tempat inilah inilah menjadi punca berlakunya maksiat. Pusat-pusat sebegini tumbuh bagaikan cendawan di bandaraya ini.

DPPN Melaka juga menerima aduan bahawa ada diantara pusat-pusat hiburan ini menjalankan pertunjukan ‘Tiger Show’ iaitu tarian bogel. DPPN Melaka mendesak perkara ini disiasat dengan segera dan tindakan yang sewajarnya mesti diambil segera.

Selagi pusat-pusat ini dibenarkan beroperasi sedemikian rupa selagi itulah gejala maksiat ini tidak akan dapat dibendung malah ianya akan bertambah parah.

DPPN Melaka dengan ini menggesa Kerajaan Negeri Melaka memberhentikan operasi tempat-tempat hiburan ini yang jelas menjadi tempat meyuburkan gejala-gejala maksiat di negeri ini.

SOFI WAHAB
NAIB KETUA DPPN MELAKA
KETUA PENERANGAN PAS KAWASAN BUKIT KATIL



Wednesday, 11 May 2005

PANDANGAN, KRITIKAN DAN TEGURAN SANGAT DIALU-ALUKAN


Kepada Sahabat semua, jika kalian ada sebarang teguran, kritikan dan nasihat terhadap weblog ini sila kemukan kepada email : sofi@miosh.net


Sofi Wahab


REMAJA JADI MANGSA PLKN


Melaka 10 Mei : Semalam satu lagi kes yang menyayat hati berlaku didalam negara kita. Di mana seorang remaja yang bernama Mohd Afizan telah dijatuhkan hukuman penjara atau denda RM600 apabila beliau disabitkan dengan kesalahan gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, yang berasal dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis telah gagal untuk membayar denda tersebut. Oleh kerana kegagalan beliau membayar denda maka sudah pastilah beliau memilih untuk menerima hukuman penjara iaitu selama 14 hari.

Apa yang mengkagumkan kita ialah ramai dikalangan rakyat Malaysia yang menyatakan kesanggupan untuk membayar denda tersebut. Ini memberikan gambaran kepada kita bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan PLKN ini. Di tambah pula dengan hukuman yang dikenakan ke atas remaja yang gagal menghadirinya juga tidak munasabah.

Apa yang penting kepada PAS sekarang ialah terus mengadakan bantahan terhadap program yang jelas membazirkan duit rakyat dan masa remaja itu sendiri. Kempen-kempen kesedaran hendaklah terus diadakan oleh Pemuda PAS di segenap pelusuk negara supaya rakyat sedar ianya tidak memberikan sebarang faedah kepada remaja terbabit. Kita tidak berhasrat untuk menghasut rakyat supaya tidak mengikuti program tersebut tetapi kita ingin menyedarkan rakyat bahawa mereka telah tersilap langkah apabila tidak menyatakan bantahan kepada kerajaan ketika mula-mula program hendak diwartakan.

Sepatutnya rakyat bangun menyatakan bantahan mereka ketika kuasa berada di tangan mereka semasa mengundi pada pilihanraya lalu. Jadi kita tidak mahu rakyat sekali lagi terjebak dengan kesalahan serupa apabila setiap kali program yang dicadangkan oleh kerajaan tidak dipedulikan oleh rakyat terbanyak.

Dari awal-awal lagi PAS telah menyeru rakyat supaya membantah program ini kerana ianya jelas tidak mempunyai objektif yang kukuh dan pengisiannya juga tidak menjuruskan kepada pembentukan manusia yang berakhlak mulia.


Tuesday, 10 May 2005

RAKYAT MALAYSIA KURANG SENSITIF


Setiap kali pengumuman tentang kenaikan sesuatu barang, tarif air, eletrik atau kenaikan minyak rakyat Malaysia akan menyahutnya dengan keluhan.

Namun kita tidak pernah melihat rakyat Malaysia bangkit untuk menentangnya samada dengan diplomasi atau sebaliknya. Kenaikan sebanyak 10 sen dan 20 sen seliter untuk minyak petrol dan diesel baru-baru ini juga disambut dengan selamba oleh rakyat Malaysia walaupun ianya sedikit-sebanyak menjejaskan ekonomi keluarga. Tetapi inilah stail rakyat Malaysia yang sentiasa senang dan sambil lewa tentang apa juga masalah yang mereka hadapi.

Mereka masih boleh makan, hidup senang, pakai kereta/motor, boleh ke sana ke mari dengan mudah tanpa gangguan, jadi apa lagi yang kita mahu. Itulah rakyat negara Islam Hadhari yang perut mereka dah kembung dengan sogokan janji manis kerajaan.


PARA MUFTI TERIMA ISLAM HADHARI - MEREKA MUDAH LUPA


Roslan SMS menulis :-

Akhirnya Pak Lah selaku pencetus Islam Hadhari menerima endorsement yang beliau tunggu-tunggu. Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagaimana dilaporkan dalam akhbar tempatan hari ini memutuskan bahawa pelaksanaan konsep Islam Hadhari di negara ini sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan al-Quran.

Menteri di JPM Dr Abdullah Mohd Zain mengatakan:

Para mufti berpendapat perkara ini sangat jelas, justeru Islam Hadhari tidak boleh dianggap agama baru atau pendekatan yang sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam seperti didakwa oleh parti pembangkang.

Dakwaan pembangkang bahawa Islam Hadhari tidak mencerminkan ajaran Islam sebenarnya tidak berasas dan para mufti hari ini menolak sama sekali pandangan seperti itu.

Memang para mufti malah siapa sahaja berhak menyatakan pendirian masing-masing dalam isu ini. Malah dalam hal para mufti ini memang tidaklah diharapkan yang mereka akan membuat tentangan terbuka apabila yang memberi taklimat adalah PM sendiri!



Mufti Perak turut membuat kenyataan sebagaimana dimuatkan dalam UTUSAN:

Tafsiran sempit terhadap konsep Islam Hadhari merupakan punca utama parti pembangkang menolak pelaksanaannya.

Kita tengok Pas hanya mentafsir konsepnya sahaja tanpa cuba memahami isi, pelaksanaan dan sama sekali tidak cuba menghayati apa itu Islam Hadhari. Hasilnya, mereka memberi kesimpulan yang tidak benar.

Tak mengapalah kalau nak sokong pun. Namun para mufti yang terlibat juga perlu melihat keadaan masyarakat dari luar dewan taklimat yang mereka duduk. Hari ini di bawah negara yang mengamalkan konsep Islam Hadhari lihatlah keadaan dan nasib umat Islam. Lupakah para mufti yang alim itu darihal beberapa peristiwa dan kejadian yang berlaku sejak akhir-akhir ini:

Maksiat dan keruntuhan moral semakin menjadi-jadi. Lupakah mereka tentang Konsert Sure Heboh yang Mufti Perak sendiri haramkan itu? Lupakah mereka darihal peristiwa di The Zouk, dimana para pelaku maksiat terselamat dan para penguatkuasa agama duduk dikandang orang salah. Semuanya berlaku di zaman Islam Hadhari.

Inul Goyang Gerudi, Konsert Tsunami dan pelbagai program maksiat lain diberikan keizinan oleh kerajaan yang turut disertai dan diraikan oleh anak-anak Islam yang lalai dan leka di zaman Islam Hadhari.

Apakah sumbangan kerajaan Islam Hadhari terhadap industri maksiat, judi dan arak umpamanya yang kini semakin meraih keutungan dalam negara kita. Dahlah untung, keuntungan itu disalurkan pula sebahagiannya kepada badan-badan kebajikan termasuk rumah kebajikan dan rumah anak-anak yatim.

Para mufti jangan lupa badan-badan NGO dan individu pernah menyerahkan kepada kerajaan Islam Hadhari ini satu memorandum agar sebarang bentuk MORAL POLICING digugurkan dan tidak lagi diguna-pakai. Siapakah jika tidak Nori Abdullah, anak PM Islam Hadhari sendiri yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan ini.

Sekiranya para mufti berpendapat yang segala yang di atas tidak mengapa, dan tidak mencacatkan Islam Hadhari maka saya kira tidaklah bersalah dalam hal ini umat Islam berlepas diri dari mereka. Tak tahulah jika para mufti pernah membaca buku HADHARAH ISLAMIYAH BUKAN ISLAM HADHARI karangan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang atau mungkin mereka merasakan Tuan Guru bukan otoriti seperti mereka.

Saya memetik seperenggan dari buku berkenaan:

Iman atau akidah Islamiyah menjadi asas penting kepada Hadharah Islamiyah. Maka Hadharah hendaklah dibina di atas iman dengan mengikut acuannya, dalam merealisasikan pembangunan manusia, yang berperanan penting dalam membentuk masyarakat dan negara. Disamping itu pembangunan dalam segala aspek yang dilakukan hendaklah mengikut panduan dan matlamat yang betul, seperti yang diperintah oleh Allah Pencipta alam.

Kalau sekadar berceramah berapi-api mahukan Islam, akhlak Islam, budaya Islam, pembangunan Islam tetapi perlaksanaannya bau Islam pun tak ada, maka dalam hal ini bukan hanya rakyat nampaknya mufti pun tertipu juga rupanya.


DEWAN PEMUDA PAS BERTAMBAH MANTAP


Muktamar Dewan Pemuda PAS peringkat negeri sedang rancak berlangsung sekarang. Setakat ini Pahang,Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Wilayah Persekutuan telahpun mengadakan Muktamar Dewan Pemuda masing-masing. Daripada keputusan-keputusan pemilihan kita melihat sebahagian besar jawatan tertinggi tidak dipertandingkan. Ini menunjukkan bahawa perpaduan dan 'wehdatul fikr' pemuda PAS sekarang ini berada di tahap terbaik.

Di Kedah Us. Musoddak Ahmad, Ibrahim Soffian dan Us. Ahmad Yahya dilantik sebagai Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua tanpa bertanding. Begitu juga di Pahang Us. Nasaruddin Tantawi memenangi jawatan Ketua tanpa bertanding. Di Selangor dan Pulau Pinang Us. Ramli Sidom dan Azizi Ayob mengekalkan jawatan tanpa bertanding.

Situasi merupakan suatu perkara yang amat positif kepada perjuangan pemuda demi untuk menghadapi PRU-12 yang mungkin diadakan pada 2007 atau 2008 nanti.

Sementara pencalonan di peringkat pusat juga menunjukkan bahawa setakat ini hanya Salahuddin dan Us. Idris Ahmad sahaja yang dicalonkan untuk jawatan Ketua dan Timbalan Ketua. Begitu juga jawatan Naib Ketua yang bakal menyaksikan muka baru akan mengisinya kerana penyandang sekarang Us. Misbahul Munir akan melepaskan jawatannya kerana fator umur. Setakat ini hanya Sdr. Mazlan Aliman sahaja yang dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Kita melihat bahawa cubaan anasir-anasir tertentu untuk menggugat perpaduan Dewan Pemuda tidak akan berjaya. Pengalaman pahit pergeseran pimpinan pemuda di zaman Us. Halim dan Us. Bakar Chik dulu sudah cukup untuk mematangkan ahli-ahli pemuda

Syabas Dewan Pemuda


Lima barang kawalan dijual melebihi paras harga siling - Rakyat mula tanggung akibat


Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa harga beberapa jenis barang-barang kawalan seperti gula, beras, telur, susu pekat manis dan ayam - yang sepatutnya tidak naik kerana dikawal kerajaan - didapati naik atas alasan kos meningkat akibat kenaikan harga minyak.

Pihak peniaga didapati menggunakan pelbagai taktik bagi mengaburi pengguna termasuk memaparkan harga yang rendah pada rak sedangkan pengguna membayar pada harga yang tinggi apabila tiba di kaunter.

Terdapat juga negeri yang melaporkan kenaikan harga makanan di restoran dan gerai.

Di Selayang, Selangor, harga susu pekat manis jenama popular seberat 505 gram dijual pada harga RM2 berbanding RM1.80 sebelum ini.

Tepung gandum pula dijual pada harga RM1.70 sekilogram, 25 sen lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan kerajaan.

Bagi ayam pula, sebelum ini harga bagi dua ekor ayam yang dijual setiap bungkusan adalah antara RM4.50 sekilogram ke RM9.90, tetapi kini mencecah antara RM6.90 sekilogram atau RM13.90 bagi barangan yang sama.

Telur gred B pula mengalami kenaikan sebanyak RM2 iaitu daripada RM5.50 kepada RM7.65 bagi setiap papan.

Harga siling untuk barang kawalan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi tahun 2005 ialah RM1.20 sekilo bagi tepung gandum (tidak berbungkus), gula pasir bertapis (tidak berbungkus) RM1.40 dan RM1.50 bagi setiap peket.

Untuk susu pekat manis penuh krim harganya ialah RM1.75 (397 gram) dan RM2.20 (505 gram), manakala bagi susu pekat manis isian ialah RM1.60 (397 gram) dan RM2.05 (505 gram).

Di Pasar Dato' Keramat, Kuala Lumpur, harga runcit bagi beras naik 10 sen sekilo sama seperti susu pekat manis yang naik daripada RM1.90 kepada RM2.

Bagi telur pula, gred A dijual RM2.95 berbanding RM2.85 bagi 10 biji, manakala gred-gred lain meningkat sebanyak 5 sen setiap biji.

Kebanyakan peniaga kecil yang ditemui berkata, harga tersebut telah dinaikkan oleh pihak pengedar menyebabkan mereka tiada pilihan melainkan turut meninggikan harga jualan runcit.

Di Kuantan, Persatuan Pengguna Pahang mendapati makanan seperti roti canai dan mi goreng turut mengalami kenaikan harga.

Setiausahanya, Mohd. Saiful Abdullah berkata, harga roti canai meningkat 10 sen berbanding harga sebelum ini yang berada pada kadar 70 sen di Kuantan dan 60 sen di luar Kuantan, manakala harga nasi beriani pula meningkat sebanyak 40 sen sepinggan.

``Malah ada restoran biasa menjual mee goreng pada harga yang langsung tidak masuk akal iaitu RM10 sepinggan oleh restoran biasa,'' ujarnya lagi.

Sementara itu di Kuala Terengganu, terdapat beberapa peniaga menaikkan harga cili dan telur.

Tinjauan di Pasar Payang mendapati harga cili merah dijual RM5 sekilogram hari ini berbanding RM4 sekilogram pada minggu lalu manakala harga 10 biji telur gred A dan B, masing-masing dijual RM2.70 dan RM2.40 berbanding RM2.60 dan RM2.30.

Di Alor Star pula, terdapat perbezaan harga antara lima sen hingga RM1 di pasar raya dan kedai runcit bagi barangan yang sama seperti susu pekat, bawang, minyak masak, telur dan Milo.

Telur ayam dijual pada harga yang agak mahal berbanding sebelum ini iaitu antara 22 sen hingga 26 sen sebiji bergantung pada gred dan saiznya.

Tinjauan di Kangar pula mendapati sebahagian besar peniaga di bandar ini dikesan menaikkan harga barang runcit sebanyak 10 sen selepas pengumuman kenaikan harga minyak petrol diesel, Rabu lalu.

Antara barangan yang mengalami kenaikan harga itu ialah telur, bawang, gula, tepung, roti, susu lemak manis dan ubat nyamuk.

Namun begitu, tiada laporan kenaikan harga didapati di Melaka.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Abdul Mutalib Ibrahim berkata, sehingga kini pihaknya bagaimanapun belum menerima sebarang laporan.

Di Wilayah Persekutuan, Unit Kawal Seliaan Harga Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mendapati tiada kenaikan harga barang yang ketara.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Sumber Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP Putrajaya, Mohd. Roslan Mahayudin meminta orang ramai supaya melaporkan sebarang kenaikan harga yang melampau kepada pihaknya secara terperinci.

Beliau juga meminta kerjasama para penjual supaya jangan menaikkan harga barang-barang keperluan dengan sewenang-wenangnya.

Roslan menambah, bermula hari ini, pihak kementerian mengadakan pertemuan dengan pembekal barangan dan meminta mereka agar tidak menaikkan harga sesuka hati.

``Perbincangan ini akan dijalankan dalam beberapa siri dan meliputi kesemua pembekal, pemborong dan pengedar bagi semua jenis barangan,'' ujarnya lagi.

BERMULALAH EPISOD MALANG RAKYAT MALAYSIA AKIBAT KENAIKAN HARGA MINYAK BARU-BARU. JAMINAN KERAJAAN UNTUK MENGAWAL HARGA BARANG NI HANYALAH UNTUK MENGAMBIL HATI RAKYAT SAHAJA.

INILAH KESILAPAN BESAR RAKYAT YANG MEMILIH BN DALAM PILIHANRAYA LALU.




Monday, 9 May 2005

Kerajaan BN gagal tangani isu siswazah menganggur


Merujuk kepada berita sebuah akhbar arus perdana pada 7 Mei lalu yang menukilkan bahawa sekarang ini ada 80,000 siswazah yang menganggur jelas menunjukkan bahawa kerajaan sekarang gagal menangani masalah tersebut.

Dakwaan yang menyatakan bahawa peluang pekerjaan begitu banyak sekarang ni juga disangsikan. Kerajaan seringkali menyalahkan siswazah yang dikatakan terlalu memilih pekerjaan, kurang cekap berkomunikasi (dalam Bahasa Inggeris) dan juga tidak mempunyai kemahiran asas seperti IT dan sebagainya.

Kita juga merasa hairan bagaimana kerajaan gagal mengambil tindakan yang berkesan untuk menangani masalah ini. Langkah-langkah awal sebenarnya tidak diambil dengan drastik. Setelah jumlah mereka mencecah hampir 100,000 inipun kita masih tidak nampak perancangan yang menyakinkan dibentangkan oleh kerajaan. Tidak ada program khusus disediakan untuk siswazah menganggur ini.

Kerajaan sepatutnya tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada peluang-peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta sahaja. Siswazah ini hendaklah digalakkam menceburi bidang perniagaan dan usahawan.

Saya tertarik dengan sistem yang dijalankan oleh PUNB Perbadanan Usahawan Niaga Bumiputera) dibawah skim PROSPER yang memberikan dana kepada usahawan dan membimbing usahawan sehingga berjaya. Pada peringkat permulaan awal,perniagaan itu masih dipunyai oleh PROSPER, usahawan hanya bekerja dengan PROSPOER sebagai Pengurus Projek/Perniagaan tersebut. Sehinggalah sampai kesuatu tahap barulah PROSPER menyerahkan perniagaan kepada usahawan tersebut iaitu setelah ia boleh berdikari. Setelah itu barulah bayaran balik bermula.

Prinsip skim di atas boleh digunakan oleh kerajaan untuk membantu golongan siswazah ini.

Kita tidak mahu nanti sampai suatu tahap dimana golongan muda tidak mahu lagi belajar sebab belajar tinggi pun tidak ada kerja.

Kerajaan mestilah mengambil langkah-langkah berkesan dengan lebih sistematik dan dinamik.



Sofi Wahab
Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil
sofi@miosh.net


Friday, 6 May 2005

ELAUN WAKIL RAKYAT YANG MENANG DENGAN PENIPUAN HARAM - TOK GURU, APAKAH REAKSI YB-YB BN DENGAN KENYATAAN TUAN GURU NIK AZIZ ITU


Tidak terdetikkah dalam hati YB-YB BN tentang kenyataan Tuan Guru tersebut. Kalau saya sudah pasti saya rasa bersalah kerana banyak kerusi yang saya yakin berlakunya penipuan terutama di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Penipuan ni dilakukan dalam banyak bentuk. Kita pun dah muak nak bicang.

Tapi apa yang pasti Tok Guru dah jelas bagi tahu, duit tu haram, sembahyang tak diterima Allah, Nau'zubillah. Takkanlah YB-YB UMNO yang berpendidikan agama tak sedar perkara ini. Terutama YB Baling, Besut, Parit Buntar dan DUN Bangi dan lain-lain.

Kita pun tahu bukan setakat dalam pilihanraya mereka tipu dan rasuah, dalam pemilihan UMNO pun mereka tipu dan rasuah sebab bila menang jawatan dalam UMNO mereka akan dapat tempat untuk dipilih jadi calon pilihanraya.

Namun saya yakin, majoriti YB-YB UMNO tak rasa apa-apa dengan kenyataan Tok Guru ni, sebab perkara ni dah sebati dengan mereka. Kalau tak menipu, beri dan makan rasuah itu bukan UMNO namanya.

INILAH ISLAM HADHARI. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA


KERAJAAN BN YANG PANGGIL BURUH ASING, KERAJAAN BN YANG AJAR RAKYAT SUPAYA BERGANTUNG PADA SUBSIDI DAN HAK ISTIMEWA, SEKARANG MENYESAL PULAK


Kenyataan PM yang disiarkan dalam media massa hari ini menyebut bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) mahu rakyat mengikis tiga tabiat buruk, iaitu terlalu bergantung kepada buruh asing, subsidi dan keistimewaan yang diberikan untuk maju, kerana amalan itu menghalang kemajuan negara.Perdana Menteri berkata, dalam pada Malaysia mempunyai matlamat yang jelas untuk menjadi negara maju, berdaya saing dan makmur, rakyat belum cukup bersedia mengamalkan nilai yang baik dan membuang tabiat buruk mereka.

Tetapi beliau tidak sedar bahawa kerajaan UMNO/BN lah mengajar rakyat supaya bergantung kepada subsidi dan hak istimewa. Jadi sekarang dia pula yang menyesal.

Beliau berkata, rakyat juga masih terlalu bergantung kepada subsidi sehingga sanggup berjuang untuk mengekalkan harga yang rendah daripada membuat pelaburan untuk menjadi tenaga yang lebih cekap.

“Mereka tidak kisah dengan wang yang seharusnya boleh digunakan untuk membina sekolah, hospital atau kemudahan lain yang boleh menyediakan kemudahan bagi manfaat lebih ramai orang,” katanya. Kenyataan seolah-olah ditujukan kepada rakyat yang sebahagian besar tidak bersetuju dengan kenaikan minyak kerana antara alasan kerajaan duit untuk subsidi minyak tersebut boleh digunakan untuk buat pembangunan seperti jalan, sekolah dan kemudahan asas lain.

Perdana Menteri berkata, tiada penyelesaian mudah mengenainya melainkan rakyat sedia memajukan diri dan membuang tabiat terlalu bergantung ini yang telah sebati dengan cara hidup mereka.

Perdana Menteri juga berkata, beliau menyedari terdapat rasa tidak puas hati di kalangan beberapa anggota masyarakat.

“Saya komited untuk menangani kekurangan dan menghasilkan keputusan kerana saya komited menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum Mac tahun lalu.

“Ia adalah janji yang dibuat secara sungguh-sungguh, bukan dibuat ketika hangat pilihan raya tetapi sebaliknya dihasilkan penuh hati-hati dengan mengambil kira apa yang perlu dilakukan untuk Malaysia,” katanya.

Setakatini janji PM dalam pilihanraya umum hanya tinggal janji. Antaranya untuk membanteras rasuah tetapi sampai sekarang aduan terhadap Rafidah, Khir Toyo dan 18 kes individu berprofail tinggi masih tidak diambil tindakan sewajarnya.Inilah janji Pak Lah yang hanya dibuat untuk menyedapkan hati rakyat. Kebajikan rakyat semakin hari semakin terabai. Minyak naik 2 kali dalam masa 8 bulan. Pilihanraya lalu yang sepatutnya berjalan dengan lebih telus dan adil menjadi pilihanraya terburuk pernah diadakan.

Islam dipinggirkan. Golongan mahukan moral policing dihapuskan dipuja-puja. Ulama dihina dan dimaki. Fatwa ulama diketepikan.

INILAH ISLAM HADHARI PAK LAH.


Thursday, 5 May 2005

SAJAK untuk YAB


YAB kan kene berkhidmat utk rakyat.
YAB tak kisah kalu harga minyak meningkat
YAB kata duit petrol dia tanggungan rakyat
YAB suruh rakyat kerja kuat-kuat
YAB kata jangan tangkap orang buat maksiat
YAB takut nanti pelancong rasa meluat
YAB tak nak undang-undang sivil diatasi undang-undang syariat
YAB tak kisah kalu ekonomi rakyat tenat
YAB tak kisah kalu rakyat hidup melarat
YAB terkulat-kulat bila Karam Singh Valia keluarkan kata kesat
YAB kata masalah rakyat dlm perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat
YAB! YB! mana peginye duit zakat???
YAB lupa nanti dia pun jadi mayat.....

Luahan Rakyat


MINYAK NAIK LAGI: HADIAH KERAJAAN ISLAM HADHARI KEPADA RAKYAT


Semalam kerajaan Islam Hadhari pimpinan Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 10 sen seliter. Tersengih-sengih kawan-kawan kita mendengar pengumuman kenaikan ini. Dalam hati saya terus terdetik bahawa inilah hadiah seterusnya dari kerajaan BN kepada rakyat. Bunga yang rakyat beri kepada kerajaan BN dalam Pilihanraya tempohari, najis yang dibalas.

Inilah kerajaan Islam Hadhari. Apa yang mereka tahu, bila kerajaan tersepit rakyat yang akan jadi mangsa. Mereka akan 'peras ugut' duit rakyat demi untuk menampung perbelanjaan kerajaan yang memang terkenal dengan keBOROSan mereka. Mereka tak tahu langsung nak berjimat.

Alasan mereka minyak kita lebih murah dari Thailand dan Singapura. Mereka ini memang buta kayu. Thailand & Singapura mana ada gali minyak kat negara mereka. Kita kat Malaysia hari-hari gali minyak. Dia ingat kita ni bodoh agaknya. Tapi penyokong UMNO/BN saya tak tau. Yang pasti ahli PAS & penyokong setia PAS tetap tak pangkah BN dalam PRU lalu.

Mereka kata mereka tak larat nak tanggung subsidi minyak. Tapi diam-diam mereka boleh 'bail out' syarikat-syarikat besar kroni mereka. Mereka juga tak segan-segan buat program membazir. Antara yang terbaru KL Music Fest dan macam-macam lagi. Nak bantu rakyat sikit pun berkira.

INILAH KERAJAAN ISLAM HADHARI


Wednesday, 4 May 2005

Siapa Ketua Pemuda Melaka yang baru?


Dewan Pemuda PAS Melaka bakal mempunyai ketua yang baru berikutan keputusan keputusan Azreen untuk melepaskan jawatan beliau sekarang. Pencalonan Dewan-dewan pemuda PAS Kawasan-kawasan telah dibuat. Diberitakan ada 2 orang telah dicalonkan untuk jawatan ini.

Nampaknya DPPN Melaka seperti juga DPPN Johor bakal memasuki era kepimpinan baru selepas hampir 2 penggal dipegang oleh Azreen. DPPN Johor dalam muktamar mereka minggu lalu telah menyaksikan ketua mereka sekarang Sdr. Mazlan Aliman telah melepaskan amanah kepimpinan kepada Sdr. Khairul Faizi selepas beliau memegangnya beberapa penggal. Mazlan khabarnya akan menumpukan perhatiannya kepada pemuda pusat dimana Insya Allah beliau akan bertanding jawatan Naib Ketua selepas jawatan ini dikosongkan oleh Ust. Misbahul Munir Masduki yang telah 'expired'. Azreen juga menyatakan bahawa beliau mahu menumpukan sepenuh perhatian beliau kepada gerakerja PASTI pusat yang semakin mencabar sekarang.

Persoalannya siapakah ketua DPPN Melaka yang akan mengepalai gerak kerja pemuda negeri untuk menghadapi PRU 12 nanti. Khabarnya Us.Kamal (Kamaruddin Sidek) adalah calon yang popular sekarang ini. Beliau telah diamanahkan sebagai Ketua Penerangan DPPN Melaka sessi lalu. Beliau juga telah bertanding dalam PRU-11 lalu iaitu kerusi DUN Serkam. Selain itu beliau juga merupakan Ketua DPPK Jasin dan Mudir Madrasah Ar-Rahmah Solok Gaung.

Seorang lagi calon yang disebut-sebut layak untuk memegang amanah besar ini ialah Sdr. Adly Zahari, seorang anak jati Durian Tunggal yang pernah bertugas sepenuh masa dengan PAS Melaka dihujung-hujung tahun 90-an dulu. Beliau merupakan AJK DPPN Melaka sessi lalu. Selain itu beliau baru sahaja diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Gajah selepas mesyuarat agung PAS Kawasan itu baru-baru ini. Adly juga baru sahaja meletakkan jawatan beliau sebagai Jurutera MISC kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan beliau. Semasa menuntut di UTM dulu beliau diamanahkan sebagai Presiden PMUTM dan PMIUTM.

Nampaknya kedua-dua mereka ini memang layak untuk mengepalai kepimpinan DPPN Melaka ini. Apa yang jelas DPPN Melaka sekarang ini telah bebas dari segala macam krisis yang pernah melanda dulu. Rata-rata AJK DPPN Melaka sekarang bersikap terbuka dan matang.

Satu lagi kekosongan jawatan dalam DPPN Melaka sessi baru ini ialah jawatan Naib Ketua yang sekarang ini disandang oleh Sdr Sofi Wahab. Beliau telahpun secara rasmi menolak pencalonan untuk jawatan Naib Ketua.

Maka terpulanglah kepada para perwakilan untuk memilih ketua mereka. Segalanya terjawab pada 15 Mei ini.


Burung pun tak selamat di bawah pemerintahan kerajaan Islam Hadhari


Melaka 4 Mei :Tiga belas ekor burung flamingo mati serta merta di tempat kejadian apabila 3 batang pokok besar tumbang dan menghempap burung-burung tersebut. Demikian kenyataan Timbalan Pengarah Zoo Melaka Ramlah Abdul Majid kepada AFP.

2 ekor lagi burung tersebut cedera, di mana seekor darinya mati Isnin lalu. Manakala seekor lagi diberitakan dalam keadaan kritikal. Peluang untuknya hidup amat tipis. Jelas Ramlah lagi.

Kesian burung-burung ini. Duduk kat Zoo pun tak selamat. Sepatutnya pihak Zoo kenalah memeriksa dan mengkaji samada pokok-pokok kat Zoo kuat atau tidak. Kita takut nanti bukan sahaja burung yang mati, orang yang melawat zoo pun kena hempap sama. Siapa nak bertanggungjawab. Jangan sampai dah kena baru nak ambil tindakan.

Kita syorkan Zoo Melaka tengok-tengoklah sikit mana-mana pokok yang macam nak tumbang tu cepat-cepat tebang, jangan dibiarkan menjadi ancaman kepada binatang dan pelawat zoo.

Kerugian akibat kematian burung-burung itu dianggarkan RM60,000. Ianya dibawa dari Tanzania. Siapa yang rugi. RM60,000 bukannya senang nak dapat.

Duduk bawah kerajaan Islam Hadhari ini semuanya tak selamat.


Laman web Perhubungan PAS Melaka diaktifkan kembali


Laman Web PAS MELAKA kembali berfungsi

Melaka 4 Mei : Laman web rasmi PAS Perhubungan Negeri Melaka, melaka.parti-pas.org kembali diaktifkan setelah sekian lama tidak berfungsi. Pengerusi Lajnah IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Tuan Haji Mohd Sharudin Yusuf menyatakan bahawa laman web ini telah lama sepi oleh kerana kekurangan tenaga penggerak. Namun atas usaha bersungguh-sungguh Lajnah IT negeri maka ianya dapat diaktifkan semula.

Sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk menggerakkan laman web ini supaya ianya sentiasa melaporkan berita-berita terkini dan tepat. Insya Allah kita akan cuba membuat perubahan kepada laman web ini supaya ianya lebih menarik.

Selain-lain dari berita-berita terkini, laman web ini juga mempunyai ruangan iklan ceramah di sekitar negeri Melaka untuk makluman ahli-ahli dan penyokong PAS. Sementara itu salah seorang pencinta internet, Sdr. Moazzar Mansor menyatakan kesyukuran beliau diatas kelahiran semula laman web ini. Menurutnya ini adalah petanda baik kepada PAS Melaka para petugas Parti dari setiap lajnah telah mula menggerakkan semula lajnah masing-masing setelah 'pengsan' selepas pilihanraya lalu. Kelahiran semula laman web ini menunjukkan bahawa para petugas parti khususnya Lajnah IT telah kembali bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja Islam ini.


Dr. Khatijah kekal ketua DMP Melaka


Melaka 4 Mei : Ketua Dewan Muslimat Negeri Melaka, Dr.Hajah Khatijah Jumangat telah dipilih semula sebagai Ketua DMP negeri Melaka setelah beliau menang tanpa bertanding pada Muktamar DMP negeri Ahad lalu.

Selain itu Timbalan Ketua DMP Negeri sessi lalu, Pn Sofiah Ahmad juga menang tanpa bertanding bagi jawatan yang sama. Bagi jawatan Naib Ketua pula, Puan Aziah Abdullah telah mendapat kepercayaan perwakilan dengan mengenepikan 2 calon lain.

Beberapa orang AJK DMP sessi lalu juga turut dipilih antaranya Setiausaha sessi lalu, Puan Kintan Man, Bendahari Sdr Fadzilah Ismail, Ustazah Noraini Sidek, Puan Mahani Othman Basir dan beberapa yang lain.

Muktamar yang dirasmikan oleh AJK DMP Pusat, YB Senator Siti Zailah Yusof itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan jika dibandingkan dengan Muktamar tahun lalu. Ianya telah diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Melaka di Semabok. Turut hadir sebagai pemerhati DMP Pusat ialah Sdri Aiman Athirah Al-Jundi.

Dalam ucapan perasmiannya, Senator Zailah menegaskan bahawa hanya dengan kekuasaan politik sahaja kemungkaran yang berleluasa sekarang ini dapat dicegah. Beliau mengajak para perwakilan dan pemerhati melihat situasi negara kita sekarang ini yang berada dalam keadaan sungguh tenat kerana gejala-gejala seperti maksiat, arak, judi dan penolakan Islam berlaku tanpa tegahan dari kerajaan.

Muslimat mestilah meningkatkan semangat perjuangan masing-masing demi untuk menyelamatkan ummah tegas beliau.


Satu lagi program melalaikan tajaan kerajaan Islam Hadhari


PAS Kawasan Bukit Katil kesal dengan kerajaan Islam Hadhari Pak Lah yang tidak serik-serik mengadakan program-program maksiat walaupun pelbagai gejala sosial melanda negara sekarang. Ini terbukti apabila satu program melalaikan ditaja oleh kerajaan Islam Hadhari malam tadi.

Laporan media massa hari ini melaporkan bahawa KL Music Fest yang berlangsung mulai semalam hingga 7 Mei ini akan memusatkan aspek pembangunan seni muzik kreatif dan kontemporari sebagai pengiktirafan kepada karyawan muzik profesional.


Ketua Setiausaha KeKKWa, Datuk Siti Azizah Abod berkata, festival bertemakan Muzik Merentasi Sempadan itu meletakkan muzik sebagai medium interaksi globalisasi mencakupi lapisan usia, bangsa dan fahaman politik.

“Tema program ini bersesuaian dengan visi dan misi kementerian dalam merakyatkan seni dan budaya Malaysia, selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pengembangan kesenian bertaraf antarabangsa,” katanya.

Festival itu juga, katanya mengetengahkan kumpulan muzik tempatan terbaik serta berpengalaman luas dalam bidang seni dan pernah mementaskan karya mereka di peringkat antarabangsa.

“Persembahan yang disediakan adalah gabungan muzik kreatif dan kontemporari yang dipersembahkan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang sepanjang lima hari festival berlangsung,” katanya.


Acara dibuka dengan Konsert Gala Perasmian KL Music Fest yang dirasmikan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Konsert itu dijayakan kumpulan muzik profesional seperti Aseana Percussion Unit, Steve Thornton Quartet, Kopratasa, Alonso & Jazz Latino, Prana , Tuku Kame dan Amir Yusof.

Ia disusuli dengan Konsert Malam yang menampilkan persembahan tiga atau empat kumpulan terpilih sepanjang 4, 5 dan 6 Mei di Istana Budaya.

Acara kemuncak iaitu Konsert Gala Penutup akan disempurnakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hashim pada 7 Mei ini, jam 8.30 malam.

Program di atas sebenarnya hanya membazirkan duit rakyat disamping ianya mengundang gejala-gejala negatif seperti melalaikan anak muda, percampuran bebas dan sebagainya.

PAS Kawasan Bukit Katil merasakan kerajaan Islam Hadhari yang menerajui Malaysia sekarang ini sebenarnya hilang arah tujuan kerana mereka tidak faham apa yang penting dan tidak penting. Sepatutnya duit yang digunakan oleh Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan (KeKKWA) untuk program ini disalurkan kepada program lain yang lebih jauh manfaat kepada masyarakat.


Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Melaka




Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59