Himpunan Mansuh ISA

D
ewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyeru seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Melaka khasnya untuk berkumpul beramai - ramai di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009 nanti untuk menyatakan protes terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) melalui perhimpunan aman.


Perhimpunan yang dikenali sebagai MANSUH ini dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.

ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.

Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta – Kem Guantanamo Malaysia!

Read More...

Tarian kuda kepang haram tetapi ...

K
arnival Sua Rasa anjuran TV9 hari ini ( pagi Sabtu 4 Julai 2009 ) yang berlangsung di Tanjung Emas, Muar memaparkan secara lintas langsung tarian Kuda Kepang yang turut disertai oleh tarian Barongan. Apa yang dikesalkan sama sekali adalah di kawasan yang sama, Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas, Muar pada hari Jumaat beberapa minggu yang lepas TELAH mengumumkan tentang fatwa Negeri Johor yang mengharamkan tarian kuda kepang tersebut.

Pengumuman sejurus sebelum azan Zohor berkumandang itu dibuat oleh pegawai yang bertugas di masjid tersebut. Beliau menyatakan hukum ini dibuat setelah Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor membincangkan secara terperinci hukum permainan kuda kepang ini yang membawa kepada unsur syirik dan khurafat.

Secara ringkas fatwa ini dibuat berdasarkan hujah - hujah berikut :

1) Terdapat unsur-unsur dalam permainan ini yang bercanggah dengan Aqidah Islamiah.

2) Pengharaman permainan kuda kepang adalah demi menjaga Syariah Islamiah.

3) Terdapat unsur-unsur dalam permainan ini yang bercanggah dengan Akhlak Islamiah.

4) Pengharaman permainan kuda kepang adalah berdasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah berikut :

i. Bahaya mesti dihapuskan

ii. Membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan

iii. Setiap sebab yang mengarah kepada kerosakan ditegah terhadapnya apabila padanya tidak terdapat kemaslahatan yang kukuh

iv. Tidak boleh melakukan kemudaratan terhadap diri sendiri dan kepada orang lain

v. Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat

Rujukan terhadap fatwa ini boleh didapati di pautan laman web e fatwa http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=2140

laporan oleh Penunggu Pondok Parit Ismail

Read More...

Majlis Sidang Akhbar Isu Serangan Pemuda UMNO Terhadap Pakatan Rakyat

PAS dan DAP bersama mengukuhkan hubungan dalam pakatan selepas selesai sidang akhbar pagi tadi.

video

video

video

video

Satu ceramah tentang isu tersebut akan diadakan di Dewan Pejabat DAP Lorong Pandan pada malam Ahad ni.Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.

Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini

Read More...

Kronologi Peristiwa 'Keganasan' Pemuda Umno

video
video
video

Berikut adalah kronologi peristiwa 'serangan' pemuda Umno Bukit Katil terhadap kaunter pendaftaran pengundi baru di Pasar Malam Taman Melaka Baru pada hari Khamis 2Julai 2009.

6.00 petang : 2 Van MBMB kelihatan berada berdekatan di kawasan sekitar pasar malam.

6.30 petang : Kaunter pendaftaran mula dibuka oleh Pemuda PAS Bukit Katil bersama Pemuda DAP. Bantahan diterima daripada ahli JKKK Taman Melaka Baru dan Pengerusi Pasar Malam Taman Melaka Baru. Salah seorang penghuni rumah berdekatan membenarkan pihak penganjur membuka kaunter di hadapan rumah beliau yang mana pada awalnya beliau meletak penghalang bagi kenderaan ditempatkan di situ.

6.45 petang : Beberapa pendaftaran diterima dan sambutan adalah menggalakkan.

7.00 petang : Lebih kurang 5 orang petugas MBMB mula menghampiri kaunter yang telah dipindahkan ke tempat baru. Perbincangan ringkas telah berlaku di antara pihak penganjur dan MBMB. Kelihatan 20 pemuda Umno mula berkumpul di kawasan berhampiran.

7.30 petang : Sebahagian pemuda PAS menunaikan solat manakala sebahagian lagi meneruskan tugas di kaunter. Beberapa orang peniaga menyumbangkan sedikit makanan dan minuman untuk para pemuda yang bertugas.

8.00 malam : Segerombolan pemuda Umno yang diketuai oleh Jailani, yang mendakwa dirinya sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Katil menghampiri kaunter pendaftaran.
Jailani meminta AJK Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil beredar dan dalam masa yang sama mengutuk DAP.

Pemuda PAS tetap meneruskan tugas di kaunter pendaftaran. Perbuatan provokasi dari Pemuda Umno bermula. MBMB telah digesa oleh Pemuda Umno agar menutup kaunter pendaftaran.

MBMB dengan bilangan yang lebih ramai berbincang dengan pihak penganjur.

MBMB beredar setelah lampu di kaunter dipadamkan.

8.30 malam : Jailani meminta pihak polis campur tangan tetapi tiada sebarang respon. Provokasi berterusan dengan perbuatan cabar mencabar, carut mencarut dan maki hamun oleh pemuda Umno. Keganasan seterusnya tercetus dengan tindakan pemuda Umno dengan bilangan hampir 40 orang merempuh dan menendang meja pendaftaran DAP sehingga pecah dan mencederakan YB Koh.

Dalam akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan seorang pemuda Cina tercedera dalam insiden serangan ini .

9.00 malam : Polis berpakaian preman menahan seorang pemuda Umno yang akhirnya membawa kepada terhentinya tindakan provokasi dari pemuda Umno.

Sebanyak 8 laporan Polis telah dibuat di IPD Banda Kaba. 4 daripadanya adalah daripada pihak PAS.

****KREDIT KEPADA BLOGGERS PALESTINHOOD,ANGKASANURI DAN AIZAT ATAS ULASAN KALIAN SERTA SUMBANGAN RAKAMAN ****

Read More...

Kegemparan di Kilang Infineon Batu Berendam

I
nfineon Batu Berendam hari ini menyaksikan satu peristiwa gempar susulan daripada apa yang disifatkan sebagai ancaman keselamatan kepada pekerja - pekerja dan fasiliti kilang. Menurut sumber - sumber dalaman kilang yang boleh dikategorikan sebagai antara yang ternama di Melaka ini, kegemparan ini mungkin disebabkan oleh ancaman bom dari pihak yang tidak dikenali.

Kilang yang terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Parlimen Bukit Katil ini dikatakan menerima panggilan ugutan bom pada pagi Jumaat, 3 Julai. Tindakan serta - merta diambil oleh pihak pengurusan kilang dengan mengumpulkan semua pekerja di kawasan selamat dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Walaupun kejadian ini mencemaskan wargakerja Infineon selama beberapa jam, akhirnya berita yang melegakan diterima setelah pihak keselamatan mengesahkan tiada sebarang bom ditemui. Operasi kilang beransur pulih sepenuhnya dan berjalan seperti biasa setelah pihak pengurusan dan pihak berkuasa berpuas hati dengan tahap keselamatan kilang.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPBK ) mengutuk sekeras - kerasnya perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. DPPBK melihat kejadian ini sebagai satu tindakan melampau yang tidak mendatangkan keuntungan sama sekali kepada mana - mana pihak. DPPBK berharap agar siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengesan pemanggil palsu ini dan mengambilkan tindakan yang sewajarnya.

Read More...

Apakah UMNO Hanya Tahu Melahirkan Perasuah,Penyamun,Penipu,Penyangak Dan Samseng

YDP kawasan Bukit Katil berada di hadapan balai polis
Para wartawan bersama YB-YB dan polis di hadapan balai polis banda kaba
YB Khoo menunjukkan bahagian kakinya yang cedera akibat kejadian tersebut
YB Lim melihat kecederaan yang dialami oleh YB Khoo semasa kejadian

YB Khoo berdiri di sebelah banner dgn tenang sementara itu pihak-pihak pemuda umno telah pun memulakan provokasi mereka.
Antara pemuda umno yang terlibat dalam kejadian tersebut(berbaju hitam tengah adalah provokator yg bertanggungjawab menghasut para pemuda umno supaya bertindak.Dia memperkenalkan dirinya sebagai mohd jailani dan mengaku sebagai ketua pemuda umno parlimen bukit katil.
Sebahagian gambar pemuda umno yg terlibat tetapi mereka ini memalingkan muka apabila sedar gambar mereka diambil.
Bekas minuman bertaburan setelah diserang
Meja yang digunakan untuk pendaftaran dipecahkan
Lihatlah kesan daripada tindakan ganas para pemuda umno.
Tapak tiang banting ini juga turut dirosakkan mereka.



video


'
Tindakkan ganas pemuda umno ini seolah-olah membuktikan bahawa sikap serta perilaku biadap dan samseng ini adalah sinonim dengan mereka.Berita lanjut kejadian bakal di'update'kan kemudian

Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini

Read More...

Himpunan Raksasa Pemuda PAKATAN

Himpunan Raksasa Pemuda PAKATAN

1. Insyaallah , satu Himpunan besar - besaran Pemuda PAKATAN Rakyat akan diadakan di Kampung Sungai Sok Manek Urai Kelantan pada 5 hb Julai 2009 [ Ahad ] jam 9.00 Malam .

2. Himpunan ini adalah satu perhimpunan yang akan mengumpulkan seluruh rakyat khasnya pemuda untuk mendengar beberapa isu semasa dan sekali gus membangkit semangat juang para pemuda untuk memenangkan PAKATAN yang diwakili oleh PAS di pilihanraya kecil DUN Manek Urai .

3. Semua hadhirin dan hadhirat serta pemuda dan pemudi dijemput hadhir bagi menjayakan majlis bersejarah ini dan mendapatkan penjelasan isu terkini dari pimpinan pemuda .

4. semua sahabat cyber agar dapat siarkan maklumat ini di mana sahaja laman cyber milik anda dan sebarang bentuk sebaran kepada umum agar kelak tiada siapa yang ketinggalan maklumat mengenai himpunan besar ini .

5. Selamat berjuang dan Insyaallah kita menang di Manek Urai


Read More...

Nota Tahalluf Siyaasi


D
efinasi Tahalluf Siyaasi :
1. Tahalluf adalah istilah politik Islam bermaksud berpakat atau bermuafakat untuk mencapai dan menjayakan kepentingan bersama dalam membina negara atau mendapatkan kuasa.

2.Tahalluf adalah suatu perjanjian persefahaman untuk berkerjasama dan bantu membantu untuk menghadapi lawan. Boleh berlaku di bawah beberapa situasi berdasarkan sirah Rasulullah dan para sahabah:-


Sejarah Tahalluf :

- Antara kumpulan Islam seperti perjanjian dengan puak Aus dan Khazraj.

- Golongan bukan Islam seperti persefahaman antara Rasulullah dengan golongan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutolib sebelum hijrah. Juga perjanjian antara Rasulullah dengan Kabilah Khaza’ah selepas perjanjian Hudaibiyah.

- Sesama golongan jahiliyah yang bersatu untuk menentang kezaliman iaitu peristiwa melibatkan seorang lelaki dari kabilah Zabid telah dizalimi oleh Al-A’as bin Wasil. Beberapa orang bangsawan Mekah yang bersimpati membuat persepakatan perfahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang sebarang bentuk kezaliman. Berhubung ini Rasulullah bersabda:-
“Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah suatu pakatan yang aku sangat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah. Kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutnya”
(peristiwa Hilful Fudhul Riwayat Ibn Ishaq)

KAEDAH HUKUM & SYARAT-SYARAT TAHALLUF

- Membawa Maslahah dan Tidak Mengikat Sehingga Menjejaskan Prinsip

- Dalil 1 : Hubungan Rasulullah dengan keluarga dari kalangan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutolib khasnya Abu Tolib. Walaupun mereka tidak Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah dengan bersedia berkorban apa sahaja. Tetapi apabila Abu Tolib cuba memujuk Rasulullah dengan tawaran golongan bangsawan Quraisy agar baginda bertolak ansur, maka dengan tegas baginda bersabda dengan sabda yang mashyur:-

“Wahai bapa saudaraku. Demi Allah! Kalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku tidak akan meninggalkankannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamanya ataupun aku mati kerananya”.

- Dalil 2 : Hubungan antara Abu Bakar dengan Ibnu Dugnah yang sedia memberikan perlindungan kepadanya terpaksa dibatalkan apabila Ibnu Dugnah mensyaratkan kepada Abu Bakar agar jangan membaca al-Quran di luar rumah kerana boleh mempengaruhi orang lain.

MASLAHAH YANG DIIZINKAN

1. Ke Arah Kedaulatan Islam dan Perlaksanaan Syariat ( contoh isu pembuangan perkataan Bismillah & Rasulullah dlm Piagam Madinah)

2. Menentang Kezaliman, Penyelewengan dan Keruntuhan Moral (Dalilnya ialah persetujuan Rasulullah terhadap Persefahaman Pakatan Menentang Kezaliman Semasa Zaman Jahiliyah seperti sabda Rasulullah:-
“Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi”

MAWAADA’AH

Disana terdapat persefahaman sementara waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan Mawada’ah dan ada juga ulamak yang meletakkannya dalam perkara Hadanah (Gencatan Senjata)

ISTIAA’NAH (Meminta bantuan atau pertolongan)

Apabila adanya persefahaman maka berlakulah tolong menolong yakni mereka berjanji untuk menolong kita dan kita juga berjanji untuk menolong mereka dalam perkara yang diizinkan syarak tanpa mengorbankan prinsip dan dasar Islam

KESIMPULAN

Tahalluf itu boleh dibahagikan menurut keadaan berikut:-

1- Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:-
- Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam
- Mengiktiraf negara Islam
- Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

2- Tanpa Membentuk Negara:-
- Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang besar
- Maslahah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan membebaskan orang tahanan tanpa diadili dan seumpamanya
- Berlindung sementara di masa lemah
= Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan harakah Islamiyah

* Ringkasan daripada slot pengisian semasa Bengkel Perancangan Strategik Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil 29 Jun 2009

Read More...

 

Copyright @ 2008 Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top